Thursday, July 28, 2011

Surviving Bukit Jalil

Hai apa khabar pembaca. Adakah kalian sudah membeli tiket dan mengambil cuti untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia menentang Singapura pada malam ini? Ke anda tak dapat pergi ke stadium sebab tiket sudah sold out? Ataupun anda mencari rezeki di waktu malam tak dapat nak pergi stadium? Ataupun anda sedang meringkuk di dalam penjara? Tiada masalah. Semangat cintakan negara tidak diukur dengan kehadiran anda di stadium. Ada banyak cara untuk anda tunjukkan kadar patriotism anda. Kalau kena penjara sekalipun masih boleh berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku ataupun lagu-lagu patriotik yang lain seperti Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita Marilah Amalkan Ramai-Ramai.


Buat mereka yang pergi ke stadium, tahniah, kalian memang ohsem nak arwah. Aku pun ingin juga pergi sebenarnya tetapi apakan daya minggu ini kerja malam. Kerja IT bukan kerja jual body. Tapi at least aku dapat juga half day balik pukul 9 maka masih sempat lagi menonton di mapley berhampiran. Anyway, jika kalian pernah pergi ke Stadium Bukit Jalil sebelum ini, secara umumnya kita boleh membuat kesimpulan yang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah merupakan stadium yang hebat. Namun begitu, bagi first timer mahupun pengunjung yang jarang-jarang ke stadium, pengalaman mereka mungkin berbeza kerana mereka tak set expectation sebelum hadir ke stadium. Ayuh kita berbicara tentang Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengangkutan

Ada 2 kaedah pengangkutan utama untuk kita pergi ke Bukit Jalil, memandu terus ataupun naik LRT. Kalau rumah dekat bolehla naik skateboard ataupun jalan kaki. Kalau anda bercadang untuk memandu 2 jam sebelum perlawanan bermula, itu merupakan satu keputusan yang silap. Mungkin anda rasa anda sudah habis fanatik datang 2 jam awal namun begitu ada at least 50,000 orang berfikir benda yang sama. Jika anda datang dari selatan, lebuhraya akan menjadi sesak dari kawasan Serdang sehinggalah ke Bukit Jalil. Keluar tol Sungai Besi untuk nampak Petronas pun dekat 45 minit di mana hari biasa 1 minit sudah tiba.

Itu belum fikir masalah parking lagi. Walaupun ada beberapa parking bay, namun begitu memang tak pernah cukup untuk menampung 80,000 orang penonton. Kalau bernasib baik mungkin boleh parking dekat area Stadium Hoki, tapi jauh sikitla kena berjalan. Kalau bernasib baik lagi mungkin polis trafik akan melambai-lambai memanggil anda untuk parking di dalam kawasan Astro. Dijamin ada parking tapi lepastu kau kena jalan kaki 30 minit. Tapi along the way boleh makan cempedak sebab ada banyak pokok cempedak. Anda mungkin rasa tempted untuk parking di tepi jalan di sekeliling stadium, tetapi kebarangkalian untuk hilang RM300 amat tinggi. Polis trafik akan tunggu semua orang parking terlebih dahulu sebelum menyaman dan merantai tayar anda guna rantai kunci basikal tu. Maka penyelesaiannya adalah, datang awal 4 jam? Hehe.

Anda mungkin rasa naik LRT lebih selamat dan menjimatkan masa. Waktu pergi mungkin kot walaupun terpaksa bersesak-sesak. Yang menjadi masalahnya adalah waktu balik. Kalau match habis pukul 11, anda akan bersaing dengan 30,000 penyokong yang lain yang berbau seperti landak laut untuk menaiki tren yang sama. Jika anda tak tegas dan tidak mementingkan diri sendiri, mungkin tak dapat naik pun sebab perkhidmatan tren sudah tamat pukul doblas, I think. Penyelesaiannya, keluar awal daripada stadium sebelum match tamat? THAT'S NOT COOL. Takkan nak keluar stadium tatkala melihat Harimau sedang meratah Singa bukan?

Fasiliti


Kunci kepada kejayaan pasukan negara kita selain daripada usaha pemain di padang adalah doa daripada para penyokongnya. Doa je kalau malas semayang tak guna jugak kan. Dari Ampang je Bukit Jalil tak sampai 2 marhalah so tak boleh nak guna alasan musafir untuk tidak solat Maghrib. So anda pun bersemangatlah nak solat pergi surau tetapi surau di Bukit Jalil (yang di dalam stadium) bukan seperti surau Al-Kauthar. Kecil saja tak muat pun nak menampung sebilangan kecil manusia yang masih ingatkan agama. Itu belum beratur nak tunggu ambil wuduk lagi. Usah risau, hendak seribu daya, tak hendak dicemeti Mungkar Nakir sahaja. Tak perlu pergi surau pun. Kat luar di setiap exit mereka dah sediakan paip letak label 'ablution area'. Pastu kau semayang je kat situ guna saja jersey original anda sebagai sejadah.

Sebagaimana yang anda tahu, tandas awam adalah umpama kawasan baru lepas berlaku pembunuhan. Cuma instead of percikan darah di dinding, anda akan lihat percikan tahi daripada pelbagai jenis. Ada tahi lepat pisang, tahi slurpee, tahi pengebom berani mati dan lain-lain. Tandas di Bukit Jalil tidak terkecuali. Bukan salah tandas, tapi salah pekerja dia kot pergi tengok bola jugak. Tak pernah pergi tandas di situ dan dan tiba-tiba rasa nak main saidina di lantai tandas. Ada baiknya anda berak sampai habis di rumah.

Makanan


Sekeji-keji manusia adalah manusia yang melepaskan kentut di dalam lif lepas tu taknak mengaku. Selepas itu, peniaga makanan di stadium boleh dimasukkan ke dalam senarai manusia keji juga. Mengapa? Kerana mereka menjual makanan kategori mutawasitoh dengan harga yang mencekik darah. Mereka tahu kita tidak boleh membawa makanan dari luar jadi mereka meletakkan harga komputer riba untuk makanan yang mereka jual. Sebiji burger berharga tiga ringgit. Apa yang ada pada burger itu adalah roti kering, letak daging separuh masak dan sos secalit. Tiada sebarang sayuran mahupun mayonis. Air mineral pun 2 ringgit. Yang bekas kecik tu bukan botol hoccay. Penyelesaiannya? Kau pergi kat pagar, beli makanan dan minuman di gerai di luar stadium. Hulur melalui pagar je air mineral sebotol singgit burger pun boleh dapat murah. Unless kau sanggup tunggu sampai habis match maka peniaga akan serta merta membuat tawaran jualan penghabisan stok potongan sehingga 70% jual sebiji burger singgit.

Reception

Apabila 80,000 orang berada di dalam satu kawasan pada waktu yang sama, maka telefon bimbit anda akan hilang koneksi. Tak kiralah anda pakai line merah, kuning ataupun biru semuanya sama saja. So tak bolehla nak jadi pengulas secara langsung melalui twitter. Alah nak update apanya kalau dia stadium beri sokongan padu sampai hilang suara sudah. Tak perlu nak main Ipad kau tu. Tapi itu bukan masalahnya masalahnya kalau tak jumpa kawan ke awek ke haa menggelupur kau mencari semua orang pakai baju sama. Itu tak kira anda punya klaustraphobic lagi. So jangan lupa bawa minyak cap kapak.

Jika anda telah set expectation sebelum pergi ke stadium, maka tiada masalah untuk anda menikmati perlawanan bolasepak di stadium dengan tenang. So gadis-gadis tak usahlah kompelin itu ini dekat teman lelaki nanti. Apapun tujuan utama untuk anda ke stadium adalah untuk menjadi the 12th men (and women) memberi sokongan membabi buta terhadap pasukan negara, tidak kiralah apapun keputusannya nanti. Usah menjadi lalang, sokong ketika menang, kutuk ketika kalah. Apapun kita harus bersikap optimistik yang pasukan Harimau Malaya mampu merogol Singa pelbagai spesis itu. Apa sangatlah Duric tu umur dah patploh tahun 10 minit je main dia penatlah. Tajuk mungkin Surviving Bukit Jalil but for Singapore, you will not survive in front of our 80,000 fans. Pap pap pap pap pap Selamanya Harimau Malaya! Selagi kita bernyawa oh Malaysia kau kebanggaanku!

Sunday, July 24, 2011

Parti Liar Syarikat

Semalam pejabat aku ada menganjurkan parti liar di MAEPS (Malaysian Agro Exposition Park). Karnival ini diadakan bagi merapatkan siratulrahim di antara para pekerja syarikat yang berlainan warna kulit mahupun saiz payu dara. Aku seorang yang kera sumbang memang selalu cuba mengelakkan diri daripada menyertai sebarang aktiviti yang memerlukan aku untuk bermesra dengan orang yang tidak dikenali, namun begitu setelah terpedaya dengan poster karnival yang memaparkan aktiviti-aktiviti menarik dan mungkin berdosa serta bakal mendapat hadiah misteri, aku pun segera mendaftarkan diri. So aku pun bercadang untuk pergi, rampas doorgift dan KFC percuma sebagai makanan tengahari, kemudian melarikan diri. Ayuh teruskan membaca.

MAEPS ni dekat je dengan rumah aku sebenarnya. 10 minit dah sampai kalau naik kereta dan memandu laju langgar lampu merah. 45 minit kalau naik roller blade. Saja je nak beritahu. So around pukul 10 pagi aku pun tiba dengan penuh keyakinan. Aku ingat benda ni buat kat padang ke apa rupa-rupanya buat dalam dewan penat-penat je aku pakai sports bra. Eh. Sampai sahaja di sana aku terus menuntut door gift. Ok jugalah dia bagi photo frame merangkap jam merangkap alarm clock yang berbentuk telur.Jakun jugalah aku melihat pelbagai jenis pelampung gergasi yang menghiasi keseluruhan dewan. Tapi aku hanya mampu menaruh perasaan cemburu memandang kanak-kanak yang melompat-lompat riang di atas inflatable castle bertemakan superhero dan bermain gelungsur di atas kapal Titanic yang sedang karam.


Hoi aku datang hendak berhibur juga. Kau pergi karnival ini macam kau pergi main permainan kat Genting. Kalau menang kau dapat kupon yang boleh ditukar dengan hadiah misteri. Bezanya, semua permainan free dan kau tak perlu bayar apa-apa. Tapi kalau kau asyik nak main permainan yang sama sehingga kau menang memang kena jeling dengan marsyal juga lah kan. So permainan pertama yang aku main adalah 'Besi Elektrik'. Matlamatnya adalah kau kena elakkan batang kau kena besi di sekeliling menuju ke garisan penamat dalam masa yang ditetapkan. But there's a catch....kalau batang kau kena besi sekeliling tu kau akan kena renjatan elektrik. Dua kali aku main dua kali aku gagal sebab tangan parkinson.


Hampa asyik kena kejutan elektrik, aku pun beralih kepada permainan 'Mengetuk Kacang'. Mereka ada sejenis alat untuk menggolekkan kacang dan kita kena tukul kacang itu sehingga pecah. Permainan ini memerlukan 'hand eye coordination' yang tinggi. Pelbagai jenis kacang digunakan dalam permainan ini seperti kacang kuda, kacang botak dan yang paling mudah kacang panjang. Oleh kerana aku pakai spek, mudah sahaja aku memenangi permainan ini dan mengetuk kacang sehingga pecah. Kalau tak pecah kau boleh makan kacang tersebut. Aku menang dapatlah satu kupon. Kupon tu aku tukar dapat sebiji bola Ben 10. Okla boleh bagi Megatron main.


Banyak lagi permainan yang aku main tapi yang lain memang semua gagal. Main basketball kalah, main main bola ke dalam lubang kalah, main dam ular dengan kanak-kanak pun aku kalah. Tak apa biar gagal yang penting aku ada semangat kesukanan.




Permainan video dan permainan menangkap kertas di dalam bilik air cond dia terlalu kuat pun ada tapi aku tak main walaupun nampak seronok sebab terlalu ramai orang beratur.

Kalau kau dah puas main, kau boleh pergi merehatkan fizikal dan minda di rumah urut berdaftar. Mula-mula kau masuk, lepas tu boleh pilih tukang urut dari pelbagai bangsa tapi semuanya mostly lelaki. Eh. Dia urut kaki je tapi tak surelah dia akan urut organ lain ke tak. Dengar cerita aktiviti parti buih pun ada tapi time tu aku dah pulang dan aku tidak mahu terlanjur lalu basah. Kalau kau tanak pergi urut, boleh pergi suruh kartunis daripada suratkhabar Harakah untuk lukis karikatur kau.



Jika anda kelaparan, anda boleh pergi membaham pelbagai juadah yang disediakan dengan percuma. Memang semua benda dalam ni percuma tak ada apa yang kau perlu bayar kecuali bayar tol on the way nak pergi ke tempat ini. Ada chocolate fondue ada gula-gula kapas, makanan tengahari depa bagi mee kari/rojak/KFC tapi semua hanya boleh dibaham pada pukul 12. Cikai mak lampir maka aku terpaksa sedekahkan kupon KFC aku kepada rakan sepejabat sebab aku nak pergi tengok cerita Larry Crowne di Alamanda. Sebelum pulang kami sempat membelai binatang peliharaan seperti ular dan burung kakak tua. Eww 3 benda yang aku geli di dunia ini adalah ular, ulat sampah, dan kena geletek. So hantar wakil gadis yang berani memegang ular sudah. Hehe.


Kesimpulannya, karnival sebegini memang seronot dan bermanfaat dapat merapatkan hubungan dengan rakan sekerja. Seronok pun seronok. Yelah dapat makan free kena urut free dapat hadiah lagi kita manusia sentiasa memang gemarkan benda yang percuma. Cuma yang tak bestnya aku tak dapat makan KFC sebab dia konon-konon mendengar cakap pukul doblas baru boleh bagi makan. Cis.



Thursday, July 21, 2011

Liverpool FC Asia Tour 2011: Malaysia vs Liverpool

Eh apa ni takkan baru hari ini nak tulis pasal perlawanan Malaysia menentang Liverpool? Macam sudah terlambat beberapa hari sahaja. Sebenarnya masa perlawanan tempoh hari aku entah bagaimana boleh terlupa bawa kamera. Eksaited sangat kot. So kenalah tunggu gambar-gambar yang diambil oleh jurufoto rasmi pada hari itu iaitu Syed Muaz yang baru menceburkan diri di dalam bidang fotografi setelah berjaya meminjam DSLR daripada isteri. Eh. Apapun aku, Anas dan Maskawaih membuat keputusan untuk memandu sahaja ke stadium dan ternyatalah keputusan kami itu silap kerana jalan jem nak arwah. Yelah pukul 4 baru nak gerak dekat 2 jam jugalah baru sampai ke area Bukit Jalil dari Bangi. Itu belum nak cari parking lagi. Nasib baik nampak lambaian abang polis trafik yang memanggil-manggil kami untuk parking di dalam Astro. Abang kat parking tu cakap 10 minit je jalan kaki untuk ke stadium. Penipu gila 10 minit kalau naik skateboard kot. Naik basah ketiak kami berjalan sejauh 5 kilometer (exaggerate).


Sampai-sampai memang dah penuh dah stadium. 80,000 orang beb Man U datang dulu pun tak penuh macam ni walaupun diorang mengaku memiliki fans yang paling ramai di Asia Tenggara ni. Arsenal dan Chelsea apatah lagi separuh stadium pun tak penuh kot tapi mungkin sebab match diorang weekdays siap kena bagi 20,000 tiket percuma lagi. Eh. Tiket kami RM108 tapi macam kena duduk kat tempat lain. Padan muka kau siapa suruh datang lambat. Tak apalah. Nasib baik dapat cari seat lagi 10 minit saja mahu kick off. Ayuh teruskan membaca.


Perlawanan dimulakan dengan jeritan histeria para peminat. Tampak kelibat Charlie Adam dalam kesebelasan utama. Dia main pun macam dah lama settle in dengan Liverpool tenang sahaja membuat passing yang jitu, sehingga berjaya membuka ruang untuk Andy Carroll masuk ke kotak penalti dan dijatuhkan sekaligus pengadil meniup wisel. Taktahulah daripada sudut aku duduk nampak macam adik Andy dive je hehe. Musim lalu Adam tukang ambil set pieces dengan Blackpool so penalti ni memang dialah yang angkat. Walaupun score kali pertama namun pengadil suruh ambil sekali lagi entah kenapa tah. Tetapi Adam menunjukkan composure yang tinggi setelah tenang menyempurnakan penalti itu.



Tak banyak sangat peluang yang dicipta pada separuh masa pertama. Malaysia mendapat sepakan percuma berhampiran dengan kotak penalti. Kapten Safiq Rahim membuat penonton histeria macam cerita seram Histeria lakonan Liyana Jasmay setelah memasukkan bola ke dalam penjuru gol dengan gaya sepakan percuma yang hebat sikit dari David Beckham. Memang Brad Jones tak boleh nak buat apa-apa.


Separuh masa kedua, pasukan Liverpool membuat pertukaran dengan memasukkan wajah-wajah familiar yang berdasarkan rambut mereka yang aku nampak dari jauh seperti abang Kuyt, pakcik Kyrgiakos, abang Aquilani dan adik Ngog. Tampak seperti Liverpool banyak mengawal possession dan kesilapan pertahanan membuatkan adik Ngog menjaringkan gol entahapahapa. Mungkin sebab dia rasa gol tu tak mendapat pengiktirafan penonton, lalu adik Ngog segera menonjol bola ke penjuru gawang menjadikan kedudukan 3-1.

Time ni Malaysia nampak macam sudah keletihan. Itu yang buat Aquilani nampak bergaya dengan back heel serta defence splitting passnya membebaskan Insua untuk membuat low cross sebelum disudahi dengan salam oleh Maxi Rodriguez untuk jaringan ke empat Liverpool. Namun begitu kelihatan hero Malaya sedang bersiap sedia untuk masuk. Sebaik sahaja nama Safee Sali dilaungkan oleh di speaker Altec Lansing, memang bergema stadium dengan sorakan padu. Kemasukan Safee ternyata menyuntik semangat pasukan Malaysia dan menambah bisa jentera serangan yang tidak efektif sebelum ini. Kesilapan Hansen ke siapa tah dieksploitasikan sebaik-baiknya oleh Safee untuk merapatkan jurang gol 2-4.

Masa ini penonton di stadium sudah menggila memberi semangat untuk pasukan Harimau Malaya. Safee sekali lagi menunjukkan mengapa description dia dalam permainan Football Manager ditulis 'The Next Mokhtar Dahari' dengan jaringan kedua beliau. 4-3 fuhh jika anda memang ghairah bolasepak memang mengalir air mazi anda ketika menonton perlawanan itu secara langsung. Tampak seperti Malaysia mengkaji video kebangkitan Istanbul Liverpool, namun begitu akibat hilang fokus Maxi dan Kuyt menjaringkan gol di waktu kecederaan menjadikan kedudukan akhir 6-3.


Kedua-dua pasukan mendapat standing ovation daripada penonton. Exposure begini memang sangat bermanfaat untuk pasukan negara kerana mendapat pengalaman yang berharga bertepuk tampar dengan pemain bertaraf dunia di mana gaji mereka seminggu pun dah sama macam gaji setahun kita. Sure, mereka ada kelebihan dari segi teknikal dan fizikal, tetapi kita dah tunjukkan yang kita mampu memberi saingan menjelang perlawanan bertemu Singapura dalam pusingan kedua sesi kelayakan Piala Dunia. Ayuh kita tekup mulut mereka dengan aksi gemilang di atas padang agar tidak kedengaran sorakan Kallang.


Soksek soksek yang mengatakan peminat Malaysia tidak patriotik kerana lebih banyak warna merah daripada biru juga tidak benar sama sekali. We could say the same thing during the Arsenal and Chelsea match. Adakah nilai patriotism seseorang itu diukur dengar jersey yang dipakai? Ya, kalau ini perlawanan Malaysia menentang Singapura. Liverpool datang ke Malaysia buat kali pertama so it's understandable if people show up in their colors, in their tour. Mengambil petikan daripada salah satu banner di stadium, 'Malaysian by birth, Liverpool by choice'. Sorakan untuk pasukan Malaysia ternyata lebih kuat daripada sokongan terhadap Liverpool, maka tiada masalah tentang patriotism di sini.


Kalau ini karangan sekolah rendah dan cikgu suruh tulis pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan, aku akan menulis pengalaman menonton pemain kegemaran di hadapan mata sendiri. You'll never walk alone!

Wednesday, July 20, 2011

Falling Skies

Hai apa khabar semua? Kalian kalau duduk rumah sorang-sorang buat apa? Kebarangkalian untuk anda melakukan sesuatu perkara yang nikmat tetapi berdosa adalah tinggi jika kita duduk sorang-sorang tanpa ada manusia di sekeliling. Mula-mula cucuk external hard drive, lepas tu show hidden files and folders, kemudian dengar bunyi dengusan kuda sebelum disudahi dengan teriakan penuh penyesalan. WHYY?? WHYYY?? Jerit diri sendiri kemudian bertaubat untuk sementara sebelum mengulangi rutin yang sama pada esok hari. Bagi mengelakkan berlakunya perkara sedemikian, saya mencadangkan anda menghabiskan masa yang terluang dengan menonton siri televisyen.


Jika anda memang merupakan kaki menonton siri barat yang tidak berdosa dan bukan siri di slot Akasia TV3, anda pasti sedang mengalami tekanan kerana hampir semua siri televisyen kegemaran anda sedang berehat buat sementara. Paling awal mereka kembali membuat kemunculan pun hujung Ogos ataupun awal September. Habis tu bagaimana? Usah gusar kerana ada siri televisyen terbaru yang masih segar dari Amerika iaitu Falling Skies. Ayuh teruskan membaca.

Falling Skies merupakan siri drama / sains fiksyen yang mengisahkan tentang bumi kita ini ditakluki makhluk asing. Dalam series premiere, kita dapat tahu makhluk asing durjana itu sudah 6 bulan menjadi pendatang tanpa izin di bumi kita. Kuasa ketenteraan negara-negara besar semuanya telah dilumpuhkan, berjuta-juta manusia tanpa mengira warna kulit dan saiz organ reproduksi telah dihapuskan. Kanak-kanak dan remaja pula dijadikan buruh kasar setelah makhluk asing itu melekatkan lipan aneh di tulang belakang mereka. Makhluk asing tersebut digelar Skitters, memiliki kaki seperti labah-labah sambil dibantu oleh Mechwarrior 3.

Aku pasti negara tanah tumpah darah kita pun menjadi kucar-kacir dengan serangan makhluk asing celaka, tapi sebab cerita ini cerita orang Amerika yang buat maka watak utamanya berdasarkan keluarga Amerika jugalah. Antara watak utama dalam siri tersebut:

Noah Wyle (ER): Memegang watak Tom Mason sebagai protagonis utama dalam siri ini. Dulu-dulu dia jadi profesor sejarah di universiti apa entah. Lepas tu bila alien dan turun ke bumi buka perniagaan baju Alien Workshop, dia kini dilantik menjadi naib kapten dalam pasukan Rejim Tel Aviv eh Second Massachusetts. Bini dia dah mati, kini dia bersama tiga orang anaknya tapi sorang anak dah jadi hamba setelah kena nasi kangkang alien.

Moon Bloodgood (Terminator Salvation): Memegang watak Anne Glass, seorang medic yang boleh tahan kehangatannya. Laki dengan anak dia dah arwah dibom alien.

Drew Roy sebagai Hal Mason. Anak sulung Tom. Tak tahulah anak haram ke anak halal biasalah orang putih kan tiada masalah melakukan hubungan seks sebelum kahwin. Entah apa kaitannya entah. Kesian baru form 4 dah kena bertarung dengan alien.

Colin Cunningham sebagai John Pope. Dia ni kira macam watak Sawyer dalam Lost la kot. Mula-mula dia jadi pailang nak merampas segalanya daripada pasukan Tom tapi lepas tu kena tangkap jadi tukang masak pula. Dia memang bencikan Skitters. Hobi dia memburu Skitters tapi tak tahulah dia makan ke tak. Haram kot makan alien walaupun telah disembelih.

Siri ini baru disiarkan sebanyak 6 episod, maka memang sesuailah jika anda nak cuba tonton siri baru sebab tak payah nak catch up banyak sangat. Aku start tengok pun sebab bosan gila tak tahu nak tengok apa lepas balik kerja dan untuk elakkan aku buat perkara seperti yang digambarkan di dalam intro entri ini. Siri ini mendapat sambutan yang baik setakat ini dan mereka telah confirm akan ada season 2. Namun begitu untuk jangka masa panjang aku berasa agak skeptikal yang cerita ini akan berjaya macam siri sains fiksyen terulung X-Files. Lihat sajalah siri post apocalypse / alien invasion yang lain seperti Jericho, First Wave, V etc semuanya tamat awal.

So far aku dah tengok sampai episod 4. Plot siri ini lebih menekankan tentang drama dan konflik emosi seperti bagaimana kehidupan manusia dipengaruhi oleh penaklukan tersebut, bagaimana mereka menghadapi kematian ahli keluarga, keputusan yang harus dibuat untuk kesejahteraan bersama, serta hilangnya kepercayaan terhadap rukunegara. Efek CGI dia so so sahaja tapi kira okla untuk siri televisyen. Alien dia nampak real tapi dia punya robot nampak kaku seperti lakonan beberapa watak siri itu.

Kesimpulannya jika anda ingin menonton siri televisyen terbaru sementara menanti siri televisyen kegemaran seperti The Office, 30 Rock, HIMYM, Fringe mahupun Gossip Girl kembali, maka bolehlah cuba siri ini. Apapapun siri yang aku eksaited nak tengok nanti adalah Terra Nova! Kalian sedang tengok cerita apa sekarang?

Friday, July 15, 2011

Liverpool FC Asia Tour 2011: Training Session

Hai apa khabar semua? Orang kata benda terakhir yang kita fikir sebelum tidur akan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Kadang-kadang kalau tak sengaja terfikir Rosnah Mat Aris memang mimpi ngeri la juga, tetapi malam tadi sudah pasti aku mimpikan adik Ngog setelah melihat aksi pasukan kegemaran Liverpool FC di dalam sesi latihan terbuka mereka. Mengikut statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Liverpoolfc.tv, seramai 37,800 peminat datang membanjiri Stadium Bukit Jalil tanpa mengira warna kulit mahupun tuhan yang disembah.

Aku gerak dari Bangi bersama satu-satunya penyokong Liverpool lain dalam team Bangi iaitu Anas selepas Asar. Sampai Bukit Jalil memang jem lah parking pun dekat kawasan C. Nanti match hari Sabtu patut naik keretapi saja. Sampai-sampai pasukan Harimau Malaya sudah memulakan latihan tapi masa itu tak cukup korum lagi sebab kena tunggu seorang peminat MU yang eksaited gila nak tengok Liverpool training merangkap jurufoto pada hari itu iaitu Syed Muaz. Aku call dia baru nak gerak dari rumah memang cikai mak lampir lah kan. Terus kami membelot dan mencarut ringan sebagai tanda protes lalu masuk ke dalam stadium untuk melihat aksi anak buah Datuk K. Ayuh kita lihat gambar-gambar di sekitar sesi latihan yang disertakan dengan caption-caption mengelirukan.


Huiii Datuk K pun turun padang untuk membuktikan yang dia masih mampu menggentel anak buahnya. Gentel bola ok jangan salah faham. Ok gentel bola...semakin salah faham.


"Lu apahal?" bisik akak tu di dalam hati sambil membuat muka bengkek. Mungkin akak ini panas hati kerana baru lepas gaduh dengan penjual burger yang menjual burger dengan harga cekik darah. Alah biasalah tu kak.


Nampak sangat aksi yang dipamerkan oleh makhluk dua orang di atas adalah lakonan semata-mata kerana penonton lain rileks sahaja di sekeliling.


BABE ALERTTT. Just in case if da'killa baca entri ini, gambar ni Muaz yang ambil dengan kerelaannya sendiri, menggunakan kamera dia sendiri. Serius saya tak suruh. Nurul Iza please take note di atas kehamsapan suami anda ini.


CAMWHOREEEE. Barbie ada orang tuduh aku gemuk. Mana ada dowh. Mungkin gambar diambil pada sudut yang mengelirukan. Lagipun kan tubuh badan tak penting, Yang Penting Rupa. NEXT!


Hey that's Ian Rush. Masa aku ondeway nak pergi stadium dengar Hitz dia masih kena temubual lagi di Pavilion. Lepas tu dia terus RUSHing pergi stadium. Amacam lucu tak? Lucu tak? Ok tak lucu sangat sebenarnya, but hey, that's Ian Rush! Dengan Phil Thompson kat belakang.


Berdasarkan gambar punggung di atas, cuba teka siapakah pemain itu? 5 saat dari sekarang...........OH EM JI ITU ABANG CARRA. We all dream of a team of Carragher’s Number 1 is Carragher, Number 2 is Carragher, Number 3 is Carragher, Number 4 is Carragher, Number 5 is Carragher, Number 6 is Carragher sampailah sebelas carragher Altogether now! Hik hik eksaited lebih.


Pemain-pemain semua sudah masuk sambil Phil Thompson menjadi pengulas di latar belakang dengan aksen scousenya sambil membuat jenaka-jenaka British.




Shooting training. Uncle Kyrgiakos walaupun sudah lanjut usia tenang sahaja mempamerkan aksi volley lipat gunting tanduk terbang semua.


Hey it's The King himself! Dia menjawab soalan-soalan berkaitan dengan Malaysia yang ditanyakan seperti makanan kegemaran (roti telur), kawasan pelancongan yang digemari (baru pergi One Utama je) serta kugiran kegemaran (Radiohead). Eh.


Satu kisah menarik berlaku. Adalah seorang mamat ni memang wirawanlah membuat provokasi memakai baju Man U di kalangan ribuan peminat fanatik Liverpool lain. Kami duduk di seksyen lain tapi boleh dengar dengan jelas jeritan 'BUKAK! BUKAK!' di seksyen sebelah. Ingatkan apakebende yang depa suruh buka rupanya suruh buka baju. Ramai orang merakam aksi tersebut dan video di bawah adalah antara video yang paling jelas dan popular. Hik hik hik. Tapi budak Rooney kat atas ni kecik lagi mungkin kena paksa dengan abah dia suruh datang jugak walaupun minat Man U.



Jurukamera kami Syed Muaz yang hanya tahu merakamkan gambar gadis-gadis molek turut mengambil beberapa video ringkas termasuklah nyanyian separa YNWA ini. Mungkin suasana gilang gemilang sinar cahaya purnama (tiba-tiba masuk lagu KRU) akan dirakamkan pada hari Sabtu nanti dengan kehadiran 80,000 orang penonton?



Tak sabarnya nak tunggu esok. Jauh di sudut hati, aku berharap pasukan Malaysia akan bermain lebih baik daripada perlawanan menentang Arsenal dan berjaya membuat kejutan dengan mengayamkan Poulsen lalu kena transfer list on the spot. Hehe. Hitamkuninghitamkuninghitamkuning Go Tigers! Go Tigers! . Baru dengar lagu tu kat Hitz.fm eh I mean Liverpool.fm. Lebih banyak gambar akan dimuat naik di laman Fesbuk nanti. See you guys on Saturday. #HarimauMalaya #YNWA!

Thursday, July 14, 2011

Are You Ready?


Sudahkah anda bersedia? Hari ini kelab bolasepak Inggeris paling hebat akan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia ini buat pertama kali sambil makan sarapan nasi lemak sotong di hotel penginapan mereka nanti. Aku awal-awal sudah apply cuti agar dapat menghadiri sesi latihan melihat kelibat adik Ngog. Selain mengambil cuti, banyak persediaan lain yang harus dilakukan bagi memastikan pengalaman keghairahan berterusan di kala melihat pasukan kegemaran beraksi. Contohnya, menghafal mantera-mantera yang tidak membatalkan iman or at least berlatih miming ketika penonton lain menyanyikan lagu 'Sebelas Carragher'. Persediaan yang lain sudah pastilah hadir dengan gajet-gajet yang berunsurkan Liverpool. Bukan selalu boleh pakai scarf Liverpool ye tak? Maka hari ini aku ingin bercerita tentang gajet Liverpool yang orang hadiahkan kepada aku. Ayuh teruskan membaca.

1) Jersey skim perbankan Islam Standard Chartered

Jersey ni aku dapat lepas menabung dalam skim As-Siddiq di Standard Chartered...ok tak tipu jersey ini dihadiahkan oleh Da'Killa. Gadis-gadis jika ingin jejaka anda mencintai anda dengan sepenuh jiwa anda belikan saja mereka jersey pasukan kegemaran mereka yang original. Kalau anda beli yang tak tulen itu tandanya cinta anda pun tak tulen juga. Sebelum ni nak beli jersey Liverpool pikir dua tiga kali sebab tak boleh bawak pergi sembahyang Jumaat. Ni dah tukar sponsor ni memang semakin diberkatilah perjuangan kami.

2) Mug Liverpool


Mug ini dihadiahkan oleh kakak Shuhud iaitu Idlan binti Zakaria. Tengkiu Akak Abe sudi menghadiahkan mug ini walaupun kita jelas berlainan mazhab di dalam bolesepak. Akak Abe dan adik beradiknya semuanya minat kelab syaitan. Anyway, mug ini masih berada di dalam kotak. Akak Abe kata, mug ini mug special sebab Sami Hyppia pernah guna dulu-dulu lepas tu diauction kepada pihak umum. Kalau tipu Akak Abe maka tipulah aku.

3) Snowcap Liverpool


Uhh memang kool gila la snowcap ini. Terasa kool mengalahkan Altimet jika aku memakainya ketika berjalan-jalan di Alamanda. Kalau Altimet nampak aku pakai pun mesti dia cakap aku ni Caaaantik. Snowcap ini dihadiahkan oleh kawan aku Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin di pasar malam kat UK. Kalau kau masuk Mines Wonderland ataupun pergi ke tempat-tempat lain yang sejuk seperti Bukit Fraser memang sesuailah bergaya dengan snowcap ini.

4) Liverpool FC Champions League Winners shirt

Huiii ini memang item feveret aku. Takkanku lupakan malam bersejarah pada tahun 2005 itu bersengkang mata pukul 3 pagi pergi ke restoran Ayam Kampung Rimba belakang Ameerali sebab Ameerali penuh untuk menonton perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Half time kena 3-0 langsung luruh semangat ini namun kami peminat setia menyanyikan lagu keramat 'You'll Never Walk Alone' beramai-ramai bersama ane pelayan kedai itu dan sekaligus terciptalah baju ini. Terus aku memaksa kawan aku Hisyam untuk menghadiahkan aku baju ketika ketika beliau masih di England.

5) Scarf Pashmina. Eh.

Skaf ini dihadiahkan oleh adik kepada Akak Abe di atas iaitu Abe. Abe ataupun nama penuhnya Ahmad Shuhud Irfani Bin Zakaria Bin Stapa Bin Yajid Bin Puteh ni lahir kat England tau, regardless of pandangan rasis korang terhadap warna kulit beliau yang disyaki datang dari Nepal itu. So masa dia balik ke negara kelahiran asal dia, aku kirimlah skaf ini. Hana Tajima dikatakan telah membuat satu video tutorial ikat-ikat skaf di kepala menggunakan skaf Liverpool. Sangat rare, susah nak cari video ni.

6) Sweater Liverpool

Sweater kool ini dihadiahkan oleh Da'Killa. Memang chick dan arbok magnet sweater ni sebab dapat mengcover perut aku yang kadang-kadang boleh jadi macam Kuzi Gila-Gila Remaja bila aku tak menahan nafas. Memang banyak berjasa sweater ini. Kalau demam pakai sweater ni mesti demam kebah.

7) Keychain Liverpool


Keychain ini dihadiahkan oleh Tengku Eleanor Ezura ataupun nama telenovelanya Ezuantes Estrada ketika beliau melancong di London. Selain digunakan untuk riak, keychain ini juga berguna ketika berkelahi dengan penyokong-penyokong manshitter united dhttp://www.blogger.com/img/blank.gifengan mencalarkan pipi mereka menggunakan keychain ini.

Tadi berharap juga nak pergi tengok Malaysia lawan Assenal tapi apakan daya bekerja sehingga malam pula. Peminat Arsenal usah bangga diri dapat mengetuk Malaysia 4-0. Malaysia saje je nak test pemain tadi untuk berhadapan dengan Singapura nanti. Dengar cerita ada penonton yang boo pemain Malaysia sendiri. Ish apa ni dalam kad pengenalan kita kan tulis kita ni warganegara Malaysia tak usahla nak derhaka. Tetapi melihat gambar-gambar yang diambil oleh kawan-kawan aku yang pergi ke press conference Arsenal sungguh mengujakan. Boleh tengok kat sini.

So anyway, siapa pergi sesi latihan dan perlawanan nanti? Ayuh jumpa di sana! Oh kalau anda baca berita mesti tahu 'Anfield' sudah dibawa ke Malaysia boleh mengalami suasana seperti di stadium agung itu di Pavilion. Nak ohsem lagi kau pergi Courts cawangan Setapak dan Cheras kerana pemain Liverpool akan membuat kemunculan. Sumpah tak tipu aku baca kat MSN Malaysia. Kalau nak lagi jadi peminat fanatik yang creepy pergi ketuk bilik Joe Cole dekat One World Hotel. #YNWA!

Sunday, July 10, 2011

T-Shirt Kool Untuk Dijual (updated)

Hai apa khabar semua? Bagaimana perhimpunan tadi kena cota kah? Ke duduk rumah saja pura-pura berada di tempat kejadian? Di saat ini jika kalian buka laman web sosial tak kiralah Fesbuk ke Twitter ke Hi5 ke semuanya sibuk membincangkan tentang Bersih. Topik ini dijangka akan menjadi buah mulut masyarakat untuk beberapa hari lagi, maka pihak yang business minded pasti akan mengeksploitasikan situasi ini untuk mengaut keuntungan. Salah satu cara untuk mencari rezeki adalah dengan mencipta tshirt yang kool dan hip untuk kedua-dua pihak Bersih dan Patriot yang boleh digayakan ketika berjalan-jalan di Pavilion. Ayuh teruskan membaca.










Bagaimana? Belilah t-shirt aku woit. Harga kita boleh bincang berdasarkan paras rupa anda. Semua free size material dijamin tiada DNA babi. Eh. Boleh bantu untuk tambah tabung perkahwinan. Kalau kalian ada caption menarik untuk kedua-dua belah pihak, silalah kongsi bersama. Tetapi tidak kiralah apa pun fahaman politik mahupun orientasi seksual anda, tak perlulah kita hendak bersengketa kerana kita semua rakyat Malaysia. Mereka itu jiran kita juga, kawan kita juga, ahli keluarga kita juga. Oleh itu, ayuh pakai baju kuning dan merah anda dan sama-sama turun ke stadium Bukit Jalil untuk berhimpun tanpa dicota pada hari Sabtu 16 Julai ini! #TanahTumpahDarahku #YNWA

Wednesday, July 6, 2011

Tips Menghadapi Temuduga


Hai apa khabar semua? Adakah anda baru bergraduasi dari institusi pengajian tinggi dan sedang berusaha mencari kerja? Adakah anda telah menghadiri lebih daripada 8 temuduga diorang janji nak call anda balik tetapi sehingga sekarang telefon tidak berdering? Adakah anda kini bekerja di Shell - HP dan ingin melanjutkan kerja ke Shell - T-Systems? Pekerjaan di luar sana memang berbeza-beza tetapi teknik temuduga rata-ratanya sama sahaja. Selain daripada kelayakan dan pengalaman, teknik temuduga memainkan peranan yang penting bagi menentukan kejayaan permohonan jawatan yang anda idamkan. Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman temuduga bersama anda. Ayuh teruskan membaca.

Pandangan Pertama

Sim Min Teck, salah seorang analyst di Jobstreet berkata, 30 saat yang pertama adalah waktu yang paling penting di dalam sesi temuduga. Dalam 30 saat pertama itu, mereka akan membuat keputusan sama ada mereka suka anda ataupun benci anda. Kalau dah suka anda terkentut dalam sesi temuduga pun tak apa. Kalau dah benci tak kiralah anda ada rekomendasi daripada Sir Alex Ferguson sekalipun, pasti anda tidak akan diterima. So bagaimanakah kita hendak membuat penemuduga jatuh cinta pandang pertama?

Pertama sekali datang awal. 30 minit awal pun apa salahnya. Dah tau KL tu jalan sentiasa jem gerak je selepas Subuh at least korang dapat solat Subuh sekali dan memohon kepada Tuhan agar berjaya di dalam temuduga. Jangan biar mereka tunggu anda. Kalau tak tahu jalan survey awal-awal print Bing Maps tampal di dinding dan hafal.

Konsep Yang Penting Rupa memang sangat berkesan sekali jika diaplikasikan di dalam temuduga. Anggaplah macam kau nak pergi temujanji kali pertama dengan gadis. Kau kena kemas, beradap dan tak boleh terus nak ringan-ringan. So kalau rambut panjang sisir dengan rapilah kalau taknak potong. Jambang cukur nak taknak Kurt Cobain kau tu shave sahaja sehingga licin. Baju dan seluar slack kalau boleh gosok sampai ada line tajam kalau kena boleh berdarah jari. Lepas tu tegurlah mereka secara professional jangan pergi 'wassup nigga' kat mereka pula. Hulurkan salam yang teguh jangan buat gaya salam sep sep macam ahli kongsi gelap dan berikan eye contact penuh perhatian seperti tengah bersetubuh menggunakan missionary position (tanpa dengusan syahwat of course).

Persediaan awal


Nak pergi temuduga kenalah buat persediaan awal. Tak bolehla pergi je interview mengharapkan sesuatu yang terbaik. Persediaan apa yang anda harus lakukan? Well kalian sepatutnya sudah ada satu fail yang menyimpan segala resume dan sijil-sijil relevan siap dengan extra copy lagi nanti takdelah terhegeh-hegeh nak pinjam mesin fotostet mereka yang kita tak reti guna itu. Anda juga seharusnya tahu skop pekerjaan anda, agar anda dapat memberi impression yang anda berminat dengan jawatan itu. Kaji juga syarikat anda tu macamana latar belakangnya, siapa nama anak bos dia serta reka testismonial tipu sunat seperti "I heard a lot of great things from my friend Faizal who is currently working here..". But don't simply mention your friends or relative names kadang-kadang ada syarikat yang ada polisi tak mahu sedara-mara bekerja di bawah satu bumbung.

Persediaan yang paling penting adalah mengkaji soalan ramalan. Soalan interview ni macam SPM jugak dia akan berulang-ulang cuma ubah variable dia sahaja. Antara contoh-contoh soalan yang popular yang aku pernah kena adalah:

1) Tell me about yourself.
2) What are your greatest strength and weakness?
3) Where do you see yourself in 5 years?

Walaupun jawapan kepada persoalan tersebut berbentuk subjektif, namun mereka telahpun expect jawapan yang mereka ingin dengar. Kita akan bincang persoalan ini di dalam poin yang lain. Apa yang anda boleh buat adalah merangka jawapan kepada persoalan tersebut dan berlatih bercakap di hadapan cermin ataupun di hadapan rakan anda yang rela untuk menghafal skrip berserta dengan ekspresi dan mimik muka yang meyakinkan. Rashid Sidek sebelum pergi audition filem Cinta 100 Ela pun berlatih depan cermin ok. Sedangkan lakonan dia yang kaku macam kayu tu pun boleh diterima sebagai hero, inikan pula anda yang telah bersedia. So bila diorang tanya, anda akan menjawab dengan penuh keyakinan, dapat kurangkan filler words seperti "mmm' "uhh" "eee" "uuu" "ahhh ahhh" "ting tang wala wala bang bang". Jangan pergi interview pun nak bawa toyol tulis jawapan kat atas tangan tapi kalau kau jenis yang kuat berpeluh haa kan dah hilang tulisan. Ambil masa untuk merangka ayat di dalam minda. Tak perlu tergesa-gesa nak jawab soalan bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Terlajak ceploit ceploit menyesal seketika.

Jual diri

Waktu temuduga adalah satu-satunya masa yang anda boleh jual diri tanpa rasa berdosa dan maruah dinoda. Setiap pekerjaan ada aspek yang mereka inginkan. Contohnya teamwork, leadership, independant bla bla bla. Usah berasa malu membanggakan diri dan sertakan dengan bukti-bukti daripada kes-kes harian yang anda hadapi dan bagaimana anda selesaikannya agar mereka tahu yang anda bukan sekadar cakap kosong. Kalau ada piala Pekerja Terbaik kau letak je dalam beg just in case mereka tanya betul ke kau dapat jadi pekerja terbaik di syarikat lama. Tunjukkan keyakinan diri, tetapi jangan sampai tahap berlagak. Tak perlu nak dedah aurat sangat konon-konon nak menarik hati si penemuduga miang.

Kaji kehendak soalan

Mengikut survey rekaan yang dikeluarkan dalam majalah Anjung Seri dalam segmen 'Jawatan Kosong', 70% pemohon gagal mendapatkan jawatan kerana mereka tidak tahu menjawab soalan temuduga dengan betul. Setiap soalan yang ditanya ketika temuduga sebenarnya sudah ada template jawapan. Soalan-soalan itu ada perangkapnya dan anda kena berhati-hati tak boleh main jawab ikut sedap testis anda. Mari kita kaji soalan-soalan lazim yang nampak normal tetapi sebenarnya berbisa.

1) Tell me about yourself.


Ini soalan pembukaan yang hampir pasti akan ditanyakan kepada anda. Anda mungkin akan syok sendiri pok pek pok pek cakap pasal makanan kegemaran anda, cakap pasal kucing anda, cakap pasal Aaron Aziz. Tapi itu bukannya yang mereka nak dengar (unless mereka specifically tanya adakah anda suka tengok dada Aaron Aziz). Anda seharusnya berbicara tentang diri anda yang berkait dengan pekerjaan, pengalaman anda dari dulu sehingga kini, serta kualiti-kualiti baik yang anda ada yang relevan dengan pekerjaan.

2) Why do you want to leave your current job? Tell me a problem that you had with your supervisor.

Hoiiii bab mengumpat ni memang sedap. Tetapi ini adalah soalan perangkap yang paling besar. Usah sekali-kali cerita tentang masalah anda di tempat kerja lama. Jawapan general yang selamat untuk sebab bertukar kerja adalah 'career progression'. Mereka ingin uji anda jika anda pun akan berkata buruk tentang anda suatu hari nanti. Tak kiralah anda kena slap punggung dengan majikan sekalipun, sentiasalah berkata yang positif tentang bekas majikan anda.

3) Where do you see yourself in 5 years?


Soalan ini ditanyakan bukan sebab mereka nak tahu impian anda dalam masa lima tahun untuk pergi melancong ke Dubai ataupun untuk membeli rumah idaman di Mozambique. Mereka ingin tahu cita-cita dan rancangan jangka masa panjang anda. Anda harus bersedia untuk memberi jawapan yang merujuk yang anda berminat untuk tinggal lama di kompeni tersebut, bukan sekadar menjadikan jawatan tersebut sebagai batu loncatan untuk melompat kerja. Tak perlulah juga terlalu ambitious cakap anda nak jadi bos kepada bos besar kalau jawatan yang anda apply itu adalah entry level.

Itu adalah contoh-contoh soalan lazim yang disertakan dengan perangkap yang selalu ditanyakan ketika temuduga. Kalian Bing sahaja 'interview questions' dan anda akan dapat kaji banyak lagi contoh-contoh soalan berserta dengan jawapan yang sesuai dan jawapan yang harus dielakkan. Tapi janganlah kau hafal bulat-bulat nampak sangat kau tiru jawapan di Internet kalau kau gunakan jargon-jargon yang terlalu advance.

Begitulah antara tips-tips umum tetapi berkesan yang boleh kalian aplikasikan di dalam temuduga. Ya, saya faham temuduga ini kadang-kadang menakutkan. Even pornstar pun pergi interview kerja rasa cemas takut tak dapat beraksi lebih daripada 5 minit. Tetapi tak mengapa, dengan persediaan yang cukup (dan sudah pasti kelayakan yang setara) anda pasti dapat memikat hati penemuduga dan merampas segala pekerjaan yang ada. Good luck!

Monday, July 4, 2011

Kisah Sedih Initial D


Hari ini, 4/7 merupakan hari jadi BFF aku Adam Johari. Jika anda perasan, saya seringkali memaparkan gambar seorang lelaki cina yang tinggi lampai dan bermata sepet di blog ini. Itu bukan orang Cina, itulah Adam Johari. Adam sekarang bekerja di London. Dia sering menggunakan advantage mata sepetnya untuk mengelakkan diri daripada menyertai solat Jumaat dan sebarang aktiviti tabligh di sana. Dengar khabar juga dia juga pernah menyamar menjadi mualaf dalam sindiket menggelapkan wang zakat, tapi tu rumors je tak tahulah betul ke tak. Sempena hari jadi Adam ini, aku ingin imbas kembali satu peristiwa hitam di dalam hidup kami di mana Adamlah yang menjadi puncanya. Kisah hitam ini dinamakan 'Kisah Sedih Initial D'. Sebagai pembaca veteran anda mungkin sudah baca kisah ini tetapi sempena hari jadi Adam, ayuh kita ungkit kembali peristiwa berdarah ini. Oh harus diberi amaran yang entri ini agak panjang macam organ reproduksi aku.

Summer. 2005. Filem Initial D baru sahaja dirilis di pawagam. Ketika itu, semua rakan-rakan yang belajar di luar negara sudah pulang untuk cuti musim panas. Atas semangat Jay Chou, kami semua berkobar-kobar untuk menontonnya pada malam itu. Kami pergi dengan dua kereta. Line up pada malam itu adalah aku, Amir Rashidi (Apai), Ahmad Shuhud Irfani (Abe), Mohamad Fairuz (Ayob) dan Khairul Afandi (Fandi) yang menaiki kereta Apai. Selebihnya, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz (Dazu), Mohd Nurhisyam (Ise), Anas dan Zulkifli (Zul) menaiki kereta Adam. Sehingga hari itu, Mines merupakan tempat persinggahan kegemaran kami sejak sekolah menengah nak pergi KLCC tak tahu jalan. Kami semua bersetuju untuk berkumpul di McD Mines, tetapi entah Adam salah faham dengan mesej itu, dan dia menunggu kami di McD Bangi pula.

Aih. Maka kami pun bergegas la ke McD Bangi untuk bertemu mereka sambil mengeji kesilapan Adam. Di dalam kereta kami berboys talk membincangkan topik-topik hangat pada masa itu seperti kisah percintaan Ayob dan Fatin di Merrybrown dan gosip cinta Apai dengan Zati Hazira. Show pukul 9.30 malam kot. Kami sudah terlambat di atas kesalahan Adam, maka kami pun sudah dirasuk semangat Initial D berlumbalah di jalan raya. Lagu hip hop Cina berkumandang di udara. Kereta Kelisa Apai memiliki kuasa pecutan baik, namun di jalan yang lurus, kereta Adam tenang sahaja memecut kami kerana memiliki topspeed yang lebih tinggi. Namun begitu kereta Apai berjaya memotong di selekoh terakhir di hadapan lampu isyarat berhampiran Mines. Kisah berdarah bermula di situ.

Kami sedang meraikan kejayaan kami menewaskan Team Adam mabuk-mabuk minum barbican sambil menanti lampu isyarat hijau menyala. Tiba-tiba seorang manusia keluar dari kenderaan di hadapan dan berjalan menuju ke arah kereta apai. Dengan gaya pailang dia mengetuk tingkap kereta Apai. Apahal? Apai pun buka tingkap. Lelaki itu berkata ."Tutup lampu tinggi kau sakit mata aku!" Apai menjawab, "Ini memang lampu biasa bukan high beam..". Lelaki itu diam dan beredar kembali ke keretanya. Memang terbakar kami dalam kereta itu sambil mencarut-carut. Itu memang lampu standard kereta Kelisa tanpa modifikasi tak tahu mengapa dia sakit mata.

Menyala sahaja lampu hijau, Apai terus me 'rem' keretanya dan memandu laju dalam kemarahan. Shuhud menasihatkan Apai bersabar dan tidak mengikut perasaan. Namun begitu, Apai terus memotong kereta tadi dan kami semua merenung tajam ke arah kereta tadi. 5 saat kemudian kami mendengar bunyi deruan enjin yang garang serta lampu tinggi jelas kelihatan di cermin belakang Apai. What the what? Kereta tadi kembali memotong kami dan cuba menghalang laluan kami. Apai berjaya mengelak daripada melanggar kereta itu dan terus menuju ke arah tempat letak kereta Mines. Kami masih lagi in shock ketika berhenti mengambil tiket parking. Semua diam membisu lidah terkelu tak tahu nak mengeluarkan ekpresi apa.

PRANGGGG! CRASHHH! Bunyi kaca pecah macam lagu intro Stone Cold Steve Austin nak masuk gelanggang gusti. What the what?? Aku dapat rasakan kepingan-kepingan cermin kereta Apai masuk dalam baju aku. Toleh belakang, memang sudah berderai cermin belakang kereta Apai. Dalam pada itu, geng-geng kereta watak jahat tadi semua sudah keluar dari kereta mereka dan cuba untuk membuka pintu kereta kami, nasib baik kereta Apai berkunci. Di bahagian hadapan, orang yang menegur Apai tadi menjerit "HIYAAAAAA!!!" kemudian melompat dan menumbuk cermin hadapan Apai. Tidak pecah pun, tetapi percikan darah jelas kelihatan di cermin kereta Apai. Orang-orang di sekeliling hanya diam membisu tak buat apa-apa sekadar tengok sahaja keganasan di hadapan mereka. "JALAN APAI JALAN!!," jerit Ayob. Tanpa mempedulikan palang di hadapan, Apai menekan pedal minyak dan melanggar palang parking di hadapan. Memecut tanpa memandang belakang. Sambil itu Ayob menyuruh kami mendail nombor polis. Shuhud mengambil tugasan itu dan mendail 999. "Helo polis tolong kami, kami sedang dikejar di Mines..." kata Abe dengan nada cemas dan terketar-ketar.

Apai memberhentikan keretanya dia suatu sudut gelap di dalam parking Mines. Masing-masing menampakkan wajah cuak dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kami tak tahu hendak buat apa. Kawasan itu sangat gelap jika watak jahat datang kalau kami dibelasah memang takde sape nak tolong ah. Melawan kembali? Mungkin. Tetapi yang kuat dalam kereta kami ketika itu Ayob dan Fandi saja. Aku dulu kurus kerempeng tak macam sekarang memang tidak cukup zat untuk bertumbuk. Apai memang tidak menakutkan langsung jika diajak bergaduh. Abe tak perlu ceritala kecuakan dia macamana sampai berbuih-buih mulut kena sawan. Kami semua bersetuju untuk keluar dari kawasan parking dan berhenti di tempat yang ada ramai orang.

Keluar sahaja dari kawasan gelap itu, kelihatan watak protagonis sedang menanti kami dan terus mengejar kami dengan kenderaan mereka. Mereka cuba melaksanakan aksi-aksi di dalam filem seperti melanggar kereta dari tepi tetapi tidak jadi. Kami memecut ke stesen minyak yang berhampiran, dan berhenti di situ. Masing-masing senyap duduk dalam kereta menanti kehadiran polis. Abe bersuara "Tulah korang aku cakap bersabar tapi korang taknak dengar..." kata Abe dalam nada yang teresak-esak. Tetapi apakah yang membuatkan tercetusnya provokasi itu? Team Adam menyusul di belakang. Semua tertanya-tanya apa yang terjadi, termasuklah orang awam yang berada di sekitar setelah melihat kereta berlumuran dengan darah dan cermin kereta yang pecah.

Ketua watak jahat datang dengan tangan yang berbalut darah. Dia mengajak kami pergi ke tempat kejadian untuk 'berbincang'. Berbincang? Well apparently, kejadian tercetus setelah dia melihat salah sorang daripada kami menunjukkan jari hantu kepada mereka ketika kami memotong kereta mereka. Apai furiously denied that accusation. Well apparently lagi, aku nampak tindakan rakan aku melakukan aksi itu, tetapi tidak mungkin aku akan mendedahkannya kerana dia rakan kami. Tengok porn tiga bintang bersama, solat Maghrib bersama, kena belasah pun sama-samala kan. Adam dengan accent Amerikanya mencarut-carut dan tampak bersedia untuk bergaduh. Zul pun pun dengan muncungnya itu cuba-cuba jugak untuk maki mereka tapi secara senyap-senyap sahaja. Tak kisahlah siapa tunjuk fuck pun, itu still tidak menghalalkan perbuatan mereka untuk menghentak kereta Apai dan mencederakan kami. Besides, provokasi tidak dicetuskan oleh kami bukan?

Polis datang dengan senapang automatik. Dengan garangnya dia menyuruh kami ke balai. Kami akur dan bergerak bersama-sama. Fandi sudah call back up just in case nak selesaikan pertarungan sebentar lagi. Tapi sekadar Aizat AF sorang je macamana nak gang fight. Ayob pun call abang dia. Apai membuat laporan polis. Pihak lawan pun membuat laporan juga. Mereka melaporkan yang kami menunjukkan jari hantu kepada mereka dan melanggar tangan dia sehingga berdarah dan hampir patah. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm. Saat-saat inilah Shuhud pula hendak bersuara. Dalam kecuakan menjelaskan kepada polis, boleh pulak dia mengeluarkan komen-komen seperti "Kawan saya ni memang memandu laju...." dan "Saya ni pelajar pergigian nanti habisla rekod saya tak boleh nak bukak klinik gigi...". Team Adam juga berani pula mengeluarkan kata-kata kesat sekarang kepada mereka tadi kenapa korang tak tolong kitorang haaa.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kami masih berada di balai. Apai menjelaskan kami mungkin perlu tinggal di balai kerana pegawai penyiasat hanya akan menyiasatnya pada keesokan harinya. Abang Ayob menjadi negotiator, dan kami kedua-dua pihak akhirnya mengugurkan dakwaan masing-masing dan 'bersalaman' meminta maaf. Mereka kata, 'Melayu sama Melayu, buat apa nak gaduh'. Hmmmmmmmmm. Mereka mengajak kami ke tempat kejadian untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan. Atas dasar tanggungjawab melanggar palang itu, kami pun memberanikan diri ke sana. Namun mereka tiada.

Kami sampai di rumah dalam pukul 3 pagi. Apai tak tidur sehingga subuh, dan dia bersolat subuh untuk kali pertama buat sekian lama, lalu menyerah diri kepada ibunya. Buat mak Apai, kami bukan sengaja keluar malam itu untuk bergaduh. Aku kasihan dengan Apai kerana dialah yang paling terjejas dengan kejadian ini, kereta kena repair, kejutan emosi, dimarahi keluarga lagi....Mungkin peristiwa ini boleh dielakkan jika kami lebih banyak bersabar, ataupun lebih gagah fizikal untuk kembali melawan, ataupun tidak tunggu di McD Bangi instead of Mines. Namun begitu, apa yang berlaku membuatkan kami rakan-rakan Bangi menjadi lebih rapat, lebih mesra more than ever walaupun loyalty Shuhud masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

Jika perkara yang sama berlaku lagi, will things happen differently? Not likely. Kerana kami rakan-rakan Bangi adalah golongan yang tenang dan tidak sukakan konflik. I love you guys. Ayuh kawan-kawan ucapkan, Selamat hari jadi Adam! Semua salah kau. Haha.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...