Monday, August 29, 2011

Himpunan Jenaka Man Utd vs Arsenal

Hai apa khabar pembaca? Bagaimana dengan persiapan hari raya anda? Bagi para penyokong Arsenal, hari raya kali ini tidak bermakna lagi setelah pasukan kesayangan mereka dirogol 8-2 di Old Trafford malam tadi. Peminat Arsenal mungkin boleh menggunakan alasan yang pasukan mereka sedang tempang terpaksa menurunkan kanak-kanak baru mumayyiz untuk menentang Syaitan durjana. Namun begitu ini adalah perlawanan Man Utd menentang Arsenal, bukannya lawan Kelantan JKR. Walaupun sudah 6 tahun tidak menang apa-apa, Arsenal adalah kelab besar yang ada reputasi yang harus dijaga. Sampai bila nak mengamalkan polisi Pedophilia atuk Wenger beli kanak-kanak last-last dirampas pasukan lain juga bila dah handal. Lepas tu tiada pengganti untuk Cesc dan Nasri duit banyak je. Ditoron sehingga lapan gol adalah sesuatu yang mengaibkan. Maka malam tadi memang aktiflah para peminat bolasepak memperanjingkan Arsenal di laman web Twitter dan Fesbuk. Ayuh kita kongsi status-status mengina Arsenal yang muncul di timeline dan news feed aku.

"Hujan turun dengan lebat di luar merupakan metafora terhadap air mata penyokong Arsenal yang bercucuran"

"Kepedihan penyokong Arsenal di saat ini bagaikan tak dapat cuti di hari raya"

"Sekadar peringatan buat rakan-rakan arsenal yang bangun bersahur, 8-2 itu benar-benar berlaku dan bukanlah sekadar mimpi ngeri"

Amir Mizah: "Macam maen badminton doh kene 8 bijik, ini masa yg terbaik kalau Safiq Rahim nak trial kat emirates stadium"

Zuhri Yusoff: Raya 1st nanti korang tgk la ESPN...Alex Ferguson & Wenger bersalam-salaman sambil Ferguson cakap "yang lepas tu lepas la yer...nah duit raya rm8, kalau nak balas gak bagi RM2 pun xpe" hehehe

Nazri Fitri Nazlan: ‎"Kenapa syaitan merah dibiarkan berkeliaran waktu2 begini? kan ini bulan Ramadhan? Tengok ape dah jadi!", keluh pakcik Wenger di hatinya.


"Arsene Wenger is……this season’s Roy Hodgson" (from tumblr)

@arseblog: "Arsenal subs: Bob Nobody, Johnny Invisible, John Notbornyet, Inanimate Carbon Rod, Fabianski, Pat Rice, A Marble"

@TheRealFbloke: "Has anyone else just received a text from Arsene Wenger asking if they would like to play for Arsenal?"

@TrueRedDevils: "Arsenal announce name change for their home stadium. Now to be known as the Emir8s"

@GuvnaB: "I'd 8-2 be an Arsenal fan right now"

Sebagai rumusan, kita boleh gunakan status Ahmad Izwan Mustapakamal untuk menutup sesi kejian kali ini:

"Seminggu lepas raya pon blum tentu fans Arsenal bole berpikiran waras ni..abang tak suka ye adik2 Arsenal duk salahkan Wenger jer...stick to your team and your manager ok..abang bekap..no hal..abang byk pengalaman ngan liverpool dulu haha..."

ok last one


Jika anda ada status, tweet-tweet mahupun jenaka Arsenal yang lucu ayuh kongsikan bersama! On the other hand, kemaskini Fantasy Football. Sumpah aku hangin melihat pasukan Toon Army yang ada Dzeko lepastu letak Runi jadi kapten. Pasukan Adamonster pula telah hilang daripada tangga utama nampaknya dalam Liga Super...

Friday, August 26, 2011

Ucapan Khas Hari Raya Aidilfitri 2011

Hai apa khabar pembaca? Rata-rata anda semua sedang tak keruan di pejabat sebab hari ini merupakan hari terakhir anda bekerja sebelum bercuti panjang untuk hari raya. Bersabarlah saat indah kan menjelma jua. Walaupun tahun ini aku tak dapat satu kad raya sebenar dan kad raya elektronik pun daripada kalian, aku tetap akan mendoakan kesejahteraan anda semua berhari raya bersama keluarga di kampung sambil mencuci mata melihat riak wajah gembira gadis-gadis yang berjaya mengurangkan berat badan untuk memakai kebaya ketat terbelah sehingga ke peha. Ya saya tahu anda sudah menggigil parkinson nak balik kampung, maka saya ingin gunakan kesempatan ini untuk membuat ucapan khas Aidilfitri khas untuk anda semua sebab nanti kat kampung tak ada 3G. Ayuh teruskan membaca.

Manusia memang tak dapat lari daripada kesilapan. Saya manusia biasa seperti anda juga, bezanya kita cuma paras rupa. Saya sedar, sepanjang saya menulis blog ini, saya sering membuat jenaka-jenaka berunsurkan seksual asyik cakap pasal organ reproduksi, membuat jenaka perkauman, serta menstereotypekan gadis-gadis seperti menuduh gadis tak boleh buat side parking. Mungkin ada di antara anda yang terguris hati dan mengalirkan air mata di sudut-sudut gelap dengan hasil penulisan saya, maka di sini saya memohon keampunan dengan penuh keikhlasan dari hujung rambut ke hujung kaki, unless kaki anda kena potong sebab kencing manis. Usah menyimpan dendam di dalam hati, kelak dendam tersebut akan membuat anda horny. Entah apa kaitannya entah. Mengenali perangai saya, saya pasti akan kembali membuat jenaka seksual dan seksis selepas hari raya nanti, tapi ketahuilah semuanya sekadar bergurau senda agar kita dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni.

Buat mereka yang akan pulang ke kampung malam ini, saya ucapkan berhati-hati di jalan raya. Jangan bawa laju-laju jika tidak mahu menjadi statistik di dalam Ops Sikap nanti. Ibu bapa di kampung menantikan kepulangan anda menaiki Myvi, bukannya van jenazah. Unless kalau kau ni kerja sebagai bilal dapat van kompeni and in this case van jenazah so memang kau bawa van jenazah ke mana-mana. Ketika anda sedang mengulum kuih batang buruk buatan nenda, bayangkanlah saya di sini. Usah bayangkan secara seksual kerana itu adalah gross, tetapi bayangkan saya berada di Bangi beraya seorang diri tiada kampung agar anda dapat lebih menghargai suasana beraya di kampung halaman. Jika kalian tak pulang ke kampung, nak beraya di rumah saya hari raya pertama pun boleh. Pintu pagar saya sentiasa terbuka untuk gadis-gadis berbaju kurung bertudung Hana Tajima. Buat anda yang beraya di perantauan ataupun terpaksa bekerja berbakti kepada negara ataupun kompeni kafir, takziah saya ucapkan.

Akhir kata, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk anda semua para pembaca setia Y.P.R. Buat peminat-peminat fanatik, stalker-stalker, serta rakan-rakan alam maya, saya tujukan pantun raya ini untuk anda:

Di pagi Syawal membaham lemang,
Lemang dibaham bersama sirap,
Dosa yang lalu usah dikenang,
Harap diampun salah dan silap

Chewahhh pantun. Kad raya recycle tahun lepas punya jelah ok haha. Happy Raya Day uols! HO!



Wednesday, August 24, 2011

Mengapa Hari Raya Tidak Seindah Dulu

Hai apa khabar pembaca? Hari ini adalah hari ke-24 kita berpuasa. Rasa macam sekejap saja bukan? So far aku rasa Ramadhan kali ini tidak digunakan dengan optimum. Puasa kadang-kadang sekadar berlapar dan dahaga sebab mata asyik melihat aurat berat gadis-gadis berkulit hitam dalam klip video penyanyi hip hop. Mulut pula asyik mengeluarkan kata-kata kesat setiap kali tersekat di dalam kesesakan lalulintas akibat orang parking macam cikai mak lampir di bazar Ramadhan PKNS. Part beribadat lagilah, boleh kira dengan jari tangan berapa kali pergi terawih, apatah lagi nak baca Qiraati. Pejam celik pejam celik minggu depan dah nak raya. Tetapi secara jujurnya aku tak rasa eksaited langsung nak menyambut hari raya ini. Well kalau nak ikutkan Hari Raya Aidilfitri secara rasminya menjadi bosan sejak tahun 2000 lagi. Sambutan hari raya tidak seindah dan tidak semeriah dahulu. Ayuh kita kaji rasional di sebalik fenomena ini.

1) Aku tiada kampung

Aku tiada kampung kerana atuk dan nenek aku belah mama dan abah aku telah kembali ke rahmatullah. Maka tiada kampung untuk dilawati ketika hari raya. Even if atuk dan nenek aku masih hidup, aku masih juga tiada 'kampung' kerana kampung aku terletak di bandar. Satu di Selayang dan satu di Serdang. Eleh 30 minit drive dah sampai Selayang, 15 minit drive dah sampai Serdang. Kalau naik roller blade mungkin lama sikit perjalanan. Baru semangat buka lagu raya HO HO HO Balik Kampung! tak habis lagi lagu raya dah sampai dah ke destinasi. Maka dulu-dulu kalau orang tanya aku balik kampung di mana, jawapan yang diberi pasti diperlekehkan. Orang balik kampung boleh pergi melihat sawah terbentang aku balik kampung melepak di Warta Selayang. Ciri-ciri kekampungan yang digambarkan dalam Cerekarama edisi hari raya seperti mengacau dodol di dalam kawah besar, membakar lemang bersama ketua kampung serta memadam api pelita asli yang dipasang jiran memang tidak wujud di Selayang ataupun Serdang.

Namun begitu, suasana berhari raya di kampung walaupun kampung aku adalah bandar tetap dirindui. Rumah atuk Selayang aku banyak bilik so bila adik beradik mama aku semua pulang memang terasa kemeriahannya. Sebagai sepupu senior aku diberi hak untuk mengaplikasikan teknik-teknik gusti yang dipelajari daripada pita video wrestling yang atuk aku sewa kepada sepupu-sepupu yang lebih kecil. Tombstone Piledriver, Sharpshooter, Stone Cold Stunner semua aku praktikkan sehingga mereka menangis. Wan aku pulak memang rajin buat kuih raya, especially kuih raya kegemaran aku sepanjang zaman kuih Sarang Semut. Sumpah sedap berbanding kuih tunjuk-tunjuk. Semua kuih Wan aku buat kerana dia memang handal memasak.


Lepas tu pagi hari raya pertama boleh lihat mama aku dan makcik-makcik aku beratur di hadapan atuk dan Wan konon-konon tabah lepas tu air mata bercucuran menangis memohom keampunan. Aku kecik lagi apa aku tahu. Tengahari aku akan balik kampung Serdang pulak. Kampung Serdang best sebab nenek aku diabetis kaki dia kena potong so boleh main kerusi roda. Aku kecik lagi apa aku tahu. Lepas tu waktu petang boleh naik Vespa atuk aku Wak Jonoh menghantar ais ke kawasan Serdang kerana atuk aku merupakan peniaga ais yang berjaya. Ahhh good old days. Maka kalian yang masih ada kampung ni hargailah saat ini dengan sebaik mungkin. Kalau tak ajak aku sekali balik kampung dengan korang.

2) Aku dah dewasa

Graf keseronokan berhari raya akan menurun secara konsisten berdasarkan kadar pertambahan umur anda. Yang eksaited yang menyambut hari raya ni kanak-kanak sahaja. Mengapa? Faktor utamanya adalah duit raya. Kanak-kanak je yang boleh dapat duit raya kalau ketiak kau dah berbulu lebat usah harapla nak dapat. Dulu-dulu masa kecik selalu bertanding dengan saudara mara collection hari raya siapa yang lagi banyak. Aku pasti menang setiap tahun kerana aku ada advantage dengan status 'Anak Tunggal' aku. Anak tunggal mestilah dapat lebih banyak wang bukan hua hua hee. Lepas tu kanak-kanak boleh main mercun. Dah dewasa ni kau nak lari-lari keliling rumah sambil menjerit WEEEEEE menggenggam bunga api nanti orang tuduh kurang siuman pula.

Kau dah dewasa ni semua benda kena buat sendiri. Dulu-dulu mama bawak pergi Yaohan beli baju raya. At least 3 pasang baju raya, hari raya pertama pakai baju Melayu, hari raya kedua pakai baju Cobra Commander, hari raya ketiga pakai baju Kiko. Dah besar ni tak rasa semangat langsung nak beli baju raya. Pakai baju tahun lepas pun tak kisah (kalau kau lelaki, gadis lain cerita hoccay). Seluar jeans lusuh pun tak peduli. Mungkin time kau dah besar ni keutamaan kau diletakkan ke tempat lain, atau untuk orang lain. Especially bila kau dah berkeluarga.

3) Aku sudah berkerjaya kena memberi instead of menerima

Poin ini ada kaitan dengan poin di atas. Kau dah besar, kau dah bekerja, kau sudah ada pendapatan, maka sudah tiba masanya untuk anda memberi instead of menerima. Kalau dulu kau selak sampul duit raya lepas tu memperlekehkan si pemberi duit raya sebab bagi RM2 saja, maka kini tiba giliran anda untuk dihina kalau setakat letak RM5. Kanak-kanak zaman moden ni lain macam sikit dia punya demand. Kita bagi duit syiling diorang main campak saja. Kau bukan setakat kena bagi duit raya kad kanak-kanak, kat ibu bapa mereka pun kau kena bagi juga sebagai tanda membalas budi dulu- dulu mereka jaga kita sejak kecil. Contohnya kat Mak Long dan Pak Su kau. Tapi aku beruntung sebab time aku nak bagi duit raya kat makcik dan pakcik aku, mama aku dah isikan siap-siap dah wang di dalam sampul, so akulah yang mendapat penghargaan walaupun aku tak keluarkan sesen pun kah kah. Jangan nak kompelin cakap aku guna cheat code, aku anak tunggal remember.

4) Where's my kad raya?

Di zaman teknologi maklumat ni, semua benda boleh dilakukan secara elektronik, termasuklah upacara memberi kad raya. Bilakah kali terakhir anda mendapat kad raya sebenar dari orang yang sebenar? Kad raya daripada CIMB ataupun Maxis tak kira. Time sekolah rendahla semangat. Baru puasa dua tiga hari dah dapat kad raya dah. Bila dah dapat kad raya kita secara automatik akan membalasnya kerana terdapat sumpahan 'Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas'. Alah kalau tak ada pantun tu pun kau tetap akan bagi kad raya kat orang lain sebab kau rasa seronok melakukannya. So kau pun tulislah lawa-lawa, lukis gambar lemang semua sebelum masukkan duit seposen di dalam sampul konon-konon duit raya.

Zaman sekarang? Time-time nak dekat raya, anda akan mendapat notifikasi bertalu-talu daripada telefon pintar anda. Mostly menghantar pantun raya SMS pengganti diri yang sama yang direcycle sahaja pada tahun lepas seperti di bawah:

Anak Dolah makan lepat,
Makan lepat sambil melompat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Pakai SMS pun kira ok what?


ok aku jawab pantun kau

Anak Pak Dolah tak puasa ke?
Mana boleh makan lepat,
Pantun kau ni macam keldai je,
Baik aku pergi melempiaskan syahwat


Nak nampak effort lebih sikit, post gambar berbaju raya yang diedit dengan Maikrosof Paint, lepas tu tag ramai-ramai di Fesbuk. Usaha anda memang dihargai, but nothing beats the real thing. Kad raya sebenar ternyata lebih personal, lebih ikhlas, dan lebih beremosi. Ada masa lagi ni korang nak hantar kad raya sebenar untuk aku. Haha nak orang hantar je kita patut salahkan diri sendiri kerana tak ambil effort untuk membeli dan pos kad raya kepada rakan dan taulan.


5) Hari raya mungkin kena kerja

Well aku agak bertuah tahun ini kerana tak perlu kerja pada hari raya. Tahun ni aku dah apply cuti seminggu awal-awal lagi. Lagipun di tempat kerja baru aku tu multiracial, so bangsa lain boleh cover semasa kami bercuti raya. Tapi tahun depan belum tentu lagi. So dalam hati kau dah set expectation tahun ni mungkin kena beraya di pejabat so kau dah tak rasa seronok nak beraya. Standardlah kalau kau kerja IT, kau mana sambut cuti umum di Malaysia ni. Hari Raya ke Hari Gawai ke semua kau kena kerja unless kau apply cuti. Aku pernah kerja time hari raya, hiba kau tahu. Datang kerja pakai baju Melayu, hantar emel kat user pun nampak kesedihannya nak nak pulak ofismet kau pasang lagu raya Sudirman.

6) Abah sudah tiada

Tahun ini merupakan tahun ketiga aku beraya berdua dengan mama. Mama kadang-kadang akan cakap pasal kenangan dengan arwah abah, but aku akan diam saja. Ok I'm not that type of person who would open up my feelings easily, not even to my mom. I admit that my relationship with my dad was kinda 'frosty'. Bercakap bila perlu, tiada perbualan mesra, it's kinda complicated. But do you know what I regret the most? On the day that my father passed away, I was preparing to go to work after subuh. I could see my dad sitting on the big chair, and I knew he was in pain. However, I just left without even saying goodbye, let alone salam cium tangan. I was driving on the highway and 20 minutes later I received a call from my mom, crying heavily. It was so sudden. Now I will never have the chance to say that I'm sorry. Not on hari raya, not on any other day.

Ahh enough about me. How about you guys? Adakah kalian berasa gembira untuk menyambut hari raya kali ini? Ayuh kongsikan pengalaman anda bersama. Apapun kita tidak seharusnya take things for granted. Selagi ada peluang untuk beraya bersama keluarga tak kiralah di mana saja, gunakan peluang itu sebaik mungkin. Apa salahnya kena keluarkan duit raya sikit pun. Bak kata adik beradik Jonas, Don't Know What You Got Till It's Gone. By the way diharap dapat menyimpan ucapan hari raya anda buat masa ini kerana kad raya elektronik sempena raya tahun tak siap lagi nanti dah siap baru kita buat entri khas berbalas ucapan raya hehe.

Monday, August 22, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan di Pulau Pinang

Hai apa khabar pembaca? Jika Jalan Bukit Bintang adalah syurga pondan, Pulau Pinang pula merupakan syurga makanan. Serius tak sesuai pondan dan makanan digunakan dalam satu ayat yang sama. Dalam entri-entri percutian ke Penang yang lalu memang aku sengaja tak tulis pasal makanan sebab aku nak buat satu entri khas tentang makanan di Pulau Mutiara ini. Makanan-makanan unik yang orang selalu sebut apabila pergi ke Penang adalah Nasi Kandar, Laksa Penang, Pasembur dan Char Kuey Tiow. Tidak lengkap percutian kalau pergi ke Penang tapi sekadar makan KFC ye tak. Maka hari ini kita akan membuat ulasan tentang juadah yang dibaham di Penang tempoh hari. Kalau tak tahan tengok gambar makanan nak jilat skrin pun tak apa, makruh je tak batal puasa. Ayuh teruskan membaca.

Kami sampai kat Penang dalam kebuluran. Maka mesti mahu makan nasi kandar. Tempoh hari ada beberapa pembaca mencadangkan pelbagai jenis gerai Nasi Kandar untuk dikunjungi seperti Nasi Kandar Line Clear dan Nasi Kandar Beratur. Since nasi Kandar Beratur buka pada waktu malam kami pun pergilah ke Nasi Kandar Line Clear, 10 minit je dari jambatan mengikut dakwaan GPS. Sebagai pelancong asing kami agak terkejut melihat gerai Nasi Kandar Line Clear merupakan gerai kecil di lorong-lorong gelap, tetapi kami diberitahu mereka mahu mengekalkan gerai tersebut sebagai kawasan 'heritage'.


Ramai jugalah orang yang beratur kat gerai tu, mostly muka orang luar. Aku memang kena culture shock apabila disergah oleh pakcik Nasi Kandar itu dengan dialek Utagha yang sangat pekat. "HANG NAK APA? HANG NAK APA? NAH AMEK SOTONG NI!" Haha aku tak sempat nak menolak pun dia dah letakkan kuah kari campuran dan sotong. Aku iyakan sahaja apalah yang aku tahu. Sebagai pengunjung kali pertama, dan mungkin sebab tengah lapar, kita dapat rasa kelainannya dan kelazatannya berbanding nasi Kandar kat KL ni. Memang habis makan sehingga menjilat pinggan. Lauk aku ayam goreng gergasi, dengan sotong dan kari bendi, RM11.50. Mahal ke murah tu?


Tetapi dari segi kebersihannya, maaflah kalau jabatan kesihatan buat spot check mesti pengusaha kawasan kena tahan reman. Yelah tepi jalan, masak pun di tempat yang sama, dan aku nampak ada gajet penangkap tikus sekali di kawasan berhampiran. What the whattt. Kat dinding gerai tu kau boleh tengok Galeri Line Clear di mana mereka bergambar dengan artis-artis popular yang datang makan kat situ seperti Afdlin Shauki, Umie Aida dan Zaibo. Flattered jugalah aku bila mereka menjerit "OH EM JI ITU IJAICOOL.BLOGSPOT.COM!" dan memohon untuk ambil gambar aku untuk diletakkan di dinding. Cuba cari gambar aku jumpa tak? Secara keseluruhannya, kalau kau nak rasa authentic nasi kandar dan kau tak kisah makan di lorong-lorong dodgy, maka gerai Nasi Kandar Line Clean memang wajar dikunjungi. Lagipun diorang minat Liverpool sana sini ada sticker dan poster Liverpool.


Next, makan malam. Since Ikram dah pernah pergi Penang, dia kata tandoori di restoran Kapitan's memang terbaik. Aku difahamkan restoran Kapitan's ada banyak cawangan, yang kami pergi ni dekat Gurney Drive. Area ni memang happening gila di waktu malam. Banyak pelancong asing yang seksi berlegar-legar untuk anda cuci mata. Aku lupalah apa nama khas juadah yang kami makan tapi semua orang amek hidangan variasi cheese nan dengan tandoori. Chicken Tandoori Problem (masala-h get it? get it?) sumpah lazat nak arwah. Kalau nak makan makanan mamak, I guess you should consider this place?



Hari kedua, sebelum pergi mendaki Bukit Bendera, kenalah isi perut dahulukan agar tak pitam. On the way kami singgah ke restoran Subaidah untuk bersarapan. Restoran mamak juga so pagi-pagi ni makan roti canai saja. Zul je yang perut ada saka order nasi kandar lagi. Tapi yang ini aku mahu keji. Aku tak pasti mapley di restoran ni tak faham bahasa Malaysia ke ataupun diorang hanya faham dialek utagha. Dahla servis lembab, nak buat telur separuh masak pun tak reti. Dah berapa kali order dengan orang yang berbeza semuanya buat muka blur lepas tu angguk-angguk macam burung kakak tua. Kesian Apai kempunan tak dapat makan telur. Jauhi restoran ini.


Makan tengahari, misi mencari Char Kuey Tiow. Anas kata kat area Tokong Ular ada restoran Char Kuey Tiow yang lazat. Malangnya, kedai Sany itu hanya akan dibuka pada pukul 5 petang. Ni baru pukul 3 petang takkan nak pergi sembahyang kat tokong ular tu pulak kan dahla ada 3 ekor ular je. Anjing lagi banyak ada 6 ekor. So kami pun dengan lagak pelancong main jalan je ke bandar mencari kedai Laksa Penang secara rawak. Malu bertanya sesat jalan last-last kami membaham nasi putih di restoran Minang? Mambang? Tah tak ingat nama dia. Tapi matlamat utama untuk makan Char Kuey Tiow masih lagi membara di dalam diri. Tepat pukul 5 kami kembali ke restoran Sany. Abang Sany tu mesti kagum dengan determination kami tadi dah datang sanggup datang lagi. Dan dia juga mesti mengutuk kami di dalam hati setelah Zul buat-buat pandai pergi tanya "Ok korang nak makan Char Kuey Tiow basah ke kering?" Terus berubah muka Abang Sany tu tak tahulah dia marah ke dia nak gelak. Dasar orang KL, Char Kuey Tiow mestilah basah. Sila ambil pengajaran ya orang luar. Anyway dia punya Kuey Tiow memang sedap, dan dapat 2 ketul udang yang besaq. Tapi masa buat survey terhadap orang Penang asli, mereka memperlekehkan pilihan restoran Char Kuey Tiow kami kerana mereka kata ada gerai lain yang lebih lazat.



Makan malam! Mula-mula ingat nak pergi makan seafood dekat area jeti, tapi jauh sangatlah dari tempat penginapan kami. So bercadang makan di area Batu Ferringhi saja. Kat sini memang banyak betul pilihannya sampai kero mata kita. Ada restoran Tarbush (makanan Arab), restoran makanan India, nak makan dalam kapal pun boleh (the Ship). Zack kata dia MACAM ada nampak satu restoran Seafood Melayu so kami pun jalan punya jalan tapi tak jumpa. Ilusi optik perempuan mengandung mungkin. Eh. Last-last kami membaham kat restoran Ajeed Cafe sahaja sambil main Monopoly versi daun terup. Standard lah kalau pergi restoran Melayu order ikap Siakap Bakar, Kangkang Goreng Belacan (sengaja typo), daging masak merah, telur dadar, udang masak apantah. Semuanya darab 2 dasar manusia tamak dahla aku yang kena belanja separuh harga. Eh.



Hari ketiga! Misi hari ini adalah mencari pasemboq. Sebelum kami ke Penang Toy Museum, kami singgah di restoran Khaleel. Mapley lagi. Ala pagi-pagi ni bukannya ada banyak kedai buka. Dan sekali lagi kami hampa apabila memesan Pasemboq, depa kata tak siap lagi. Ahhhhh. So terpaksala makan roti canai lagi. Apai sekali lagi hampa apabila memesan telur separuh masak tapi tak sampai-sampai. Lebih mengecewakan, dia memesan ingin memesan 'roti telur' tetapi dia dapat roti canai dan telur mata instead. Wahh resipi baru!


Di waktu ini kami membuat keputusan untuk berpisah. Zul dan Ikram mahu pulang so aku bagi mereka membawa kereta aku. Anas dan Zack pula ingin makan nasi goreng ketam popular di Juru. Aku pula ikut Apai untuk terus melancong. Yelah pergi Penang tapi tak banyak melawat tempat bersejarah dan tak makan pasemboq tak lengkaplah percutian bukan? So kami pun pergi ke Muzium Pulau Pinang dan Fort Cornwallis melawat kubur arwah Francis Light. Eh.



Kat area muzium itu adalah Padang Kota. Di Padang Kota ada Pasemboq. Woohoooo. Aku selalu bertelingkah dengan da'killa tentang perbezaan rojak kita dan pasemboq. Aku sangka mereka adalah makanan yang sama dengan nama yang berbeza. Ternyatalah orang bukan utagha yang salah, pasembur ternyata berbeza dengan rojak, dari segi bahan-bahannya, dan kuahnya yang lebih manis dan cair. Oleh kerana aku tak tahu nak amek apa, aku amek one of each. Last-last cuba kau teka berapa ringgit? RM25 cikai mak lampir banyak nak arwah rupanya kami ambil.




Maka berakhirlah siri percutian ke Pulau Pinang ini. Rumusan percutian: Penang adalah lokasi percutian domestik yang menarik, dengan kawasan-kawasan bersejarah dan tempat makan yang lazat. Membuat keputusan untuk tinggal di Ferringhi Villa adalah awesome sekali untuk famili. Tetapi kesilapan kami adalah tidak membuat jadual lawatan yang sistematik so tak tahu nak pergi mana banyak habis masa mundar mandir dalam kereta saja. Orang local memang friendly walaupun dialek utagha nampak kasaq. Tapi ramai pailang Cina di Night Market Batu Ferrighi dan aku jumpa 5 orang gila di sini. Eh. Ini adalah siri percutian kali kedua bersama Team Bangi. Memang seronok, tetapi aku yakin akan menjadi lebih ghairah jika tiada ahli team Bangi yang membuat teknik pengunduran saat terakhir walaupun sudah 2 bulan merancang. Cis tak apa mereka sudah kena denda belanja berbuka tempoh hari. Ke manakah destinasi percutian kita yang seterusnya kawan-kawan? Lepas aku kahwin lah.


Thursday, August 18, 2011

Cara-Cara Membentuk Kumpulan M-Pop Popular

Hai apa khabar pembaca? Dewasa kini, genre M-Pop ataupun nama penuhnya Malaysian Pop semakin mendapat perhatian dan menjadi buah mulut masyarakat. Kumpulan-kumpulan M-Pop seperti Gula-Gula dan Max247 muncul bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Berkiblatkan muzik K-Pop yang menggabungkan irama elektronika, hip hop, pop rock dan R&B, kumpulan M-Pop biasanya membabitkan beberapa orang jejaka mahupun gadis menyanyi secara berharmoni sambil menari mengikut koreografi yang ditetapkan. Fenomena ini dijangka akan bertahan untuk masa yang lama, maka tidak hairanlah banyak syarikat rakaman yang cuba mengeksploitasikan situasi ini dengan berlumba-lumba mencari bakat-bakat baru untuk digilap bagi membentuk sebuah kumpulan berteraskan M-Pop. Maka hari ini kita akan mengkaji formula untuk membentuk sebuah kumpulan M-Pop (versi boyband) yang popular untuk panduan anda di luar sana yang ingin membuat gadis-gadis histeria. Ayuh teruskan membaca.

1) Suara tak penting, yang penting rupa

Ini adalah perkara yang paling penting yang harus diberi keutamaan dalam membentuk sebuah boyband M-Pop. Target audience bagi boyband M-Pop adalah gadis remaja berumur 13 tahun sehinggalah gadis matang berumur 29 tahun. Gadis-gadis selalu letak status ini di Fesbuk, "paras rupa tak penting, yang penting hati...". Sesungguhnya status itu adalah dusta semata-mata. Jauh di lubuk hati, gadis-gadis kepingin teman yang hensem dan kalau teman mereka kaya itu merupakan satu bonus. Jadi tidak hairanlah ahli-ahli M-Pop semuanya kacak-kacak dan comel-comel belaka kerana ingin memenuhi kehendak gadis-gadis dalam diam. Kalau bakal mak mertua tengok sejuk je mata memandang tiada bekas kena parang.

Kelunakan suara memang tidak ada peranan di dalam kumpulan M-Pop. Kalau suara anda umpama bunyi kucing betina yang memanggil pasangan pun tiada masalah, kerana suara anda boleh di autotune menjadikan anda hebat menyanyi macam Jason Derulo. Kadang-kadang anda tak payah menyanyi pun duduk miming di background sudah sebab ahli kumpulan M-Pop ni ramai, boleh mencecah belasan orang takkan semua orang nak menyanyi kan.

2) Tiada bulu-buluan di badan


Kebersihan diri ataupun hygiene memang amat penting dalam sesebuah kumpulan M-Pop itu. Kalau anda perasan, kumpulan K-Pop di Korea tidak ada seorangpun yang berbulu lebat. Bukan setakat mereka tiada misai dan janggut, bulu-bulu di kawasan lain memang langsung tiada. Cuba tengok tangan dan kaki anda sekarang, berbulu lebat berpintal-pintal seperti Ceasar dalam The Rise of The Planet Of The Apes bukan? Sebelum membentuk kumpulan M-Pop anda harus membuat wax biasa ataupun Brazilian Wax bagi membuang semua bulu di badan termasuklah di sudut-sudut sukar. Ini kerana kostum yang anda pakai selalunya menampakkan ketiak dan dada, maka kita tak mahulah para penonton berasa geli dengan bulu dada yang dipamerkan kerana rata-rata gadis remaja tidak menganggap bulu dada itu seksi. Konsep jejaka metroseksual memang relevan sekali jika diaplikasikan di sini.

3) Memakai kostum yang harmoni mengikut tema

Imej sesebuah kumpulan M-Pop itu boleh dikenali melalui gaya pemakaian mereka. Bukan boleh sebarangan je pakai ikut suka hati opah kita. Ahli kumpulan M-Pop mesti memakai kostum yang identical, sama ada dari segi tone warna mahupun fesyen yang digayakan. Tak bolehlah sorang nak pakai nak pakai vest nampak dada seorang lain nak pakai baju Melayu. Antara imej-imej tipikal ahli M-Pop adalah seluar kulit ketat, kasut Adidas yang ada sayap tu, pemakaian skarf di leher, jaket kulit / vest yang menampakkan dada serta topi yang dipakai secara senget.

4) Tahu asas koreografi K-Pop

Sila kaji video di bawah dan praktikkan sehingga lancar.



5) Boleh menamakan ahli kumpulan SuJu/SNSD tanpa menggunakan khidmat enjin carian

Satu soalan lazim yang sering ditanyakan kepada ahli muzik adalah, siapa pengaruh ataupun influence anda? Kita ni dah jelas-jelas memplagiat eh I mean menggunakan konsep yang serupa dengan K-Pop, maka sudah pastilah gaya muzik M-Pop kita dipengaruhi mereka. So kenalah hafal nama-nama ahli kumpulan Super Junior, Beast mahupun 2AM/PM agar tidak terperangkap dengan soalan-soalan trick yang abang Nas Melodi hamburkan, bagi menunjukkan anda ini knowledgeable dalam scene K-Pop dan bukan sekadar melengkapkan ahli kumpulan.

6) Mesti ada stage name yang unik

Paras rupa? Lengkap. Bulu-buluan? Licin. Kostum harmoni? Checked. Gaya joget? Mastered. Mungkin anda rasa anda sudah bersedia untuk bergelar artis M-Pop. Wait seminit my friend, ke-m-popan anda masih belum lengkap sekiranya anda masih menggunakan nama yang tertera di kad pengenalan anda. Takkanlah nak guna nama kampung kita tak glemerlah bila orang interview kita tanya nama siapa kita cakap 'Syahdan'. Anda mesti ada stage name yang kool dan susah hendak disebut yang dibentuk daripada variasi nama anda. Contohnya kalau ijaicool jadi Jay-Kewl, kalau Shuhud jadi Shu-D, kalau Amir jadi Arm, dan kalau Khairul Nazrin jadi Rain.

7) Memiliki keyakinan dan ketabahan yang tinggi


In the end, aspek emosional yang mesti dipupuk di dalam diri untuk menganggotai sebuah kumpulan M-Pop adalah keyakinan dan ketabahan yang tinggi. Seriously, if you have a low self esteem, you will never have the courage nor the balls to strike a pose like this picture below.


Ketabahan yang tinggi diperlukan kerana pasti ada golongan MINORITI yang akan mempermainkan dan memperlekehkan anda. Kalau anda meletakkan klip video anda di Youtube, anda pasti akan pedih hati membaca komen-komen menghancurkan jiwa yang menuduh anda ini babi dan homoseksual. Kat Fesbuk pula kumpulan anda ada hate page sendiri. Blog-blog hiburan pula akan mencabar kredibiliti anda dengan menuduh anda adalah seorang K-Pop wannabe, tiada identiti sendiri. Tekanan-tekanan sebegini ternyata tidak sihat untuk emosi kita dan boleh menyebabkan bertindak liar seperti terjun KB Mall ataupun menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.

Jika kita mengikuti panduan-panduan di atas, saya yakin album M-Pop kita akan mencapai peringkat aluminium. Ok so siapa nak join boyband M-Pop aku? Sekarang dah ada 5 orang termasuk aku, Tengku Sharmizi (Kewl-Sha) dan tiga orang di atas, perlu lagi 7 orang je. Sila sebarkan panduan ini agar kami dapat membentuk kumpulan M-Pop terulung. Jangan lupa sertakan sekali stage name anda lagi catchy lagilah cerah peluang anda untuk menyertai kumpulan M-Pop Y.P.R

Tuesday, August 16, 2011

Parti Liar Ramadhan

Hai apa khabar pembaca? Saat yang paling indah di bulan Ramadhan ini adalah saat berbuka puasa. Saat di mana air jagung yang sejuk menuruni anak tekak, popia basah dikunyah ghairah dan kemudiannya disudahi dengan jilatan ke peha.....peha ayam. Keindahan itu akan lebih bermakna jika dikongsi bersama orang yang memerlukan kasih sayang dan perhatian. Maka pada hari Ahad lepas, satu majlis berbuka puasa bersama anak yatim telah diadakan sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Rumah anak yatim yang menjadi pilihan adalah rumah aku. Tahun lepas tema majlis berbuka puasa kami adalah barbie q, tahun ini tema kami adalah Arabian Nights. Maka segala benda mesti berunsurkan Arab daripada makanan dan minuman sehinggalah kostum dan kebudayaan. Ayuh teruskan membaca.

Mengikut pembahagian tugas berdasarkan bangsa, Ahmad Shuhud ataupun Abe telah ditugaskan untuk BELANJA main course kami iaitu Nasi Arab. Abe kena denda belanja sebab haritu masa pergi Penang dia belot di saat akhir dah nak bertolak baru nak hantar emel cakap dia tak jadi pergi. Anyway jika mahu makan makanan Arab, di manakah kita harus pergi? Sudah pastilah ke restoran Saba' di Cyberjaya sebab tempat itu je yang kami tahu. Maka Abe pun membawa pulang 10 bungkus Kabsah Chicken dan Lamb untuk 15 orang makan. Lepas tu tengok cerita Don't Mess With The Zohan diorang asyik mention Hummus maka kami pun belilah roti Arab sekali untuk cicah dengan Hummus.



Bagi melengkapkan kearaban kami, mula-mula ingat nak beli gajet shisha di kedai Arab di Alamanda tapi macam melampau sangat kan. So kalau tiada shisha mesti ada minuman keras Barbican. Bapak Abe dekan fakulti Pengajian Islam UKM dia cakap boleh minum Barbican. Barbican hanya haram diminum jika Barbican itu Barbican yang dicuri.


Kali ini kami berazam untuk tidak membazir seperti tahun lepas. Last year ada buat barbie q lepas tu isteri masing-masing membawa juadah yang mereka dakwa mereka buat sendiri bagi menunjukkan mereka isteri terhebat tapi last-last banyak gila makanan berlebihan. Tapi biasalah bulan puasa kan walaupun syaitan telah dirantai nafsu serakah masih ada. Itu yang beli karipap, samosa, popia, kuih cara, buah tembikai, buah epal, jus mangga, jus oren, Tropicana Mall, kari kambing, kek cis oreo serta kek batik. Kalau korang perasan dalam ayat sebelum ini aku taip Tropicana Mall instead of Tropicana Twister saja je nak tengok korang peka ke tak.


Setelah azan dilaungkan kami membaham dengan penuh bernafsu umpama ikan-ikan yang makan kulit kaki kita dengan rakus di Fish Spa. Macam kurang kena saja analogi yang digunakan itu. As usual, ikut nafsu lesu, ikut rasa binasa dan ikut hati mati. Main peribahasa nampak. Anyway, lazat tu memang lazat, tapi biasalah nikmat bulan puasa ni makan kurma berbentuk lipas kering dua tiga biji pun dah kenyang dah. Daripada 10 bungkus Nasi Arab, hanya 6 sahaja yang berjaya dihabiskan. Selebihnya nak bagi jiran, kami kedekut pula so terpaksalah dibahagikan secara tak adil. Kuih-kuih dan kek pun tak habis mama aku kena bawak ke tempat kerja dia untuk sedekahkan kat makcik cleaner UKM. Itulah kalian degil taknak dengar cakap mama aku elakkan pembaziran.



Sambil terbongkang kelesuan, kami menonton perlawanan akhir Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan. Fuhh tatkala LCW menang set pertama memang bergegar Surau Al-Kauthar berhampiran. Tapi kekuatan mental Lin Dan memang tinggi dah kesudahannya kita terpaksa akur melihat gaya trademark kemenangannya dengan mempamerkan six pack Asia sambil membaling baju yang basah dengan peluh jantannya itu kepada penonton. Dengar cerita kawan aku Adam yang dapat sebab Lin Dan salah faham ingatkan Adam orang Cina dari Tanah Besar.


Walaupun kami semua kepenatan dan kekenyangan, kewajipan sebagai seorang muslim tidak akan dilupakan. Kali ini aku tidak recycle gambar tahun lepas, gambar di bawah masih segar lagi. Kami berjaya mengimport Imam dari khas Nepal dan lakonan para makmum kini semakin meyakinkan dan tidak kaku seperti Rashid Sidek. Matlamat gambar di bawah bukanlah untuk riak dan takbur, sebaliknya untuk memberi dorongan dan perangsang kepada anda semua untuk solat terawih berjemaah walaupun berada di rumah. Amacam kalian terpengaruh tak? Bagus sebenarnya sesi terawih malam tersebut kerana itu merupakan kali pertama Fandi solat Terawih dalam Ramadhan kali ini.


Sudah habis solat, barulah boleh yamsenggggg. Taaaani kudekelam! Hic hic hic ambil gambar macam tengok berparti liar di kelab malam. Memang influence yang tidak baik terhadap anak-anak kecil. Fandi kata Barbican perasa Malt rasa dia macam beer. Macam mana tah kau boleh tahu bagaimana rasa beer.....


Bukannya selalu kita dapat bergelak tawa, dan berkumpul mengumpat bekas teman wanita sebegini. Jika anda ada circle of friends yang semakin drifting away, ambillah inisiatif untuk berkumpul bersama untuk berbual mesra merapatkan hubungan. Bila dah berkeluarga, masing-masing dah ada komitmen sendiri, memang susah nak berjumpa. Sesungguhnya aku berasa gembira sekali dapat menganjurkan majlis berbuka puasa ini di mana semua ahli team Bangi (yang berada di Bangi) berjaya memberikan komitmen masing-masing. Terima kasih Da' Killa, Anas & Zack, Apai & Mizah, Jamil & Evi, Fandi & Ida, Zul & Shuhud, Ikmar & Irna dan mama.

Thank you I lap uols. Uols lap me tak?

Monday, August 15, 2011

Filem-Filem Yang Tidak Manis Ditonton Di Bulan Ramadhan

Hai apa khabar pembaca? Bertemu lagi kita di dalam rancangan Ulasan Filem Bersama Abang Jai. Di bulan Ramadhan ini, saya tetap meneruskan tanggungjawab yang tiada siapa tanggungjawabkan pun untuk pergi menonton filem-filem terbaru di pawagam walaupun berkemungkinan sekadar berpuasa lapar dan dahaga tanpa pahala. Apakah erti puasa dalam syarak? Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari. Selain daripada definisi tersebut, kita juga mesti puasa mata, telinga dan mulut. Mata tak boleh tengok porn, telinga tak boleh dengar bunyi-bunyian ghairah daripada porn, dan mulut tak boleh mengungkapkan dialog-dialog daripada porn yang ditonton. Eh ini nak buat ulasan filem ke kelas Fekah ni. Apapun, hadirnya saya di sini adalah untuk membuat ulasan filem yang anda tidak perlu tonton di atas kekejian filem tersebut, at least ketika berpuasa bagi menjaga kualiti puasa anda. Dah berbuka tak apa. Ayuh teruskan membaca.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, umpama wajib beli popia basah di bazar ramadhan
$$$$ : sunat ditonton, umpama sunat beli air jagung di bazar ramadhan
$$$ : harus ditonton, umpama harus beli nasi ayam berempah di bazar ramadhan
$$ : makruh ditonton, umpama makruh membeli mercun di bazar ramadhan
$ : haram ditonton , umpama haram membeli bak kut teh di restoran berhampiran bazar ramadhan

The Hangover 2


Ulasan ringkas: Filem ini adalah sekuel kepada filem Hangover. Kali ini, 4 sekawan jahanam Stu, Phil, Doug, dan Alan berangkat ke Thailand untuk menghadiri perkahwinan si doktor gigi Stu dengan seorang gadis Asia, Lauren. Bakal adik ipar Stu, Teddy, yang ternyata dibenci oleh Alan pun ikut sekali. Perkahwinan tersebut tidak mendapat restu bapak Lauren yang asyik memperlekehkan Stu sambil mengagung-agungkan anak kesayangannya Teddy. Anyway mereka telah membuat perjanjian anak jantan yang mereka tak akan buat parti bujang bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku seperti cerita Hangover yang pertama. So mereka pun sekadar minum Barbican di tepi laut sambil bakar kepah...well nama pun Hangover 2 di atas takdir pengarah, scene permulaan yang sama akan anda lihat, di mana Phil menelefon bininya memberitahu perkara yang sama telah berlaku dan mereka langsung tidak ingat apa-apa.

Ya, filem ini menggunakan formula dan plot yang sama dalam filem yang pertama. Rakan nak kahwin, minum arak, mabuk, parti liar, menghadapi masalah, esoknya tak ingat apa-apa, kemudian berusaha untuk mengembalikan memori malam tadi. Apa yang berbeza adalah lokasinya di Bangkok dan kali ini mereka cari Teddy yang hilang. Tahap kelucuan kurang sedikit, dan tahap kekejian naik satu tahap. Ok bayangkan scene ini, Stu dapat tahu dia telah disetubuhi oleh gadis yang hangat nak arwah, tapi gadis tu ada penis. Since scene ini telah dipotong, so kalian tak boleh nak tengok di pawagam pun. Secara keseluruhan kau tak akan rasa eksaited sangat sebab kau memang dah jangka apa yang patut dijangka, maka anda tidak ada moment 'what the what' semasa menonton filem tersebut. Pailang Cina Dr. Chow (Ken Jeong) kembali membuat kemunculan dalam filem ini which is awesome, dan kita dapat melihat keperibadian Alan yang lebih durjana. Apapun jika anda suka Hangover 1 dan lawak-lawak keji, filem ini memang sesuai ditonton dengan rakan taulan dan bukan dengan ibu anda awkward nanti.

Ratings: $$$

Horrible Bosses

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang 3 sahabat yang berkomplot untuk menghantar bos masing-masing ke Rahmatullah setelah tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang mereka hadapi. Nick (Jason Bateman), bekerja keras selama 8 tahun bersabar dengan kerenah bosnya yang suka maki dan caci orang, Dave Harken (Kevin Spacey) demi menggapai cita-citanya untuk naik pangkat. Tapi last-last bos dia lantik diri sendiri untuk jawatan tersebut. RAGEEE. Dale (Charlie Day) pula bekerja sebagai pembantu pergigian di sebuah klinik swasta. Bos dia Jennifer Aniston beb. Jennifer ni sentiasa horny 24 jam dan sentiasa menggoda Dale untuk berzina dengannya tapi Dale tabah sebab dia sudah bertunang. Lastly Kurt (Jason Sudeikis), mula-mula dia ada bos yang paling baik di dunia tetapi selepas bos dia meninggal, anak dia Bobby (Colin Farrell) yang suka hisap dadah macam penyanyi dari Terengganu eh bakal menjatuhkan syarikat tersebut. Mula-mula diorang buat-buat macam berjenaka nak bunuh bos mereka, sebelum menggaji Jamie Foxx sebagai penasihat pembunuhan.

Oh em ji filem ini lucu sekali. Setiap karekter yang dimainkan seolah-olah memang direka khas untuk pelakonnya, especially Jennifer Aniston dan Kevin Spacey. Seriously kau akan benci Kevin Spacey kerana anda mungkin boleh relate dengan bos tersebut dengan bos sebenar anda. Jennifer Aniston pula fuhhh berpeluh sktrotum anda melihat aksinya walaupun mostly telah dipotong. Kalau bukan bulan Ramadhan mungkin kita akan memasukkan tangan ke dalam poket dengan sengaja. 3 watak utama lain juga boleh dipuji masing-masing ada kemistri dan tampak selesa antara satu sama lain dan setiap scene mereka bersama pasti akan membuatkan anda ketawa hi hi hi. Banyak awkward dan 'what the what' moment yang anda boleh expect, di samping pengurangan pahala puasa yang maksimum. Filem ini memang patut anda tonton selepas berbuka.

Ratings: $$$$

Sekian sahaja ulasan filem-filem yang anda tidak patut ditonton dari terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari. Aku macam dah banyak tertinggal je ulasan filem-filem lain. Nah ulasan ringkas Transformers 3 $$ 1/2, Monte Carlo $$ 1/2, Harry Potter 7 part 2 $$$$ 1/2, Rise of The Planet Of The Apes $$$$, Captain America $$$$ (ada extra scene selepas kredit don't miss it). Hohoh. Selamat berbuka puasa semua jika anda membaca entri ini sebelum pukul 7.28pm. Jika anda baca selepas pukul 7.28pm, selamat tuang terawih.

Friday, August 12, 2011

Ciri-Ciri Seorang Stalker di Twitter

Hai apa khabar pembaca? Di bulan Ramadhan ini, kita lebih banyak menghabiskan masa menanti waktu berbuka puasa dengan melayari laman web sosial seperti Facebook dan Twitter daripada melakukan amalan seperti membaca Qiraati ataupun bersedekah senyuman. Tempoh hari kita telah membincangkan tentang Ciri-Ciri Seorang Stalker di Facebook, hari ini kita akan mengkaji perwatakan seorang stalker di Twitter pula. Pengguna Twitter yang aktif mengganggap Twitter adalah jauh lebih kool daripada Facebook, which is true. Kadang-kadang bila kita terlalu aktif tweeting tanpa sebarang sekatan emosi, kita mungkin akan membentuk keperibadian seorang stalker yang ternyata tidak sihat. Aktiviti menyetalk di Twitter adalah lebih terperinci dan menyeluruh kerana Twitter adalah lebih 'personal' berbanding Facebook. Bagaimanakah kita hendak mengenali ciri-ciri seorang stalker di Twitter? Ayuh teruskan membaca.

1) Anda merupakan orang pertama yang membalas, mahupun 'retweet' SETIAP tweet orang yang anda follow. Tak kiralah tweet itu tweet yang awesome ataupun tweet yang tidak membawa makna seperti 'hai' ataupun 'laparlah', itu pun anda mahu retweet. Apabila mereka tidak membalas tweet anda, (or in most cases, tak sempat lagi nak reply), anda sudahpun membuat tweet susulan bertanya mengapa mereka tidak membalas tweet anda.

2) Anda tidak follow orang itu, tetapi anda sentiasa melawat page mereka untuk melihat apa yang mereka tweet. Anda juga turut leka membaca timeline orang yang sedang anda 'perhatikan'.

3) Anda berusaha untuk 'check in' ke tempat yang sama dengan orang yang anda follow. Lepas tu kalau terserempak anda akan buat-buat terkejut dan disusuli dengan komen-komen seperti 'heyyy you buat apa kat sini?'. Ingat, kalau anda terserempak dengan orang yang sama dalam 3 tempat yang berbeza, itu bukan jodoh, itu tandanya anda harus pergi membuat laporan polis ataupun pergi belajar silat.

4) Anda retweet ataupun membalas tweet yang dipost pada 4 hari yang lalu, pada pukul 3 pagi.

5) Instead of guna butang 'Retweet' untuk meretweet tweet yang kool, anda memplagiat tweet tersebut dan memaparkan tweet tersebut di timeline anda konon-konon macam anda sendiri yang tulis tweet tersebut.

6) Perbualan anda di dalam kehidupan sebenar dengan orang yang anda follow sentiasa berkisarkan tentang tweets yang mereka paparkan, walaupun mereka tidak menujukan tweet itu kepada anda. Contohnya katalah anda sedang stalk @ijaicool di Twitter, lepas tu malam tadi di Twitter @ijaicool cakap dia berbuka puasa makan Nasi Goreng Thailand. Lepas tu esok anda terjumpa @ijaicool di tempat kerja ataupun di surau, lepas tu anda tiba-tiba tanya kat mana beli Nasi Goreng Thailand tersebut sebab anda pun nak berbuka Nasi Goreng Thailand. Creepy.

7) Seorang stalker yang sejati bersifat paranoid juga. Jika anda tidak nampak orang yang anda selalu perhatikan, anda akan freak out kerana menyangka mereka telah memblock anda. Apabila followers anda berkurang (ya, anda kira bilangan followers anda setiap hari) anda akan menggunakan applikasi untuk periksa siapa yang unfollow anda seperti ByeBuddy, Qwitter, Unfollowr mahupun Kau Unfolo Kau Hamsaplo.

8) Anda ada lebih daripada satu akaun Twitter. Stalker yang sejati tidak akan mengenal erti putus asa. Walaupun anda sudah kena block dengan seseorang, anda akan mencipta akaun Twitter palsu dengan avatar gadis comel yang dicuri daripada blogshop menjual shawl ala-ala Hana Tajima berserta tweethandle yang aneh seperti @gadis_dahagakan_cinta untuk meneruskan aktiviti stalking anda.

9) Anda dapat tahu pattern tweeting seseorang itu setelah hari-hari mengkaji gaya tweeting mereka. Kalau pukul 9 pagi anda nampak orang itu tweet melalui web, anda tahu mereka sedang berada di tempat kerja. Pukul 12 tengahari anda nampak orang itu tweet melalui Ubersocial for Blackberry, anda tahu mereka sedang keluar lunch. Pukul 11 malam nampak orang itu tweet melalui Tweetdeck, anda tahu mereka sedang berada di rumah. Maka senanglah untuk anda 'melawat' mereka memerhatikan mereka dari sudut-sudut gelap sambil menyeluk tangan ke dalam seluar akibat ghairah.

10) Jika anda mengklik artikel ini daripada Twitter, tahniah anda baru sahaja membuktikan yang anda ini seorang stalker.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan di atas, adakah anda merupakan seorang stalker di Twitter? Jika anda jawab tak, anda memang stalker yang sejati tak mahu identiti diketahui. By the way anda mungkin boleh relate dengan entri di atas jika anda ada akaun Twitter. What the what? Anda tiada akaun Twitter dan anda masih gembira bermain dengan Fesbuk? Ish ish ish.

Wednesday, August 10, 2011

Penang Toy Museum


Hai apa khabar pembaca? Hari ini kita akan kembali ke siri jelajah Pulau Pinang. Salah satu destinasi pelancongan yang harus dilawati di Pulau Pinang adalah Toy Museum di Tanjung Bungah. Mengikut lagenda yang diturunkan secara turun temurun, muzium permainan ini menyimpan lebih 100,000 permainan, patung yang tidak patut disembah, serta collector's item daripada pelbagai jenis permainan kanak-kanak dan orang dewasa yang nerd. Namakan saja apa-apa kartun, siri televisyen, filem mahupun permainan video, hampir semua anda boleh jumpa di sini. Ini bukan sekadar tempat khas untuk kanak-kanak, aku yang dah baligh sejak darjah 5 dan kini sudah ada janggut pun pasti boleh inzal jika berada lama-lama disini. Kalau mama aku tak buang permainan M.A.S.K, Ninja Turtle mahupun Captain Power aku mesti aku pun dah boleh bukak muzium sendiri macam pemiliknya Loh Lean Cheng yang mula mengumpul sejak 30 tahun yang lalu. NERD. Ayuh bayar RM10 dan melawat Toy Museum ini. Seperti biasa, pasti ada gambar yang boleh mengurangkan pahala puasa anda, so nanti jangan kompelin cakap aku tak beri amaran.

Masuk dalam muzium ni, baru nampak macam sempit sedikit laluannya. Nak bergambar pun kena tunggu nerd yang lain habis bergambar dahulu. Muzium ini boleh dibahagian kepada beberapa seksyen seperti Chamber of Comic Book Heroes, Chamber of Horror, Hall of Rock and Roll Legends dan lain-lain. Ah tengok gambar sajalah.

Oh yeah. Teenage Mutant Ninja Turtles baby. Dulu-dulu aku ada patung Michelangelo dengan Pizza Thrower, tapi apa sangatlah berbanding koleksi beliau ini.



Banyak juga kartun-kartun dan siri TV awal 90an lain seperti Biker Mice From Mars dan Suria Perkasa Hitam.



Figurines daripada filem pun banyak juga. Tahukah anda ada buku Harry Potter 8: Revenge of the Ultraman?




Tapi koleksi yang paling banyak dalam muzium ini aku rasa Star Wars. Aku cakap Star Wars je serta merta bermain dalam minda kalian tet tet tet tetttt neeeee teneneneee kan? (lagu tema).




That nerd moment aku tiba bila nampak patung Fallout, permainan role playing kegemaran aku of all time siap dengan Power Armor dan laser riflenya sekali. Malahan, ada banyak lagi karekter-karekter familiar daripada permainan video seperti Metal Gear Solid, Halo, Tekken, Mortal Kombat, Half Life, Hitman dan cough cough, Lara Croft dari Tomb Raider.




Figurines di sini bukan setakat kartun dan superhero saja, artis popular pun ada hoccay. BYE BYE BYE!




Ok mari kita main kuiz. Sapa dapat teka watak dalam gambar di bawah, aku belanja makan kurma. Ok tak, saja je nak kurangkan pahala puasa kalian kah kah kah. Apapun bagus diorang ni melindungi kanak-kanak daripada pendedahan awal kepada payu dara cover guna selotep je.


Banyak lagi gambar kurang senonoh kita letak di Fesbuk sahaja. Jangan lupa mengganti puasa jika puasa kalian terbatal setelah melihat gambar di atas ini. Sesungguhnya jika anda seorang yang nerd ini adalah tempat yang patut anda lawati di Pulau Pinang ini. Eh belum habis lagi hoccay siri jelajah Penang. Awwww.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...