Friday, September 30, 2011

Bitches in TV Series

Hai apa khabar pembaca? Tempoh hari kita telah membincangkan tentang Jejaka-Jejaka Idaman Gadis di Siri Televisyen. Hari ini kita akan membuat kajian tentang watak-watak perempuan jalang dalam siri TV pula. Watak-watak ini dimainkan dengan begitu efektik sehingga timbul rasa benci, menyampah, dan meluat di dalam diri. Kalau jumpa pelakon-pelakon tersebut kita tak rasa nak minta tandatangan pun, sebaliknya kita akan memaki hamun mereka di tempat kejadian. Watak-watak yang disebutkan ini kalau muncul saja di kaca TV, secara automatik kita akan menjerit BITCHHHHH, well at least di dalam hati. Kalau kenalkan kat keluarga kita sebagai calon isteri memang ibu bapa kita tidak akan memberi restu. Ayuh kita kaji watak-watak bitches ini.

Julie Cooper - The O.C.


Julie Cooper adalah seorang MILF. Kau tengok saja wajahnya pun dah tau dia ada sextape rahsia macam Wan Nur Azlin cuma tak dirilis je lagi. Dia ni selamba saja membuat hubungan sulit dengan bekas teman lelaki anak perempuannya Marissa Cooper yang dulu comel tapi sekarang anoreksia nervosa in real life. Dahla mata duitan, gemar menabur fitnah dan spekulasi dalam kawasan kejiranannya pula tu. Tapi dia ni protective sebenarnya kalau anak dia kawan dengan orang nampak jahat sikit memang dia larang. Or maybe sebab mereka tak cukup kaya. Lepastu dia berlakon dalam Nikita still jadi watak bitch jugak. Memang bitch for life dia ni.

Lucille Bluth - Arrested Development


Siri komedi Arrested Development adalah antara siri komedi yang terbaik sepanjang zaman, tetapi malangnya hanya mampu bertahan sehingga musim ketiga. Seriously, you guys should watch this series. Keluarga Bluth adalah keluarga yang dysfunctional, dan ibu mereka Lucille Bluth secara tidak langsung kelihatan sebagai watak yang mengawal segala-galanya dalam keluarga Bluth. Dia ni suka minum minuman keras. Lepastu menggelapkan wang syarikat untuk kemudahan diri pergi ke spa dan membuat facial. Kalau ada anugerah Ibu Mithali Maal Hijrah memang dia dapat undi negatif kerana skil parenting dia adalah celaka sekali. Sepanjang masa menipu anak-anak dan suami dia. Dia bersifat mementingkan diri sendiri dah super kompetitif dan manipulatif. Selalu dera bibik dia. Apapun aku dengar ada filem Arrested Development akan dikeluarkan nanti. Mananya?

Semua Watak Utama Desperate Housewives

Seriously, semua watak surirumah dalam siri itu adalah perempuan yang keji. Anda mungkin kata Edie saja yang keji tapi sebenarnya tidak. Ya ya Edie meniduri semua lelaki dan bakar rumah Susan, tapi watak lain pun sering menunjukkan kebitchan mereka. Bree...nama pun dah macam pornstar. Dia ni terlalu mementingkan kesempurnaan di dalam hidup sehingga membuat orang lain benci. Gabrielle pun sama juga curang dengan tukang kebun muda. Dahla bersifat pisau cukur, lepas tu mengambil kesempatan di atas kebutaan suaminya dengan parking di tempat orang cacat. Mary Alice pula bunuh diri huiii memang tiket sehala ke neraka.

Christina Yang - Grey's Anatomy



Christina bukanlah seorang watak orang Asia yang tipikal. Pada musim-musim awal, dia seorang yang fearless dan ruthless, tiada apa yang lebih penting daripada kerjayanya sebagai doktor pakar bedah. So tiada masalah lah nak membelot kawan mencuri pembedahan. Dia tak percaya dengan Rukun Iman kerana dia percayakan sains. Dia ni memang handal membedah tetapi keperibadiannya memang dibenci. Tak pernah nak jaga hati pesakit mahupun kawan-kawan. Main cakap lepas je. Tengok muka pun memang rasa nak tinju.

Sue Sylvester - Glee



Sue Sylvester ni memang pure evil. Aku dengar gosip dalam season finale nanti Sam dengan Dean Supernatural nak membuat kemunculan di dalam Glee kerana Sue sebenarnya adalah seekor demon.

Yvonne - Nora Elena

Ok secara jujurnya aku tak pernah tengok satu episod Nora Elena so apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian aku semata-mata. Ketika Nora Elena sedang ditayangkan, kita boleh lihat status-status hilang akal di Fesbuk dan Twitter seperti "OH EM JII SCHWEETTT GILA BARBIEEEE" mahupun "OHH ABANG SETH KAU KUNCI CINTAKU DI DALAM SIX PACK MU". Tetapi bila watak Yvonne muncul status tersebut akan diganti dengan "BETINA SUNDAL!!!", "EIIII BENCINYA AKU KAN YVONNE NI KALAU AKU JUMPA MEMANG AKU SIMBAH ASID". Sampai kat Fesbuk pun ada page benci "KAMI BENCI YVONNE DALAM SIRI NORA ELENA". So I guess she's a major bitch in a Malay TV series?

Margarita - Mis Tres Hermanas



Dia curang dengan suaminya dengan meniduri lelaki kacak. Dia sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan adik-beradik suaminya kerana tidak rela tinggal sebumbung dengan mereka. Dia sanggup melakukan pelbagai pendustaan dan menabur fitnah bagi memastikan dia hidup dalam kesenangan. Hendak dijadikan rumusan, dia memang layak digelar bitch. Dialah Margarita Alvarez dari telenovela agung Mis Tres Hermanas. Jika anda tidak mengetahui apa itu Mis Tres Hermanas, mungkin anda tinggal di kawasan pedalaman dan tidak mendapat siaran NTV7. Seriously muka dia pun sama muka Bitch For Life. Even in real life dia ada sextape sendiri huiii jangan kalian pergi Bing pulak. Lagipun Margaritalah penyebab berlakunya satu insiden memalukan dalam hidup aku. Boleh baca dengan mengklik entri The Biggest Bitch di bawah.

Begitulah antara watak-watak perempuan keji di dalam siri televisyen yang aku tonton. Mungkin ada banyak lagi watak yang anda ingin ketengahkan? Blair Waldorf aku dengan bitch jugak. Silalah kongsi bersama.

Friday, September 23, 2011

Mengkaji Tabiat Wanita di Kenduri Kahwin

Hai apa khabar pembaca? Esok aku ada kenduri sepupu mama aku punya anak merangkap dua pupu aku di Ampang. Aku seperti biasa tak kira saudara mara ataupun orang biasa pergi kenduri kahwin mesti pakai baju Melayu lengkap untuk membuat gadis-gadis dan makcik hangat berpeluh jantan sambil mengetap bibir memandang aku. Pergi kenduri kahwin ni memang best. Selain dapat makan percuma, kita juga dapat melihat aksi gadis-gadis di kenduri kahwin. Aura gadis-gadis di kenduri kahwin memang ternyata berbeza dengan aura mereka di majlis keramaian lain. Maka hari ini kita akan membincangkan tabiat gadis-gadis di kenduri kahwin berdasarkan pemerhatian seksis dan stereotype saya. Ayuh teruskan membaca.

1) Pemakaian voguedevass

Dalam kehidupan gadis-gadis, ada 2 hari di mana gadis-gadis akan bergaya lebih daripada normal, di majlis hari jadi pertama anaknya dan di kenduri kahwin sama ada sebagai pengantin ataupun tetamu. Serius kalau kau pergi majlis besday anak kawan kau yang baru masuk setahun kau akan lihat mereka bermekap tebal di samping memakai baju-baju abnormal seperti baju nikah ataupun baju prom tutup aurat. Tapi kita nak bincang pasal tabiat gadis di kenduri kahwin, bukan kenduri kahwin harijadi anak. Gadis-gadis yang pergi ke kenduri kahwin telah menetapkan satu mindset di mana di kenduri kahwin tersebut seolah-olah ada anugerah Best Dressed.

Tampak seperti saya ezajerit tetapi sebenarnya tidak. Cuba anda lihat album kahwin yang anda kunjungi. Adakah anda ada nampak gadis-gadis pakai jeans, tudung bawal lusuh mahupun bibir nampak pucat? Tak ada beb. Baju mesti baju kurung ataupun baju kebaya yang ketat menampakkan liuk lentuk tubuh mahupun lemak berlipat bergantung kepada berat badan masing-masing. Lagi sendat lagi bagus sebenarnya so kalau tak muat kau sarung je Premium Beautiful sampai biru muka tak boleh bernafas. Kalau jenis yang pakai tudung huiii memang stress nak pergi kenduri kahwin sebab tak tahu nak pakai tudung Hana ke tudung Yuna ke tudung Ekin ke. Kalau yang tak pakai tudung kena fikir juga nak buat rambut Rosmah ke rambut Rosnah Mat Aris ke paling koman pun rambut Angeline Tan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Mekap pun kena fikir nak buat mekap mata harimau arwah Amy Winehouse ke tak pun macam the Joker.

Fenomena extra bergaya ini bergantung kepada beberapa faktor. Kalau nak cakap mencari jodoh tu memang dah biasa. Kita boleh lihat banyak mahligai cinta yang terbina hasil daripada pertemuan sang teruna dan sang dara di kenduri kahwin, well at least dalam filem komedi romantik barat. Maka nak memberi pandangan pertama yang menghantui mimpi kenalah mekap tebal dua inci. Lagipun kat wedding mestilah ada banyak photographer kan. Dah banyak jurukamera mesti banyak juga gambar kita yang diambil sebelum dimuat naik ke Fesbuk. Fesbuk sekarang ada teknologi mengesan wajah daripada gambar yang diupload. Kita tak tag lagi diorang dah automatik kenal wajah anda. Mahukah gambar anda yang buruk itu dikenalpasti oleh Fesbuk? Maka ini menjelaskan mengapa gadis-gadis akan voguedevass nak arwah di kenduri kahwin.

2) Mengambil nota tentang majlis perkahwinan

Setiap jemputan perkahwinan yang diterima oleh gadis-gadis, jarang sekali mereka menolaknya, terutamanya bagi mereka yang belum berkahwin. Ini kerana selain dapat mencuci mata melihat jejaka seperti aku, kehadian di majlis perkahwinan merupakan satu teknik research yang berkesan buat gadis-gadis. Melalui teknik deduksi dan perbandingan, mereka dapat berasa lebih cemas, lebih keliru, dan lebih tertekan kerana bimbang dengan persepsi tetamu di kenduri kahwin mereka nanti. Eh kata nak ambil maklumat kenapa tiba-tiba jadi menggelabah pula?

Ini kerana setiap gadis mengimpikan majlis kenduri kahwin yang awesome, lebih awesome daripada gadis-gadis lain. Tapi bila dah tengok baju pengantin, gadis-gadis rasa baju mereka tak cukup malatop mak aih nak kena tempah dekat Man Kajang juga. Lepas tu nampak pulak video pengantin main teknik zoom in zoom out blur sana sini sebelum muzik background diberhentikan untuk mendengar lafaz akad ahhh mereka pun nak video macam tu juga. Tetapi terlalu banyak input pun tak boleh juga kan gadis-gadis? Nanti jadi bridezilla tak apa topik ini kita boleh bincangkan di lain hari.

3) Mengumpat

Antara kemahiran yang gadis-gadis miliki tanpa perlu sebarang latihan ataupun kursus adalah kemahiran membebel. Dari sekecil-kecil kesilapan lelaki seperti terlupa potong kuku sehinggalah sebesar-besar kesilapan seperti terlupa tarikh ulangtahun pencintaan, gadis-gadis boleh membebel dalam jangka masa 5-10 minit tanpa rehat. Kadang-kadang boleh membebel panjang dalam satu nafas. Satu skil pasif yang dibentuk daripada kemahiran bebelan ini adalah skil mengumpat. Skil pasif ini akan menjadi aktif apabila bertemu dengan rakan seperjuangan yang memiliki kepercayaan yang sama. Yelah nak mengumpat mesti ada interaksi dengan lebih daripada seorang kan. Mana boleh mengumpat seorang diri itu dipanggil sakit jiwa. Mengumpat di telefon ataupun Fesbuk kurang impaknya berbanding face to face. So di mana lagi tempat yang sesuai kalau bukan di kenduri kahwin ye tak?

Antara subjek utama dalam 'perbincangan' gadis-gadis adalah perihal pengantin perempuan yang korang anggap biasa je tapi boleh dapat kawan lelaki anda yang paling hensem di universiti dahulu. Mulalah korang tuduh dia guna minyak dagula bagi nasi kangkangla. Takpun mengumpat watak dalam poin no 1, tak boleh nak tengok orang bergaya sikit mesti kena cap gedik. Ish ish ish.

4) Bersifat kompetitif

Kebanyakan gadis-gadis yang datang di kenduri kahwin ni mesti datang berpasangan. Pasangan normal lelaki dan wanita, lesbian tak kira. Ini kerana mereka berasa bangga dapat memperkenalkan jejaka mereka kepada rakan-rakan gadis yang lain. Berdua kan lebih baik? Siapa yang single tu mereka akan gelakkan dalam hati, percayalah. Kalau yang dah kahwin pun sama juga. Mereka dengan bangga akan bercerita tentang kejayaan suami mahupun anak-anak sendiri jika pihak lawan telah mulakan sesi bangga diri.

Selain itu mereka juga akan bertanding dengan menunjukkan aksesori masing-masing seperti kalau nak ambil lauk diorang akan sinsing lengan baju kurung bagi menampakkan gelang emas yang berlingkar-lingkar itu. Kalau sorang keluarkan iPhone dia keluarkan iPad terus taknak kalah beb. Apa bendalah pergi kenduri pun nak bawa iPad lepas tu tanya adik katerer tu apa password wifi. Eh.

5) Bijak mengelak soalan-soalan klise


Macam biasa, pergi kenduri kahwin mesti kena berhadapan dengan soalan-soalan klise seperti bila nak kahwin dan bila nak dapat anak. Gadis-gadis yang tidak dapat memberi jawapan yang kukuh senang je teknik diorang, mereka jawab, "mmm itu kena tanya cik abang kita ni...." sambil menuding jari ke arah teman lelaki sambil mengenyit mata. Woit mana aci macamtu woit.

Begitulah antara tabiat-tabiat gadis-gadis di majlis perkahwinan yang dapat saya perhatikan. Alah stereotype saja saya tidak merujuk kepada anda, anda ataupun anda. Tetapi mungkin anda. Mungkin anda patut buat 'Mengkaji Tabiat Jejaka Di Kenduri Kahwin' pula untuk saya baca. Alah orang lelaki mana ada tabiat yang ketara sebab diorang rileks je kan. Hikhik.


Sekadar gambar hiasan tiada kaitan dengan entri. Kongratulasi Aiman aku baru tahu kau anak pengetua Imam Muda. Pilih menantu haritu guna melalui rancangan realiti juga ke? Kahkah jenaka saja. Kongratulasi juga Juliana Juhari. Kongratulasi semualah yang berkahwin minggu lepas.

Monday, September 19, 2011

Jejaka-Jejaka Idaman Gadis di Siri Televisyen

Hai apa khabar pembaca? Hari ini merupakan hari raya ke dua puluh satu. Adakah anda sibuk menghabiskan hujung minggu anda dengan menambah kadar kolestrol di badan anda pergi membaham nasi minyak dan rendang di kenduri khatan Pak Su anda? Elok-elok makan tu nanti diserang penyakit kardiovaskular pula. Habis tu kalau tak keluar rumah nak buat apa? Mungkin boleh menonton siri televisyen barat yang kini sudah kembali? Mengikut statistik yang aku reka sendiri hasil daripada kajian terhadap siri televisyen barat, terdapat 5 calon jejaka yang sering difantasikan oleh gadis dalam impian romantis mereka. Jejaka-jejaka ini terdiri daripada latar belakang yang berbeza, dengan karekteristik yang unik menjadikan mereka calon suami yang diimpikan walaupun bakal mendapat tentangan keluarga. Ayuh kita kaji jejaka-jejaka idaman gadis di kaca TV.

Sam Winchester - Supernatural

Sam Winchester merupakan salah seorang daripada protagonis adik-beradik Winchester di mana setiap minggu mereka akan menggembleng tenaga untuk menghapuskan iblyss dan syaiton dalam siri Supernatural. Kalau nak diikutkan dari segi paras rupa, Sam lebih hensem sedikit daripada abangnya Dean. Gadis-gadis rata-ratanya akan memilih untuk meniduri Sam daripada Dean kerana keperibadian Sam yang lebih independent dan bertanggungjawab daripada abangnya. Kalau ada kes je yang tukang buat research semua Sam yang buat. Dean pulak sekadar berfoya-foya di bar sambil membuat bunyi cet cet untuk menarik perhatian gadis tempatan.


Walaupun Sam tampak tenang di luar, dia sebenarnya menderita di dalam. Dia selalu rage dengan iblyss bunuh tanpa banyak soal, dan sebenarnya ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang bapanya Denny Duquette sejak kecil. Konflik dalaman ini ternyata berjaya menimbulkan rasa simpati daripada gadis-gadis. Dia sebenarnya inginkan kehidupan normal berbanding kerja entah dapat gaji ke tak memburu syaiton ni. Tapi kalau aku jadi gadis aku akan pilih Dean sebab Dean rela masuk neraka untuk menyelamatkan Sam. Ultimate brotherly love tu.

Derek 'McDreamy' Shepherd - Grey's Anatomy


Ahh McDreamy. Nama pun McDreamy memang nama jejaka yang kita ingin muncul dalam mimpi basah kita la kan. Mungkin kalian akan bertanya, mengapa tak pilih McSteamy? Kerana rakan yang baik tidak akan meniduri isteri teman baiknya. Trauma yang ditanggung oleh Derek hasil daripada kecurangan isterinya itu membuatkan gadis-gadis berasa kagum dengan ketabahannya menumpuhi hari-hari yang mendatang di Seattle Grace. Lagipun dia kerja sebagai pakar bedah otak, tak hangat ke tu? Paras rupa toksah ceritala. Dengan rambut lebat macam singa, efek 'cukur tak cukur' yang seksi serta suara husky yang menggoda, tidak hairanlah gadis-gadis mengimpikan rangkulan hangat daripada McDreamy.

Chuck Bass - Gossip Girl

Chuch Bass adalah definisi bad boy di kaca TV. Walaupun wataknya sepatutnya dibenci, tetapi gadis-gadis tiba-tiba menjadi buta apabila ternampak Chuck. Apasal korang suka si Chuck ni dia pernah membuat cubaan merogol hoccay? Gila saiko. Anyway gadis-gadis memang mudah attracted dengan bad boys bukan? Dia ini tampak mementingkan diri sendiri, narcissist macam penulis blog ini serta kerapkali horny berdasarkan dialog-dialog tak senonoh yang diungkapkannya. Walaupun dia kaki perempuan, cinta agung dia hanya pada yang satu. Bukan tuhan yang disembah, tetapi Blair Waldorf. Macam lagu Siti Sarahlah, "Kesetiaan, menghalangiiii kupindah ke lain hatiii...".


Dari segi pemakaian, dia sering nampak elegant dengan memakai suit dan baju yang formal. Rambutnya sentiasa tersisir rapi dan bulu dadanya itu hanya melengkapkan keseksian beliau.

Damon Salvatore - Vampire Diaries


Aku tidak pernah menonton Vampire Diaries maka aku tak boleh nak membuat ulasan tentang karekter Damon ini. Namun begitu, kemasukannya di dalam senarai ini adalah berdasarkan kekerapan aku melihat namanya muncul dalam timeline aku di Twitter ataupun dalam news feed di Fesbuk. Setiap kali beliau membuat kemunculan, gadis-gadis akan terkinja-kinja di atas kekacakannya, most probably matanya yang seksi itu. Betulkah?

Barney Stinson - How I Met Your Mother

Ok pilihan yang ini sumpah aku tak faham. Jika kita buat survey, siapakah jejaka yang ingin dijadikan teman lelaki dalam siri How I Met Your Mother, kebanyakan gadis-gadis akan menjawab Barney Stinson? What the what woman? Barney adalah seorang yang keji. Dia akan menipu anda, memanipulasi anda, menggunakan pelbagai teknik mengurat yang tampak awesome demi meraih kepercayaan anda, semata-mata untuk memasukkan zakar beliau ke dalam faraj anda tanpa ada sebarang ikatan emosi. Lepas tu habis madu Sepah berpecah. Setelah berzina dengan anda, anda buka saja mata anda tidak akan nampak kelibat beliau di sebelah dan anda tidak akan dengar langsung berita daripadanya kerana nama, pekerjaan, nombor telefon yang diberi kepada anda semuanya adalah rekaan semata-mata. Lupakan ending season 6 di mana kita dapat lihat dia seperti mahu settle down dengan mengahwini gadis idamannya (aku rasa last2 mesti dengan Robin juga dan bukan Nora) kerana ramai lagi gadis yang akan disetubuhinya termasuk anda.

Bagi aku, teman lelaki yang anda patut pilih adalah Ted Mosby, bukannya Barney. Ted adalah seorang hopeless romantic, dan dia percaya dengan kewujudan cinta suci. Dia sanggup menunggu masa yang sesuai, berkorban demi cinta agar dapat gadis yang memang jodohnya demi mengecapi kebahagiaan hakiki. Itu yang dah masuk season 6 paling terer pun kita nampak kaki bakal isteri dia je. Ah even Ranjit pun lagi bagus korang jadikan teman lelaki berbanding Barney. That being said, Barney adalah karekter yang bagus untuk siri televisyen tetapi dia bukanlah calon teman lelaki yang anda harus pilih.

Bagaimana dengan senarai jejaka-jejaka di atas? Adakah benar kalian ingin menjadikan mereka sebagai teman lelaki? Jika anda ada jejaka idaman dari siri televisyen selain daripada yang disebutkan di atas, ayuh kongsikan bersama. Cuma tak perlulah masukkan Seth Tan ok.

Sunday, September 18, 2011

Memburu Barang Hantaran

Hai apa khabar pembaca? Membaca tajuk di atas, kelihatan seperti ada beberapa orang peminat fanatik yang remuk hatinya dan berasa suicidal ingin menelan pil pelangsing melebihi dos yang ditetapkan. Ada juga yang berniat untuk membuat page benci di Fesbuk kerana menyangka blog ini bakal menjadi seperti blog gadis-gadis yang merancang perkahwinan. Hei hei don't judge an entry by its headline. Ini adalah entri yang kool, at least kool buat aku kerana aku telah mendapat barang yang aku idamkan tanpa perlu mengeluarkan wang. Walaupun saat perkahwinan masih boleh dikira jauh, dan orang selalu beli barang hantaran pada last minit kerana menanti jualan hujung tahun, aku telah berjaya slow talk da'killa untuk membelikan salah satu barang hantaran in advance. Ayuh teruskan membaca.

OH EM JI DAPAT PS3 (rhyme)


Sebenarnya, dah lama dah aku ingin membeli alat elektronik ini, sejak PS3 kurus dikeluarkan. Lagipun mahu berubah menjadi manusia dengan kesedaran sivik yang tinggi tak mahu beli permainan cetak rompak di Xbox kegemaran. Kotak putih Unifi sudah ada di tiang telefon belakang rumah aku tapi tak tahulah bila Unifi mahu muncul di jalan rumah aku. Mahu bermain secara online merogol kanak-kanak orang putih mahupun hitam di Call Of Duty. Ataupun mengajar Adam Johari or Dazrul Syariz bagaimana hendak bermain Fifa. Tapi belum berkebolehan untuk online lagi dengan kelajuan Streamyx 512kbps ini maka kita bermain Resistance 3 dahulu. Kalian jika ada PS3 bagi aku pinjam game woi.

By the way jika kalian ingin membeli PS3 ataupun apa-apa konsol untuk dijadikan hadiah harijadi buat teman lelaki tersayang, anda boleh pergi ke kedai permainan elektronik kegemaran aku Gamer Solution di Pertama Complex. Tak perlu susah-susah pergi Sony Center dahla selalu tak ada stok lepastu tanya soalan aneh sikit tak boleh nak jawab. Ini adalah iklan tanpa bayaran, kerana semua konsol yang aku beli memang aku beli kat dia. Dia punya customer service memang tip top. Sebarang pertanyaan noob mahupun advanced pasti akan dijawab dengan penuh ketelitian. Nama aku pun dia ingat dan boleh eja dengan betul.

Mungkin aku harus tumbuk perut sendiri agar cirit birit dan dapat MC untuk aku bermain game sepanjang minggu. Tak perlu risau PS3 terbakar nanti kat dulang letak kontroller saje hikhik. Ok aku harap da'killa tak minta hantaran dia in advance juga kerana masih perlu mengumpul wang. And jika kalian kata patut bersabar mungkin PS4 nak keluar, tak jadi masalah mintak sebagai hadiah harijadi la kan? Hikhik. Ok ayuh bunuh Chimera durjana.

Monday, September 12, 2011

Parti Liar Aidilfitri 2011


Hai apa khabar pembaca? Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan menahan lapar dahaga serta mengelak daripada ringan-ringan di waktu siang bersama pasangan masing-masing, akhirnya Syawal tiba menyambut kita. Bulan Syawal adalah bulan untuk kita bergembira, bulan untuk kita berpesta. Maka di atas sebab itulah satu parti liar telah dianjurkan untuk rakan-rakan terdekat pada hari Sabtu yang lalu di rumah saya sempena hari raya ini. Biasanya, parti liar akan dipenuhi dengan aksi mabuk meneguk alkohol sebelum penzinaan secara beramai-ramai berlangsung, tetapi parti liar saya memang bebas daripada dosa besar. Dosa mengumpat dan mengadu domba je yang banyak. Namun begitu, setiap parti mesti ada gadis hangat dan jejaka kacak bukan? Maka dalam entri ini saya menjanjikan gambar-gambar ghairah jejaka berbaju melayu lengkap bertanjak dan gambar gadis-gadis ayu memakai baju kurung yang ditempah di D'zul Classique. Caption berunsurkan fitnah pun sudah pastilah ada. Ayuh teruskan membaca.

Parti bermula selepas solat Zohor berjemaah di Surau Al-Kauthar. Aku cakap lepas Zohor baru start tapi ada juga yang degil datang masa waktu Syuruk. Tetamu pertama yang hadir adalah rakan Uniten aku Saiful Izwan ataupun nama glemernya Saiful Anal. Kah kah amacam lucu tak jenaka politik aku? Ok tak lucu sangat sebenarnya. Kalau kalian lihat gambar di bawah dan kemudian kalian klik widget 'Anda mungkin juga meminati' entri Parti Liar Aidilfitri 2010, kalian dapat lihat mereka berdua memakai baju tahun lepas. Hikhikhik.


Olrite tetamu keduaaa fewwittt bagaimana ayu bukan gadis-gadis dibawah? Mereka adalah pasangan adik-beradik yang menjadi buruan para jejaka di Bangi ini. Yang kiri nama dia Nad yang kanan nama dia Mas. Tak boleh letak nama penuh nanti korang pergi Bing pula laman Fesbuk mereka untuk distalk nanti. Patutnya ada sorang lagi kakak tapi kakak dia memilih untuk berhadapan dengan orang yang pura-pura sakit nak mintak MC daripada datang ke parti ini. Anyway, jika anda ingin berkenalan dengan gadis-gadis tersebut, sila letakkan link gambar anda, kerjaya serta motto hidup anda diruangan komen untuk ditapis terlebih dahulu.


Oleh kerana aku telah bekerja di tempat baru, aku kenalah ajak gadis-gadis di tempat baru juga kan. Oklah jejaka-jejaka pun kena ajak juga bagi mengelak dituduh seksis. Yang bestnya buat kali pertama yang sejarah aku membuat parti liar, instead of aku bagi duit raya, aku mendapat hamper raya pula. Bukan satu, tetapi dua hoccayyy. Mereka memang sayangkan aku kerana hidup rakan sepejabat aku memang tidak akan bermakna tanpa kehadiran aku di sisi. But of courselah aku terus sorok hamper tu agar tidak dirampas tetamu. Eh.


Anyway jika kalian nak menjadi penpal dan mungkin mahu membawa jumpa ibu bapa, ayuh kita berkenalan dengan mereka. Dari kiri, itu bos aku nama dia Jean Khoo. Aku memang pekerja kesayangan dia. Sebelah dia tu Adi Aizat, muka nampak macam gay tapi dia ada awek sebenarnya. Lepas tu yang baju kurung biru tu nama dia Nabila Che Ibrahim. Jangan main-main suara gadis dalam iklan Yusuf Taiyoob tu 60% suara dia ok. Lepastu Lavanya Nagaraja, dia suka masuk marathon rileks je dia boleh habiskan larian 5km tanpa pengsan. Belakang tu Sugain The Weight Gain, Dennis not so Menace, Joanne Lee Leng Lui, dan Kughaan (tiada pujian).


Kali ini aku memang menerapkan disiplin yang tinggi dalam menghadiri parti liar di mana semua rakan-rakan Uniten aku akur dengan protokol berbaju Melayu. Tamir kelihatan segak berbaju putih tapi kau jangan main2 kat dalam baju tu sumpah ada six pack (dua daripadanya dilukis dengan marker) walaupun sudah beranak satu. Hanis setelah sebulan tak jumpa akibat dikurung di bulan Ramadhan kini telah kembali bebas untuk membuat onar. Abu Zar pun ada six pack juga tapi kat testis dia. Kita lihat taktik Paan berbaju oren menutup perut dengan tangan bagi mengelakkan one packnya dikesan. Nazri pula melilau mata kiri dan kanan kerana bimbang bertembung dengan bekas kekasih yang of course aku tak jemput.


Baidewai diharap kalian tidak akan right click dan Save image as untuk dibomohkan gambar gadis-gadis di bawah kerana mereka semua telah berpunya dan ada anak lagi. Bersabarlah kalian saat indah kan menjelma jua.


Tengku Eleanor Ezura nampaknya membawa jejaka yang sama di dalam gambar tahun lepas, baguslah begitu. Mungkin tahun depan boleh bertukar status. Kalau teman lelaki degil asyik mengelak saja topik perkahwinan Ezu kena hentak-hentak kaki ok.


OH EM JI ITU IJAICOOL.BLOGSPOT.COM! jerit The Pink Stilettos setelah nampak aku lalu memohon untuk bergambar kenangan. Hihi. You see, anak Syed Muaz dan Nurul Iza kini tidak lagi takutkan aku sebaliknya mengganggap aku sebagai seorang pakcik yang kool berdasarkan bukti bergambar di bawah.



Apai sekeluarga datang berbaju merah. Akif hensem memakai tarbus tetapi jangan terpedaya dengan kecomelan dan keinosenannya kerana dia boleh naik syeh pada bila-bila masa. Malangnya bespren aku lagi sorang Aryan tidur pula. Sori Anas gambar kau tiada sape suruh balik awal dahla taknak datang aku kahwin nanti.


Ish ish ish ni apa nak jadi ni tak salam tak minta maaf dengan aku terus selamba naik ke bilik aku dan membuat macam bilik kelamin sendiri. Tenang sahaja bekas kawan-kawan Maikrosof aku ni bermain Guitar Hero tanpa menghiraukan cercaan pengunjung lain. Gabby dan Nina dua-dua muka tak boleh blah Nizam dan Liza pun sama saja cuma tak dapat ditangkap di kamera saja.

Aku ni jenis yang tak pilih kasih kalau tak hensem pun aku peluk jugak. Watak-watak di bawah membuat kemunculan sulung di dalam laman blog ini. Dari kini, orang panggil dia Cipan, mungkin nama penuh dia Chicarifan. Sebelah rambut macam Justin Bieber nama dia Radzman. Hensem kan? Dia single lagi kot tapi taktaula kalau ada boyfriend tersembunyi. Yang aku peluk tu nama dia Idzahar dan mesti kalian tak puas hati sebab gadis sebelah itu Nadiyana ada hati kepadanya.


Ok cuba kira ada berapa orang dalam gambar di bawah ni? Harap-harapnya betullah 8 orang time ambil gambar ni dah Maghrib taktahulah kalau bertambah ahli masa ambil gambar pulak kan. Eh janganlah. Ok yang kiri pakai jubah tu nama dia Syafiq. Dia gagal dalam audition Imam Muda tapi still semangat pakai jubah. Sebelah tu nama dia Kunal. Dia tak reti cakap Melayu so aku boleh suka hati tuduh Kunal ni seorang homoseksual. Tak apa dia tak faham. Arul pulak taknak potong rambut sebab dia kata Metallica nak datang nanti. Danial dulu duduk Bangi tapi lepas Arsenal kena belasah 8-2 dia terus pindah. Din kata dia tau lagu iklan KFC dalam entri di bawah tapi menyanyi macam gagal je. Sebelah tu bini dia Shikin dan Shima Sesekali Ku Rasa Teringin.


Team Bangi datang secara berasingan. Zul dan Ikram begitu bersemangat sekali setelah melihat gadis-gadis hangat dalam gambar-gambar di atas tetapi setiap kali mereka cuba mengaplikasikan pick up line yang dihafal dari Internet, nafsu kuda mereka segera terbantut kerana kehadiran jejaka lain. Jika kalian rasa mereka masih ada ruang di hati anda, silalah tinggalkan maklumat peribadi untuk dihubungi.



Ini Irsyadudin Ismail dan gadisnya Shasha. Mereka merupakan tetamu yang terakhir lepas Isyak baru dia baru pulang sebab janji nak tolong aku mengemas rumah. Hihi. Mula-mula melawat kandang kucing lepas tu tengok Megatron lepas tu pergi Cybercafe di bilik aku membeli tiket wayang. Siap hasut aku nak tengok Cars 2 lagi nasib baik aku tabah.


Menu pada hari itu adalah roti jalak lenteng, Mihun Soto, dan sate Urat Ketin. Haha sama saja seperti tahun lepas. Tapi tahun ini Sagu Gula Melaka Mama kembali membuat kemunculan. Baidewei sorilah kepada sesiapa yang tak dapat merasa roti jala tetamu awal dah seludup dalam beg tanganla.

Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan ratusan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir ke parti liar hari raya saya ini. Sori jika aku tak memberi layanan fizikal dan spiritual sepenuhnya kat korang. Bagi mereka yang cakap nak hadir tapi tak hadir, seperti biasa kita akan putus kawan selama seminggu dan nama anda akan disenaraihitamkan. Aku takmo datang kenduri akikah anak pertama korang nanti. Hihi. Kalau anda masih lapar ketika pulang dan merasakan yang makanan itu tidak sedap, itu semua salah katerer. Sebaliknya jika anda pulang dengan gembira, katakan HO!

Sesetengah gambar dirampas di Fesbuk Paan. Gambar lain akan dimuat naik di Fesbuk. Macam biasa kalau muka gadis hangat tetapi nama lelaki mestilah buat-buat tak nampak saja friend request kalian tu kan. Kenalah ada mesej perkenalan diri dan berjanji untuk tidak mengetag saya dengan gambar wang. Hihi.

Friday, September 9, 2011

Lagu-Lagu Yang Semua Orang Tahu: Edisi Iklan Dulu-Dulu

Hai apa khabar pembaca? Nampaknya mood raya masih membara di dalam jiwa. Itu yang korang malas nak kemaskini blog ye tak? Hari ini kita akan berjalan ke bawah lorong memori ataupun kalau orang putih selalu kata, 'walk down the memory lane' dengan mengimbas lagu-lagu di dalam iklan yang popular pada satu masa dahulu. Orang yang baligh awal lahir tahun 80-an dan pasti dapat mengungkapkan lagu-lagu yang saya akan bincangkan nanti kerana minda separa sedar mereka telahpun menyimpan data-data tersebut secara automatik. Ini kerana lagu-lagu tersebut tersangatlah catchy, dengan lirik-liriknya yang corny disertakan dengan lakonan over the top yet tidak menjengkelkan. Tidak yakin dengan kenyataan saya? Ayuh teruskan membaca.

1) Adabi


Adabi yang dimaksudkan di sini adalah Adabi yang membekalkan bahan memasak yang diproses, dan bukannya Pusat Tusyen Gaya Pos Adabi. Dengan produk mereka yang dibahagikan kepada 4 kategori utama iaitu Powdered Spice Mix, Processed Paste, Soya Sauce and Flour Mix, mereka mula bertapak sejak tahun 80an lagi. Kemajuan yang mereka kecapi selama ini adalah disebabkan oleh iklan mereka yang relevan, disertakan dengan lagu-lagu yang mengasyikkan. Jika sebut pasal lagu di iklan Adabi, ada 2 lagu yang popular iaitu:

a. Iklan pertama menunjukkan kehebatan seorang ibu memasak di rumah kampung, sambil membuka tingkap kayunya disertakan dengan lagu "Adabi, melazatkan, Adabi menyelerakan. Mengandungi palbagai rempah, melazatkan kari dan kuah" Haa see korang baca lirik tu mesti terbuat melodi dia sekali bukan?

b. Iklan popular yang kedua menunjukkan seorang bujang yang baru balik dari kerja. Tiba-tiba dia terbau satu bau yang menyelerakan dari rumah jiran sebelah dan terus memegang pinggan sambil menyanyi "Hei nasi goreng! Hei sungguh lazat! Sungguh sedap sungguh enakk. Itulah perencah nasi goreng Adabiiii". Kemudian orang bujang yang tak malu tadi terus mendekedarah di rumah jiran. Susah nak cari jiran yang memahami macam tu zaman sekarang ni.

2) Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak


Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak adalah ubat batuk mainstream yang pertama di Malaysia dan tiada saingannya sehinggalah kemunculan ubat batuk orang kulit hitam iaitu Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika. Namun begitu Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak masih dapat mengekalkan dominasi mereka di pasaran ubat batuk mainstream dan underground kerana teknik iklan mereka yang efektif. Mereka menggunakan konsep wayang kulit yang ternyata lebih relevan dengan masyarakat Melayu tempatan, berbanding approach Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika yang menggunakan lagu-lagu Hip Hop masakini.

Lirik lagu yang digunakan dalam iklan wayang kulit ubat Batuk Cap Ibu dan Anak menggambarkan bagaimana seorang anak yang sayangkan ibunya sanggup keluar di waktu malam yang gelap untuk mencari ubat batuk buat ibunya. Let's sing it! "Kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk. KOHOK KOHOK. Kasihan sungguh dia pergi dapatkan obattt KOHOK KOHOK"

Ini aku ada jumpa klip video iklan ni tapi ini versi lain yang lebih moden, but still konsep dan melodi dia lebih kurang:



3) Axion

Axion adalah produk pencuci pinggan dan mangkuk yang masih mendapat kepercayaan mama aku dari dulu sehinggalah hari ini. Axion terlebih dahulu menggunakan tanda 'rait' sebelum dipopularkan oleh Nike dimana selepas kita mencuci pinggan kita dikehendaki membuat tanda 'rait' di pinggan sehingga berbunyi "OUKK EAKK" bagi menunjukkan kesan minyak telah dihapuskan. Axion juga ada satu iklan dengan lagu terulung di mana lagu tersebut berjaya masuk ke Anugerah Juara Lagu 1989 kategori Irama Melayu. Seingat aku, watak suami dia dimainkan oleh Sulaiman Yasin Pi Mai Pi Mai Tang Tu ke. Yeke main belasah je aku.

Isteri:

Mari-mari puan dengar ini cerita,
Suami saya asyik balik awal saja,
Ada pembantu baru katanya,
Tentu dia perempuan muda.

Suami:

Kan Abang dah kata, Axion namanya. Axion ke Aziah? Tunjukkan saya (Isteri mencelah)
Sebelum ini teruk abang mencuci!
Secolek saja tanggal minyak segera,
Mudah mudah mudah dijamin mudah!

4) KFC

Dulu-dulu hari Ahad pukul 10 rasanya, ada siri Kids Fun Club dengan dua orang hos gadis memaparkan kartun-kartun popular sambil membaca surat daripada adik-adik. Dalam masa yang sama ada satu iklan KFC yang mengajak kanak-kanak bermain bola dan tidak berputus asa walaupun kalah kerana lepas tu boleh menambah kolestrol di KFC. Not sure if you guys remember this song, but if ada pernah dengar, secara automatik anda boleh menyanyikannya bersama-sama.

Main bola bukannya susah,
Sepak penalti lagi mudah. (lepas tu dia miss penalti)
PAP PAP PAP alamak apa nak nak jadi,
Sudah kalah dua kali,
Tiada siapa yang nak tegur,
Tapi mungkin penjaga gol,
Nasiblah ada KFC,
Kentang (or kepak?) ayam penawar hati

5) Nano-nano

Nano nano nano nano nano nano nano nanonanonao nanonan oh nano nano saya tak sabar, saya gemar, rasanya seeeegar. manis masam masin nano nano, na na na no nano nanoooooo. Lepas tu kena plagiat dengan Hafiz AF. Eh.

Bagaimana? Katakan HO! jika kalian dapat menyanyikan lagu-lagu di atas dengan lancar secara tidak sengaja walaupun telah lama tidak mendengarnya. Jika anda ada lagu-lagu daripada iklan televisyen DULU-DULU, silalah kongsi bersama tengok kita boleh nyanyi ramai-ramai ke tidak. Nini cokolat celup! celupcelup! Mungkin next time kita akan buat entri edisi lagu dalam iklan moden pula.

Sunday, September 4, 2011

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Berhari Raya

Hai apa khabar pembaca? Hari ini merupakan hari raya keenam. Esok dah kembali bekerja cikai mak lampir cuti seminggu memang tidak produktif langsung. Aku perhatikan time raya ni memang korang beraya sakan ya sampai tiada masa untuk kemaskini blog. Update la woi aku nak baca di kala kehornian. Aku hari raya kedua sudah kehabisan saudara mara untuk dilawati. Hari-hari selebihnya dihabiskan dengan berlingkar di hadapan televisyen sambil mengunyah kuih raya tanpa henti. Oleh kerana kita menyambut hari raya setiap tahun, kita pasti dapat mengenali corak ataupun pattern perangai seseorang itu tak kiralah yang suci mahupun keji di Aidilfitri. Semasa pulang berhari raya di kampung ataupun bandar, tabiat tahunan yang klise ini secara automatik muncul di dalam diri sama ada kita sedar ataupun tidak. Tidak percaya? Ayuh teruskan membaca.

1) Pakcik makcik dengan soalan-soalan klise

Aku yakin perkara ini berlaku kepada anda semua. Balik kampung jumpa Pak Long ke Mak Teh ke Pak Andak ke, semuanya ada predetermined set of questions yang akan ditanya kepada anda. Soalan-soalan ini adalah soalan yang sama setiap tahun, dan walaupun anda dapat menjawab soalan-soalan tersebut, anda akan dihidangkan dengan soalan lanjutan pula. Cycle ini tidak akan berhenti sehinggalah tiba giliran anda untuk menjadi tua dan annoying dan membalas dendam dengan bertanyakan soalan yang sama kepada generasi seterusnya, unless anda dihantar ke rumah orang tua tiada siapa nak lawat. Eh nauzubillah. Berikut adalah set-set soalan ramalan yang bakal ditanya:

a. Bila nak kahwin?

b. Jika sudah berkahwin, bila nak dapat anak?

c. Jika sudah ada banyak anak, kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung? Vasektomi?

Sebagai calon untuk menjawab soalan-soalan sama setiap tahun, kita pasti akan rasa tertekan dengan situasi tersebut sehinggakan secara tidak langsung, perasaan benci untuk menyambut hari raya akan terbentuk. Jika hendak diikutkan nafsu amarah, mau saja kita mengaplikasikan teknik kunci pergelangan kaki Kurt Angle kepada Pak Long kita yang sudah tua kerana asyik bertanyakan soalan-soalan yang merimaskan. Tapi tak eloklah buat begitu dulu-dulu masa kita kecil mereka juga yang menjaga kita. Jadi apa yang anda patut buat adalah menyediakan template jawapan yang padu sehingga mereka terkedu agar anda tidak akan ditanya lagi dengan soalan-soalan klise tersebut. Contohnya:

a. Bila nak kahwin? = Susahla Mak Ngah, kat sini perkahwinan lesbian tak dibenarkan. Tak tahu dah nak ikhtiar macamana.

b. Bila nak dapat anak? = Saya mandul mak ngah.

c. Kau ni tak ada kerja lain je tiap-tiap tahun nak mengandung? = YOU WANT A PIECE OF ME BITCH?

Ok tu dah marah sangat tu. Pandai-pandailah kalian reka jawapan sendiri yang boleh mendiamkan pakcik dan makcik anda once and for all.

2) Memakai baju Melayu lengkap hanya pada hari raya pertama

Pemandangan yang terindah di hari raya adalah melihat gadis-gadis berkebaya ketat menampakkan liuk lentuk tubuh mereka yang ramping setelah sebulan berpuasa ataupun sekadar memasang gajet Premium Beautiful. Biasalah syaitan dan bebas puasa mata memang dah tiada makna. Perkara yang sama juga yang dialami oleh kaum wanita. Mereka menanti-nantikan saat untuk pergi ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri tetapi mata galak memandang kaum lelaki segak berbaju Melayu lengkap dengan sampin dan songkok tinggi Jins Samsudin. Bagi kaum wanita, lelaki yang berbaju Melayu adalah super seksi dan boleh membuat mereka mendengus seperti kuda. Tak percaya sila tenung gambar di bawah ini. Haa see see.


Tetapi jika anda perhatikan dengan teliti, fenomena pemakaian baju Melayu ini hanya berlangsung pada hari raya pertama sahaja. Ketika pergi beraya pada hari raya kedua dan seterusnya, anda dapat lihat kebanyakan lelaki akan menggantikan baju melayu dengan baju kemeja, seluar jeans, kasut SB Dunk mereka dan spek mata hitam Uptown. Tapi orang perempuan masih lagi pakai baju kurung ataupun baju kebaya terbelah sehingga ke perut. Kenapa kalian orang lelaki tidak meneruskan pemakaian baju Melayu? Sebagai ahli jawatankuasa Belia Segak Berbaju Melayu cawangan Bangi, aku sering menerapkan konsep berbaju Melayu dalam semua acara seperti majlis perkahwinan, rumah terbuka mahupun kenduri lenggang perut. So hari raya kedua pun of courselah aku masih memakai baju Melayu lengkap pergi ke rumah Pak Long di Shah Alam. Ayuh kawan-kawan ubah persepsi anda dan teruskan pemakaian baju Melayu pada hari raya kedua tahun depan ok?

3) Saudara-mara / tetamu yang kompetitif

Manusia ni memang suka bersaing. Tak boleh nak tengok orang lain maju sikit kita pun taknak kalah. Contohnya kalau orang perempuan, cuba pakai baju raya tahun lepas, lepas tu pergi beraya di rumah sepupu perempuan anda yang lain. Orang perempuan memang ada attention to details yang tinggi. Mereka akan membuat muka mencebik sambil memerli anda, "haii pakai baju raya tahun lepas ke?" ujar mereka sambil melibaskan rambut gaya iklan syampu sebagai body language tanda mereka takbur dengan baju baru mereka yang penuh dengan labuci.

Jiran-jiran pun sama juga. Datang rumah anda, tengok kiri kanan atas bawah keliling rumah anda. Eleh langsir lama. Eleh kuih raya tunjuk-tunjuk beli kat Warta. Eleh tak heran TV dia 32 inci je tak ada full HD pulak tu. Semua benda nak dikondemnya.

4) Remaja muka masam sebab terpaksa ikut pergi beraya

Ahh remaja zaman sekarang memang berbeza macam zaman kita dahulu. Dulu kita baik dengar cakap ibu bapa sekarang ni tahu nak memberontak sahaja. Tak puas hati riot terus rompak kedai curi Ipad. So kalau orang datang beraya di rumah kita bawa anak, kalau yang remaja tu mesti buat muncung macam tikus mondok. Muka masam sebab tak dapat join kawan-kawan lain konvoi beraya di rumah ketua kampung yang anak daranya lawa tu. Memang tiada keihklasanlah ikut ibu bapa pergi beraya. Lepas tu duduk diam tanpa berkata-kata keluarnya Ipad main game tak pun cucuk earphone dengar lagu Avril Lavigne. Habis anarki lah kononnya.

5) The kids

Aku rasa yang paling seronok beraya adalah kanak-kanak. Mana taknya semua benda akan disiapkan tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Lagipun time raya ni diorang fikir satu benda saja, nak kumpul duit raya. Manusia ni kalau dah lihat wang di depan mata, minda akan menjadi korup. Kanak-kanak yang tidak mendapat didikan yang sewajarnya pun sama, hanya berfikir untuk menggandakan wang tanpa mendalami maksud hari raya yang sebenar. Time tengah duduk lepak depan TV tengok sarkas, tiba-tiba dengar "ASSALAMUALAIKUMMMM". Kita pun bangunlah sarung boxer pakai ubat ketiak semua buka pintu nak bagi mereka masuk tetapi mereka kata mereka taknak masuk sekadar mahu duit raya. Sebagai lelaki yang masih muda mestilah kita rasa panas dan tidak boleh bertoleransi dengan sikap sedemikian bukan? So lain kalau kalau kau dengar mereka beri salam kau jawab je salam diorang, tapi takyah buka pintu. Ah Faizal cakap jelah kau cemburu sebab tak ada orang nak bagi kau duit raya lagi.

6) Beraya dengan menonton filem


Ok mari kita buat survey, ketika anda beraya di rumah atuk/nenek/skandal anda pada hari raya pertama tempoh hari, apa benda yang anda buat? Anda tidak berbual-bual mesra bertanyakan khabar kerja di mana, PTPTN dah habis bayar ke belum. Sebaliknya, anda semua tonton Nur Kasih The Movie dan Evolusi Kl Drift 2 yang dua-dua ada Remy Ishak bukan? Itu nasib baik tengok di televisyen. Kalau jenis yang beraya di bandar ni, pasti ada yang menyambutnya di panggung wayang. Yelah time 1 Syawal nilah filem-filem blockbuster Melayu bakal ditayangkan di pawagam. Dulu tiap-tiap tahun Senario keluarkan filem time raya. Kalau filem tu gagal pun tak apa sebab time hari raya semua filem Melayu yang gagal mahupun berjaya akan ditayangkan di TV3. So tidak hairanlah kalau time raya ni ramai orang habiskan masa di depan televisyen saja instead of pergi bersalam-salaman sambil melaga-lagakan gelas macam orang putih.

So far aku tak pernahlah lagi menyambut hari raya pertama di panggung wayang. Tapi hari raya ketiga pernahlah. Masatu kami ahli team Bangi yang tidak pulang ke kampung pakai baju Melayu pergi Midvalley nak tengok cerita Lord of The Rings, tapi tiket habis. Lepastu kami membuat keputusan untuk menonton filem Melayu Gila Bola lakonan Dr Fazley Yaakob Asmara Ini dengan misai kumisnya....Tapi kalau tak tengok filem pun tengok rancangan Rumah Terbuka Bersama _________ (masukkan nama artis) pun best juga.

Apa yang ditulis di atas adalah hasil daripada pengalaman sendiri serta pemerhatian stereotype yang diexaggerate berdasarkan apa yang ditonton di media massa. Bagaimana dengan anda pula? Adakah anda juga turut mengalami situasi-situasi di atas? Jika anda ada tabiat berhari raya tipikal yang lain, silalah kongsi bersama. Ok aku dah kemaskini blog kini tiba giliran kalian pula untuk update bagi aku baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...