Friday, December 30, 2011

Top Ten Most Anticipated Movies of 2012

Tempoh hari kita sudah melihat 10 filem terbaik yang ditayangkan pada tahun 2011, hari ini kita akan melihat 10 filem menarik yang bakal ditayangkan pada tahun 2012. Sebagai seorang pengunjung tetap pawagam di Alamanda, aku berasa sungguh teruja dengan senarai filem-filem hangat yang akan keluar di panggung, terutamanya line up blockbuster musim panas nanti. Itu kalau sempat tengok filem-filem tersebut ye tak. Yelah mengikut jalan cerita filem arahan Roland Emmerich, tahun depan dunia akan dilanda malapetaka besar. Di satu tempat kerajaan Barisan Nasional sedang bekerjasama dengan parti pembangkang tanpa mengira ideologi untuk membina sebuah kapal bagi kesejahteraan rakyat.....tak percaya pergi baca Kosmo. Aaaaaanyway, ayuh kita kaji filem-filem yang saya ingin tonton pada tahun ini.

10) The Expendables 2

Ini adalah sekuel kepada filem yang mengumpulkan pelakon-pelakon aksi veteran seperti Rambo, Terminator, Fong Sai Yuk dan mamat gerak payu dara dalam White Chick. Kali ini mereka menambah abang Timecop dan the invincible Chuck Norris. Plotnya begini, apabila The Wrestler dibunuh kejam, atuk-atuk Expandables berazam untuk membalas dendam kesumat mereka. Ini adalah filem kelelakian, maka walaupun kita boleh expect jalan cerita serta scene-scene aksi yang bakal ditayangkan, kita harus membuktikan kejantanan kita dengan menonton filem ini.

9) The Hunger Games


Filem ini adalah adaptasi daripada novel seperti Ombak Rindu dan Karipap-Karipap Cinta. Agak berjaya juga buku ini mengikut kajian aku di Internet. Filem ini mengisahkan tentang kanak-kanak yang dipaksa menyertai rancangan realiti Survivor, cuma pemenangnya tidak akan dapat sejuta dollar, tetapi akan dapat meneruskan kehidupan. Memang fakap sekali rancangan realiti tersebut dahla ditayangkan secara langsung di Astro Awani.

8) Men In Black 3




Hoi aku dah lupa bagaimana kisah MIB 2 sebab ditayangkan bertahun-tahun yang lalu. Namun begitu Will Smith kembali ke filem ini dengan wajah yang sama tanpa ada sekelumit kedut pun di muka. Dia ni pakai jamu apa tak nampak tua pun. Anyway filem ini mengisahkan bagaimana Ejen J yang kembali ke masa lampau untuk bertemu dengan Ejen K yang masih muda. Ejen-ejen ni macam jual Premium Beautiful pulak kan.

6) Twilight: Breaking Dawn Part 2



OMGGGG I WANT TO WATCH ROBBY PATTY'S SEXY ABS AND TAYLOR's 7 PACK! OMGGGGGGG (gaya peminat fanatik). SPOILER: Edward meninggal dunia.

5) Prometheus




Adakah ini merupakan prekuel kepada filem sains fiksyen seram terhebat Aliens? Ataupun sekadar diripoff daripada game Dead Space? Diarahkan oleh Ridley Scott yang juga merupakan pengarah Alien. Sebuah pasukan telah dihantar ke galaksi mana ntah untuk projek tahun akhir subjek Alam dan Manusia mereka. Itulah kalau kau duduk diam-diam kat bumi kat bagus takdelah menyusahkan diri bertemu makhluk asing. Dan apasal tak call je MIB tu.

4) The Amazing Spider-Man



Ini adalah filem reboot, maknyahnya hampir semua aspek akan digubah kembali termasuklah jalan cerita dan pelakon. Andrew Garfield akan memegang watak Spiderman setelah ditendang oleh Mark Zuckerberg daripada kompeni social networkingnya. Menonton trailernya, so far aku rasa filem ini bagus, dengan stail 1st person yang unik ketika melayari kota kosmopolitan di udara.

3) The Hobbit: An Unexpected Journey



Ini adalah prekuel kepada francais filem paling epik sepanjang zaman, The Lords of Leather. No wait itu tajuk filem tak senonoh lelaki atas lelaki. The Lord Of The Rings, maksud aku. Filem pertama LOTR, Fellowship of The Rings keluar tahun 2001 kot, sepuluh tahun kemudian baru kita dapat tengok trailer The Hobbit ni. Mengisahkan tentang pengembaraan Bilbo Baggins (Pak Lang Frodo) bersama Gandalf si ahli sihir dan dwarves (bukan Snow White) untuk merampas kembali kerajaan Erebor daripada naga durjana Smaug. Dalam pengembaraan itu Bilbo (nasib baik bukan Dildo) bertemu dengan makhluk yang akan menghantui anak buahnya di masa hadapan........my precioussss. Tetapi malangnya bulan Disember tahun depan baru nak keluar. Tak sabaqqqqq.

2) The Avengers

Hoi ini memang filem yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. Kalau anda jenis yang tak tengok wayang ataupun baru keluar daripada penjara, filem Avengers akan mengumpulkan superhero-superhero Marvel di bawah satu bendera untuk melindungi bumi daripada anasir-anasir durjana. Filem ini diarahkan oleh Joss Whedon (Buffy The vampire Slayer) dan aku tertanya-tanya bagaimana dia hendak mengimbangi watak-watak utama seperti Kapten Amerika, Iron Man, Thor mahupun Hulk tanpa ada satu watak yang lebih menonjol daripada yang lain. Tetapi setakat apa yang dilihat di trailer, filem ini mungkin akan menjadi filem ohsem tahun hadapan.

1) The Dark Knight Rises



Sehebat-hebat filem Avengers, aku rasa sekuel kepada filem Batman akan menjadi filem yang paling hebat untuk tahun 2012. Malangnya ini merupakan kali terakhir Christopher Nolan akan menjadi pengarah. Atas sebab yang sama, filem ini akan menjadi filem yang paling epik, mungkin lebih epik daripada The Dark Knight. Setelah menyepikan diri untuk menggambarkan Harvey Dent sebagai seorang hero, Batman terpaksa kembali daripada persaraan setelah Bane membuat huru-hara di bandar Gotham. Teeeeeneneeeee neeeeeeee (lagu tema).

Begitulah senarai filem yang aku ingin tonton pada tahun 2012 nanti. Adakah anda bersetuju dengan senarai di atas ataupun anda ada filem lain yang anda ingin tonton? Ayuh kongsikan bersama. Dan kalau kalian perasan aku turut tertinggal no 7.

Monday, December 26, 2011

Jurugambar Perkahwinan Anda

Hai apa khabar pembaca? Beberapa bulan yang lalu kita telah dikejutkan dengan berita di mana perkahwinan Memey dan Norman Hakim akan ditaja sepenuhnya butik aksesori terkenal Rafflesia, di mana nilai tajaannya itu mencecah 12 juta ringgit. Doblas juta huii boleh beli berapa banyak kuih bahulu tu. Dulu-dulu masa zaman aura Mawi masih membara perkahwinan dia pun ditaja juga oleh pihak Astro. Kahwin dekat Palace of Golden Horses dengan tema padang pasir. Tiba-tiba aku terfikir, mungkin aku harus cari penaja untuk perkahwinan aku juga? Apa kurangnya aku berbanding Mawi dan Norman Hakim? Biar aku tanya kalian sekarang, kalau dalam dunia ni orang lelaki hanya tinggal aku, Mawi dan Norman Hakim, siapa yang kalian akan pilih untuk dijadikan suami? Tak usah bandingkan paras rupa, sangat tak adil buat mereka. Bandingkan keperibadianlah. Aku terer tajwid, serta tidak akan meninggalkan tunang tunang bila dah popular serta meremukkan hati isteri ditangkap khalwat.

Atas alasan itulah aku membuat keputusan untuk mencari penaja perkahwinan. Aku amat bertuah kerana Pegawai Pendaftar UKM, Pn Ruziyah Ahmad sudi mengeluarkan wang untuk menaja dewan, pelamin, serta makanan di kenduri kahwin, mungkin kerana beliau merupakan peminat fanatik blog aku serta aku merupakan anak tunggal beliau. Ok setel satu perkara. Penaja kedua yang aku cari adalah jurugambar perkahwinan. Setelah mengeluarkan tender serta mengkaji calon-calon jurugambar untuk merakamkan saat-saat berbahagia aku nanti, aku membuat keputusan untuk membiarkan memberi hak eksklusif kepada jurugambar pekahwinan professional Mangotouch sebagai jurufoto rasmi. Ayuh kita kaji mengapa mereka layak menjadi jurugambar saya, dan mungkin jurugambar anda?

Professional

Bergantung kepada kemampuan dan nafsu, kita mungkin akan berkahwin sekali sahaja seumur hidup. Oleh kerana kita nak kahwin sekali saja, perkahwinan tersebut mestilah diabadikan dalam bentuk gambar sebagai koleksi peribadi ataupun untuk ditunjukkan kepada tetamu yang melawat semasa hari raya nanti. Kalau jenis yang nak jimatkan kos, boleh saja paksa kawan-kawan ataupun saudara-mara yang hobinya mengambil gambar untuk menjadi jurugambar perkahwinan kita. Mungkin skil mereka tinggi tetapi in the end mereka hanya bagi anda memory card suruh anda transfer dan edit sendiri pakai Maikrosof Paint. Sebab itulah kita harus menggaji khidmat jurugambar profesional untuk perkahwinan kita. Beza jurugambar profesional dan jurugambar mingguan?

1. Dedikasi

Mangotouch mencari rezeki dengan mengambil gambar sepenuh masa. Dia tak kerja pejabat Isnin - Jumaat lepastu bertugas ambil gambar di hujung minggu. Oleh kerana kita merupakan sumber utama untuk beliau mandapatkan wang, tahap dedikasi dan layanan pelanggan mereka memang tinggi. Kau nak call dia pukul 3 pagi pun dia akan angkat telefon. Nak buat appointment kau cakap masa dan tempat dia akan datang ke tempat kau. Tips: buat temujanji di restoran mahal ataupun hotel sebab dia akan belanja kau.

2. Pengalaman


Mari menyanyi lagu Raihan, "Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah bertakwa, Ia tak dapat dijual-beli, ia tiada di tepian pantai.." Dalam hal ini, iman digantikan dengan pengalaman. Mangotouch bukan calang-calang jurugambar. Sudah banyak perkahwinan yang mereka cover. Berbekalkan pengalaman yang tinggi, mereka mampu menghasilkan gambar-gambar yang hebat menggunakan teknik-teknik advanced seperti Dust Control Dynamic Autofocus Single Aperture MK-11. Manakala kanak-kanak amatur pula hanya tahu skil fokus objek blur latarbelakang.

3. Registered company

Mangotouch adalah kompeni bumiputera yang berdaftar. Ini bermakna transaksi yang anda lakukan lebih terjamin, lebih selamat dan mudah untuk membuat kompelin jika berlaku sebarang masalah.

Gajet-gajet yang nampak mahal

Mentaliti zaman sekarang, beli DSLR je dah rasa kita mampu untuk untuk mengambil gambar perkahwinan. Mungkin benar, kerana DSLR merupakan gajet mampu milik. PMR dapat 8A pun mama hadiahkan DSLR. Namun begitu jika anda perhatikan gajet-gajet yang digunakan oleh Mangotouch, tampak seperti pistol laser Optimus Prime. Cuba tanya jurugambar anda tak pun minta resit kamera dia beli berapa ringgit? Resit aku tengok kat Mangotouch punya kamera = RM20,000. Apasal tah dia tak cabut resit lagi. Eh. Harga itu bukan sesuatu yang menghairankan kerana mereka jurugambar professional; malah patut dijadikan satu standard agar dapat mengekalkan status eksklusif di samping menawarkan anda kualiti yang terbaik daripada gajet yang terbaik.

Kualiti vs Harga

Zaman sekarang ni jurugambar perkahwinan baru muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). Mula-mula saja-saja suka-suka ambil gambar lepas tu dah ghairah sikit terus Jika kita mahu, kita boleh dapat harga yang murah untuk khidmat jurugambar. Tetapi bak kata pepatah Inggeris, you get what you pay for. Kalau lagu Paramore, That What You Get When You Let Your Hear Win, ooo oo o ooo ooo. Tiada kaitan.

Sure, anda mungkin rasa anda dapat berjimat mencari photographer yang menawarkan harga yang lebih rendah, tetapi adakah kualitinya mencapai tahap yang anda idamkan? Mangotouch adalah nama yang sudah established, dan harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan pengalaman dan hasil kerja mereka. Lagipun mereka tak cas ikut jam, mereka ambil gambar dari mula sampai habis event. Haa boleh dieksploitasikan di situ lebih daripada yang dibayar. Berikut adalah contoh-contoh gambar kesukaan:



Hensem gila member aku Mohd Jamil Fathi bin Jamaludin Omar




Point terakhir aku jika kalian masih belum convinced untuk memilih jurugambar perkahwinan anda adalah, abang Mangotouch ni hensem orangnya. Memang sejukla mata memandang kalau anda ni gadis-gadis mahupun jejaka metroseksual. Haha obviously ezajerit di situ.

Untuk maklumat lanjut seperti pakej yang ditawarkan, quotation, gambar-gambar bukti kehebatan, ataupun saja-saja nak troll, sila layari laman Fesbuk Mangotouch di facebook.com/mangotouch ataupun search saja Mangotouch di Bing. Laman web pun ada www.mangotouch.com tapi server tengah down. Eh. Setiap 50 'Like' akan melayakkan saya untuk mendapat album gambar percuma so kalian jangan bagi dia peluang, sila susahkan dia. Takpe lepas sebulan dua boleh unlike balik depa tak sedar punya.

Tunggu apa lagi? Tak semestinya gambar kahwin saja, majlis hari jadi, majlis berkhatan, semua Mangotouch boleh rakamkan saat indah. Ambil gambar malam pertama tak sure dia tawarkan ataupun tidak, tapi kalau nak tanya anda boleh hubungi mereka di:

+6012 925 8571 (Rahman)
+6012 274 7294 (Wirda)
Twitter: http://www.twitter.com/mangotouch
web: http://www.mangotouch.com
mail: admin@mangotouch.com



Sila sebut nama saya anda akan dapat harga diskaun istimewa. Insyallah tak tipu. Sebarang persoalan tentang Mangotouch boleh ditanyakan di ruangan komen nanti Mangotouch sendiri yang jawab. Saja-saja nak flirting pun boleh.

Thursday, December 22, 2011

Mengkaji Tabiat Manusia di Old Town

Hai apa khabar pembaca? Kelmarin ada perjumpaan anak jantan di Old Town White Coffee Bangi. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk beramas mesra antara ahli Team Bangi. Antara perkara-perkara yang menjadi topik perbincangan pada malam itu adalah bagaimana kawan aku Ikmar pergi ke tempat kerja dari Balakong ke KL dengan menaiki basikal melalui lebuhraya Besraya selama 3 jam (true story) dan selebihnya untuk menakut-nakutkan aku menjelang perkahwinan aku dengan mengatakan lafaz akad nikah Perlis harus diungkapkan dalam dialek utagha. Sambil bergelak ketawa, aku sempat memerhatikan keadaan sekeliling sekaligus membuat nota di dalam minda tentang tabiat manusia di Old Town ini untuk dijadikan entri. Ayuh teruskan membaca.

1) Mengeksploitasi wifi

Di Bandar Baru Bangi, Old Town White Coffee memiliki kelajuan Internet tanpa wayar yang paling pantas antara pesaing-pesaingnya yang menawarkan khidmat wifi secara percuma, iaitu Streamyx 2MBPS. Atas sebab itulah ramai orang lebih gemar menghabiskan masa mereka di Old Town berbanding kopitiam yang lain seperti Bangi Kopitiam, Pappa Rich dan Kopitiam Kawan Celaka. Now secara standalone, 2MBPS sebenarnya boleh tahan laju jika digunakan untuk melayari Internet tanpa memuat turun torrent filem cetak rompak di latar belakang. Tetapi oleh kerana ada berpuluh-puluh orang yang mengakses wifi tersebut pada masa yang sama, maka sudah pastilah kelajuannya akan berkurang.

Perkara ini tidak dibantu oleh wifi yang tidak dilindungi oleh network key menyebabkan pelanggan di restoran di sebelah dan pekerja-pekerja kedai tayar di belakang turut mengeksploitasi wifi tersebut. Ada yang lebih bijak turut membuka sebuah cybercafe kecil-kecilan berhampiran Old Town sebagai pendapatan sambilan. Apa yang tidak masuk akal adalah apabila ada pelanggan yang membuat aduan kepada waiter membebel pasal wifi yang slow tersekat-sekat bila tengok klip video rappers kulit gelap di Youtube. Sebagai pekerja di sektor IT ingin saja aku celup jari di dalam Hazelnut White Coffee di atas ke'noob'an beliau. Nak laju pergi rumah akulah Unifi doploh MBPS wifi password F@izal_KeWL (case sensitive)

2) Tempat mempamerkan gajet-gajet


Dah tempat ada wifi percuma mestilah ada gajet-gajet yang nampak mahal digunakan untuk melayari web. Nak bawa PC tak praktikal pula. Since Bangi tak ada Starbucks, so orang-orang yang nampak kaya ataupun mak bapak dia kaya akan menjadikan Old Town sebagai destinasi melepak mereka sambil menggunakan laptop daripada pelbagai jenama. Gajet paling popular sudah pastilah tablet-tablet daripada Epal dan Samsu. Eh don't get me wrong sukati hang la nak bawa gajet apa pun. Kawan aku Fandi setiap kali melepak akan bawa 3 gajet yang diaktifkan secara serentak, Samsung Galaxy Tab dia pasang untuk melayari laman web yang menggunakan Flash, iPhone 4 dia buat untuk tweet dan Nokia 3310 dia untuk main snake.

3) Konon-konon study

Antara majoriti pelanggan yang berkunjung di Old Town ini adalah golongan pelajar, khususnya mahasiswa. Ada banyak institusi pengajian tinggi berhampiran Bangi ni seperti UKM, the awesome Uniten, KLIUC mahupun Sekolah Memandu Mazris, Jadi di waktu malam instead of pergi perpustakaan ataupun di bilik yang tenang untuk mengulangkaji pelajaran, mereka akan ke Old Town untuk study, tak kiralah secara solo, duo ataupun berkumpulan. Bagi aku, fenomena mentelaah di Old Town ataupun di mana-mana restoran ini adalah tahi lembu semata-mata. Kajian telah membuktikan bahawa suasana yang tenang diperlukan bagi mendapatkan input yang optimum ketika membaca nota pensyarah. Old Town tu dahla bising dengan orang-orang yang suka gelak kuat-kuat macam kawan aku Zul, ataupun yang bersin tetapi bunyi macam batuk seperti Jamil. Mana boleh nak fokus macam tu.

Yang konon-konon datang stadi dengan gadis tu tak usah berpura-pura. Kat atas meja tangan menggunakan teknik fingering membaca nota kat bawah meja kaki pun guna teknik fingering gesel-gesel dengan teman wanita. Biasalah jiwa remaja kat mana-mana pun mahu menunjukkan kemesraan berdosa. Yang konon-konon buat study group tu 5 minit pertama je berbincang pasal pelajaran. Lepas tu sambil mengunyah french fries dan minum kopi putih, mulalah layan Youtube tengok klip video Alize ataupun main Angry Birds. Jadi kalau anda dengar kawan-kawan anda keluar nak pergi study tetapi cakap nak study di tempat makan, persetankan saja mereka.

4) Take your time

Tahukah anda apa motto Old Town White Coffee? Berdasarkan iklan yang aku lihat setiap kali lalu di lebuhraya KL-Seremban, mereka meyuruh kita 'Take Your Time'. Orang kita ni mudah menterjemahkan sesuatu itu secara literal, dan dalam hal ini mereka betul-betul take their time ketika berada di Old Town. Jika anda pergi melawat Old Town di waktu malam, anda pasti akan melihat Old Town itu sentiasa penuh. Padahal itu semua merupakan pelanggan yang datang sejak lepas maghrib tadi ni dah habis isyak pun taknak balik lagi. Ais dalam kopi gao kita sudah lama habis dan tak bercadang nak topap pun namun kita masih bergelak ketawa bergembira bertepuk tampar bersama rakan-rakan tanpa mempedulikan keluarga dengan anak kecil yang kelaparan mencari tempat untuk melabuhkan punggung dan mengisi perut.

5) Salesman


Barbie kat mana-mana pun kalian ada kan. Aku seriously tidak peduli dengan produk-produk yang kalian ingin jual seperti buku-buku keagamaan, cakera padat motivasi mahupun kerepek pisang anda. Ok fine kalau makcik bawak plastik besar jual kerepek mungkin timbul rasa kasihan dan diberi pengecualian walaupun dalam hati masih tak rela. Tetapi secara jujurnya kami mahu menghabiskan quality time bersama kawan-kawan melepak bergurau senda tanpa ada sebarang gangguan.


Begitulah antara tabiat-tabiat umum manusia yang dapat saya perhatikan di Old Town. Kat restoran lain pun lebih kurang sama pun sebenarnya. Tak apa, saya suka sedut wifi, anda pun sama. So just take your time dan hiruplah kopi dengan tenang.

Tuesday, December 20, 2011

Hadiah Perkahwinan Pramatang

Macam tak kena saja tajuk di atas. Hai apa khabar pembaca? Dah tak rasa stress dah kan sebab dah tak nampak dua palang penari bogel di dalam blog ini? Anyway jika kalian tak tahu ataupun memang tak mahu menerima kenyataan, aku akan berkahwin tidak lama lagi. Saya sedar kenyataan itu bakal meremukkan hati gadis-gadis dan mungkin seorang dua jejaka sotong bagaikan kaca terhempas ke batu tapi kalian seharusnya mendoakan kebahagiaan saya dan tidak menghantar santau akibat terlalu obses dengan diri ini.

Anyway kembali ke tajuk asal, kalau orang nak berkahwin memang menjadi sesuatu yang keperluan untuk kalian membelikan hadiah perkahwinan. Tapi ramai je yang kemut (kedekut, bukan kemut punggung macam Ariff Alfian tu) datang bawa perut kosong makan nasi minyak lepas tu pergi membawa diri. Ish ish ish tak elok macam tu. Kalian kena ubah mentaliti dan datang membawa hadiah yang ohsem kerana pengantin memang mengharapkannya, umpama kanak-kanak yang menyambut krismas membuka hadiah sejurus saja bangun dari tidur. Cuma dalam analogi ni, kanak-kanak yang baru bangun tidur digantikan dengan suami yang baru meniduri isteri. Ok tamat intro ayuh teruskan membaca.

So semalam ada sesi boys talk di Old Town Bangi sempena kepulangan sementara BFF aku Anas dari UK. Ok jom kita mengumpat pasal Anas. Kalau kalian merupakan pembaca tegar blog ini pasti kalian kenal Anas yang mana. Aku selalu letak gambar separuh bogel nampak man boobs dia tu dan dia ada anak comel bernama Aryan.


Anas siang-siang lagi sudah menyatakan yang dia tak sudi hadir ke majlis perkahwinan aku, sedangkan aku dah reserve satu meja khas untuk dia di sebelah meja pengantin nanti. Dia memberi alasan yang dia mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara dan dia telah pun berangkat ke England 3 bulan yang lalu. Mungkin dia tak ingat kalau dia bukak album perkahwinan dia, dia akan nampak aku hadir ke perkahwinannya berbaju Melayu lengkap, dan siap stayback lagi untuk basuh pinggan dan jadi jurukamera malam pertama beliau.

Maka aku pun merajuklah dengan beliau. Dia call aku tak angkat. Dia hantar emel aku mark as spam. Dia hantar telegram aku tak balas. Dia poke aku kat Fesbuk aku unfriend dia terus. Memang marah betul aku dengan Anas. Mestilah pilu di hati kalau teman baik kau sejak darjah satu tak datang ke perkahwinan kau. Tetapi semalam Anas membuat pengorbanan yang paling besar dengan pulang dari UK semata-mata untuk bertemu dengan aku. Takkan aku boleh ignore pengorbanan sedemikian bukan? Cewah ezajerit lebih nak tunjuk Anas mementingkan aku tetapi dia balik kejap sebab nak angkut anak dan bini ke sana.

Tapi still, untuk menyedapkan cerita, kita anggap saja Anas balik semata-mata kerana aku. Anas tidak pulang dengan tangan kosong. Dia membawa buah tangan dan buah dada jantannya untuk aku. Anas tahu aku merupakan peminat Liverpool maka dia membelikan bukan satu, tetapi dua jersey away original Liverpool sebagai hadiah perkahwinan. Satu untuk aku dan satu untuk da'killa. Eleh taktik nak pujuk aku lettew. Itu yang tajuk entri Hadiah Perkahwinan Pramatang sebab dapat hadiah kahwin awal-awal.


Apa yang kita jarang fikirkan ketika membeli hadiah perkahwinan adalah sama ada benda yang kita beli itu praktikal ataupun tidak kepada si penerima. Kita kadang-kadang rasa obligated untuk beli tapi nak save bajet, maka kita pun mencari barangan yang paling murah dan common, tanpa memikirkan kehendak sebenar si penerima. Bukan demand ke apa cuma kalau kita kahwin nanti kita pun mesti nak dapat hadiah yang kool-kool kan. So kita dah boleh agak kalau kotak hadiah tu empat segi, 70% kemungkinan itu adalah rice cooker. Kalau 10 orang kasi rice cooker campur lagi 10 toaster? Haa dah boleh buka Seng Heng kita sendiri. Maka tips untuk memberi hadiah perkahwinan khususnya pada perkahwinan aku nanti adalah benda-benda yang praktikal dan menggembirakan bagi aku seperti printer (laser), Blu-Ray player berserta set trilogi Lord of The Rings mahupun Kinect / Move. Tapi macam biasa tak bolehlah sepuluh orang bagi printer nanti aku buka booth kat bahagian IT di The Mines kang. Penyelesaian paling mudah kalau tak tahu nak beri apa adalah dengan memasukkan wang ke dalam sampul dengan nilai minimum RM100 seorang. Ewah-ewah amboi.

So kalian sudah berkahwin? Ada dapat hadiah kahwin yang kool? Ayuh kongsikan bersama agar aku pun boleh minta juga.

Ralat (Updated!)

Hai apa khabar pembaca? Saya memerlukan bantuan daripada anda. Jangan risau saya tak minta wang mahupun khidmat seksual, sekadar inginkan maklumbalas daripada anda. Ketika membuka blog ini, adakah anda mengalami sindrom seperti di gambar bawah ini? Ayuh teruskan membaca.



Masalah ini saya sedari sejak beberapa hari lepas tetapi berlaku secara intermittent dan saya ingat saya sorang saja yang nampak. Maklumlah baru lepas minum tapai mabuk-mabuk ringan itu yang nampak benda macam-macam tu. Tetapi setelah membaca komen di bawah mengatakan ada dua vertical line yang membuat kemunculan, ternyatalah masalah ini mempengaruhi anda juga.

Setelah membuat kajian lanjut, saya dapati masalah ini hanya timbul di pelayar web Internet Explorer. Ketika menaip entri ini dengan menggunakan Firefox saya dapat melayari laman blog keji ini tanpa sebarang masalah. Mana boleh suruh kalian tukar browser sebab Internet Explorer adalah browser yang paling ohsem di pasaran berdasarkan kesetiaan tanpa berbelah bahagi saya kepada Maikrosof. Tapi seperti yang saya katakan, masalah ini hanya berlaku secara intermittent. Dan saya tidak ada membuat apa-apa perubahan pun di template baru-baru ini. So tak tahu nak edit dari mana kalau nak buang line tu pun. Jadi jika anda pun lihat imej 2 line seperti di atas, sila nyatakan browser apa yang anda pakai untuk membantu saya membuat deduksi dengan lebih kejituan. Nasib baik 2 line ye tak kalau 3 line tak pasal-pasal Ayahanda murka sebab mendedahkan matlamat tersembunyi blog ini.

Tapi ada juga pembaca yang suruh biarkan saja 2 line itu kerana mereka merasakan imej itu merupakan satu simbolik kepada 2 pacakan batu nisan. Kata mereka, membaca blog ini mengingatkan mereka kepada kematian, sekaligus terus pergi solat zohor selepas membaca kutukan-kutukan yang dipaparkan di dalam blog ini.

Ataupun ini adalah petanda yang aku harus tukar template yang tak pernah ditukar sejak kewujudan blog ini? Hapuskan butang Read More mungkin? Alah butang Read More tu ada sebab aku suka tulis panjang-panjang taknak bagi nampak semak, di samping boleh buat intro yang kool mengikut tahap kekoolan yang aku setkan sendiri. Dan juga sebab aku tak jumpa entah mana coding Read More tu haha.

So kalian ada nampak 2 line itu kah? Jadi apa pendapat anda? Tukar? Baiki? Fanatik tak peduli?

KEMASKINI:

Thank you for your comments and feedback. I really do appreciate it. Jadi kesimpulannya di sini, aku tak tahu apa kesimpulannya dan di mana kesilapannya kerana ada yang nampak pacakan nisan ada yang tidak nampak apa-apa. Mungkin satu kesimpulan yang boleh disimpulkan adalah ramai orang pakai Chrome ish ish ish tahukah kalian Internet Explorer 9 adalah browser yang terbaik di pasaran?

So malam tadi aku bangun pukul 3, solat tahajjud dan isthikharah sekejap untuk membantu aku memilih template baru yang tidak bermasalah. Aku juga turut mendengar cadangan kalian untuk membuang gambar perempuan berotot sasa kerana tak mahu rakan sepejabat kalian fikir yang bukan-bukan. Well at least until aku design banner perempuan otot sasa yang terbaru. So buat masa ini, terimalah seadanya kerana paras rupa blog tidak penting, yang penting paras rupa aku. Kita kena yakin dengan paras rupa kita barulah nampak kita mensyukuri nikmat paras rupa yang Tuhan beri. Tiba-tiba aku memberi tazkirah di situ.

So again, thank you. I lap uols. Uols lap me tak?

Friday, December 16, 2011

10 Filem Terbaik Tahun 2011

Tahun 2011 masih ada baki beberapa hari lagi. Mungkin ada yang berpendapat entri top ten sebegini harus disimpan sehingga saat-saat akhir bagi memberi peluang kepada filem-filem yang masih belum ditayangkan pada tahun ini. Tapi tak banyak filem menarik pun yang nak keluar selain daripada Sherlock Holmes 2 dan Don 2. Eh. Sebagai pengunjung tegar pawagam Alamanda, aku ingin berkongsi sepuluh filem kegemaran di sepanjang tahun ini. Gadis-gadis usah PMS jika aku tidak meletakkan filem Twilight: Breaking Dawn dan OngBak Rindu di dalam senarai ini. Filem Transformers 3 pun aku tak letak kerana tidaklah mengghairahkan sangat pun, overrated maybe? Baiklah adakah anda sudah bersedia? Ayuh kita kaji senarai filem-filem terbaik untuk tahun 2011 mengikut nafsu aku.

10) Fright Night

Ulasan ringkas: Ini adalah filem remake dengan menggunakan tajuk yang sama, tetapi filem ini surprisingly ohsem! Colin Farrell sebagai pontianak memang menakutkan yet very charming rasa nak sedekah leher untuk dipagut. Ini bukan filem seram semata-mata, kerana mereka pandai menyelitkan unsur komedi yang tidak keterlaluan dan kena pada situasi. Elemen-elemen klise pontianak seperti tak boleh kena sinaran matahari, tak boleh masuk rumah kalau tak dijemput dan siapa dikokak akan menjadi pontianak semuanya diadun dengan sebati tanpa perlu penjelasan berjela-jela.

Ratings: $$$$

9) The Adjustment Bureau


Ulasan ringkas: David Norris telah tewas dalam pilihanraya kecil kampungnya. Kecewa, dia pun pergilah berak namun begitu beliau terserempak dengan gadis misteri yang buat apa entah dalam tandas orang lelaki. Tipu gila bual bual sikit dah boleh make out. Pertemuan dengan gadis itu memberi impak yang besar dalam hidupnya, sehinggakan dia berjaya membuat ucapan yang menjadikannya calon utama untuk memenangi pilihanraya akan datang. Tanpa disedari, pertemuannya dengan gadis itu sebenarnya sudah dirancang oleh satu organisasi. David tidak sepatutnya berjumpa dengan gadis itu lagi tetapi di atas takdir pengarah dan kecuaian pekerja organisasi Adjustment Bureau itu, David telah terserempak lagi dengan gadis itu menjadikan pelan hidup yang telah ditetapkan terhadap dirinya huru-hara. Pihak Adjustment Bureau berusaha sedaya upaya untuk memisahkan mereka namun David tidak pernah berputus asa terhadap cintanya.

Ini merupakan filem sains fiksyen yang sweet dan romantik. Aku suka dengan filem ini di mana kita boleh lihat kemistri Matt Damon dengan Emily Blunt yang ayu itu. Filem ini mengajar kita agar kita berusaha mendapatkan apa yang kita mahu tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Kitalah yang menentukan halu tuju hidup kita sendiri. Kalau korang tengok cerita Fringe, orang Adjustment Bureau ni kira macam The Observerlah.

Ratings: $$$$

8) Thor


Ulasan ringkas: Pada zaman Jahiliyyah, Odin Sultan kepada kerajaan Asgard telah bertempur dengan pembekal ais terbesar pada zaman itu iaitu Frost Giants. Tentera Odin telah menewaskan Frost Giants dan merampas weapons of mass destruction mereka. Selepas itu, anak sulung Odin yang sudah akil baligh Thor kini bersedia untuk mewarisi takhta, tetapi upacara pertabalan diganggu oleh Frost Giants pula. Thor ni biasalah masih muda dahagakan darah dan pertempuran pergi hambat pulak Frost Giants tu. Oleh kerana Thor ni derhaka taknak dengar cakap orang tua dia pun dihumban ke bumi dan gandin getahnya Mjolnir disita. Hendak dipendekkan cerita, Adik Thor yang muka sebijik macam Jared Leto tu pun merampas kuasa. Kisah seterusnya yang aku malas nak kupas adalah bagaimana Thor survive di bumi bersama Natalie Portman sebelum cuba kembali untuk mendapatkan kuasanya.


Kekuatan cerita Thor terletak pada jalan cerita. Mula-mula agak skeptikal juga nak tengok bagaimana mereka hendak mengadaptasikan komik Thor ke filem yang nyata. Yelah ini first time watak hero Marvel bukan manusia ada kuasa sihir pulak tu. Kalau watak tak digarap dengan betul mesti buruk jadinya. Chris Hemsworth memang membuat gadis-gadis terkeluar air liur dengan tubuh sasanya. CGI dekat Asgard memang top notch, tetapi story arc di bumi lebih menarik perhatian. Unsur lawak turut diselit ketika Thor yang sudah hilang kuasanya itu masih berlagak seperti anak raja.

Ratings: $$$$

7) Horrible Bosses

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang 3 sahabat yang berkomplot untuk menghantar bos masing-masing ke Rahmatullah setelah tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang mereka hadapi. Nick (Jason Bateman), bekerja keras selama 8 tahun bersabar dengan kerenah bosnya yang suka maki dan caci orang, Dave Harken (Kevin Spacey) demi menggapai cita-citanya untuk naik pangkat. Tapi last-last bos dia lantik diri sendiri untuk jawatan tersebut. RAGEEE. Dale (Charlie Day) pula bekerja sebagai pembantu pergigian di sebuah klinik swasta. Bos dia Jennifer Aniston beb. Jennifer ni sentiasa horny 24 jam dan sentiasa menggoda Dale untuk berzina dengannya tapi Dale tabah sebab dia sudah bertunang. Lastly Kurt (Jason Sudeikis), mula-mula dia ada bos yang paling baik di dunia tetapi selepas bos dia meninggal, anak dia Bobby (Colin Farrell) yang suka hisap dadah macam penyanyi dari Terengganu eh bakal menjatuhkan syarikat tersebut. Mula-mula diorang buat-buat macam berjenaka nak bunuh bos mereka, sebelum menggaji Jamie Foxx sebagai penasihat pembunuhan.

Oh em ji filem ini lucu sekali. Setiap karekter yang dimainkan seolah-olah memang direka khas untuk pelakonnya, especially Jennifer Aniston dan Kevin Spacey. 3 watak utama lain juga boleh dipuji masing-masing ada kemistri dan tampak selesa antara satu sama lain dan setiap scene mereka bersama pasti akan membuatkan anda ketawa hi hi hi. Banyak awkward dan 'what the what' moment yang anda boleh expect

Ratings: $$$$

6) Rise of The Planet of The Apes

Ulasan ringkas: Filem ini sebenarnya adalah filem standalone dan tidak ada kaitan dengan filem Planet of The Apes. Mengisahkan tentang Will seorang saintis yang cuba untuk mencari obat kepada penyakit angin ahmar dengan membuat eksperimen kepada chimpanzee. Dia dah nak berjaya dah sebelum subjeknya yang paling berjaya naik syeh dan ditamatkan riwayatnya. Tapi dia ada bayi dan bayi itu menunjukkan sifat-sifat mahmudah seperti kebijaksanaan dan leadership yang tinggi. Ok instead of tulis panjang-panjang so aku nak test korang baca ke tak entri panjang-panjang ni dengan bertanyakan soalan. Ke kalian setakat tengok gambar dan scroll down lalu menekan ruangan komen. Soalan tajwid: apakah hukum nun mati bertemu dengan ain?

Ratings: $$$$

5) Super 8


Ulasan ringkas: Aku suka filem ini kerana dia mengeluarkan sifat kanak-kanak di dalam diri. J.J Abrams bijak bermain dengan emosi dengan menyelitkan elemen makhluk asing, persahabatan dan kekeluargaan diadun dengan rapi. J.J Abrams memang suka membuat viral marketing so masa teaser filem ini dikeluarkan kita memang tak tahu filem ini pasal apa. Sama macam filem beliau Cloverfield.

Ratings: $$$$

4) Bridesmaids



Ulasan ringkas: Aku rasa filem ini memang underrated sekali. Mungkin kalian tak sempat tengok pun di pawagam sebab tiada publisiti meluas untuk filem ini. Dah lama dah tayang kat sana tapi kat sini baru je nak rilis. Tengok poster tampak macam filem tipikal pra perkahwinan tetapi bak kata pepatah filem, 'Don't judge a movie by its poster' Ternyatalah filem ini memang lucu. Bukan selalu kita boleh tengok filem feminin sebegini. Kira macam equivalent to The Hangover la. Aku memang suka Kristen Wiig kerana aku rasa dia wanita yang paling lucu dalam Saturday Nite Live generasi ini. Karekter-karekter yang ditulis dilakonkan dengan berkesan and Kirsten Wiig is genuinely funny. Ok mungkin tiada sesi ketawa setiap minit tetapi bila kau ketawa, kau memang akan ketawa sehingga mengalir air mata. Saya cadangkan anda membeli DVD filem ini dan kalau korang kata tak best, nanti aku bayar separuh duit DVD tu (janji palsu).

Ratings: $$$$ 1/2

3) Hikayat Merong Mahawangsa


Ulasan ringkas: Kehadiran filem ini dalam senarai top 10 adalah kerana sifat bias saya yang meminati KRU walaupun hakikatnya filem ini banyak lakonan kaku terutamanya ketika scene pejuang-pejuang Garuda ditembak laser matahari melalui gajet masa depan.

Biased ratings: $$$$$

2) Harry Potter 8

Ulasan ringkas: Aku tak pernah baca langsung buku Harry Potter tetapi aku tidak pernah miss menonton filem-filem Harry Potter di panggung. Walaupun taktik membahagikan episod terakhir Deathly Hallows kepada part 1 dan part 2 ini untuk mengaut keuntungan, aku rasa ending buku tersebut telah diadaptasikan dengan baik sekali, menjadikan siri Harry Potter salah satu francais filem yang layak dikategorikan bersama Star Wars dan Lord of The Rings, dari segi pertarungan antara watak baik dan jahat. Personally aku suka dengan lakonan Alan Rickman sebagai Snape di mana konsep cinta agung tuk selama-lamanya yang digambarkan oleh beliau.

Ratings: $$$$$

1) Source Code

Ulasan ringkas: Source Code mengisahkan tentang Jake Gyllenhaal yang tiba-tiba berada di dalam kereta api di hadapan seorang gadis yang manis. Keliru dengan situasi tersebut dia cuba menerangkan yang dia bukanlah lelaki di disangka, sebelum keretapi itu meletup keluar api umpama payu dara Katy Perry dalam klip video Firework. Apabila dia tersedar, dia tahu dia masih belum mati kerana Mungkar dan Nangkir masih belum melibaskan cemeti. Sebaliknya, dia berada di dalam chamber of secrets yang ada monitor keluar gambar gadis berpakaian askar. Gadis itu menerangkan dia yang dia berada di dalam Source Code, sebuah program yang membolehkan dia hidup dalam minda seseorang 8 minit sebelum mereka meninggal dunia. Tugas Jake adalah untuk menyiasat siapakah pengebom celaka itu sebelum insiden kedua berlaku. Maka berkali-kalilah kita akan melihat scene yang sama tetapi dengan pengkahiran yang berbeza berdasarkan tindakan yang diambil oleh Jake.


Pada pendapat saya, Source Code adalah filem TERBAIK yang dirilis pada tahun ini. Memang 'mind blown' bak kata orang putih. Mula-mula kau pun akan rasa keliru, tetapi kekeliruan anda akan terjawab sedikit demi sedikit menjadikan anda lebih 'immersed' dengan alternate reality di samping ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di dunia sebenar. Chemistry di antara watak Jake dengan Catherine (Michelle Monaghan) memang menjadi. Walaupun Jake tahu dia tak boleh hendak mengubah apa yang telah berlaku, dia masih ingin cuba menyelamatkan semua orang di dalam keretapi itu. Lepas tu saat-saat terakhir kehidupan mereka yang fana ini, dia masih lagi dapat menggembirakan gadis yang dicintai (nak mengalir air mata aku) serta orang awam yang tidak dikenali dengan bantuan ahli komedi Russell Peters. Somebody gonna get hurt real baddd.....ok.

Ratings: $$$$$

Antara filem-filem lain yang hampir-hampir nak masuk carta adalah X-Men: First Class, Real Steel, Captain America dan Paranormal Activity 3. Ada juga filem-filem hebat yang ditonton di DVD seperti Limitless. Drive orang kata ohsem gila? Bukan Drive Angry ok. Ketika entri ini ditulis, aku tak tengok lagi Mission Impossible: Ghost Protocol, tapi melihat ratings 90% di Rotten Tomatoes aku yakin dia boleh menyelit dalam senarai di atas. Anyway, adakah filem-filem di atas berada di dalam senarai filem terbaik anda untuk tahun ini? Ayuh sila kongsi bersama untuk didebatkan.

Monday, December 12, 2011

What Women Don't Want Men To Know

Hai apa khabar pembaca? Kalian bekerja di Kuala Lumpur ataupun di Selangor? Walaupun Selangor cuti dan aku bekerja di Selangor, aku tidak pernah mengecapi nikmat cuti umum di negara kita yang banyak cuti umum ini. Ok cukup dua baris perbualan ringan, mari kita masuk ke tajuk utama. Tempoh hari kita telah membincangkan tentang rahsia-rahsia yang orang lelaki mahu sorok daripada wanita, maka demi keadilan sejagat, hari ini kita akan mengupas topik tentang perkara-perkara yang gadis-gadis rahsiakan daripada jejaka.


Gadis-gadis ni memang bijak dan licik. Apa yang diungkapkan di mulut mereka adalah umpama sebuah puisi tahap tinggi yang kompleks, di mana orang lelaki tidak akan faham kehendak sebenar seorang gadis kerana mereka menyerap apa yang diungkapkan secara literal, walhal apa yang dimaksudkan adalah berlainan sama sekali. Sebagai contoh yang paling mudah, adakah anda tahu jawapan kepada soalan "Sayang, saya nampak gemuk tak?" Itu adalah soalan perangkap yang paling bahaya. Anda tidak boleh menipu, dan apatah lagi untuk menjadi terlalu jujur. Tak kira jawapan apa yang anda beri, ada kemungkinan untuk anda diberi layanan senyap selama tiga hari. Kompleks bukan? Maka di sini saya ingin membuat pendedahan tentang perkara-perkara yang gadis-gadis rahsiakan daripada lelaki, sedikit sebanyak dapat mengekalkan keharmonian di dalam perhubungan. Oh ini tidak bermakna yang saya memahami gadis-gadis sepenuhnya, kerana apa yang ditulis ini adalah berdasarkan pemerhatian stereotype dan apa yang ditonton di dalam filem saja. Ayuh teruskan membaca.

1) Tiada rahsia antara BFF

Di dalam perhubungan harus ada kejujuran. Berpegang dengan konsep itu kita pun mangamalkan tabiat 'tiada rahsia antara kita' dengan teman wanita kita. So kita pun cakaplah kat mereka, "Awak, saya ada satu rahsia tapi awak janji tak boleh beritahu siapa-siapa tau" Lepastu kita pun secara jujurnya memberitahu rahsia kita menonton Ombak Rindu di pawagam kepada teman wanita. Habis segala maklumat terperinci kita beritahu seperti kita dah tengok Ombak Rindu 3 kali, dan 3 kali juga kita menangis teresak-esak di dalam panggung tanpa mempedulikan hakikat yang kita ada sepasang testis. Awek kita hanya mengangguk-angguk menyuruh kita banyakkan bersabar. Anda sangka rahsia anda menonton Ombak Rindu secara senyap-senyap akan selamat di situ? Oh tidak. Sebaik sahaja anda lenyap daripada pandangan mereka, sesi gossip akan bermula. HELLO BABE. KAU TAHU TAK POT PET POT PET berita kita menonton Ombak Rindu tersebar pantas bagaikan rakan-rakan Fesbuk menghantar request untuk Mycalendar - Birthday.

Kalau yang dah kahwin ataupun tak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna tu tenang sahaja memberitahu rahsia bilik tidur kepada teman baik. Saiz, stamina, tabiat aneh, sudut 90 darjah ataupun 120 darjah semua keluar. Amboi amboi amboi. Ini memang selalu digambarkan dalam filem komedi romantik orang putih di mana segala rahsia akan didedahkan dalam satu sesi girls talk.

2) Tabiat membeli-belah

Secara jujurnya, adakah kalian suka orang lelaki teman anda shopping? Anda memang menipu jika anda suka. Takkanlah nafsu shopping anda tidak terbantut setelah melihat wajah sugul kami membuntuti anda mencari kasut Charles & Keith? Jika diberi pilihan, orang perempuan memang suka shopping tanpa orang lelaki pun, kerana mereka tidak mahu tabiat membeli-belah mereka diketahui oleh orang lelaki. Perkara utama yang gadis-gadis rahsiakan adalah nilai perbelanjaan ketika membeli-belah. Gila apa nak beritahu suami yang kita baru beli beg tangan Jurulatih baru berharga RM 3,500 sedangkan beg Jurulatih yang suami beri untuk hantaran masih molek lagi paras rupanya.

Kalau balik rumah suami tanya kenapa beli beg tangan baru walaupun dah ada 8 beg tangan di rumah, anda akan beri alasan yang beg tangan itu sangat murah dan ada potongan sehingga 70%. Kalau kita call tanya kat mana, kalau mereka cakap yang mereka di klinik tapi dengar suasana huru-hara, itu tandanya mereka sedang membeli belah. Mereka juga tak akan beritahu harga tudung Arzu yang mereka beli kerana tak mahu dengar bebelan kita yang boleh beli tudung dengan kualiti yang serupa dengan harga yang lebih murah di pasar tani. Yang jenis shopaholic macam Rebecca Bloomwood lagilah teruk dengan hutang kad kreditnya itu sebabnya gadis-gadis tak mahu jejaka tahu tentang tabiat membeli-belah mereka. Taknak kita risau mungkin.

3) Paras rupa ketika bangun pagi

Ini adalah scene dalam filem Bridesmaid dan What's Your Number. Gadis pelakon utama bangun daripada tidur setelah berzina di malam hari. Dia bangun senyap-senyap tanpa mengejutkan pasangan seksualnya. Lepastu pergi bilik air senyap-senyap, sikat rambut, pakai bedak sikit-sikit kemudian kembali berbaring di sebelah jejaka mereka dan buat-buat tidur. Lepastu bila jejakanya terjaga, mereka akan kata "Wow you look great". Memang bagus taktik tersebut. Apa yang scene itu cuba gambarkan adalah, gadis-gadis sebenarnya berasa insecure dengan paras rupa mereka. Mereka sentiasa ingin nampak cantik untuk orang yang mereka cinta walaupun hakikatnya tiada wanita di dunia yang setanding mereka di mata kita. Itu yang timbulnya soalan-soalan tiada jawapan seperti "Do I look fat in this dress?" tu.

4) Mereka ingat segala-galanya


Orang wanita tidak akan lupa segala benda yang anda cakap, anda buat, tak kiralah dari sekecil-kecil perbuatan dan apatah lagi kesilapan yang besar. Benda-benda yang kecil ni orang perempuan selalunya akan simpan dalam hati, tanpa memberitahu perasaan sebenar mereka kepada anda. Contohnya masa pergi makan kat Italiannies, jangan ingat mereka tak perasan anda JELING satu waiter gadis yang comel itu. Anda jangan ingat mereka tak tahu yang anda usha lurah dada gadis-gadis di Pavilion walaupun ketika itu anda menjadi douchebag memakai kaca mata hitam di dalam mall. Mereka ada sistem pemprosesan data yang efektif, di mana segala macam details akan diUNGKIT ketika berlaku perbalahan di mana anda akan kalah serta merta kerana mereka ingat segala-galanya lalu anda terpaksa membelikan mereka set mekap Bobbi Brown sebagai teknik pujukan. Jadi berhati-hatilah ketika mahu membuat aksi di luar kebiasaan di dalam perhubungan.

5) PMS

PMS itu sebenarnya hanyalah satu mekanisme yang direka oleh wanita untuk mengambil kesempatan terhadap para jejaka hik hik hik. Ok fine walaupun ada penjelasan saintifik di sebalik fenomena PMS, jangan tipulah yang korang tidak pernah menggunakan alasan PMS untuk menipu doktor untuk minta MC ataupun tiada mood untuk bersenggama bersama suami. Orang lelaki ni memang lurus bendul, so kita tidak akan tahu kebenarannya sama ada mereka ni benar-benar PMS ataupun buat-buat PMS. Ini memang senjata utama gadis-gadis.

Jika hendak dibuat analogi, orang lelaki ni umpama Windows XP dan perempuan ni macam Windows Vista sebelum update Service Pack 1. Kompleks dan tak compatible dengan banyak benda. Ini yang menjadikan mereka susah untuk difahami. Tetapi bak kata pepatah gaya Oprah, "Women are not meant to be understood, they are meant to be loved". Benar. Tetapi mereka sebenarnya menggunakan kekeliruan kita sebagai advantage untuk menjadi dominan di dalam soal emosi dan perhubungan. Benarkah apa yang ditulis di atas? Jika anda ada rahsia yang ingin kalian dedahkan, silakanlah kerana itu ternyata dapat membantu kami para lelaki untuk menjadi lebih sweet dan understanding.

Tuesday, December 6, 2011

Rumah Baru Megatron

Kehadiran binatang peliharaan di rumah seharusnya menjadikan hidup kita lebih gembira, lebih ceria dengan gelagat mereka yang comel dan wajah mereka yang tidak bersalah itu. Perkara tersebut adalah applicable untuk semua jenis binatang peliharaan seperti kucing, anjing mahupun tupai terbang. Namun begitu, kegembiraan itu hanya bersifat sementara jika kucing anda mula mengada-ngada menunjukkan perangai sebenarnya. Cuba bayangkan, anda penat-penat balik dari kerja, kemudian anda masuk ke dalam bilik melihat longgokan najis mutawasitoh di atas katil anda? Pasti tertekan bukan? Ayuh teruskan membaca entri kompelin ini.

(Baca ayat seterusnya ikut rentak lagu Di Dalam Dilemma KRU). Jika skali dua kau berak rata-rata, mungkinku bisa mengendah, mungkinku bisa pejamkan mata. Tapi kini terjadi tuk kali ketiga, haruskahku terus bersabar walau jiwaku menderita? oo ooo ooo (berhenti menyanyi). Ya benar. Kalau sekali dua Megatron berak atas katil lepas tu buat mata minta simpati Puss In Boots mungkin aku tak marah, tapi dah tak terkira banyak kali dowh. Kalau tak berak, dia kencing. Ceploit-ceploit tak pernah kot sebab Mega dah kena kasi.

Antara lokasi-lokasi yang Mega selalu cemarkan adalah atas katil Mama, atas katil aku, belakang pintu bilik tamu, dan karpet bilik stor. Punca Mega membuat perangai begini masih tidak dapat diketahui kerana nak kata dia buat territorial pissing tak juga sebab dia dah kena sunat. Nak kata dia protes dengan kami pun tak juga sebab kami melayan dia dengan penuh kasih sayang tak pernah tinggikan suara apatah lagi nak menalipinggang dia. Toilet dia pun kami sentiasa bersihkan maka tiada isu ketidakselesaan untuk beliau menunaikan hajat di tandas sendiri. Satu rumah dah berbau Dettol untuk menghilangkan aromanya. Dan yang peliknya hanya Megatron buat perangai macam tu, Si Hitam takde pulak nak kencing berak merata-rata.

So kalau aku tengah main game ke tengah mengulangkaji ilmu tajwid ke lepas tu aku tiba-tiba dengar jeritan mama, itu tandanya ada tahi di atas katilnya. Sebenarnya yang lebih tertekan dalam hal ini adalah mama kerana biliknya yang selalu kena target. Tapi aku pun turut menjadi tertekan kerana mama akan menchannelkan kemarahannya kepada aku dengan membebel selama 3 minit dengan satu nafas sambil menyuruh aku yang memungut najis tersebut. Kemuncak kepada tekanan ini adalah apabila aku sedang tidur kemudian aku rasa seperti sedang mengalami mimpi basah, di mana ada gadis cantik naik ke katil aku untuk memaksa aku mandi wajib. Tetapi realitinya Megatron yang naik lepastu dia basahkan aku dengan air kencingnya. Bayangkanlah aku tengah tidur pun dia boleh kencing atas katil aku siapa tak geram.

Tapi segeram-geram aku pun, tiada tindakan susulan yang dibuat selain menasihati Megatron agar mengubah perangainya walaupun dia memang tak faham cakap Melayu. Namun begitu mama tidak rasa begitu. Pelbagai cadangan yang tidak munasabah keluar seperti ingin bawa Megatron berubat di Darussyifa mahupun mengubah habitatnya bersama kucing-kucing lain di cattery kat luar. Tapi tak boleh letak dia kat luar sebab badan dia masih ada kutu takut berjangkit dengan kucing-kucing di luar pula. Maka setelah bermeditasi embun pagi dan membuat solat isthikarah, mama membuat keputusan untuk membeli sebuah kandang kucing.


Kandang ini diletakkan di dalam bilik air mama, so memang aku tak boleh nak mandi bogel lah kat bilik air mama malu mereka tengok apa aksi berdosa yang mungkin aku akan buat. Eleh dengan kucing malu dengan Tuhan tak malu pulak. Si Hitam pun tak pasal-pasal kena kurung sekali. Namun begitu ketegasan aku hanya bersifat sementara. Setelah Mega mengiau-mengiau minta simpati, aku pun lepaskanlah dia. Selang beberapa minit, IJAIIIIIIII!!!!! Aku dengar jeritan mama. Satu lagi longgokan tahi di atas katil. Celaka. Memang celaka. Kembali ke kandang kau Mega


So sekarang, Mega hanya akan diberi kebebasan jika kami ada di rumah. Kalau kami pergi kerja, ataupun masa kami mahu masuk tidur, di situlah rumah baru kau Megatron.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...