Monday, December 31, 2012

This Will Be The Last Post....

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang dah tak ada semangat nak menulis lagi. Kalau korang perasan, dulu aku boleh kemaskini blog hampir setiap hari. Sekarang ni, nak update seminggu sekali pun susah. Banyak benda yang berlaku menyebabkan aku patah semangat. Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Ni sejak dah kahwin, lepastu dah dapat anak, aku tak dapat lagi nak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap blog ini. Mungkin itu tandanya aku patut berhenti menulis? Maka, di sini aku ingin nyatakan yang ini mungkin merupakan entri terakhir aku untuk tahun ini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana sudi membaca blog aku yang ntahapahapantah ni. Kalau semangat aku berjaya dipulihkan, aku mungkin akan kembali menulis pada tahun hadapan....

HOI HOI apasal korang nak meraung-raung hentak kaki pulak ni. Aku lempang kang biru. Esok kan dah tahun depan aku kembalilah menulis biasalah aku kan suka mencari publisiti murahan majalah Mangga. Dahla tiap-tiap tahun aku buat entri sebegini memang tak berguna betul. Ayuh kita baca teks ucapan akhir tahun aku (sila baca di bawah cahaya lilin untuk kesan yang lebih mendalam).

Kepada semua para pembaca tegar, stalker bersiri, bekas teman wanita tanpa mengira saiz buah dada, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kafir kepada anda semua. Bagaimana dengan azam tahun lama 2012? Mesti hangat-hangat tahi adam je kan. Azam tahun 2012 saya adalah nak kahwin akhirnya tercapai juga. Azam tahun 2013 saya adalah untuk berkahwin lagi sa..... PANGKUSDSUDSDSKHDJKSD (bunyi kena hempuk dengan keyboard).

Buat mereka yang menyambut tahun baru di luar rumah, saya harap anda akan menyambutnya dengan beretika. Yelah tahun baru mesti nak mabuk-mabuk ataupun melakukan persetubuhan haram mengikut gaya omputih kan. Eh janganlah tafsir secara literal sangat luar rumah bukan maksudnya di halaman takkan nak berzina di halaman kot.

Tahun baru kali ini sebenarnya lebih menyeronokkan, tetapi dalam masa yang sama menakutkan juga. Kat bilik sebelah, ada seorang makhluk yang baru muncul dalam hidup aku, yang langsung tidak akan bertoleransi bila tak dapat benda yang dimahukan. Setiap beberapa jam, ataupun beberapa minit, dia akan meraung menjerit-jerit meminta perhatian. Ada masanya, kau mungkin akan rasa hilang sabar dan ingin bertukar menjadi Incredible Hulk Zenit St Petersburg, namun begitu sebagai finalis tokoh bapa Maal Hijrah, segala kekusutan hati kau akan hilang apabila melihat wajah hasil persenggamaan suci kau sendiri. Haha aku pun taktau bagaimana nak jadi bapa yang baik so doakanlah kejayaan aku ya.

Oklah makhluk comel tadi sudah mula memanggil. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan selamat tahun BAHARU (mengikut tatabahasa sebenar haha) kepada anda yang membaca entri ini. Semoga panjang umur dan panjang organ reproduksi. HAPPY NEW YEAR! LIVERPOOL POWER!



Friday, December 28, 2012

Ehem, Hello?


Frequently Asked Questions:

1) Bila nak kahwin? Bila nak ada anak?

Dah kahwin, gambar di atas inilah hasilnya. Harap hati kalian tak remuk. Jika benar awak cintakan saya, awak harus lepaskan saya, teruskan kehidupan, dan berdoa agar mendapat lelaki yang ala-ala saya walaupun susah sikit nak cari. Tapi tak mustahil.

2) Anak lelaki ke perempuan?

Perempuan, berdasarkan bentuk organ reproduksinya.

3) Nama siapa?

Masih lagi mencari-cari nama yang sesuai. Kalau tanya mama mesti dia nak letak nama Ain Hawani punya berdasarkan kefanatikan beliau terhadap satu drama di Mustika HD ni. Tapi kalau kalian ada cadangan nak beri boleh letak di ruangan komen. Nama sendiri pun boleh.

4) Bila lahirnya?

Hari Jumaat, 28/12/2012 pada pukul 2.05 minit pagi waktu Malaysia.

5) Bagaimana proses kelahiran beliau?

Bayi di atas dilahirkan secara normal tanpa sebarang dadah bantuan, hanya kata-kata cinta yang dilafazkan. Namun begitu ada teori mengatakan cinta saya adalah umpama dadah, mengasyikkan, mengkhayalkan dan mempesonakan, lalu hilanglah segala kesakitan.

Eh masih ada lagi soalan lazim, maka teruskan membaca.

6) Dah beli pam payu?

Dah. Medela Freestyle. Para ibu di luar sana harus mengawasi para suami yang horny kerana jika tiada orang di sekeliling, ada kemungkinan mereka akan mencuba pam tersebut ke payu sendiri untuk bereksperimentasi. Apapun saya memang menyokong ibu-ibu yang cuba untuk full breastfeed ni, kerana satu kelebihannya adalah jika bayi menangis di waktu malam, kami para suami tak perlu bangun untuk bancuh susu, hanya perlu dihulurkan kepada ibunya hee hee hee.

7) Bagaimana kami boleh memberi hadiah kepada bayi?

Wahhhhh pemurahnya kalian. Boleh datang ke Hospital Annur Bangi, ataupun terus ke rumah saya untuk menghantar hadiah yang agak mahal, ataupun masukkan wang ke dalam akaun bank saya.

8) Dengan kelahiran bayi ini, apakah hala tuju blog Yang Penting Rupa ini? Dahla nak update seminggu sekali pun susah baik kau delete blog jela woi.

Eh kenapa nak terjengkel ni. Blog ini akan terus beroperasi seperti biasa, menulis artikel-artikel yang ternyata tiada faedah secara akademik mahupun yang mencetuskan anjakan paradigma, dan sudah pasti akan diselit dengan artikel-artikel keibuan seperti bagaimana hendak memilih car seat ataupun kebaikan menyusu badan.

9) Ceritalah pengalaman bersalin awak. Dengar cerita awak pengsan tengok darah.

Oh itu perlu buat satu entri penuh nanti. Dahla saya nak pergi belai bayi saya dengan penuh kasih sayang ni.

Anyway, thanks for all the wishes in Twitter, SMS, Facebook, NewMyspace, Friendster, Hi5...

Tuesday, December 18, 2012

10 Filem Terbaik Tahun 2012

Tahun 2012 hanya tinggal beberapa hari lagi. Kalau mengikut kalendar Mayan, lagi 3 hari je untuk berakhirnya bulan Disember dan berakhirnya kehidupan kita di dunia yang fana ini. Sempat lagi nak taubat nasuha. Tapi kita semua hafal rukun Iman, so bawa bertenang dan teruskan kehidupan dengan menonton filem. Seperti biasa, setiap hujung tahun kita akan membuat rumusan tentang 10 filem terbaik yang dirilis pada tahun ini. Harus dinyatakan di sini, filem 'terbaik' di sini adalah 'terbaik' di mata saya sebagai seorang penggemar filem yang membuat ulasan secara amatur, jadi mungkin filem kegemaran anda tak muncul dalam list ini. Gadis-gadis usah PMS jika aku tidak meletakkan filem Twilight: Breaking Dawn part 2 di dalam senarai. Baiklah adakah anda sudah bersedia? Ayuh kita kaji senarai filem-filem terbaik untuk tahun 2012 mengikut nafsu aku.

10) Premium Rush

Premium Rush mengisahkan tentang seorang posmen berbasikal di bandaraya New York yang gemarkan aksi cilok mencilok di tengah-tengah kesibukan kota. Filem ini dikatakan sebagai pencetus fenomena fixie di negara kita, ataupun filem tu yang tiru kita? Ehehe. Menonton filem ini membuatkan anda tidak senang duduk, dengan scene kejar mengejar yang menaikkan tahap adrenalin. Filem ini langsung tiada kena mengena dengan sebuah lagi filem dengan tajuk yang hampir sama, Premium Beautiful, sebuah filem tentang pengorbanan seorang wanita yang tabah menghadapi cercaan masyarakat menjual bengkung ajaib di mana akhirnya dia menjadi kaya walaupun tak kurus.

9) Life of Pi

Mengisahkan tentang pengembaraan Pi Patel yang survive di lautan dengan seekor harimau Bengal bernama Richard Parker. Filem ini diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama. 2 kekuatan cerita ini terletak gaya penceritaannya, serta kehebatan visualnya. Kau tengok harimau dia serius macam real rasa nak syampu bulu Richard Parker dengan Vidal Sassoon. Macam ni lah senang, kau either akan rasa 'deep' gila bila tengok filem ni, ataupun kau akan masuk ke lembah 'deep sleep'.


8) The Cabin in The Woods

Mengisahkan tentang 5 orang sahabat yang terdiri daripada seorang douchebag, seorang negro, seorang bimbo, seorang mat pet, dan seorang gadis pura-pura suci yang pergi berkelah di sebuah kabin terpencil di dalam hutan, terputus dengan hubungan dunia luar. Dengan membaca satu baris ayat penjelasan tersebut berserta melihat tajuk filem, kita pasti boleh mengagak ke mana hala tuju filem ini. Kalau kau negro dan berambut blonde asyik nak tayang payu dara, kau pasti akan dikelar leher oleh pembunuh. Not another super cliche horror / slasher flick?

Begitulah anggapan kita buat kali pertama. Namun begitu sekiranya anda mengambil risiko menonton filem tersebut dengan satu mindset yang anda tahu bagaimana filem itu akan terungkai, maka anda akan disajikan dengan salah satu filem seram yang terbaik sepanjang zaman. Premis yang ditawarkan memang klise seperti yang dijangka, namun begitu aksi kelar-kelar, kejar-mengejar, jerit-menjerit hanyalah secebis aksi daripada sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang tidak disangka-sangka. Pacing cerita ini agak perlahan pada mulanya, dan kita akan tertanya-tanya; Apa neraka yang sedang berlaku ni? PERGI MUAT TURUN SECARA HARAM KALAU ANDA TAK SEMPAT TENGOK DI PAWAGAM. Definitely filem horror paling kool untuk tahun 2012.

7) The Hunger Games

Filem ini adalah adaptasi daripada tajuk novel yang sama. Saya tidak pernah langsung membaca novel tersebut maka tiada perbandingan secara langsung yang boleh dilakukan. Tetapi tema filem ini memang 'gelap'. Yelah kau masuk pertandingan dengan kawan kau tetapi in the end kau tahu kau kena hantar dia ke alam barzakh. Itu pun kalau leher kau tidak dipatahkan oleh peserta lain. Lakonan Mistik Muda (X-Men First Class) Jennifer Lawrence memang meyakinkan. Kita tahu dia seorang kakak dan rakan yang protective, tetapi dia bukan seorang gadis yang lemah kerana tahu membuat keputusan yang sukar berdasarkan moral di dalam diri. Scene-scene di dalam hutan ada yang menyentuh hati tetapi most of the times akan membuat anda tak senang duduk kerana aksi memburu dan diburu. Pergilah tonton di pawagam.

6) Skyfall

Template filem Bond; bawak kereta laju-laju, tembak orang jahat, minum arak martini, berzina dengan seorang dua gadis, kemudian menyelamatkan dunia. Tetapi kali ini, Skyfall tampak lebih personal, dan saya berani kata yang filem ini merupakan salah satu filem Bond yang paling unggul. Javier Bardem sebagai villain dia pun ohsem, dengan karekter beliau yang 'flamboyant' dan penuh kejutan. Dari segi aksi, opening scene dia memang membuat anda duduk di hujung kerusi. Bond girl dia juga berwajah eksotik dan kalau tiada orang di sekeliling boleh menjadi erotik.

5) Looper

Ahah! Filem kedua di dalam list ini yang memaparkan Joseph Gordon-Levitt. Filem ini boleh membuat anda pening, jika anda tidak berminat dengan konsep 'Time-space continuum'. Alah kalau boleh faham teori mesin masa Doraemon, anda patutnya faham filem ini juga. Looper mengisahkan tentang Pailang yang menghantar orang yang mereka tak suka balik ke masa lampau untuk dibunuh oleh pembunuh upahan yang digelar 'Looper'. Bukan selalu kita dihidangkan dengan filem sains fiksyen yang membuat penonton berfikir. Ending dia pun mantap, dan hidung Joseph Gordon memang nampak meyakinkan.

4) Pitch Perfect



Filem Pitch Perfect adalah 'surpise package' untuk tahun ini. Sungguh tak sangka aku akan enjoy gila bila tengok cerita ni. Genre filem ini....musical comedy. Ya, memang senang-senang kita akan cuba relate dengan Glee, mahupun High School Musical, lalu akan kata 'Eh menggelabah betul cerita tersebut. Kenyataan tersebut adalah tidak benar. Ya, minat anda terhadap muzik sedikit sebanyak akan mempengaruhi minat anda terhadap filem tersebut, so sebagai peminat muzik secara general, filem ini memang menghiburkan.

Mengisahkan tentang kumpulan acapella Shades yang pernah popular satu masa dahulu di Malaysia yang cuba kembali membuat comeback. Ok tak. Cerita dia pasal grup acapella Barden Bellas yang berusaha untuk menuju puncak gemilang cahaya. Lagu-lagu yang dinyanyikan di dalam filem ini dinyanyikan sendiri oleh pelakon-pelakonnya. Tak sangka you suara Anna Kendrick lagi best daripada Siti Sarah. Arrangement lagu dia memang kreatif, and the girls are genuinely funny, especially Fat Amy. Pergi tonton woit!

3) The Hobbit

Premis dia senang je, kalau kau minat trilogi LOTR, kau akan suka dengan filem ni. Aku suka. Dan aku mula malas untuk taip panjang-panjang. Saya beri 4 setengah tahi bintang.

2) The Dark Knight Rises

Memang tidak syak lagi Christopher Nolan merupakan salah seorang pengarah terbaik sepanjang zaman. Mungkin ada sedikit tekanan terhadap filem ini untuk menyamai standard yang telah ditetapkan oleh filem Batman sebelumnya terutamanya dengan lakonan hebat Heath Ledger sebagai Joker, tetapi Tom Hardy sebagai Bane masih lagi power.

1) The Avengers


Mengisahkan Loki yang sudah bersara dan tidak mahu lagi menjadi stunt double untuk penyanyi 30 Seconds to Mars, Jared Leto yang datang ke bumi dengan niat jahat melalui portal yang dibuka oleh kiub misteri Tesseract. Huru-hara berlaku dan Loki dengan tenang menggunakan skil pukaunya untuk memukau Hawkeye menjadikannya seorang agent MLM yang berjaya, di mana cita-cita sebenar Loki adalah mengumpulkan bala tentera Abrahah Angkasanya untuk menakluk bumi. Nick Fury yang tiada kebolehan untuk menonton Avengers secara tiga dimensi dengan bantuan Robin Scherbatsky kemudiannya cuba mengumpul manusia luar biasa membentuk satu pasukan yang digelar the Azenders. Saja nak test sekali lagi kalian baca betul-betul ke tak the Azenders tu nama band Sam Bunkface.

Terus teranglah saya katakan, setakat The Avengers adalah filem paling epik, paling agung, paling menghiburkan serta paling awesome yang dikeluarkan pada tahun ini. Pure entertainment, at least untuk nerd seperti saya. Mula-mula terfikir juga bagaimana mereka nak balance karekter yang masing-masing ada ego tersendiri both on and off screen, namun begitu setiap watak dapat berdiri dengan sendiri secara seimbang tanpa ada satu watak yang overshadow watak lain. Even Hawkeye pun ada peranan dan ada dialog hehe. Tiada masalah perkembangan karekter di sini kerana hampir semua karekter telah diperkenalkan dalam filem solo masing-masing. Filem ini penuh dengan dialog yang witty, di samping aksi-aksi lucu yang tidak dijangka. Aku tengok haritu versi 3D, so memang lebih awesome daripada biasa la kot.

Begitulah 10 filem kegemaran aku untuk tahun ini. Filem lain yang hampir-hampir masuk senarai adalah 21 Jump Street, The Amazing Spiderman dan Prometheus. Mungkin ada filem lagi yang lagi best tapi aku tak tengok lagi macam Wreck It Ralph ataupun The Perks of Being a Wallflower yang layak dimasukkan ke dalam senarai di atas. Anyway, adakah filem-filem di atas berada di dalam senarai filem terbaik anda untuk tahun ini? Ayuh sila kongsi bersama untuk didebatkan.

Friday, November 30, 2012

Top 10 Favourite Reality Show

Dewasa kini, bila buka saja TV, kita pasti akan dihidangkan dengan pelbagai jenis rancangan berbentuk realiti. Apa itu rancangan realiti? Mengikut tafsiran kitab yang paling dipercayai dan banyak membantu kita semasa membuat assignment di Universiti iaitu Wikipedia, 'Reality Television' bermaksud satu genre program di TV yang tidak mempunyai skrip tetap, yang kebanyakannya disertai oleh orang biasa, yang menggambarkan tentang situasi kehidupan sebenar dan kadang-kadang boleh dapat hadiah last-last. Entah apa-apa definisi tersebut. Macam ni lah senang, kalau jiran anda bergaduh laki bini, itu realiti kehidupan. Tetapi jika anda menggunakan kamera fon anda untuk merakam aksi pergaduhan mereka, lepastu mengambil kenyataan dari kedua-dua laki bini tersebut dan kemudiannya anda menayangkan aksi pergaduhan tersebut untuk dinilai oleh masyarakat umum, tahniah anda baru saja membuat satu rancangan realiti sendiri. What the what? Anyway, hobi saya memang menonton siri TV, dan genre realiti TV ni memang salah satu daripadanya. Oleh itu, hari ini kita akan membincangkan tentang 10 Rancangan Realiti Kegemaran saya. Ayuh teruskan membaca.

10) Queer Eye for the Straight Guy


Lelaki gay memang lebih handal dalam bab-bab panjagaan diri, penyediaan makanan, interior design, fesyen dan perhubungan sosial. At least itulah label stereotype yang cuba untuk ditonjolkan di dalam siri ini. Setiap minggu 5 jejaka cintakan punggung yang dikenali sebagai 'Fab 5' akan mencari seorang lelaki yang hopeless dalam 5 aspek yang disebut tadi, dan memberi makeover kepada beliau sehingga beliau menjadi seorang jejaka metroseksual. Macam-macamla mereka buat, shave janggut, trim bulu ari-ari, ajar masak makanan untuk bini dan lain-lain. Dalam ahli Fab 5 tu, aku ada man crush dekat Kyan yang pakar grooming tu sebab dia yang paling hensem dan tak obvious sangat kegayannya.

9) Akademi Fantasia

Akademi Fantasia adalah rancangan realiti yang paling berjaya dan diminati di Malaysia. Pada mulanya aku tak suka AF ni. Tapi sebab mama aku ni fanatik tiap-tiap minggu pulak tu vote untuk peserta kegemaran dia, aku pun start tengok secara senyap-senyap. Rancangan ini menuju puncak gemilang cahaya ketika musim ke-3, di mana gelombang 'Tsumawi' melanda satu Malaya. Memang popularlah Mawi ketika itu setiap masa nak nampak muka Mawi. Printer gambar Mawi, mee segera gambar Mawi sampaikan kain tuala wanita pun ada gambar Mawi. Namun begitu kepopularitian beliau sudah merudum sehinggakan ketika dia menyidai kain di rumah beliau di Bangi Golf Resort berkemban pakai kain pelikat pun dah tak ada orang yang peduli. Baguslah mereka dah tamatkan rancangan tersebut kerana makin lama makin bosan.

8) Fear Factor

Hanya mereka yang bertestis besi mahupun berpayu titanium sahaja yang berani menyertai rancangan realiti ini. Fear Factor menyediakan hadiah berjumlah $50,000 untuk sang juara yang berjaya mengatasi ketakutan mereka terhadap fobia-fobia seperti ketinggian, kegelapan mahupun kegagalan dalam percintaan. Saja je letak yang last tu nak tengok korang baca entri ni betul-betul ataupun setakat tengok gambar. Setakat aksi stunt fizikal ni aku rasa semua orang boleh buat kot, tapi bila kena makan benda-benda aneh seperti testis lembu, cacing kerawit mahupun durian, gua serender beb.

7) Survivor

Ahh Survivor. Salah satu rancangan realiti yang masih lagi survive. Kalau nak ikutkan, aku rasa Survivor lah rancangan realiti pioneer yang menjadikan genre realiti TV itu berkembang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). Hos dia Jeff tu dari season 1 sehinggalah kini muka masih sama pakai susuk ke apa. Sekarang dah season 25 aku dah tak dapat nak catch up dah. Premis dia mudah je. Dia campak kau kat pulau terpencil dengan manusia lain tanpa kemudahan asas, lepastu kau kena survive. Peserta kegemaran all time sudah pastilah Rob Mariano. Dia ni memang Mat Realiti sampai 4 season dia main Survivor lepastu siap masuk The Amazing Race lagi.

6) The Apprentice

Alah takkan kalian tak pernah tengok The Apprentice. Siapa menang dapat kerja dengan Donald Trump. Tahukah anda nanti ada The Apprentice Asia? Siapa menang dapat kerja dengan Tony Fernandes. Aku harap juara The Apprentice Asia akan diberi projek untuk menguruskan QPR satu hari nanti. Chewahh.


5) Restaurant Makeover

Aku saja-saja je tukar-tukar channel di Astro, lepastu tu aku nampak kelibat seorang tukang kayu yang sangat kool. Nama dia Igor. Dia tengah bertekak dengan designer yang inginkan rekaannya dijadikan realiti walaupun tak cukup masa dan bajet. Tapi Igor seorang tukang kayu yang handal. Segala rintangan diatasi dengan tenang. Seronok tengok reaksi pemilik restoran apabila melihat restoran mereka telah diubahsuai.

4) Wipeout

Di mana kita boleh lihat orang menderita, dan kita boleh menggelakkan mereka tanpa rasa bersalah? Di rancangan Wipeout sudah pasti.

3) Masterchef

Aku baru je start tengok Masterchef (US) ni sebab bini aku suka tengok. Sekali tengok, eh ini macam mamat dalam Hell's Kitchen (another great reality show). Tapi dalam Masterchef si Ramsay ini tidaklah secelaka macam dalam Hell's Kitchen perangai dia. Judge yang garang aku rasa si Joe tu rileks je ludah makanan hempas pinggan depan tukang masak memang terguris hati lah. Lepastu drama pun banyak. Mengumpat sesama peserta depan-depan je tak main cover-cover.

2) American Idol

Siri realiti nyanyian yang paling best, dan berjaya di kaca TV. Part audition best sebab boleh nampak raw talent peserta di samping aksi-aksi nyanyian sumbang peserta lain yang menyangkakan suara mereka sedap. Lack of self awareness or perhaps sekadar mahu masuk TV? Part Hollywood Week pulak memang stressful tapi kalau dah berbakat tu memang tiada masalah la kan. Tapi next season apahal pulak ambil Nicky Minaj nak jadi judge? Aihhhh.

1) The Amazing Race

THE AMAZING RACE ADALAH RANCANGAN REALITI YANG PALING HEBAT SEPANJANG ZAMAN! Seriously almost every season aku akan tengok jika berkesempatan. Penuh dengan drama, tusukan dari belakang, serta pengembaraan ke serata dunia melihat pelbagai ragam manusia! Kalian tengok tak season terbaru? Aku mula-mula minat pasangan Rockers tua tetapi gila malang nasib mereka sehingga terkeluar. So sekarang sokong pasangan metroseksual Cipendel (gambar di bawah). Aku minat the Amazing Race tetapi aku tak boleh nak turut serta. Boleh baca entri ini http://ijaicool.blogspot.com/2010/12/mengapa-aku-tidak-boleh-sertai-amazing.html


Begitulah antara siri realiti kegemaran saya. Anda bagaimana? Gadis-gadis tolonglah jangan jawab Keeping Up with the Kardashians.

Tuesday, November 20, 2012

Teka-Teki Tuesday

Sempena dengan pelancaran filem Twilight: Breaking Dawn part 2 pada hari Khamis ini, saya ingin memberi satu teka-teki bertemakan filem tersebut untuk menaikkan semangat pontianak di dalam diri.

Soalannya: Siapakah artis Malaysia yang merupakan #TeamEdward?


M. Daud Kilau = M. Daud Sparkle = Team Edward.

Hah sekarang kalian dah tahulah fungsi labuci-labuci yang dijahit di baju beliau kan?

Friday, November 16, 2012

Mengapa Bella Swan Bukan Gadis Yang Sesuai Untuk Anda

Hai apa khabar peminat-peminat Twilight sekalian? Sebagai seorang peminat fanatik, anda pasti sudah tahu yang filem Twilight: Breaking Dawn part 2 akan ditayangkan pada minggu hadapan. "OHH EMM EDWARD PLEASE SUCK MY BLOOD FROM THAT PART OF MY BODYYYY" jerit gadis-gadis remaja histeria yang tergila-gilakan pontianak kacak Edward Cullen dalam siri tersebut. Semalam aku pergi Alamanda, mereka dah siap bercamping dah di luar panggung untuk memastikan mereka dapat beli tiket walaupun sebenarnya kalau beli secara online lebih cepat dan convenient. Punyalah fanatik.

Anyway, dulu aku ada buat entri Mengapa Edward Cullen Bukan Jejaka Yang Sesuai Untuk Anda untuk memberitahu gadis-gadis fanatik yang mereka boleh cari lelaki yang jauh lebih baik daripada Edward. Kali ini, saya ingin beritahu pula mengapa Bella bukanlah teman wanita yang baik untuk Edward, mahupun untuk anda jejaka-jejaka sotong di luar sana yang kepinginkan makwe seperti Bella. Anda sebagai ibu-ibu di luar sana, harus memainkan peranan dalam hal ini dengan mendidik anak-anak lelaki bujang anda agar tidak terperangkap dengan jerat percintaan gadis seperti Bella. Ayuh teruskan membaca.

1) Tak hormat keluarga

Syurga terletak di bawah kaki ibu. Walaupun ibu dan bapa Bella telah lama berpisah, bapa Bella bersusah payah memainkan peranan sebagai kedua-dua ibu dan bapa, kecuali part breastfeeding. Lepastu bila ada jejaka kacak datang dalam hidup, terus Bella mengingkari kata-kata bapanya. Bapak dia taulah Edward tu bukan lelaki yang baik, dan dia tak mahu hati anaknya terluka. Lepastu Bella dengan kurang ajarnya kata dia nak lari dari rumah jika percintaannya dihalang.

Lepastu time bapak Bella pergi ke kenduri tahlil, Bella rileks je lari dari rumah pergi ke Italy untuk cari Edward. Dia tak ingat masa Edward tinggalkan dia, siapa yang jaga makan minum, siapa yang tenangkan dia masa dia meroyan malam-malam. Lepastu buat keputusan nak kahwin pulak di usia muda tanpa memikirkan perasaan bapanya. At least bagilah bapak kau decide nak buat baju kahwin kat mana kat Man Kajang ke kat Hatta Dolmat ke.

2) Tak fikir masa depan

Bella ni bila dah jumpa jejaka idaman dia, terus tak fikir masa depan dah. Yang dia tahu, dia hanya ingin bersama dengan jejaka idaman beliau #TilJannah. Itu yang selamba tuang kelas, tak datang tutorial, suruh member sainkan kedatangan, aihh apa nak jadi ni. Langsung tak fikir lepas habis sekolah menengah nak masuk matriks ke, nak buat diploma ke. Ini terus fikir nak kahwin. Kau kau mengandung nanti nak dapat anak macam mana nak cari duit nak beli stroller, nak beli Medela Freestyle Breastpump semua? Kau ingat murah ke? Ini zaman moden at least kalau malas kerja nak jadi SAHM (Stay at home mom) pun masuklah MLM jual bengkung ke, Alpha Lipid WD40 ke. Boleh juga jana duit sambil goyang kaki.

3) Tak tahu nak buat keputusan

Para jejaka sekalian, kalian seharusnya menjauhkan diri daripada Bella ketika masih ada peluang untuk berbuat sedemikian. Jangan sampai dah jatuh cinta gila-gila lepastu nampak sifat sebenar Bella baru nak patah hati. Bella ni tak reti nak buat keputusan. Dia ni seorang yang tamak, semua lelaki dia nak. Sekejap nak Edward, sekejap nak Jacob. Sekejap comolot Edward, next time comolot Jacob. Jauh di sudut hati, dia sebenarnya dah buat keputusan pun siapa yang dia nak, cuma dia nak ada back up je. Lepastu senang-senang je dia 'Friendzone' kan kau. Eh bukan Friendzoned ini dah tahap Petzoned. "Jacob, I love you, but only as my wolf pet...."

4) Sikit-sikit nak bunuh diri

Dalam filem New Moon, ketika Edward dump Bella, Bella berasa sangat murung dan tertekan sehinggakan terbaring 2 hari di dalam hutan. Lepastu bila dia sedar bayangan Edward akan muncul dalam situasi yang bahaya, dia pun acah-acah nak bunuh diri nak bagi Edward muncul lagi. Itu yang dia merempit laju-laju di kawasan AES, tumpang naik motor pakcik tua yang tak dikenali, serta nak terjun daripada tebing tinggi. Langsung tidak bertanggungjawab dengan nyawa sendiri. Adik-adik jangan buat macam tu tau. Kalau rasa suicidal tu eloklah adik-adik call talian Befrienders di 03-79568144.

5) Mendesak teman lelaki untuk berzina sebelum kahwin

Astaghfirullahalazim. Selalunya orang lelaki yang buat perangai tak senonoh di ajak berzina sebelum kahwin sebab nafsu orang lelaki memang hat tang tu ja. Tetapi di dalam siri Twilight, Bella asyik mendesak Edward agar bersetubuh dengan beliau. Edward menolak sebab dia takut dia naik syeh lalu memagut Bella sehingga meninggal dunia. So, mereka tak berzina bukan sebab zina tu dosa besar, tetapi sebab taknak Bella cedera. Namun begitu Bella masih tidak putus asa, itu yang dia nak kahwin terus agar dapat memuaskan nafsu semata-mata. Ok jujurlah saya tanya, kalau Bella buat gaya ketap-ketap bibir macam sedang mengalami orgasm lepastu ajak anda berzina, adakah anda akan menuruti tuntutan nafsu dah syahwat? Sebab itulah para jejaka harus menjauhkan diri daripada gadis seperti Bella.

Begitulah anda sebab-sebab mengapa anda tidak patut menjadikan gadis seperti Bella Swan sebagai teman wanita anda. Usah hanya pandang ciri-ciri luarannya kerana itu semua adalah kosmetik. Mungkin anda mahu bangkang dengan menggunakan konsep Yang Penting Rupa, tetapi konsep itu ternyata tidak applicable jika masa depan, situasi kewangan, serta kebahagiaan hakiki anda menjadi taruhan. OHH EM JI BREAKING PART 2 DAWN NEXT WEEK EKSAITEDNYAAAAAAAA. GOSHHHH EDWARD XOXO!!



Wednesday, November 7, 2012

October Movies!

Haiii bertemu lagi kita di dalam rancangan Reviu Filem Bersama Abang Jai. Segmen kegemaran beberapa belas orang ini akhirnya kembali membuat kemunculan setelah lama menyepi bak penyanyi Casey 1000 Impian yang pernah popular satu masa dulu. Alah orang tua je kenal dia. Anyway filem-filem yang akan diulas pada kali ini langsung tiada elemen-elemen seram seperti momok kopek mahupun pembunuh kejam kerana mana boleh bawak bini mengandung tengok cerita seram bukan? Nampak tak betapa brilliantnya alasan aku takut nak tengok cerita seperti Paranormal Activity 4 dan Sinister tetapi menggunakan isteri sebagai alasan pula. Dahla, mari kita reviu cerita-cerita yang tidak menyeramkan yang ditonton baru-baru ini.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Taken 2


Ulasan ringkas: Setelah Liam Neeson membunuh warga Albania keparat yang menculik anak perempuan beliau dalam Taken episod satu, kini bapa orang Albania tersebut pula yang terjengkel dan mahu membalas dendam untuk arwah anaknya. Walaupun dalam scene pembukaan nampak beliau mendengar talkin dan membaca Al-Fatihah, nyatalah dia tidak mengamalkan keperibadian Muslim yang sempurna kerana ingin melakukan salah satu dosa besar iaitu membunuh orang. Mereka berkomplot untuk membuat Liam menderita dengan menculik seluruh keluarga Liam pula.

Filem asal Taken boleh dikatakan sebagai 'cult classic' tetapi dalam filem Taken 2 ni, tak ada apa-apa yang istimewa pun. Semua benda nampak familiar, been there done that kata orang putih. Yang diorang ni pun satu, tak tahu ke Liam Neeson ni master kepada Obi Wan, Darth Vader dan Batman? Lepastu jadi tuhan dan singa yang boleh bercakap. Lepastu berani pulak kau nak culik anak dan mak memang bakal dihantar ke Rahmatullah la jawabnya. Tapi lagi baik kot kau tengok Taken 2 daripada cerita Stolen Nicholas Cage tu.

Ratings: $$ 1/2

Ted


Ulasan ringkas: Semasa kecil, John Bennett (Mark Wahlberg) tiada kawan. Lepastu dia menjadi syirik dengan membuat permintaan kepada tahi bintang untuk menjadikan teddy bearnya bernyawa sekaligus menjadi teman baiknya. Bertahun-tahun kemudian, John dan Ted dah baligh dan dewasa, tetapi perangai masih lagi nauzibillahiminzolik. John kini dah ada makwe, tetapi hubungannya dengan Ted menghalang percintaan John dengan makwenya untuk maju setapak. Tetapi biasalah air yang dicincang tak akan putus John masih lagi cuba-cuba untuk berparti liar dengan Ted lalu mengguris hati makwenya.

Ted ditulis, diarah dan disuarakan oleh Seth MacFarlane, pencipta siri kartun Family Guy. Jika anda merupakan peminat Family Guy seperti saya, anda dapat rasanya banyak mood dan gaya jenaka Family Guy yang diserap di dalam cerita Ted, contohnya pop culture reference, lawak yahudi, mahupun pergaduhan panjang macam Chicken Fight. Overall cerita ini memang lucu, tapi tengok kat wayang Malaysia, memang banyakla kena potong kan.

Ratings: $$$

Skyfall

Ulasan ringkas: Secara teknikalnya, filem ini ditonton pada bulan November. James Bond menjalani misi penting untuk merampas kembali cakera keras yang mengandungi maklumat sensitif dan mungkin juga gambar bogel M daripada penjahat. Dengan takdir pengarah dia telah ditembak lalu disahkan meninggal dunia. Tapi nama pun Bond, James Bond mestilah tak mati kan. Dia kembali ke London setelah melihat tanah tumpah darahnya diancam pengganas. Pengganas tersebut adalah seorang rogue agent yang dulu-dulu ahli MI6 juga. Dapatkah Bond menyelamatkan dunia kita sekali lagi?

Template filem Bond; bawak kereta laju-laju, tembak orang jahat, minum arak martini, berzina dengan seorang dua gadis, kemudian menyelamatkan dunia. Tetapi kali ini, Skyfall tampak lebih personal, dan saya berani kata yang filem ini merupakan salah satu filem Bond yang paling unggul. Javier Bardem sebagai villain dia pun ohsem, dengan karekter beliau yang 'flamboyant' dan penuh kejutan. Dari segi aksi, opening scene dia memang membuat anda duduk di hujung kerusi. Bond girl dia juga berwajah eksotik dan kalau tiada orang di sekeliling boleh menjadi erotik. Highly recommended.

Ratings: $$$$ 1/2

Sekian saja ulasan filem untuk kali ini. Sudahkah anda menonton filem-filem di atas? Kongsikan ulasan anda juga! Kalau ada filem terbaru lain yang menarik kongsilah juga. Ok jumpa lagi kita dalam segmen ulasan filem di masa depan. Masa depan tu tak tau bila mungkin next week mungkin next year.

Friday, October 19, 2012

ALPHA LIPID WD40 : Hensemkan Wajah Secara Semulajadi

Hai apa khabar pembaca? Adakah anda sering pergi ke temuduga kerja sebagai seorang model dan mereka kata mereka nak call anda tapi sampai sekarang masih tak call walaupun anda rasa anda cukup layak untuk pekerjaan tersebut? Adakah gadis-gadis hanya berjalan laju melepasi anda tanpa menjeling sedikitpun walaupun anda dah cet cet cet mereka? Adakah cermin di rumah anda retak setiap kali anda memandang diri sendiri? Jika anda menjawab 'Ya' terhadap soalan-soalan tersebut, kita mungkin dapat membuat rumusan yang semua ini berpunca daripada wajah anda sendiri. Nak kata anda hodoh adalah tidak benar sama sekali kerana semua manusia dilahirkan cantik paras rupanya, hanya persepsi manusia yang membezakan tahap paras rupa anda. Ok fine saya cakap begitu sekadar nak sedapkan hati anda saja, ada kemungkinan anda ni memang semulajadi tak hensem.

Jadi apakah penyelesaian kepada masalah tersebut? Kalau kita orang kaya, bolehlah tiru artis-artis barat membuat pembedahan plastik jadikan hidung lebih mancung dan pipi tidak tersorong-sorong. Tapi kita ni miskin sebab tak ada orang nak ambil kita bekerja sebagai model. Bagaimana kita nak menghensemkan wajah kita kalau tak ada wang? Tak usah bimbang, tak usah risau. Kini anda berpeluang untuk mengubah nasib anda dengan menggunakan produk kehenseman terbaru yang sedang hangat diperkatakan di Fesbuk, iaitu Alpha Lipid WD40, produk kehenseman SEMULAJADI yang pertama di dunia ini. Sudah tertarik? TUNGGU! Selain daripada menjadi lebih hensem, anda juga boleh jana wang sambil duduk berehat-rehat menggoncang testis! WHAT THE WHAT? Ayuh teruskan membaca di dalam kekaguman!


Mungkin anda masih lagi skeptikal dengan produk ini. Saya faham. Sounds too good to be true right? Baiklah, kita mulakan dengan penjelasan saintifik bagaimana produk ini berfungsi. Produk ini dilabel sebagai WD40 sebagai tribute kepada produk minyak pelincir WD40 yang fungsinya adalah untuk melicinkan serta mengelakkan kekaratan berlaku kepada mesin-mesin. Ektrak daun teh hijau (Green Tea) dalam Alpha Lipid WD40 juga menggunakan konsep yang sama. Formula tinggi protein yang terkandung bertindak untuk meningkatkan tahap metabolisma di wajah anda, sekaligus membakar lemak-lemak berlebihan menjadikan double chin anda kepada single chin, serta merangsang pembentukan sel-sel baru menjadikan hidung anda lebih mancung.

Jika anda masih belum berpuas hati dengan penjelasan saintifik tersebut, mungkin persepsi akan berubah setelah melihat gambar bukti kejayaan di bawah serta testismonial daripada pengguna Alpha Lipid WD40.


"Sebelum ini, rakan-rakan saya sering mengejek saya sebab muka saya macam muka ahli kumpulan Radja. Saya tahu itu bukan satu pujian kerana kumpulan Radja semuanya muka macam baru lepas kena patuk ular. Selepas mengambil minuman ajaib WD40, wajah saya kini menjadi seperti Ariel Peterpan, skil di ranjang pun secara tak langsung macam Ariel. Kini, ibu mertua saya tidak lagi membenci saya dan sering mengajak saya makan nasi di hujung minggu"

Khairul Afandi, Bangi


"Saya memiliki karier sebagai seorang doktor gigi. Saya ada wang, ada kereta, ada PS3, ada iPhone 4s, penis pun boleh tahan panjang. Pendek kata semua bendalah saya ada. Satu benda je saya tiada, iaitu teman wanita. Saya sudah banyak kali approach gadis-gadis tetapi asyik kena Friendzoned je. Semua kerana wajah saya. Apabila saya ternampak produk WD40 yang dishare oleh kawan saya di Fesbuk, terus saya order 5 tin. Kini saya tidak lagi disembur dengan pepper spray setiap kali saya menegur gadis"

Ahmad Shuhud, Londang.


Ya, masuk saja perenggan ini, saya tahu anda sudah mula tertarik. Untuk membuat anda betul-betul pasti, tahukah anda anda boleh mendapat mendapatan sampingan menjual Alpha Lipid WD40 ini? APA? Wajah hensem, dapat duit lagi? Untuk bagi mudah faham, macamnilah konsep dia. Anda beli bertin-tin, lepastu anda jual bertin-tin sampai naik tahap Supervisor. Kalau ahli biasa komisyen sikit Supervisor komisyen banyak. Lepastu bila dah kurus mesti ramai lagi orang nak jadi downline anda lepastu proses berulang-ulang sampai jadi Supersaiyan.

Sebagai penutup inginlah saya memberi kata-kata perangsang. Orang selalu kata, 'Money can't buy happiness'. Tapi tahukah anda perceraian selalunya disebabkan oleh ketiadaan wang? Bagaimana kita hendak memberi anak kita makan the Chicken Rice Shop? Jika anda takut isteri anda meninggalkan anda untuk lelaki yang lebih hensem dan kaya, jangan tunggu lama-lama untuk menyertai kami. Let's DU-IT (Do it)

D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tampan sebab minum WD40

Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, anda boleh tinggalkan soalan di ruangan komen. Alah tak payah nak tanya-tanya, hubungi saya terus dan orderlah minimum 4 tin agar anda boleh mulakan Road To Handsomeness anda hari ini. Say no to plastic surgery, say YES TO WD40!

Wednesday, October 17, 2012

Perut Selepas Berkahwin

Hai apa khabar pembaca di luar sana yang sudah berkahwin mahupun yang akan berkahwin? Mengikut label stereotype yang diturunkan secara turun temurun oleh orang Melayu, selepas berkahwin, 78% orang lelaki akan mengalami kenaikan berat badan secara mendadak, seterusnya membentuk ketulan lemak di bahagian perut. Secara saintifik, fenomena ini dinamakan 'boroiyun asperatus' ataupun dalam bahasa pasarnya boroi.

Antara faktor yang menyumbang kepada fenomena ini adalah kasih-sayang yang berterusan yang diberi oleh isteri, sama ada secara emosional mahupun secara fizikal yang berbentuk masakan lazat setiap hari. Orang-orang tua selalu kata kenaikan berat badan itu adalah simbolik kepada kebahagiaan yang sedang dialami oleh sang suami. Di sini saya ingin membuat pengakuan tanpa ada sebarang perasaan aib, yang saya adalah salah seorang daripada 78% lelaki tersebut, dengan gambar di bawah sebagai bukti.


Ya saya boroi. Lagi cepat saya mengaku lagi cepatlah saya boleh menerima keadaan ini tanpa perlu mempedulikan pandangan masyarakat sekeliling. Bagaimana kita nak ubah persepsi masyarakat kalau kita sendiri tidak boleh menerima kekurangan diri? Or should I say dalam situasi ini, 'kelebihan' di perut. Namun begitu sebelum anda, khususnya kaum wanita menarik nafas lega, anda perlu tahu satu perkara; perut membesar ini BOLEH terjadi kepada wanita juga. Saya akan menunjukkan buktinya dengan mempamerkan gambar isteri saya. Jeng jeng jeng. Ayuh teruskan membaca.



OH EM JI. Fenomena ini bermula sejak 7 bulan yang lalu. Setelah membuat imbasan di perut, maka terhasillah gambar yang sungguh indah. Well mungkin dia seorang yang pemalu so dia tutup muka dengan tangan.


Habislah lepas ni blog ini akan bertukar menjadi blog bayi pula. Hehe :D

Wednesday, October 10, 2012

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Adam dan Hawa


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Astro, drama bersiri terbaru Adam dan Hawa merupakan drama yang paling popular di saat ini, dengan lebih 6 juta orang menontonnya setiap kali episod baru ditayangkan. Nampak macam ezajerit bilangannnya di situ tetapi memang saya suka ezajerit berdasarkan reaksi luar biasa yang diberi oleh para peminat siri drama tersebut. Sana sini tak kiralah di alam fana, alam maya mahupun para pekerja di Alam Flora semua sibuk bercerita dengan kehebatan siri ini. Anda boleh nampak passion serta keobsesan mereka tentang siri setiap kali topik Adam dan Hawa dibincangkan. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui adakah anda juga fanatik Adam dan Hawa.

1) Anda yang selama ini tengok TV3, tiba-tiba melanggan Astro Beyond HD semata-mata untuk menonton Adam dan Hawa. Tidak cukup dengan Astro, TV lcd 42" dengan definisi tinggi juga turut dibeli untuk memastikan kepuasan menonton drama kegemaran mereka ini.

2) Jika anda wanita sudah berkahwin, anda menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan anak-anak dan suami sebelum pukul 10 malam, dari hari Isnin hingga Khamis. Makan minum berak semua kena setelkan sebelum pukul 10. Ini kerana tepat pada pukul 10, anda wajib berada di hadapan televisyen berserta dengan tisu dan kudapan bagi menghayati siri Adam dan Hawa tanpa gangguan di saluran Mustika HD 134. Bunyi air masak di dapur, bunyi orang beri salam di luar semua tidak akan dilayan. Even if anda dah nak terberanak, boleh tahan lagi tu lepas habis cerita barulah beranak.

3) Kebanyakan mereka yang menonton siri ini menonton sirinya terlebih dahulu, barulah perasan yang siri ini diadaptasikan daripada novel popular Aisya Sofea dengan tajuk yang sama. Oleh kerana tidak mampu menahan keghairahan terhadap siri tersebut, sudah pastilah anda akan membeli novel tersebut dan dihabiskan dalam masa sehari untuk mengetahui bagaimanakan ending siri tersebut kerana siri Adam dan Hawa ni 80 episod. Walaupun dah habis baca novel, itu tidak menghalang anda untuk terus menonton siri tersebut di Astro sambil membuat perbandingan antara kisah di novel dan adaptasinya di TV sambil memberi komen-komen seperti "Eh yang ni tak ada pun kat novel" ataupun "Eh kat Astro ni tak tunjuk pun scene Adam garu ketiak".

4) Anda memastikan telefon pintar dan laptop anda dicas dengan penuh. Ini kerana sambil menonton Adam dan Hawa, anda akan membuat ulasan secara langsung melalui Twitter menggunakan hashtag #adamdanhawa untuk berkongsi pendapat, teori, emosi, mahupun momen inzal bersama peminat yang lain. Di Fesbuk pun tak kurang hangatnya. Kalau anda nampak rakan-rakan Fesbuk anda mengepost status-status aneh selepas pukul 10 malam seperti "OHHH KACAKNYAAA", "MMMM SEJUK MATA MEMANDANG" mahupun "#%$&*#$^#&$^&^&#$^!!!", itu bermakna mereka sudah dirasuk oleh Adam dan Hawa.

5) Sebagai peminat setia, anda pastilah sudah 'Like' laman Fesbuk rasmi Adam dan Hawa (http://www.facebook.com/AdamHawaDrama). Di sini tahap kefanatikan mereka adalah over 9000. Masing-masing sudah menukar gambar profail kepada Aaron Aziz mahupun Nadiya Nisaa. Adalah juga sorang dua pakai gambar Rozie Rashid. Kalau anda jantan sekalipun anda peduli apa orang lain soksek soksek cakap anda jantan dayus bila anda pakai gambar Aaron Aziz berketayap. Mereka semua tak faham perasaan cinta anda yang suci.

6) Walaupun anda sudah menonton episod terbaru Adam dan Hawa, itu tidak menghalang anda untuk menonton siaran ulangannya tak kiralah pukul 1 pagi ke, pukul 5.30 petang ke mahupun di hujung minggu. Orang lain cuba nak tukar channel anda akan bagi jelingan padu maut. Orang ajak pergi kenduri, anda jadi anti sosial kerana anda nak teman Adam pergi Masjidil Haram. Lepastu hausmet anda semua kompelin Internet jadi slow sebab anda muat turun episod terbaru sambil stream di Youtube.

7) Keperibadian anda secara tidak langsung dipengaruhi oleh Adam dan Hawa. Yang lelaki, tiba-tiba bercita-cita nak jadi Pilot MAS. Mereka percaya walaupun mereka ni seorang playboy, satu hari nanti mereka akan berubah dah akan pakai ketayap dan berjumpa cinta agung di Mekah. Yang lebih ekstrim tu, ada juga yang sanggup berkhalwat dan mengharapkan agar mereka ditangkap basah. Lepastu kalau yang sedang bercinta mulalah plagiat quote Adam dan Hawa seperti "Fandi rasa kosong.. kosong.. kosong.." , "Am dah penat ma.. Hampir putus asa.." mahupun "TAK USAH DIUCAP, TAK USAH DILAFAZ, AKU DAH MENGERTI BAHASA CINTAMU.....". Perghhhh.

8)Bagi anda, di saat ini lagu yang paling best di cakerawala adalah lagu tema Adam dan Hawa, Muara Hati dendangan Hafiz AF dan Dato Siti Nurhaliza. Sebagai seorang fanatik anda sudah pastilah menjadikan lagu tersebut sebagai nada dering, nada SMS, mahupun bunyi alarm bangun pagi. Lagu tersebut memang infectious kalau anda tak minat siri Adam dan Hawa sekalipun anda pasti pernah dengar bait "DEMIII CINTAAAA DALAM HATIKUUUU". Yang peminat fanatik pula setiap kali ada situasi yang menjengkelkan tetapi mereka terpaksa juga buat, mereka pasti akan nyanyi, DEMIII CINTAAAAAAA. Kalau nak berak tapi tak lawas pun diusahakan juga sambil menyanyi DEMII CINTAAAA tah apa kaitannya tah. Lepastu yang super duper fanatik siap buat rambut afro macam Hafiz dan pakai produk pencuci muka SimplySiti.

9) Memang sudah menjadi trend masyarakat Melayu masakini untuk menamakan anda mereka berdasarkan watak-watak popular dalam drama televisyen. Antara nama yang pernah popular dahulu adalah Nora Elena, Ahmad Durrah, dan juga Syahdan (Hati Waja). Maka nama yang popular untuk tahun 2012 ini sudah pastilah Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Mak bapak pula kalau nak cari jodoh untuk anda kena ada iras-iras Adam Mukhriz nama Adam je tak bermakna hensem ye tak.

10) Sebagai peminat fanatik, anda akan berasa marah jika orang mempermainkan siri Adam dan Hawa serta membuat entri parodi tentang drama kegemaran mereka. Siapa yang berani kutuk Adam dan Hawa tu, tak pasal-pasal ada hate page "KAMI BENCI FAIZAL YANG MENGHINA AARON AZIZ KAMI" (sekadar contoh).

Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang daripada peminat fanatik Adam dan Hawa? Harus dinyatakan di sini yang saya tak pernah menonton satu episod pun siri tersebut, apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian terhadap masyarakat sekeliling dan......mama sendiri. DEMIII CINTAAAAAAAA dammit tengok aku pun dah ternyanyi sebab mama aku siang malam pasang siri tersebut.

Thursday, October 4, 2012

Parti Liar 2012

Hai uols. Tatkala Hari Raya Haji semakin hampir, di saat itulah baru aku berkesempatan untuk membuat entri parti liar Aidilfitri yang diadakan pada 29 Syawal yang lalu. Saja je buat last day Syawal sebab nak all out berparti sampai lupa diri. Ini merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh 'partygoers' suci di mana mereka boleh memuaskan nafsu serakah mereka meminum minuman keras tanpa alkohol, bertentang mata dengan jantina yang bukan mahram tanpa bersentuhan, serta makan juadah percuma sehingga naik paras kolestrol. Sudahkah anda bersedia untuk berparti? Untuk menaikkan mood parti liar, apa kata anda pasang lagu daripada kumpulan Far East Movement ataupun kumpulan nasheed Far East sambil membaca entri ini.

Orang pertama yang datang ke parti liar ini adalah ahli Team Bangi Ikram. Tapi dia balik awal sebab terjengkel kena tolong susun kerusi meja so tak ada gambaq. Maaf ya peminat Ikram. Ok konsep entri ini adalah saya letak gambar, lepastu saya akan menaburkan caption-caption yang berunsurkan fitnah terhadap mangsa. Kita mulakan dengan gambar di bawah. Ini adalah rakan-rakan Uniten aku.


Yang kiri sekali tu nama dia Saiful Izwan ataupun nama politiknya Saiful Anal. Last year dia bawa bini tetapi kali ini bini dia gagal untuk menghadirkan diri kerana takut terberanak di rumah aku. Ketika entri ini ditulis bini dia dah beranak so kongratulasi Epul! Sebelah Epul adalah Abu Zar dia peminat Menyu so obviously memang tak ada apa-apa yang menarik yang kita boleh cakap pasal dia. Yang paling kanan tu nama dia Hanis. Nama dia dalam telefon bimbit aku adalah Hanis Penis. Dia masih single jika berminat boleh tinggalkan jumlah berat badan dan alamat emel di ruangan komen.


Ini adalah Nina dan teman lelakinya Patrick. Bukan Patrick Stewart adaupun Teoh. Nina merupakan wakil syarikat dalam pertandingan Menari Balet Antara Syarikat IT masa kami bekerja bersama-sama dengan Maikrosof dahulu.


Jika aku merupakan seorang homoseksual dan fetish aku adalah lelaki Cina, maka Gabriel Thum lah jejaka yang aku rela serahkan dubur aku. Kalau kalian ada masalah Windows Update, lepastu kalian call Maikrosof nanti diala yang jawab.


Ini pula adalah keluarga Nizam dan Liza. Mereka baru saja mendapat anak lelaki baru yang dinamakan Aiman. Aiman tak pernah kisah. Get it? Get it?


Kali ini kehadiran geng Datacom memang amat mengecewakan. Walaupun sudah berjanji untuk hadir berbaju raya, namun ramai yang tiba-tiba memberikan alasan di saat-saat akhir seperti Zahrul cakap hamster dia nak beranak. Shikin pula cakap dia tak dapat datang sebab laki dia mimpi basah tak ada seluar nak pergi rumah aku. Kunal pula dah kena belasah main Fifa 13 terus merajuk taknak datang. Yang setia adalah sepupu Shima, Adik Shima, Shima Shima, dan kawan Shima. Kawan Shima ni harap rambut je merah tetapi kuah kacang tak berani makan.


OHHH EMMM JIIII ITU IJAICOOL.BLOGSPOT.COMMM!!! Jerit suami The Pink Stilettos yang menjadikan aku sebagai idola beliau walaupun hampir tiap-tiap minggu jumpa main futsal bersama. Ayra dan Raina pula secara rasminya menggangap aku sebagai pakcik mereka yang paling kool rileks je pergi jalan-jalan tengok kucing tanpa perlu ditemani ibu dan bapanya.


Ini adalah keluarga Tamir. Kat gambar ni tak nampak sangat, tetapi kalau in real life kau boleh tengok lengan Tamir yang berotot padu serta 7 pack beliau yang terjojol. 7 pack ok lebih 1 daripada manusia biasa. Isla pula tertanya-tanya mengapa kawan ayahnya hanya ada 1 pack walaupun paras rupanya hensem. Dunia ni memang begini Isla. Kalau kita kurang menarik di perut, at least Tuhan bagi kita lebih di muka.


Ini pun rakan Uniten juga nama dia Syawalliah. Nama pun Syawal kenalah datang parti liar Syawal bukan? Anak dia Afrina comel rambut megi kalau tengok mesti rasa nak makan Megi Goreng Mamak di Ameerali.



Team Bangi yo! Nak dijadikan cerita adalah sorang ahli Team Bangi ni yang saya taknak sebutkan nama. Klu dia, orang boleh nampak dia kalau dia senyum ataupun masa mencapai kemuncak syahwat je. Dia kata kelas dia dah nak start kat London tu, so tak dapat nak hadir ke parti liar aku. Tapi bila cek emel balik rupa-rupanya start bulan Oktober memang cikai mak lampir kan? Yang wajah penyanyi Radja pun sama tak datang, memberi alasan takutkan mertua walaupun 25 minit je perjalanan untuk ke rumah aku dari rumah mertua beliau. Apai datang tanpa Mizah sebab Mizah baru beranak. Huiii Mizah takde memang sibuk Apai flirting sana sini. Yang membuat kemunculan sulung dalam edisi parti liar kali ini adalah Dazu dan bini barunya Qairom. Malam tu siap datang sekali lagi bawak bini untuk main game hihihi. Ise dan tunang Liyana datang malam tapi sebab dia pakai kain pelikat je aku malas nak ambil gambar.


Ini pun rakan-rakan Bangi juga. Nur Khadijah Johari kembali membuat kemunculan walaupun due date beliau dah hampir. Alah risau apa dia doktor boleh deliver bayi sendiri. Di sini saya ingin memberi highlight kepada adik beliau Nadiah Johari (dua dari kiri). Baru-baru ini adik beliau telah melangkah bendul, sekaligus memberi tekanan kepada beliau yang masih belum berkahwin ini. Jadi jika anda rasa anda hensem dan tak tinggal solat, silalah tinggalkan nombor telefon di ruangan komen. Pasal lelaki berbaju melayu merah tu, tiada sebarang benda baik yang saya nak cakap sebab dia peminat Menyu. By the way Adam Johari bukanlah adik-beradik Khadijah dan Nadiah ok.


Ini adalah rakan-rakan sepejabat aku sekarang. Yang kiri pakai spek mata tu nama dia Shafiq. Dia tak boleh makan nasi lepas pukul 8 malam so memang tension la kalau satu syif dengan dia hari-hari kena makan burger kambing. Pernah satu hari tu kami paksa juga dia makan nasi pukul 8.01 minit dia meraung-raung taknak. Dia boleh kena parkinson kalau makan nasi so kami cuba fahami situasi dia. Lepastu yang sebelah kiri aku tu nama dia Visu. First timer juga ke parti liar dia. Dulu dia intern lepastu aku tanyala dia dia dari U mana? "KLMU". Itu merupakan kesilapan terbesar dia kerana bercakap benar sebab lepastu aku hari-hari menyanyi "Dunia di dalam genggaman kita" dan juga "no matter what you doooo, kenali you di KLMUUUU" Kahkahkah. Linda malasla nak mengumpat dia nanti dia report kat boyfriend dia. Nabila yang paling kanan, dia kuat gossip kira macam kami punya Beautiful Nara lah.


Gadis di atas ini merupakan gadis yang penting dalam hubungan aku dan isteri. Nama dia Liana. Kami sama-sama praktikal di Idwal Systems. Liana lah yang membantu aku mengurat Da'Killa. Segala kad, mix tape, mahupun roti canai cinta semua aku kirim kat dia untuk diberi kat Da' Killa. Tanpa Liana aku mungkin masih tidak berteman dan last-last jadi gay. Terima kasih Liana.


Tengku Eleanor Ezura dan suaminya Nabil datang di saat-saat akhir, memang saja je nak buat aku hampir-hampir unfriend dia kat Fesbuk. Mereka baru berkahwin, inai kat punggung Nabil pun masih tak hilang lagi kot. Tetapi Ezu memang kool tak pernah ponteng parti liar aku.

Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan ratusan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir ke parti liar hari raya saya ini. Sori jika aku tak memberi layanan fizikal dan spiritual sepenuhnya kat korang. Sekarang ni masing-masing dah ada komitmen dengan pekerjaan dan keluarga, bila lagi kita boleh nak jumpa kalau tak di majlis-majlis sebegini. Semoga persahabatan kita tidak akan luput....well unless kalian bagi mereka yang cakap nak hadir tapi tak hadir, seperti biasa persahabatan kita luput sampai raya haji (dah dekat dah ni) dan nama anda akan disenaraihitamkan.

Gambar liar lain akan dimuat naik di Fesbuk. Macam biasa kalau muka gadis hangat tetapi nama lelaki mestilah buat-buat tak nampak saja friend request kalian tu kan. Kenalah ada mesej perkenalan diri dan berjanji untuk tidak mengetag saya dengan gambar Alpha Lipid SD11. Hihi.

Thursday, September 20, 2012

Hello and Goodbye

Jika saya merupakan seorang serbanistas, tajuk di atas mungkin ditulis kerana ingin mengucapkan selamat datang kepada bulan Zulkaedah dan menyuarakan kesedihan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Syawal. Tetapi saya ni sekadar manusia biasa walaupun handal tajwid mana reti nak buat entri-entri bermanfaat.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Nampak macam puitis di situ tetapi sebenarnya itu merupakan lirik lagu klasik yang saya plagiat yang sering dinyanyikan ketika saat-saat kesedihan seperti Guru Besar bersara ataupun ketika episod penyingkiran dalam siri realiti Islamik Makmum Muda. Ok agak-agak dah dua perenggan intro aku ni maka bolehlah kita mulakan entri kita. Ayuh teruskan membaca.

12 September yang lalu merupakan hari jadi BFF aku Jamil. Apa yang menariknya, pada tahun depan Jamil boleh menyambut hari jadi beliau bersama seorang ahli baru team Bangi iaitu A____ H_______ , anak kedua Apai yang baru lahir. Kali ni dapat anak gadis. Ketika artikel ini ditulis, namanya masih lagi menjadi misteri. Nak kena letak initial A dan H kerana ini merupakan gabungan percintaan agung Amir (Apai) dan Hamizah yang bercinta sejak tingkatan 4. Satu pertandingan memberi nama juga telah diadakan di mana nama yang paling indah dan ada makna akan dipilih sebagai nama rasmi bayi. Kalian berilah cadangan nama A H di ruangan komen. Apai menjanjikan habuan berbentuk wang kepada pemenang tetapi tak pastilah matawang negara mana mahupun berapa nilainya.


Kemudian pada hari Sabtu 15/9 berlangsungnya pula perkahwinan seorang lagi BFF aku iaitu Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin bin Ahmad ataupun nama hipsternya Dazu. Macam biasalah kalau cerita pasal perkahwinan mesti aku akan dedahkan sifat-sifat mazmumah dah mahmudah.com.my pengantin. Mostly sifat buruklah yang akan didedahkan. Dari segi fizikal, Dazu merupakan seorang yang amat tinggi dan memiliki telinga seperti Spock dan tahi lalat yang besar di hidung seperti Azean Irdawati. Beliau juga memiliki teknik gelak yang 'keletihan' di mana ketika dia gelak, dia bagaikan berada dalam keadaan yang sangat letih kalau nak tranlate ke bunyi gelak dia kepada tulisan, beginilah bunyi dia "ehek hek hek". Nada mendatar dengan tiga sukukata saja, tidak lebih.


Kami team Bangi sebenarnya tak menyangka langsung yang Dazu boleh mendapat teman wanita yang merupakan wanita sebenar dan bukannya teman wanita imajinasi kerana keperibadian beliau yang pemalu serta tidak pernah bercakap dengan gadis apatah lagi nak slap punggung mereka di sekolah. Kejayaan beliau berkahwin sebelum Shuhud adalah sesuatu yang mengejutkan. Maka di sini kami Team Bangi ingin mengucapkan tahniah kepada Dazu dan buat isteri Dazu Qairom, selamat datang ke Team Bangi.


Ok telah tiba masanya untuk kita masuk ke dalam segmen yang sedih pula. Kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria Bin Stapa Bin Yajid Puteh ataupun nama Red Warriornya Abe yang telah pun berangkat ke England untuk memenuhi impiannya menjadi pelajar pergigian berkulit hitam pertama dari Malaysia. Mengenali sifat beliau, mungkin dia hanya bertahan selama 2 minggu di sana sebelum pulang ke tanah air ingin berada di bawah ketiak mamanya. Yelah dulu masuk MRSM Taiping lepastu kena raba, balik sekolah kat Bangi. Pegi Matrikulasi Melaka lepastu kena raba, balik sambung Matrix kat KYPM Bangi. Ni dah pergi England, duduk dengan kakak kandung sendiri kalau beri alasan kena raba lagi memang tak tahu nak cakap apa lah kan.

Malam 12 September kami mengadakan majlis perpisahan minum minuman keras yang halal di restoran Arab Saba' di Cyberjaya. Walaupun aku bekerja pada malam itu, aku tetap menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dengan menghadirkan diri. Abe berlagak kata dia baru beli iPhone 4s untuk kegunaan di sana tetapi standardlah sebagai orang yang buta IT, dia mana tahu iPhone 5 dah nak keluar kan. Bila dah tahu terus dia murung sepanjang malam.


Sebelum pergi ke England, Abe sempat menghadiahkan aku set Rock Band PS3 kepada aku kerana akulah orang yang paling dia sayang dalam team Bangi ni. Thanks Abe, see you in two weeks. Tapi yang celakanya dia kata kelas dia start 17/9 tetapi sebenarnya start bulan Oktober. Barbie penipu nampak sangat dia saja taknak datang perkahwinan kau Dazu. Lepastu dah kurang sorang geng main futsal.

Kesimpulannya, tahniah Apai, tahniah Dazu dan selamat tinggal Abe.

Tuesday, September 11, 2012

Moroccan Beef Kebab Recipe

Hai apa khabar puan-puan dan surirumah di luar sana? Masih ada lagi mood beraya walaupun asyik makan tak henti-henti sehinggakan bengkung Premium Beautiful anda pun dah naik ketat? Tak apa mama saya cakap kalau gemuk sebab makan nasi tak apa, jangan jadi gemuk sebab makan rasuah. Ok bukan mama cakap saya main reka je ayat tu. Anyway, oleh kerana saya asyik tiada idea untuk menulis blog, saya banyak menghabiskan masa stalk blog gadis-gadis untuk mencari modal membahan. Apa yang saya lihat adalah gadis-gadis gemar menunjuk skil masakan masing-masing walaupun perlu dinyatakan di sini membuat kapkek red velvet mahupun lempeng pisang bukanlah satu skil masakan. Kemudian saya terus membuat monolog dalaman "Eh aku pun terer masak apa?" Maka di sini saya ingin membuat anda gadis-gadis kagum dengan resepi istimewa kegemaran saya iaitu Morrocan Beef Kebab. Ayuh teruskan membaca dalam kekaguman.

Resepi ini baru je saya pelajari sebenarnya. Mudah saja resepi ini semudah ABC ataupun alif ba ta bagi mereka yang pandai jawi. Resepi ini sesuai digunakan tatkala kita inginkan makanan tengahari ataupun minum petang yang ringkas dan pantas. Sila print entri ini dan tampal di dinding dapur anda untuk mengejutkan suami atau teman lelaki jika anda ni jenis yang bersekedudukan sekaligus membuat mereka lebih sayang kepada anda.

Ramuan:

Roti pita yang diimport dari Morocco. Kalau nak yang tempatan punya pun boleh tapi kena tukarla nanti nama resepi jadi Tanjung Karang Beef Kebab ataupun mana-mana kilang tempatan yang membuat roti pita.

Untuk inti, kita memerlukan 100g daging lembu yang dikisar (atau daging babi jika anda boleh makan babi), bawang, carrot / kacang pis, timun cincang dan sedikit minyak zaitun untuk menaikkan kelazatan ramuan.

Cara-cara memasak:

1) Gaulkan daging kisar tadi dengan bahan-bahan lain tadi sehingga sebati. Pastikan tangan dicuci terlebih dahulu kerana kita tidak mahu kemasinan asing muncul hasil daripada peluh di tangan mahupun akibat daripada tangan kita menggaru di sudut-sudut sukar. Letakkan secubit garam tanpa perasaan geram dan disudahi dengan setitis dua minyak zaitun untuk menaikkan aroma dan rasanya. Kemudian, renyuk dan goncang sekali lagi selama beberapa minit.

2) Sumbat sebatian daging tadi ke dalam roti pita. Pastikan anda sumbat sehingga dah tak boleh disumbat kerana kita tak rasa macam makan karipap seperti yang dijual oleh orang Melayu, gemuk saja tetapi apabila digigit hanyalah angin semata-mata tiada inti.

3) Letakkan kebab tadi di atas pinggan Pyrex mahupun Port Meirion untuk dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro. Buat mereka yang noob memasak, tidak semua pinggan boleh survive di dalam microwave seperti pinggan plastik mahupun pinggan kertas. Tekan butang on. Biarkan selama 30 saat. Saya katakan 30 saat di sini kerana saya tak tahu bagaimana nak ubah setting bagi jadi lebih daripada 30 saat. So selepas 30 saat, buka pintu microwave dan rasa dengan jari dah panas ke belum. Kalau belum teruskan lagi 30 saat sehinggalah kebab itu tadi berubah warna menjadi coklat kecoklatan.


4) Tadaa! Sudah siap Moroccan Beef Kebab kita. Sebagai perhiasan mahupun extra ummph, anda boleh meletakkan Nutella ataupun pickles bagi melazatkan lagi hidangan. By the way saya dah lama dah beli pickles tu tapi sampai sekarang lagi tak buka-buka sebab tak tahu macamana nak buka. Terlalu ketat lah puan-puan ada tips tak selain ketuk dengan perengkoh paip?


Ok bagaimana dengan resepi saya di atas? Kagum bukan? Jika anda berjaya membuat kebab lazat berdasarkan resepi saya di atas, memang saya kagum sangatlah dengan kehebatan anda kerana pada hakikatnya, saya hanya menggunakan frozen kebab keluaran Fadlina and there's nothing Moroccan about it. Oklah untuk mengenyangkan orang 'bujang' di waktu siang yang malas keluar beli makanan macam aku ni. So yang sebetulnya point nombor 3 je yang lain semua saya reka. Selamat mencuba!


Thursday, August 30, 2012

Pengalaman Berhari Raya di Kampung

Hai apa khabar kalian? Sudah kembali mendapat berat badan sebelum Ramadhan setelah membaham lemang dan rendang malam dan siang? Tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya di kampung setelah bertahun-tahun beraya di Bangi. Aku sudah lama dah tiada kampung sendiri. Masa atuk dengan nenek aku masih hidup pun, 'kampung' aku bukanlah kampung yang sebenar kerana tiada ciri-ciri kekampungan langsung. Satu kat Bandar Baru Selayang, satu lagi kat Serdang. Kat Selayang tu dahla dalam KL, hari raya Pertama selepas bermaaf-maafkan boleh terus pergi Yaohan. Serdang tu 20 minit je dari Bangi nak nyanyi lagu Balik Kampung pun baru sampai chorus dah sampai rumah nenek. Tapi tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya sebagai suami. Setelah kalah one two jus dengan isteri, maka aku dengan redha pergi beraya di kampung halaman da'Killa di Perlis. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman tentang perbezaan berhari raya di Bangi dengan di Perlis. Ayuh teruskan membaca.

Pada mulanya kami bercadang untuk pulang menaiki kapal terbang sebab bulan puasa kan letihla nak drive. Tetapi makin dekat dengan hari raya harga tiket pun macam cikai mak lampir mahalnya. Dua orang pergi balik dah dekat RM700. So kenalah memandu. Aku suka je drive sebenarnya sebab naik kapal terbang nanti mabuk udara. So hari Khamis sebelum raya lepas sahur je terus bergerak. Walaupun perjalanan melebihi 2 marhalah, aku tidaklah menggunakan kesempatan itu untuk berbuka puasa walaupun ada roti bilis Hi-5 sebagai langkah berjaga-jaga. Oklah jalan tak jem pukul 12.30pm dah sampai.

Ayuh kita cerita sikit pasai Perlis. Perlis ni takdelah besar sangat sebenarnya. Kalau aku cakap besar lebih kurang Bangi nanti isteri beri layanan senyap selama seminggu pula. Kat Perlis tiada wayang, kalau gadis Kangaq nak memenuhi fantasi percintaan mereka, kena pergi Aloq Setaq untuk tengok Twilight. Kat Perlis juga tiada McDonald, tapi Radix Fried Chicken ada banyak. Gedung membeli-belah yang paling besar adalah The Store, dan jika dibandingkan dengan Shah Alam Darul Roundabout, kat Perlis ni ada satu je roundabout. So memang aman damailah. Yang bestnya adalah part makanan; nak pergi makan seafood 15 minit je untuk ke Kuala Perlis. Kalau nak beli jersey Menyu yang kualitinya hampir sama dengan jersey tulen, hanya 30 minit untuk ke Padang Besar di samping boleh makan tomyam siam yang authentic.

Rumah Da'killa sebenarnya bukanlah di kawasan kampung, rumah dia rumah teres dua tingkat. Tapi at least dia ada kampung sebenar yang benar-benar kampung. Maksud saya, bukan di dalam kawasan perumahan, ada sawah bendang di sekeliling, ada sungai depan rumah dan tiada hiruk pikuk kotaraya. Time puasa haritu memang aku lebih banyak main Macbook Da'Killa daripada menolong mak mertua buat persiapan raya. Tapi kalau asyik duduk dalam bilik je nanti dituduh jadi menantu tak guna pula. So sebagai bukti aku ni memang menantu kesayangan, lihatlah bagaimana aku warta kota membuat KETUPAT PALAS. Dalam banyak-banyak ketupat, ketupat apakah yang paling popular dan digemari oleh golongan remaja? Ketupat Palas Jazz. Sedikit elemen komedi diselitkan di situ. Haa terkagum sejenak kan kalian melihat gambar di bawah? Hakikatnya aku sekadar mencabut dan membuka daun. Gila kau nak anyam mana aku reti anyam baju Menyu aku tahulah. Kat Perlis, mereka tak buat nasi himpit macam orang Selangor, dan rendang dan kuah kacang bukanlah hidangan utama. Depa pakai gulai kari teruih.


Ok, Hari Raya! Aku tahun ni tiada baju raya. Nasib baik Tuhan masih sayangkan aku still boleh pakai seluar baju Melayu lama ataupun terpaksa tahan nafas banyak. Nak tuang semayang raya tak manisla kan di hadapan mertua. Ok semayang raya kat Perlis ada beberapa perbezaan. Depa punya takbir raya, Allahuakbar dia dua kali je. Kat sini dan dengan yang artis-artis selalu takbir kat TV tu, tiga kali. Lepastu time baca Al-Fatihah, Bismillah dia tak dengar. Di sini juga orang-orang duduk mendengar khutbah raya tak macam kita lepas habis semayang sunat terus nak pergi rumah makwe.

Dah habis semayang balik rumah barulah bersalam-salaman. Aku rileks je salam mana main keluar air mata semua ni. Lepas tu baru kami pulang ke kampung. Banyak juga cabaran bila pergi rumah sedara mara isteri ni. Aku ni dahla jenis yang pendiam, lepastu time mereka cuba berbual, aku pula yang tak faham. Depa punya loghat utagha memang pekat gila. Aku kalau nampak orang gelak, aku pun folo jela gelak agar tak nampak kekok. Lepastu time jalan-jalan ada nampak rumah terbuka Shahidan Kasim bekas MB Perlis. Dia tiap-tiap tahun buat open house dan bagi duit raya. orang tua dah lanjut usia pun turut beratur nak minta duit raya.

Padang Besar time raya mereka bukannya reti nak tutup kedai. So raya ketiga kami pun pergilah melawat sana. Aku beli bantal 3 segi yang boleh tarik jadi tilam tu. Apatah nama dia. Kalau pergi sini yang orang selalu nak kirim, kacang gajus dengan jersey bola la. Kau pakailah jersey original kau tu, lepastu pergi compare dengan jersey gred AAA kat sana, serius tak boleh nak beza haha.

Aku stay kat Perlis sampai hari Rabu. Pagi Rabu tu dah gerak nak balik sebab takut jalan jem. Ingatkan balik awal boleh selamat tapi jem jugak dekat Perak tu. Ahh rindunya Bangi bandar halaman. Ok rindu PC dengan PC3 sebenarnya hihi. Begitulah pengalaman saya berhari raya di kampung. So how was your raya? Masih dapat duit rayakah walaupun muka dah macam makcik anak lima? Ayuh kongsikan pengalaman raya anda kali ini. Aidilfitri, OPPA GANGNAM STYLE!


Hey hey awak yang sedang beraya tu, beramah mesralah dengan sanak saudara dan rakan taulan, usah asyik bermain telefon pintar saja.

Saturday, August 18, 2012

Ucapan Khas Hari Raya Aidilfitri 2012

Hai apa khabar pembaca? Sudah sampai di kampung halaman masing-masing kah? Ataupun masih lagi tersekat di atas jalan raya? Walaupun di kampung kalian mungkin tidak mendapat talian 3G dan mungkin tidak akan dapat membaca mesej ini, saya tetap ingin menyampaikan ucapan khas hari raya dengan penuh keikhlasan. Tahun ini saya tak dapat satu pun kad raya sebenar dan kad raya elektronik daripada anda semua. Maxis pun tak sudi nak beri dah. Tak mengapa, saya tetap akan mendoakan anda tidak diserang cirit-birit mahupun berat bertambah 5 kilo dalam masa 3 hari akibat makan umpama iblyss di hari raya nanti. Ok macam dah panjang je intro aku ini, ayuh teruskan membaca ucapan khas Hari Raya Aidilfitri saya.

Selamat Hari Raya buat Mama yang berada di Bangi, tahun ini kali pertama aku tak beraya dengan Mama semenjak lahir melalui teknik caesarean 28 tahun yang lalu. Yelah dah kahwin kan tahun pertama kalah one two jus dengan bini kenalah beraya di Kangaq. Semoga Mama tidak pilu tanpa Ijai di sisi dan Ijai minta maaf di atas segala dosa Ijai dari hujung rambut yang baru dipotong ni hinggalah ke hujung kuku kaki yang belum dipotong.

Buat isteri saya Nurdatillah binti Hasim, saya minta maaf sebab seringkali mengguris hati awak....malas kemas katil, taknak potong rambut, pakai seluar lalu tercabut butang sebab perut dah besar dan awak terpaksa jahit, kalah main Songpop di iPhone kategori 90s Alternative dan pelbagai lagi dosa remeh saya. Usia perkahwinan kita masih muda, dan saya masih cuba untuk mengadaptasi bangun pagi boleh nampak gadis yang saya cintai di sebelah saya :)

Buat team Bangi, aku rasa kita tak pernah bertelingkah walaupun sekali, maka tiada dosa kot antara kita. Tapi tak tahulah kalau Shuhud terasa aku selalu cakap dia negro, Adam Chinese Muslim, Fandi muka macam Indon, Apai dan Dazu takut bini, Anas tak terer main Fifa, Ikram ambil steroid, Jamil boroi, Zul mulut itik dan semua jenis cacian lain lah. Walaupun ada yang berada di luar negara dan tidak dapat bertemu di hari raya ini, kalian semua tetap di hati dan punggung.

Saya juga ingin memohon maaf kepada anda yang sedang membaca entri ini, tak kiralah sebagai seorang peminat fanatik, bekas teman wanita mahupun lelaki ataupun stalker tegar, saya harap anda dapat memaafkan saya jika gaya bahasa dan penulisan di blog ini mengguris hati anda yang suci itu. Manusia memang tak dapat lari daripada kesilapan. Hari ini anda digilai, esok lusa anda dibenci macam Robin van Persie. Mungkin tak kena analogi yang saya gunakan ini. Saya juga sedar di atas penurunan kualiti serta kekerapan mengemaskini blog ini. Siapa yang peduli? Sayalah yang peduli kerana saya sebenarnya suka menulis tetapi semakin tua diri ini, semakin kurang idea untuk dikupas. Kalau boleh nak kemaskini hari-hari tetapi bak kata pepatah moden, kualiti lebih baik daripada kuantiti. Ahhhhh alasannnn.

Akhir kata, ingin saya nyanyikan sebuah lagi Najwa Latif untuk anda semua.

♫ Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
ku maafkan dosa
Kosong...kosong ♪


Goodbye Romadhon, here comes the syaiton. Selamat Hari Raya semua.

Friday, August 17, 2012

Peristiwa Seram di Bulan Ramadhan

Khamis. 16 Ogos bersamaan dengan 28 Ramadhan. Sebagaimana yang kita tahu, di bulan Ramadhan yang mulia ini semua syaitan dan iblis telah dirantai. Namun begitu sifat jembalang di dalam diri masih kekal di dalam hati manusia. Kejahatan tetap akan berlaku kalau manusia tidak dapat mengawal nafsu. Kisah seram ini masih lagi terngiang-ngiang di dalam minda aku.

Tahun ini merupakan kali pertama aku beraya sebagai seorang suami. Atas dasar kompromi, tahun ini kena beraya di kampung isteri. Kami bertolak dari rumah seawal pukul 5.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Lepastu berhentilah kejap kat Petronas Sungai Besi untuk semayang subuh dan tapau mekdi in case kalau nak menggunakan advantage perjalanan melebihi 2 marhalah.

Perjalanan diteruskan sambil mendengar lagu raya di radio. Bak lagu Sudirman, perjalanan jauh tak kurasa, kerna hati melonjak sama. Namun begitu perut aku tidak turut sama gembira. Tiba-tiba terasa sakit yang amat. Terasa bagaikan tahi sudah sampai di hujung lubang punggung. Aku menekan pedal minyak sehingga mencecah lantai. Entah berapa offside trap yang aku kena pun aku tak pasti. Kemudian aku nampak papan tanda 'Kawasan Rehat Behrang', lagi 1 kilometer.

Aku hesitate juga nak berhenti di kawasan rehat Behrang ni kerana dia bukan kawasan rehat yang popular, maka orang tak ramai berhenti. Banyak cerita-cerita seram yang aku ada dengar di kawasan ni tapi tak tahulah betul ke tak kan. Setakat cerita momok penanggal hisap tong sampai mencari darah haid wanita, itu tak seram sangat sebab mana ada momok di bulan puasa ni. Tapi cerita pasal mat rempit merompak dan meragut haa itu yang cemas tu. Namun begitu apa pilihan yang aku ada? Kalau terberak dalam seluar nanti malulah nak berhadapan dengan mertua.

Aku terus parking dan keluar dari kereta sambil mengemut punggung sedaya upaya. Da'killa tinggal di dalam kereta. Aku terus masuk ke dalam tandas yang paling dekat, walaupun gelap dan tiada lampu. FRAG FRAG FRAG FRAGGGGG syukur Alhamdulillah sempat juga tahi dilepaskan di tempat yang sepatutnya. Kenapa entah sakit perut dia lain macam. Aku teruskan saja proses penyahtinjaan sambil berbunyi ahh ahh yeahh tanda kelegaan.

Tiba-tiba aku ternampak bayangan manusia melalui pintu tandas. Bayang itu semakin dekat dah aku boleh nampak dengan jelas tapak kaki makhluk tersebut. Ahh sudah. Kan banyak lagi tandas kosong yang lain kenapa nak berdiri di hadapan pintu aku? Hati aku mula berdebar-debar. Peluh dingin mula membasahi dahi. Nafsu berak aku sudah terbantut akibat ketakutan. Dalam hati aku beristighfar meminta untuk dijauhkan daripada sebarang bencana.

Tapak kaki tadi telah hilang. Aku mendiamkan diri selama 5 minit dan aku pasti makhluk tadi telah pergi berdasarkan bunyi tapak kaki yang semakin jauh. Perlahan-lahan aku membuka pintu mengintai, tiada orang. Dengan penuh berhati-hati, aku pun keluar daripada tandas tersebut. Selangkah demi selangkah aku bergerak untuk ke luar tandas, perut aku semakin kecut, degupan jantung semakin laju bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.....

TIBA-TIBA!!!!!!!!

"HOI TANDAS LELAKI KAT SEBELAH LAH!" Marah makcik cleaner tersebut. "Ohh yeke? Maaf", jawab aku sambil tersipu-sipu malu dan terus masuk dalam kereta, start enjin dan memandu laju tanpa memandang cermin belakang. Tuhan saja yang tahu perasaan aib aku ketika itu. Tak boleh juga salahkan aku 100% kerana aku dah nak terberak tak perasan pun tanda 'Perempuan' dia sebab letak kat tempat yang orang nak susah nampak. Da'Killa pula memang tak membantu sebab asyik menggelakkan aku di sepanjang perjalanan. Aku tak akan berhenti di kawasan Behrang. Amacam seram tak kisah aku ni?

Tuesday, August 14, 2012

Parti Liar Ramadhan 2012

Ahhh Ramadhan. Kenikmatan Ramadhan itu boleh dikecapi setelah penat berpuasa sehari lalu menunggu masa untuk mengalirkan sirap sejuk ke anak tekak sebelum disudahi dengan gomolan rakus di dada.....dada ayam. Di bulan puasa ini, memang sudah menjadi tradisi buat kami Team Bangi untuk beribadah dan bersedekah dengan menjamu anak yatim berbuka puasa. Untuk tahun ini, pada hari Sabtu yang lalu kami memilih Rumah Anak Yatim al-Kacaki di Bandar Baru Bangi sebagai lokasi untuk ift....err berbuka puasa. Dua tahun yang lalu kami memilih tema Barbie Q Haidar, dan tahun lepas pula dengan tema Arabian Nights. Maka untuk memberi kelainan tahun ini, kami semua bersetuju untuk memilih tema Chinese Muslim. Adakah anda telah bersedia untuk berparti liar? Ayuh teruskan membaca.

Oleh kerana tema tahun ini adalah tema Cina, segala-galanya mesti ada kaitan dengan Cina juga bagi membentuk keharmonian kaum. Atas dasar itulah kami memilih untuk membeli main course di Restoran Cina Muslim popular, Mohd Chan Abdullah di Bangi. Ingin saya kongsikan sedikit trivia yang diragui kebenarannya di sini tentang restoran tersebut; Restoran Mohd Chan ini dimiliki oleh saudara bau-bau bacang pelakon aksi Cina popular Jackie Chan yang tinggal di Bukit Belacan, Ampang.

Tugas untuk membeli hidangan utama ini diserahkan kepada Ahmad Shuhud (Abe), Amir Rashidi (Apai) dan Khairul Afandi (Fandi Radja). Mereka membuat keputusan untuk membeli 10 bungkus Nasi Goreng Cina berlaukkan seekor ikan Siakap Masak 3 Rasa Cina dan Sotong Goreng Tepung Cina. Boleh saya katakan yang makanan mereka sebenarnya agak mahal, tetapi portion yang diberinya juga agak banyak.


Selain daripada makanan utama Cina, Ikram (Am) turut membaca Kantonis Fried Chicken (KFC), dan Hisyam (Ise) pula membawa sate Cina iaitu sate Willy instead of sate Melayu Haji Samuri. No pork no lard. Ikmar pula dengan tak rela membawa makanan ringan daripada Auntie Anne Mew Choo yang dibeli daripada kompleks membeli belah tumpuan kaum Cina, Jusco Cheras Selatan. Sepatutnya ada aiskrim Mandarin yang mahal sebagai dessert daripada Zul, tetapi dia memungkiri janji tatkala kita semua berada dalam mood Janji Ditepati. Aku pula menguruskan bahagian minuman dengan menghidangkan air punch berisi Nata de Coco Lee dan Teh Cina.


Maka kami pun menikmati hidangan yang disediakan sambil lagu-lagu Canto-pop dari Heavenly Kings Jackie Cheung dan Andy Lau bermain di latar belakang. Tapi macam biasala ikut nafsu lesu. Bulan puasa ni makan kurma 2 ketul pun dah kenyang apatah lagi nak makan nasi goreng sepinggan. Maka seperti yang dijangka ada saja makanan yang tak habis so masing-masing kenalah bawa balik makanan bagi mengelakkan pembaziran. Pisang tu patutnya nak buat banana split, tapi sebab ada orang mungkir janji tak bawa aiskrim so terbiar begitu sahaja.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut terawih tak pergi. Begitulah pepatah Melayu yang sering diamalkan oleh Fandi di bulan Ramadhan ini. Namun begitu hasrat beliau untuk ponteng terawih pada malam tersebut gagal kerana kami semua ingin mengecapi malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Gambar di bawah bukanlah gambar yang riak dan menunjuk-nunjuk dalam ibadah, tetapi sebagai sumber inspirasi kepada para pembaca agar bersolat Isyak dan terawih berjemaah.


Tidak cukup dengan itu, kami turut menjemput bekas juara Makmum Muda musim kedua, Ustaz Ahmad Shuhud untuk menyampaikan tazkirah ringkas bagi memberkati majlis tersebut.


Sesungguhnya saya amat gembira dapat berkumpul bersama BFF saya untuk berbuka bersama, bergelak tawa serta mengumpat musuh-musuh lama. Bila kita dah makin dewasa, komitmen kita banyak pergi ke tempat kerja dan keluarga masing-masing, dan kita tak akan ada masa untuk sentiasa berfoya-foya seperti dahulu. Tapi kalau kita biarkan saja tanpa ada usaha untuk buat gathering sebegini, sampai bila-bila pun tak dapat berkumpul bukan? Kesempatan dapat bersama memang saya hargai dan kenikmatan sebegini takkan boleh ditukar ganti dengan apa-apa. Too bad kami masih belum dapat kehadiran lengkap Team Bangi since Anas, Adam, Jamil dan Dazu berada di luar negara. Ini pun mungkin kali terakhir Abe dapat join sebab bulan 9 nanti dia akan pergi ke England untuk menjadi pemain boling padang berkulit hitam di sana. Itu pun kalau dia tak rindu nak tidur bawah ketiak mama dia dan pulang selepas dua minggu la.


Terima kasih buat Puan Ruziyah selaku hos, Nurdatillah isteri yang jelita, Apai, Mizah & Akif, Ikram & Jannah, Fandi, Ida & Zharfan, Ise & Yana, Abe & Zul serta Ikmar. Kita akhiri entri ini dengan gambar daripada bekas Juara Makmum Muda musim pertama dan kedua sharing a black stick.


Thank you. I lap uols. Uols lap me tak? Oh btw harini hari lahir Ise. Happy birthday Ise!

Friday, August 10, 2012

Tabiat Technical Support Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Memang sudah menjadi lumrah manusia suka untuk komplen sepanjang masa. Lebih-lebih lagi jika kita membeli satu barangan mahupun perkhidmatan menggunakan wang sendiri, maka kita pun rasa bersemangat untuk mendapatkan servis susulan. Contohnya kalau kita beli komputer riba baru berjenama HP, Windows tiba-tiba hang sikit pun nak dah nak call technical support walaupun kita sebenarnya boleh restart saja komputer. Kalau orang Melayu memang jarang call tech support ni sebab Windows pun cetak rompak kan. Apapehal terus hantar kedai dan format.

Anyway pernahkah kalian menghubungi technical support untuk mendapatkan bantuan? Ataupun mungkin call customer service Maxis ke nak tanya pasal bil telefon? Jika anda maki-hamun mereka sekalipun, mereka sentiasa akan beri layanan yang terbaik kepada anda. Tetapi apa yang anda tidak tahu adalah perkara sebenar yang berlaku di pihak sana. Benarkah mereka sebenarnya insan yang berhati mulia yang hanya berkhidmat untuk memuaskan hati anda? First job saya selepas bergraduasi adalah Tech Support untuk HP, maka di sini saya ingin mendedahkan perkara-perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang arena teknologi maklumat ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Customer is always wrong

Kadang-kadang kalau kita call untuk mendapatkan khidmat bantuan teknikal, kita akan rasa terjengkel dengan engineer tersebut kerana menyuruh kita membuat benda-benda yang terlalu basic. Cuba kau call TM nak troubleshoot masalah internet. Mesti dia tanya kau, "Ya cik dekat kotak empat segi yang dipanggil modem itu ada lampu yang menyala tak?" "Jika tak menyala, cik perlu on suis dia dahulu". Hakikatnya di dunia ini memang terdapat pun orang yang bodoh IT. Internet tak ada sebab tak cucuk kabel. Monitor tak keluar apa-apa sebab tak on. Kita pulak nampak benda tidak berfungsi seperti yang sepatutnya memang tak fikir panjang dah mesti kena minta tolong orang punya. Maka semua orang pun akan dianggap bodoh IT. Kalau anda betul, mengapa call tech support at the first place?


2) Mereka sentiasa mencarut kepada anda

Anda mungkin tidak percaya kenyataan ini kerana pernah ke anda dengar customer service cakap kat anda, "Banjingan kau tolol cikai mak lampir paan kuih tat buta IT!"? Tak pernah kan? Lagipun setiap perbualan adalah dirakam dan ada transaction monitoring mana boleh kena pecat kalau kita mencarut kat pengguna. Di sinilah butang 'hold' ataupun 'mute' memainkan peranan mereka.

Ketika mereka meminta izin untuk meletakkan anda dalam mode 'hold' dan bunyi-bunyi muzik yang tenang kedengaran di telefon, mereka sebenarnya sedang laju-laju mengeluarkan kata-kata kesat yang kalau kita dengar mesti pilu rasa di hati kerana melibatkan ahli keluarga sekali. Itulah caranya untuk mereka melepaskan amarah di hati sebelum kembali 'unhold' dengan nada penuh ceria dan ketabahan melayan kerenah anda.

3) I want to speak to your supervisor!

Tatkala kita sudah mencapai satu tahap di mana kita tidak boleh mencapai kata sepakat dengan tech support tersebut, or rather, benda di luar norma kehidupan yang kita minta memang mereka tak boleh tunaikan seperti meminta DVD Microsoft Office asli secara percuma sebab kita kena tipu dengan penjual tak jujur, maka tibalah masanya untuk kita mengamuk, menjerit-jerit, sebelum meminta untuk bercakap dengan supervisor.

Ok fine. Mereka pun bagilah anda bercakap dengan supervisor mereka. Dengan serta merta nada anda berubah menjadi lembut, dan anda pun mulalah komplen dari Alif sampai Ya menceritakan segala sifat mazmumah tech support tadi kepada supervisor. Yang si supervisor pulak cakap dia akan mengenakan tindakan kepada tech support tadi, tak pun beri dia lebih latihan bagaimana untuk melayan pelanggan dengan betul, serta disudahi dengan ucapan terima kasih kepada anda di atas feedback yang diberi yang ternyata dapat menaikkan tahap customer service di masa akan datang. Anda pun kembang testis rasa puas hati gila sambil berbangga-bangga dengan tindakan anda di Fesbuk.

Apa yang anda tidak tahu adalah, orang yang anda cakap tadi tu sebenarnya bukan supervisor dia, tetapi hanyalah rakan sekerja yang rawak. Seriously. Nampak Syed Muaz tengah lalu, "Hoi bro kau tolong jadi supervisor aku kejap" "No problem belanja aku nasi daun pisang nanti". Even supervisor sebenar tak berminat nak bercakap dengan anda. Kah kah kah anda sudah kena tipu.

4) Anda kagum dengan kehebatan teknik troubleshooting mereka tetapi...

Hakikatnya mereka sebenarnya orang biasa, dan dalam sesetengah hal, tahap teknikal mereka sebenarnya lebih kurang dengan anda sahaja. Tetapi bagaimana pula mereka boleh menyelesaikan masalah anda dengan penuh keyakinan? G O O G L E. Bak kata pepatah Inggeris, "If it's not on Google, it doesn't exist". Segala permasalahan komputer anda sebenarnya anda boleh selesaikan sendiri, anda hanya perlu bertanya soalan yang betul saja. Di sinilah yang membezakan anda dan mereka, iaitu skil research. Hey tapi kalau semua orang tahu nak troubleshoot masalah sendiri maka tiada kerjalah kanak-kanak jurusan IT.

Begitulah antara tabiat-tabiat pekerja technical support yang mungkin anda tidak tahu. Sedar ataupun tidak, kita sering menggunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk melayan mereka seperti seekor kuda padi. Hakikatnya, tanpa bantuan mereka, anda pasti akan terkapai-kapai untuk setup printer anda, install Service Pack 2 mahupun bagaimana untuk memasang RAM. oleh itu, hargailah usaha mereka dan layanlah mereka sebagaimana anda ingin orang layan ibu anda jika ibu anda bekerja di bahagian Tech Support Dell.

Apapun apa yang ditulis di atas adalah benar-benar belaka ezajerit sikit-sikit je berdasarkan pengalaman sendiri dan orang lain. Jika anda merupakan fresh graduate jurusan IT, bekerja di bahagian tech support adalah cara yang paling pantas untuk belajar perkara teknikal secara hands on di samping mengenali bagaimana ragam manusia. Lepas 5-6 bulan kau dah boleh jadi pakar lalu lompat kerja dan dapat gaji banyak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...