Friday, January 13, 2012

OHHH EMMMM JIIIII

Bangun pagi pukul 11. Qada' subuh. Mahu mandi. Merenung air sejuk yang mengalir selama 5 minit. Lupa arah tujuan lalu buka PC. Login Twitter. Nampak trending topic, Foo Fighters. Klik. Baca tweet. Hmm. Foo Fighters live in Singapura pada 2 Mac. Gosok mata. Cubit nipple sendiri. Memang sakit. Nikmat sikit-sikit. Baca kembali. Foo Fighters live in Singapura pada 2 Mac. SEGYFGKJDFKDJFGSYDSDBSKJFDKHFDHKFG KDYWEMNBDMNBFWKWKWKWKWSDSDSRTRTRT (sawan babi). Ayuh?

Dalam banyak-banyak kumpulan muzik di dunia ini, Foo Fighters rankingnya adalah nombor dua, di belakang Spice Girls. Kita boleh bersikap optimistik mengharapkan abang-abang Foos menambah Kuala Lumpur sebagai destinasi jelajah konsert mereka tetapi hakikatnya, Singapura adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang akan mereka histeriakan untuk tahun ini. Memandangkan pergi balik kerja asyik pasang cakera padat Wasting Light balik rumah berangan-angan kita berada di konsert agung di Wembley, mungkin sudah tiba masanya untuk kita pergi menonton persembahan mereka secara langsung?


Siapa tak eksaited nak tengok abang Dave Grohl lincah ke sana ke mari mengusung gitar Gibson biru lautnya dengan transition vokal tenang kepada jeritan super. Siapa tak ghairah melihat abang Taylor tidak berbaju mengetuk drum bagaikan seorang ayah tiri memukul anaknya. Siapa tak rasa kagum melihat gorengan gitar abang Chris dengan solo-solo yang bermelodinya. Siapa tak teruja melihat abang Nate yang sentiasa tenang di wajah tetapi jari-jemari begitu lincah berlari-lari di bassnya. Last sekali, gadis dan jejaka metroseksual mana yang tidak cair melihat senyuman menawan abang Pat? Pasti inzal mendengar intro keramat Everlong. Pasti meneruskan inzal mendengar intro drum My Hero. Pasti mahu singalong part OOO OOOO OOO OOO OOO OOOO dalam lagu terunggul Best Of You.



Konsert akan diadakan pada 2/3/2012 di Padang, Singapura. Tetapi aku dah tua. Stamina pun kurang main futsal 15 minit pun dah berbuih mulut. Mampu ke berdiri selama 2 jam maybe lompat sikit-sikit akibat terdengar riff Stacked Actors dimainkan. Dahla aku ni boleh secara tiba-tiba diserang klaustraphobic. Haritu pergi konsert Paramore pun kena bersikap tenang duduk di belakang. Tiket semua free standing dengan harga SD138. Kalau tukar duit kita berapa ringgit tu? Furthermore, di saat itu aku sudah bergelar suami. Adakah bini akan merestui pergi ke konsert rok sebegini? Mungkin, kalau kita pergi Singapura untuk destinasi bulan madu sementara? Amacam (bakal) isteri tercinta? Hik hik hik.

Aaaaanyway, ada di antara kalian yang bercadang untuk pergi? Ayuhhhhh. Maklumat lanjut di sini



4 comments:

Anonymous said...

nanti boleh laa tido atas couch apartment aku kalau nak sep duit. tapi better duduk hotel laa kalau nak berbulan madu haha


-Jamil

sha2 said...

serious?! aku pun mahu pergi tapi mesti parents x bagi.

btw, aku start dengar balik foo fighters sebab kau. hahaha

Faizal Rosly said...

jamil: ahah. kau balikla bangi time tu tinggalkan apartment untuk kami jaga eheheh. takpun jadi tour guide bawa kami jalan2

sha2: parents kasi kalau kita dengar cakap mereka seperti tutup kipas masa keluar bilik ataupun menyapu daun kering di halaman

LelakiSemalam said...

jauh sangat...mesti kool sangat!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...