Tuesday, January 31, 2012

Peristiwa Ngeri 21 Januari

Hai apa khabar pembaca yang menyokong Menyu? Masih sakit pungkoq kah? Sudahlah, kita buang yang keruh ambil yang jernih. Kalian masih boleh menjuarai Europa League dan Mister Potato Cup kan? Merujuk kepada tajuk di atas, tarikh 21 Januari adalah tarikh yang bersejarah dalam hidup saya kerana itu merupakan tarikh saya bernikah sekaligus mendapat lesen untuk melakukan aksi yang berdosa jika dilakukan tanpa ikatan yang sah. Hari itu memang hari yang istimewa, namun begitu tarikh tersebut turut membawa memori ngeri yang akan diingati. Ayuh teruskan membaca.

Jumaat malam Sabtu tu aku dah rasa gelisah. Mundar mandir keluar masuk rumah pumping jogging setempat untuk mengurangkan perasaan gemuruh di dalam diri. Mana tak gemuruhnya esok dah nak jadi suami orang. Aku takut jenaka-jenaka yang aku selalu buat kat orang seperti tak lancar baca doa qunut ketika tok kadi tanya mahupun termention nama bekas teman wanita semasa bernikah berlaku kepada aku. Memang tak lena diulit mimpilah tidur aku pada malam itu.

Keesokan harinya, debaran semakin terasa. Kalau nak dibuat lagu, bunyinya macam lagu Haiza "Dag dig duggg (2 kali) di dalam daaaada jantung berdebar hati berbunga amboiiiii". Masa tu sudah pukul 8 pagi. Selepas mandi aku pun bersiap-siap la nak pergi cari sarapan pagi di Perlis. Ok, what's the worst thing that could happen on your nikah day? LOSING YOUR WALLET. Maknanya, hilang segala bentuk identifikasi diri. Kau punya kad pengenalan, kau punya lesen, kau punya kad bank, kau punya gambar aksi solo tidak berpakaian semua akan hilang. Hilang tu satu hal, tetapi hilang semasa hari pernikahan kau? Bagaimana jika tok kadi mintak IC nak tengok aku ni benar-benar hensem dan tulen seperti yang tertera di dalam kad pengenalan?

Tenang Faizal tenang. Di saat-saat kesusahan, siapakah orang pertama yang harus kau hubungi Faizal? Mama. Yes, mama kan ada. So aku pun bagitahulah mama dompet aku hilang. WORST DECISION EVER. Mama mula menampakkan riak wajah cemas di muka lalu terus menggeledah bilik tidur sambil mulutnya terkumat kamit disyaki bebelan terhadap aku. Apabila masih tak jumpa, mama semakin panik lalu meminta bantuan saudara mara dengan nada yang lebih nyaring. Memang Panic! At the Homestay la. Lepas tu masing-masing cuba menggunakan skil penyiasatan Detektif Muda Hajime Kindaichi soal siasat aku dengan soalan-soalan yang relevan seperti "Bila last nampak?" mahupun soalan tidak masuk akal seperti "12 darab 5 berapa?"

Ada juga yang mengesyaki itu sebenarnya adalah taktik aku untuk tidak mahu berkahwin saja hilangkan IC. What the whatt? Mama sudah terduduk bersandar di dinding sambil mengalir air mata. Yaa menangis mama kau tahu sebab risaukan anak dia tak dapat kahwin. Di saat-saat ini masalah besar pulak datang iaitu Team Bangi. Depa mana ada nak tolong cari lagi membahan aku adalah. Namun begitu kami menggembleng tenaga menggunakan skill KBKK, Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif seperti yang dipelajari di sekolah rendah. Berdasarkan penaakulan kami, ada 3 kesimpulan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah ini:

1) Menyerah diri kepada bakal mertua dan membuat laporan polis

Daripada kita membuat masa mencari sesuatu yang tidak pasti, ada baiknya kita menjimatkan masa terus buat report polis. At least polis boleh sahkan yang IC kita hilang so kalau tok kadi minta IC kita bagi report polis terus.

2) Kahwin lari di Thailand

Alah dah alang-alang kat Perlis kan, kalau kau naik rollerblade pun 20 minit dah boleh sampai ke sempadan Thailand. Ikut stail Aidil Zafuan dan Rita Rudaini la. Diorang kahwin kat sempadan dulu sebab IC depa hilang jugak la kot.

3) Guna IC Shuhud Zakaria

Shuhud (Abe) dengan penuh kerelaan berkata, "Tak apa, IC saya ada saya boleh ganti ijai". Celaka kau Abe. Berani kau cuba merampas hari bahagia aku.

Obviously aku memilih penyelesaian nombor satu walaupun hakikatnya reputasi aku akan terjejas. Dengan langkah yang berat aku pergi menyerah diri di rumah Da' Killa sambil menjelaskan situasi tersebut kepada abah Da' Killa. Belum kahwin lagi dah buat perangai. Buruk gila first impression yang aku beri. Dahla selama ini aku memang tak pernah berbual mesra dengan keluarga Da' Killa sebab segalanya diuruskan dengan mama tup tup kena pergi balai polis bersama-sama pula. Ahh. Tiba-tiba telefon berdering, kedengaran seperti orang berpesta di latar belakang. Ahhh syukurlah dompet telah dijumpai. Dalam beg aku je rupanya aku je yang tak cari betul-betul. Cikai mak lampir memang aib lah peristiwa itu.

Petang itu, aku sekali lagi membuat mama menangis, tetapi sekurang-kurangnya air mata yang mengalir adalah air mata gembira :)





15 comments:

Akim Iqbal said...

Ye ye ye

deeb said...

awat hang suka dok buat prangai rgaplah jingga ni ijai???? ishk!!!

kau kawen sama date ngn birthday aku yg ke 3 series wocaayyy... (maka secara automatik ingat ijai kawen every year, arghhhh tidak!!)

Cho Zila said...

keh.. keh... dah rasa dah mesti jumpa punya....

PelangiPagi said...

Fuhhhhh..maunye tak panik..Ijai..ijai..

Ikr@m said...

nikah dgn org perlis ke bro ?

dyg said...

mcm2...kesian mama..:)

Halimatun Sa'adiah said...

tahniah!
gelabah sgt nk nikah smpai cri wallet pon x jumpe ek...

..:: WiRdA ::.. said...

Gelabah bewak org utagha ckp...haha... Btw, tahniah...selamat pengantin baru!

DuniakuAbstrak said...

drama kemain

Faizal Rosly said...

akim: ye

deeb: haha itu barulah fanatik yang sebenar

cho: nasib baik

pelangi: panik panik

ikram: ya

dyg: tak apa saya anak tunggal

halimatun: lelaki gelabah time nak sunat dan nak nikah

wirda: bewak tu biawak la kan

duniakuabstrak: pasti. ezajerit lebih

phish said...

epikkkkkkk jaiiiii....sakit perot aku gelak

Anoneemus™ said...

Wah berdebar2 paru2 saya membaca entri ini. Hujung2 rasa nak menangis pun ada.

Tahniah Encik Ijai!

C-I-K-I-N-T-O said...

awat la loqlaq sangat ang ni faizal oi...! mujuq la jumpak. haish suspen btoi.

anyway, aku syahdu tgk mama nanges :(

Faizal Rosly said...

phish: gelak berpada2 nanti lupa doa qunut

Anoneemus: thank youuuuu

cikinto: aku pun syahdu umpada bunga layu di tasik madu nyanyian fauziah latiff

Anonymous said...

drama la ko ni... haha

-sepupu ampang-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...