Tuesday, January 10, 2012

Persediaan Kecil Lelaki Sebelum Berkahwin

Hai apa khabar pembaca? Bagi mereka yang masih membeli majalah gosip murahan Mangga setiap bulan, anda mungkin telah membaca gosip liar tentang saya bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Bagi mengelakkan timbulnya spekulasi ataupun kekeliruan, di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi di mana gosip itu sememangnya benar. Saya akan menamatkan zaman bujang dalam masa beberapa belas hari saja lagi. Berkenaan dengan persiapan perkahwinan, hampir semuanya diuruskan oleh mama kerana saya anak tunggal maka tugas saya adalah memberi wang sahaja. Namun begitu, sebagai seorang lelaki, ada beberapa persiapan yang harus kita lakukan untuk persediaan masa hadapan. Apa yang kita jarang tekankan adalah persediaan kecil yang dianggap remeh yang sering diabaikan oleh bakal pengantin. Ayuh kita kaji perkara-perkara kecil yang harus diberikan perhatian menjelang perkahwinan.

1) Menghafal doa qunut

What the what? Takkan dah nak kahwin masih tak hafal doa qunut? Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh AJK Surau Al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, melalui survey rawak yang dilakukan terhadap pengunjung pasar malam sebelah Petronas, hanya 2 daripada 10 orang pengunjung pasar malam tersebut dapat membaca doa qunut dengan lancar tanpa sebarang kesalahan yang nyata. Kita ni masa kecik-kecik dulu bukan setakat doa qunut, doa solat sunat gerhana bulan pun kita hafal. Tetapi dah dewasa ni, makin malas baca doa qunut terus buat sujud sahwi. Kadang-kadang tak solat subuh terus. Lama-lama langsung keliru qodoit dulu ke afait dulu ke.

Tetapi selepas bernikah kita mungkin akan bermalam beberapa hari di rumah mertua. Semasa di rumah mertua kita berkemungkinan besar perlu bersolat berjemaah bersama keluarga dan dipaksa menjadi imam. Kalau kat rumah sendiri kita mungkin akan solat subuh pukul 8 pagi, tetapi takkan nak buat perangai sedemikian di rumah mertua nanti. Nak tak nak kita harus bangun bagi, mandi wajib menggunakan air telaga yang sejuk nak arwah, kemudian bakal dihakimi oleh bapak mertua umpama proses pengadilan rancangan realiti Imam Muda. Lepas doa qunut kau jangan ingat kau boleh lepas. Bacaan lepas solat lagi kau kena master juga. Mana boleh main pass-pass suruh adik ipar kau baca kena silent treatment dari mertua nanti. Maka ayuhla kita sama-sama menghafal doa qunut.

2) Mengkaji soalan ramalan


Adalah menjadi lumrah tok imam akan bertanyakan tentang soalan-soalan keagamaan sebelum bernikah. So far di majlis pernikahan BFF yang aku hadiri, hanya Adam saja yang tok imam tanya soalan. Dia tanya rukun nikah ke apa ntah. Itu pun tanya senyap-senyap tak pakai maikrofon so kalau salah takdelah digelakkan secara berjemaah. Time Apai nikah, rasanya tak tanya apa-apa. Masa Fandi pula tok imam sekadar meminta tandatangan kat Fandi sebab ingat dia tu penyanyi Radja. Itu bukanlah satu pujian. Mungkin di zaman globalisasi dan modernisasi ni nikah di bandar tok imam dah malas nak bertanya. Mungkin sebab mereka ada job lain selepas nikahkan anda so tiada masa. Tetapi kalau anda nikah di kampung, anda mungkin akan berhadapan dengan tok imam yang ortodoks, yang jenis nak 'kenakan' kau especially jika kau orang bandar.

Sebab itulah kita harus bersedia dari segi mental untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Dulu time PMR asyik buat soalan ramalan so time nak nikah ni ada baiknya kita refresh kembali ilmu Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) kita bagi mengelakkan diri daripada diaibkan di hadapan keluarga. Kalau soalan tajwid mungkin aku boleh jawab tetapi demi kesejahteraan bersama, bolehkah kalian berkongsi soalan-soalan ramalan yang mungkin ditanyakan berdasarkan pengalaman anda sendiri?

3) Berlatih lafaz akad

Poin yang ini memang penting kerana ini adalah satu-satunya proses yang memerlukan kesempurnaan kalau tidak memang tak kahwinla anda. Aku saban hari asyik mengungkapkan lafaz keramat akad sebagai persediaan di hari pernikahan nanti. Sebagaimana yang kita sedia maklum, di saat kita hendak bernikah itu, perasaan gemuruh, takut, cemas, menggelabah, gabra bakal muncul pada masa yang sama kerana masa itulah kita akan terfikir betapa besarnya tanggungjawab yang bakal kita pikul dengan hanya melafazkan sebaris ayat. Itulah sebabnya ramai orang yang kantol kita proses lafaz akad. Ada video youtube yang aku tonton, ada sorang mamat ni bila time dia kena sebut "Aku terima nikah bla bla bla...." dia pergi sebut "Saya setuju" pulak. Tampak seperti lucu tetapi perasaan dia ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu. Itu tak masuk kejituan lafaz itu sendiri. Ada yang kena sebut "Aku terima nikah" ada pula yang kena sebut "Aku terima nikah-NYA" kalau tak kena repeat balik. Ahh cemasnya. Kau tengok BFF aku Apai lepas akad je terus histeria sampai kena bawak pergi jumpa Harun Din untuk berubat.


Yang paling ditakuti oleh setiap bakal pengantin lelaki ketika proses akad nikah adalah tersebut nama gadis lain, especially nama bekas teman wanita. Mana kau nak letak muka time tu. Dengan beberapa puluh pasang mata yang memerhatikan, itu tak masuk rakaman video perkahwinan secara professional mahupun dalam format .3gp. Tau-tau lepas 30 minit dah ada orang upload di Youtube. Haa cemas ni cemas ni. Sekali lagi aku ingin meminta bantuan kalian, siapa tahu lafaz akad nikah di Perlis? Betul ke kena lafaz dalam dialek utagha? Mampuih ceq noo.

4) Mengawal nafsu buat seketika

Selesai bernikah, ahh rasa seperti momok cerita Shutter baru bangun daripada bahu kita. Lega sangat bukan? Apakah perkara pertama yang anda fikir sebaik saja selesai akad nikah? Yaaa sudah pasti senggama halal di antara suami dan isteri. Yelah kalau jenis yang mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna tak pernah berzina sebelum kahwin, mestilah eksaited nak rasa kenikmatan tanpa menggunakan genggaman sendiri. But wait! Situasi yang selalu kita hadapi adalah; hari pernikahan masih ramai saudara mara di rumah. Lepas tu ada pulak Mak Long ataupun Mak Andak yang cemburu yang sudah lama tidak mendapat layanan mesra suami suruh kita balik rumah tak bagi kita tidur di rumah mertua. Atas dasar hormat kita kenalah akur dengan kata-kata mereka. Lagipun bilik pengantin tidak kedap bunyi tak manisla kalau orang dengar dengusan kuda kita nanti.

Mengawal nafsu juga boleh diaplikasikan ketika kali pertama bersama dengan isteri. Takkan baru first time dah nak buat aksi-aksi luar biasa seperti yang kita selalu tonton di pornografi seperti advanced rear entry, tombstone piledriver apatah lagi menggunakan gajet-gajet misteri seperti cemeti mahupun uniform Air Asia. Mesti isteri kita culture shock nanti. So bersabarlah, saat indah kan menjelma jua.

Begitulah antara persediaan-persediaan kecil yang kita harus fokuskan menjelang perkahwinan. Persediaan besar patutnya kalian sudah tahu daripada kursus perkahwinan yang kalian hadiri. Apa lagi yang aku harus prepare? Jika ingin dikira dengan hari, hanya tinggal 11 hari saja lagi untuk aku berfoya-foya sebagai jejaka idaman gadis-gadis. Alah tapi lepas kahwin pun kalian masih dambakan diri ini juga kan macam Aaron Aziz tu. Anyway, so far aku masih belum rasa menggelabah lagi. Is that a good thing or a bad thing? Bilakah waktunya aku harus mula menggelabah? Ahhh.



18 comments:

The Sharkox said...

selamat bermalam pertama ijai.

Nurul Huda Rahim said...

lafaz akad nnt buat 2 kali taw. sekarang mmg in trend lafaz 2 kali ni. kalau nak rare sket, buat 6 kali. kah kah kah.

rehaljingga said...

aku dulu punyala hafal lafaz akad org sg petani (wife aku org sg petani). setahun aku hafal. last2 sampai hari nikah, tok imam suruh ikut lafaz akad stail KL. jem otak aku kejap.

Akim Iqbal said...

malam jumaat setiap malam..

Atiqah Ahmad said...

11 hari lagi? wedding date kita sama la. hahha. :)

selamat pengantin baru.

Aslina said...

Bwk2 la blaja lafaz gune loghat utara... in case ah kan... bunyi2 siam pon hokeh je... hahaha... gudluck bro...

Faizal Rosly said...

sharkox: haha malam pertama yang pertama mungkin sekadar tengok tv saja

huda: apa ni tak elok mendoakan sedemikian buat saya

rehaljingga: oo yeke camana lafaz akad kau ada nya ke tak loghat utagha ke tak

akim: malam jumaat baca yasin

atiqah: yakah nanti boleh selebret ulangtahun perkahwinan bersama (tiba2)

aslina: ceq teghima nikah (nama perempuan) dengan maih kahwinnya bla bla bla susah lah

ainakhani said...

wahhhh selamat pengantin baru ijai. jaga dakilla bebaik.. and pas kahwin kau jangan lupa update blog.. jangan nak bersenggama je... kahkahakahak xD

O Ena O said...

aku ingt pengantin pmpuan jer ade momen bridezilla..rupernyer bakal pengantin lelaki pon ade momen gozilla eh...tkper jai..cooll coool....ekekkkekke

semoga segala urusan persiapan ko di permudahkan..insya Allah ameen...

rehaljingga said...

aku lafaz takde 'nya' tapi ade tambah perkataan 'lah'.."aku terimalah nikah blablabla.." haha siaplah kau.

baik kau pergi kautim dengan tok imam mintak soalan bocor dengan jawapan skali.belanja la beliau secangkir dua tongkat ali.(rhyme)

s a r said...

nampaknya kamu bernikah sama dgn mybro punye wedding. erm, semalam mybro balik kerja then dia nak tido. tetiba dia kata: "sar, aku dah rasa seram sejuk makin dekat tarikh ni" ~ahaha apakah?? :P

ceklala said...

gudlcuk!sile praktis tiap hari pas bangun tdo yek..abaikan yg lain2 yg penting time akad tu xsalah sebut.

OrangAkaun said...

kalau si bapak pompuan sendiri yang bagi nikah, kompom-kompom soalan bertimbun-timbun..jenuh jugak tuh..

Anonymous said...

persediaan lelaki kecil bagaimana? mantap?
-arep

JAIRO said...

masa aku nikah ari tu banyak kena tanya soklan.. memula kena suruh ngucap.. pastu ucap selawat.. pastu rukun nikah.. rukun islam dan rukun iman.... all the best!!!

Anonymous said...

eh ijai aku tak dapat ikut rombongan mak kiah hantar ko gi nikah la nnt.. baby aku tak suka duduk dalam kereta lama2..hehehe.. nnt majlis ko kat bangi aku datang :D

eh ko tau ke ko nk jadik uncle lagi 5 bulan? hehehehe...

selamat pengantin baru.. :)

-syarina-

Anonymous said...

Semoga dak kecik saiz olimpik akan menjadikan ijai + dakilla = 3 pada penghujung tahun 2012 nanti...

Mohd Hanif said...

Terima kasih infonya, tips yang sangant berguna untuk pasangan yang ingin berkahwin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...