Di sini saya ingin menerangkan beberapa sifat mahmudah dan mazmumah sebagai panduan buat anda yang ingin menjaga beliau.
1) Very playful
Kehidupan anda tidak akan tenang di dalam rumah, but in a good way kerana anda boleh melihat aksi-aksi yang hanya boleh ditonton dalam video kucing di Youtube seperti memecahkan pasu bunga mama yang mahal tapi tak kena marah, bermain Football Manager (cuba menangkap cursor mouse yang bergerak), naik turun tangga sampai letih terjelir lidah mahupun memanjat almari lepastu tak tahu nak turun.
2) Comel nak arwah
Kamon, siapa yang tak sayang Megatron? Lihat sajalah kompilasi aksi-aksi beliau di bawah ini.



3) Sudah disunat
Yaa Megatron sudah disunat kerana ingin menjadikan beliau sebagai haiwan peliharaan di dalam rumah di samping mengelakkan beliau daripada menyanyikan dan membuat aksi lagu Nirvana secara literal, Territorial Pissings. Tetapi dia masih juga kencing di atas katil mahupun longgokan baju mungkin sebagai tanda protes terhadap keputusan untuk menghilangkan kejantanannya.
So bagaimana? Mahu jaga beliau tak? Takkan nak pergi hantar ke Petknode nanti daripada kucing Persian jadi Sphynx pula. Makanan untuk Megatron tak perlu beri beli kami akan sediakan. Anda juga tak perlu membayar sewa meminjam Megatron yang selalunya kami cas RM 15 sehari. Haa untung kan? Jika anda sudah teruja dan tidak sabar untuk menghabiskan masa dengan Megatron, hanya satu saja syarat yang anda perlu penuhi; anda juga mesti menjaga Si Hitam, Persona Shareca, Chevy, Argay, No Tail, Persona Andika, Mum-Raa, Anak Mum-Raa, Kucing Siam 1, Kucing Siam 2, Kucing Siam 3, Soundwave, Si Oren dan Ibunya, serta si Kelabu dengan nilai kasih sayang yang sama yang anda berikan kepada Megatron. Bagaimana?

7 comments:
aku taknak tolong jaga kucing kau..apatah lagi mega yang sememangnya tak suka kat aku tu.. tp aku nak sourvenir utk tetamu VVIP.. pastu tapau sket nasi kenduri suruh mama ani bawak balik hari ahad nnt..
-sepupu ampang-
gile meriah kucing... sebagai penggemar kucing yg tegar, aku berharap aku jadi jiran ko skang... leh tgk2 kan kucing...
tapi kalo ilang seko, jgn dtg gegar umah aku kan... nak jugak merasa ada kucing sendiri...
tapi masalahnye aku dekat sangat kot... kat penang nun... huhuhh...
sepupu: kau ahli keluarga mana boleh jadi tetamu maka secara automatik jadi penyambut tetamu hehe
aslina: alah ceq pi perlih singgah sat la ghumah hang tinggai depa (handal bukan aku cakap utagha)
aku nak tolong....sbb aku suka kucing. tapi bila baca part hujung2 tu aku rasa tak mampu la pulak..hahahahaha
mende ko bagi makan kucin tu sampai gemok macam tu. aku pun nk gemokkan kucin aku gak.
sebbaik aku tak minat kucing....
bagi terusssssssssss bole xxx??????
aigooooooo..........rasa nk siyom n pelok kuat2.....gebunyaaaaa
Post a Comment