Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih buat ahli keluarga, terutamanya mama yang singlehandedly menguruskan perkahwinan saya. Mamalah perancang perkahwinan, mamalah sumber kewangan, mamalah pemberi nasihat keduniaan dan keakhiratan, pendek kata semua benda memang mama terlibat. Ini kerana saya anak tunggal maka semua benda kenalah mama yang buat ye tak. Walaupun terdapat insiden-insiden yang membuat mama mengalir air mata hihi (stories later!). Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang sanggup berkonvoi dari Bangi, Shah Alam, Kelang dan Ampang berjalan jauh sampai ke Perlis semata-mata untuk saya. Tapi kalian semua duduk di Perlis best apa. Dapat shopping di Padang Besaq, siap bercuti di Pulau Langkawi lagi.
Keluarga baru saya di sebelah isteri juga tidak dilupa. Buat *ehem, Mak dan Abah, terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu walaupun tidak pernah mengenali saya dengan mendalam sebelum akad nikah. Kalau ditapis sebetul-betulnya perangai saya, or sekadar bagi baca blog saya sebelum kahwin mesti dah suruh da'killa mencari jejaka lain yang lebih mulia perangainya. Terima kasih juga buat pakcik makcik sepupu saudara baru kerana sedaya upaya mencuba untuk tidak membuat saya berasa janggal apabila bersama mereka, terutamanya ketika mereka semua berbahasa utagha dengan pekat. Bersabarlah tidak lama lagi saya akan boleh join berbual setelah mengikuti kursus sepanjang hayat bersama da'killa.
Buat Team Bangi, persahabatan kita memang hingga ke syurga. Nanti kalau kita semua masuk syurga kita duduk satu taman ok. Mana tak terharu tengok teman-teman baik kau berada di sisi kau di saat pernikahan dan persandingan, sanggup memandu berbelas-belas jam mengharungi kesesakan lalulintas sempena tahun baru Cina. Thank you Jamil dan Evi jangan lupa minta beg Marc and Jacobs di Singapura nanti. Terima kasih Shuhud kerana menjadi pengapit aku sebab kaulah orang yang paling kurang kehensemannya yang dijamin tidak memberi saingan kepada aku jika kau berdiri di sebelah aku ketika berkahwin tempoh hari. Terima kasih Ikram dan ehem ehem Aishah. Bagus gadis tu Ikram dia minat Liverpool dan boleh menyanyi hihi. Fandi dan Ida wahhh tinggi pengorbanan kau memandu doblas jam. Tidak lupa juga Zul dan Ayu. Dan rakan-rakan Bangi yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara tapi berjanji nak bagi hadiah mahal, mahupun yang pergi sepak batu sehingga luka. *Batuk*.

So ok, jumpa di kenduri belah saya pula. Jangan lupa datang dengan hadiah yang mahal ataupun beri sampul berisi wang yang setara dengan harga hadiah ok? Gambaq kahwin nanti tunggu gambaq rasmi dari jurugambaq dan juruvideo rasmi ok? Thanks again. I lap uols. Huarghhh mengantuk pula. Saya masuk bilik dulu ya. Teteteteteww teteteww teww tetetewww.

23 comments:
memandu berbelas2 jam tu yg mmg terharu sgt tuh!! anyway selamat pengantin baru moga kekal bahagia ke anak cucu ijai! :)
selamat pengantin baru jai..
sile buat entri khas kisah2 lucu pra perkahwinan..hehe..
shuhud
congrats ijai!
semoga sentiasa menjadi suami yang baik untuk da'killa :D
salam jejai
tahniah!
selamat pengantin baru
setiap malam adalah malam pertama
kehkehkeh~
congrats!
selamat pengantin baru :)
be a good husband di dunia dan akhirat
congratz!
*sambil menyapu air mata kekecewaan. kehkehkeh
selamat pengantin baru...
moga dpermudahkan segala urusan =D
Malam jumaat
congrats..
selamat pengantin br ijaicool
bahagia 4ever..:)
selamat pengantin baru... aku pun nak kawen oi...!
ceklala: terima kasih
abe: mana ada kisah lucu. kisah sedih.
muna: baik dan hensem
yusuf: setiap siang adalah siang pertama juga hikhik
arwen: inshallah inshallah maher zain
★: bersabarlah saat indah kan menjelma jua
kaaka: semoga ramai memberi hadiah mahupun wang juga nanti
lurvee: forever and ever
zulfikar: jangan lupa hafal doa qunut
selamat pengantin baru ijai.. semoga kekal hingga ke syurga. amin.
Congrats bro.
Satu je nasihat, walaupun tak di minta.
Dlm kawin ni kene bebanyak "sabar". Kalau ape2 terjadi pasni, ingat perkataan tu. Sabar.
Apsal lamabt sangat bersiap dah dekat 3 jam tunggu dlm krete ni, minyak pon dah half tank dok warmap.....Sabar
Apsal dia semua bende nak pot pet, macam kawin ngan Dj radio ke Hasbullah awang ni.....Sabar
Apsal dia tanak buat seks setiap 5 minit........Sabar.
Apsal dia tak beranak2 lagi ni. Dia mandul ke aku yg shooting blank. Kene kawin sorang lagi ni untuk test power tempat lain pulak......Sabar.
So Selamat pengantin baru. Selamat enjoy gaya2 seks bebas yg halal bro.
ainakhani: ameeeeeeen
mangkuk statik: haha aku suka nasihat kau ni thanks bro
tahniah..tngok org kwen dri sndri pon tak sba nk kawen..hee
bguh la ade org nasihat ko psl sabo tuh..aku sgt setuju dgn nasihat die tu.kesaboran tu slh satu elemen penting dlm rumahtangga..cecece..apepon selamat menempuhi alam baru buat ijaicool & da'killa..tahniah sekali lagik!
Selamat pengantin baruuuuuuu... tahniah dari Mak Dara ye...
btw I've just voted fot you on Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012
all the best ya
Plsss vote for me back for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com ye.. tankiuuuuuuuuuuu
Jai aku tahu dah apasal mama kau nangis. Ishhh Ijaiiii... Hehehe
Dengaq cerita depa kata pasai IC dia hilang sekejap, ni tentu pasai gelabah nak pi menikah jadi kepala pun tak betui dah. La ni tentu kepala tu dah ringan selalu, pasai apa kena tanya depa lah, depa buat macam mana...
tahniah jai..aku sampai kena denggi lpas shoot outdoor itu hari... -__-
tahniah bro :-)
tahniah ijai n datilla..
kak wati doakan semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat!
sweetla gambaq kawen tu..
Tahniah Bro, both of u rombha alagairukinggek....
Post a Comment