Friday, January 20, 2012

This Will Be The Last Post...

.....sebagai seorang jejaka kacak dan single. Entri seterusnya yang anda akan baca, saya masih lagi kacak cuma dah tak single lah kerana saya akan mendapat lesen untuk bersenggama tanpa rasa berdosa esok. Ya, esok. To tell you the truth, I am ready physically, but not emotionally. Tuhan saja yang tahu betapa gemuruhnya perasaan saya ketika ini. Nama je ijaicool tetapi hakikatnya saya sangat tidak kool dalam hal-hal sebegini. Ayuh teruskan membaca.

Sekarang saya berada di Perlis. Kat homestay ni tiada wifi maka saya sedang terkial-kial menaip entri ini menggunakan telefon bimbit pintar. Banyak benda yang saya takut sebenarnya. Saya takut saya terkaku masa nikah esok kalau tok imam tanya soalan-soalan ekstrim seperti bagaimana nak buat solat jenazah ghaib atau cara-cara hendak menyembelih lembu korban. Walaupun saya ni bekas juara rancangan realiti Makmum Muda, saya masih berasa cemas berada di hadapan puluhan mata yang memandang. Puluhan apa ratusan mungkin, kerana upacara pernikahan saya akan disiarkan secara langsung di HyppTv channel 203.

I guess saat yang paling saya takutkan esok adalah saat saya memegang erat tangan bakal bapa mertua saya, dan melafazkan sebaris ayat yang akan mengubah hidup saya selama-lamanya. Bersediakah saya untuk memikul tanggungjawab maha besar sebagai seorang suami? Mampukan saya mendidik dan membimbing bakal isteri saya ke jalan yang benar dan lurus sedangkan saya sendiri mereng pemikirannya? Dapatkah saya terus bermain game tanpa kekangan dan tengok bola jika ada gadis yang akan tinggal bersama saya? Eh.

Then again, jika dilihat pada persepsi yang berbeza, I cannot wait to be a husband. The thought of waking up beside the one that you love...without make up and with the Sundel Bolong's hair, brings smile to my face. Saya tak sabar nak jerit, "Dindaaa kanda dah pulangggg!" setiap kali pulang dari kerja. Saya rasa seronok dapat tengok midnite movie dan lepastu keluarkan kad nikah kalau pihak JAIS menahan kami kerana berkelakuan mencurigakan. Besides, with you, I believe I am the funniest man in this world because you always flash that dazzling smiles and laugh at all my stupid jokes. With you, I can be....me.

Saya sedar ramai gadis-gadis dan sesetengah jejaka yang bakal patah hati dan mungkin bertindak liar dengan terjun dari KB Mall ataupun dari Yaohan bagi mereka yang tinggal di lembah Klang setelah membaca entri ini, namun kehidupan mesti diteruskan. Harapan saya, saya harap saya akan dapat terus menulis di laman blog ini kerana saya memang suka menulis, walaupun telah berkahwin, kerana priority telah berubah. Dahla kebelakangan ni dah jarang menulis entri baru.

Aaaanyway, saya ingin ucapkankan ratusan terima kasih kepada anda semua yang memberikan sokongan membabi buta kepada saya sepanjang saya berblog ini. I really do appreciate you guys reading and commenting, mostly stalking, regardless of what I write. This is not a goodbye, but it may be a while before I post another entry. Barbie apa tulis gaya beremosi ni. Wish me luck for tomorrow.



24 comments:

Shima Ibrahim said...

Good luck, Ijai! You can do it! :)

Amirul (aremierulez) said...

Selamat bersenggama... Eh?

Anonymous said...

good luck ijai. semoga bercinta sampai ke syurga. insyaAllah
-nfk

said...

bang ijai, jangan lupa ambik video masa nikah k?
nak tgk jgk! hewhewhew

niena ; ) said...

emosinya entri ni, apepun good luck untuk esok :) semoga korang tetap bersama sehingga akhir hayat. selamat pengantin baru.

Cik Siti said...

Ijai good luck. Selamat bergelar laki orang hahaha.

Eh lafaz akad nikah kena dalam loghat utara hang tau dakk LOLZ

Jazica Albek said...

wow. begini ya perasaanya bila nk kawen. hahah. gudluck ijai! ;)

DuniakuAbstrak said...

good fuck....eh good luck bro!

Aslina said...

...ramai gadis-gadis dan sesetengah jejaka yang bakal patah hati...

sesetengah jejaka???

phergh....

selamat melangkah ke alam baru weh :P

jana said...

good luck Ijai,
nanti atas pelamin duduk elok-elok,jangan nak buat style merapu kat atas tu :)

^Laila^ said...

selamat pengantin baru.. semoga bercinta hingga ke syurga~~ baraka allahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair~~ ;)

p.s: nnti post la sal ur BIG day tu yep!!!

Pija said...

selamat maju jaya bro

Anonymous said...

fap fap fap fap fap

che sakinah said...

ijai kampung aku dkt perlis. jalan kaki bukit! tah tah sedara.. ceywahh!;p

wey! selamat pengantin baru! jaga isteri! ingat kajian2 yang kau dah buat dulu tu. hahhaaha.

jangan lupa update blog lepas kawen untuk tatapan kami kipas besar (big fan) kau:)

♫ Barakal Allahulakuma wa baraka alikuma wa jamaa bainakuma fil khair. ♫ *doa untuk orang kaween dari nasyid maher zain*

Yun said...

Congratulations & Selamat Pengantin Baru Ijai n wifey :))

Anonymous said...

Semoga semua selamat...
Jangan lupa bawa paspot (orang utagha kata IC atau KP tu paspot!)

Harris H said...

you can do it.. ........ all night long~the water boy

Anonymous said...

im one of your gila babeng stalker. Selamat Pengantin Baru Ijaicool :)
moga bahagia bersama Da'killa. hope you'll now stop blogging ! [anis]

rex said...

ijai nak tengok gamba weh.. selamat pengantin baruuuuuuuuuuuuu! semoga bahagia ke anak cucu , cicit, ciak, cicak,,etc

Faizal Rosly said...

spank you very much. i lap uols. huarghhhh mengantuknya. nak masuk bilik tidoq sat noo

Anonymous said...

tahniah ijaicool n tilah...
selamat pengantin baru..
semoga bahagia sepanjang hayat..

-tilah's friend-

Anonymous said...

eh aku dengar agak ramai kerabat keluarga dan sahabat handai stuck dalam jem 13 jam nk gi perlis.. tetiba aku teringat rungutan2 mereka yg datang wedding aku aritu sbb stuck dlm jem jugak.. musim raya kan.. hmm

nota kaki: selamat menempuh jem time balik ke kampung datillah waktu raya nnt ya!

-sepupu ampang-

mariyaamohdtahir said...

selamat pengantin baru...

Anonymous said...

SELAMAT PENGANTIN BARU IJAICOOL...SEMOGA KAMU BERDUA BERCINTA SAMPAI KE SYURGA!!

NN

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...