Wednesday, January 4, 2012

Video Pra Perkahwinan Yang Paling Unggul di Asia Tenggara

Ini bukan ezajerit, tetapi video pra perkahwinan di bawah ini memang benar-benar unggul. Sila tonton di dalam mod skrin penuh (ikon sebelah HD tu).

[Pre-Wedding] Ijai + Datillah | L.O.V.E from ARP Productions on Vimeo.


Berminat untuk mendapatkan video bertaraf antarabangsa seperti di atas? Ayuh teruskan membaca.

Jika anda tertanya-tanya siapakah juruvideo yang merakam, mengarah, serta mengedit video di atas, jawapannya adalah encik Azam Rasid daripada AzamRasid Pixtures. Tidak mahu kalah dengan tindakan Arjuna Angkasa daripada Mangotouch yang menaja pakej penggambaran untuk perkahwinan, Azam Rasid turut menawarkan kepakarannya merakam video untuk perkahwinan kami.

Azam merupakan seorang jurugambar perkahwinan yang sudah established, cuma baru-baru ini minatnya lebih cenderung untuk mengambil video perkahwinan. Jadi apa yang bagusnya Azam Rasid ni berbanding juruvideo perkahwinan yang lain? Well ini adalah ciri-ciri yang beliau sendiri nyatakan, bukan aku yang cakap ok:

- berketerampilan
- efisyen
- kreatif dan innovatif
- peramah
- user friendly
- nampak mahal dan berbaloi
- tak kejam
- bertanggungjawab
- team yang mesra alam
- happy go lucky
- comel
- hensem
- gajet yang berkualiti
- end product yang berkualiti iaitu cover dvd made in australia customade by hand
- teliti dlm membuat editing

Secara jujurnya, hampir semua ciri-ciri yang beliau nyatakan di atas adalah benar, kecuali part yang nampak sangat cuba menipu pengguna seperti hensem dan comel. Namun begitu biarlah aku menyatakan mengapa Azam Rasid adalah seorang videographer yang hebat berdasarkan pengalaman aku bekerja dengan beliau.

1) Dedikasi


Azam Rasid adalah seorang jurukamera / juruvideo sepenuh masa. Dedikasinya terhadap sesuatu projek memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Tempoh untuk merakam, mengedit kemudian kembali merakam video di atas hanya mengambil masa satu minggu, dengan output yang kalian boleh lihat sendiri keohsemannya. Setiap temujanji mahupun sesi penggambaran digunakan secara optimum, tiada sesi buang masa ataupun bermalas-malasan.

2) He knows what he wants, but in the same time he satisfies your needs


Ayat di atas ni kalau dibaca banyak kali boleh dijadikan jenaka homoseksual. Bekerja dengan Azam Rasid adalah mudah dan tiada tekanan. Ini kerana Azam tahu apa yang dia mahu serta dia boleh visualize awal-awal output yang bakal dihasilkan, sekaligus memudahkan kami menerima arahannya ketika merakam video tersebut. Dalam masa yang sama, beliau menerima idea dan input daripada kami sendiri maka kami tidak akan rasa video kami hanyalah sejenis template yang orang dah selalu guna. Dalam kata lain, unik! Maka aku bebas menjadi diri sendiri membuat aksi-aksi di luar norma kebiasaan.

3) The quality

Cakap banyak pun tak guna. Aku memang sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja Azam Rasid dalam video di atas. Aku tanpa segan silu merekomen beliau untuk menjadi juruvideo perkahwinan anda.

So tunggu apa lagi? Tak semestinya gambar mahupun video kahwin saja, video hari jadi, video sedang sunat kampung mahupun video melahirkan anak, semua dia boleh buat. Kot. Kalau nak rakam aksi malam pertama dalam definisi tinggi, boleh cuba slow talk dengan dia di:

016-3379047 (Azam Rasid)
website: www.arpixtures.com or www.azamrasid.com
mail: ar.pixtures@gmail.com
portfolio: vimeo.com/arpixtures
fesbuk (videography): www.facebook.com/ar.productions.cinematography



Anyway, memang unggul bukan video di atas? Hikhikhik. Oh untuk maklumat kalian 22/1/2012 di Perlis, 4/2/2012 di Bangi :)



18 comments:

C-I-K-I-N-T-O said...

adakah lagu ini dinyanyikan oleh mu? GEMPAK okayh! :)

Muaz said...

Hahaha nice ijai! shuffling and all that.. hehe.. last skali mmg emo.. bleh nangis dan remuk hati gadis2 lain.. hehe..

congratz ijai and datillah! :)

Faizal Rosly said...

cikinto: bukanla itu artis dari brunei yang nyanyi tu

muaz: nape kau pun nak nangis jugak janganla macam ni hubungan kita tak akan berubah walaupun aku dah nak kahwin

eddyminako said...

awwwwww~~~~ comey sungguh! congrats la nooo

O Ena O said...

da killa comel! suke tgk muke die ttp cute walopon x mekap!..

ceklala said...

oh my!siyesly touching!mmg terbaek ah

jejaka senja said...

cara kau dance mmg pro.

salute!

Nurul Huda Rahim said...

bidaah ja semua ni! bidaah! (KAH KAH KAH JELES)

angkasa said...

ah kau mmg exaggerate lebeyh nih..a ahahaha..demmit bilamasa plak kami berlumba utk menaja kau..malahan kau dengn segan silunya meminta semurah2 yg buleh demmit... =.="

TecerWidad said...

adakah dengan memaklumkan tarikh-tarikh di atas tujuannya menjemput pembaca, pemollow dan stalker blog anda?

Anonymous said...

terbayek! Ijai nyanyi macam artis lah...

tecerwidad: maybe lah kot.. dia jemput kesemua 976 follower + 377536 stalker ... hahahaha

JAIRO said...

cool... ehh nama kita sama mungkin asal nama camni orgnya mmg cool kot hahahahahahahahahaha

kundi said...

aku sebagai pembaca dan stalker tegar blog ni, akhirnya ada jugak persamaan kita....tarikh kawen sama!huhu.tp ofkos aku masih muda. selamat bermalam pertama.yay

Cik Kiah said...

bro congrats! tak sangka dalam sengal2 itu sweet! hakhak! congrats once again!

Asmoham said...

exercise bg banyak cket.... especially senaman cakar rimau... kekekeke....

Faizal Rosly said...

eddyminako: tengkiu

ena: wajah aku pun tak mekap juga

ceklala: tengkiu

jejaka senja: itu adalah koreografi lagu Awas. eh

huda: orang bangi kenalah datang

angkasa: mestilah kerana diriku begitu berharga (nada macam dalam iklan)

TecerWidad: err err err

jairo: memang benar teori itu terhadap aku

kundi: ooo yeke happy anniversary in advance

Cik Kiah: terima kasih

Asmoham: kau ganti anas main futsal ok

s.c.h.u.l.t said...

fersli, congrats atas kelangsungan sebuah perkahwinan.

secondly, omeji! comel gila ah lagu. boleh tak nak minta? hahahaha :p

(eh aku ni siapa sebenarnya tetiba nak minta?)

errr..pembaca setia (ceh kononnya)

kalau boleh sila emel ke echamyda@hotmail.com. trimas!

err kalau takleh it's sokay

Cheryl Hunt said...

cikinto: bukanla itu artis dari brunei yang nyanyi tu muaz: nape kau pun nak nangis jugak janganla macam ni hubungan kita tak akan berubah walaupun aku dah nak kahwin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...