Tuesday, February 7, 2012

Aktiviti Membuka Hadiah Perkahwinan

Selepas berkahwin, apakah aktiviti yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin pada malam pertama? Jika anda menjawab aktiviti senggama secara halal antara suami dan isteri, anda hanya mendapat 15 daripada 20 markah. Ini kerana di zaman moden ini, suami akan disuruh pulang tanpa mengecapi kenikmatan persetubuhan dan tidur di rumah sendiri oleh makcik-makcik yang cemburu sudah lama tidak mendapat layanan mesra suami masing-masing. Jawapan yang sebenar adalah, membuka hadiah perkahwinan! Ayuh kita kaji hadiah-hadiah yang saya dapat di majlis perkahwinan saya tempoh hari.

Dalam jemputan perkahwinan tempoh hari, saya telah menyatakan yang saya tidak mahu hadiah rice cooker dan toaster, huiii akhirnya memang tak dapat satu pun. Pastu bila cek kat rumah aku memang tak ada toaster haa kan kau dah menyesal. Di Perlis, secara umumnya hadiah yang kami dapat adalah set cawan dan pinggan, yang rata-ratanya disyaki dibeli di Padang Besar kerana jenama yang diterima adalah Pie Rat instead of Pyrex. Ya, Pie Rat, aku tidak ezajerit di situ. Even bekas menteri besar Perlis, Shahidan Kasim pun turut menghantar hadiah ke rumah Da'Killa. Bukan satu, tetapi dua ok hadiah yang sama. Mungkin satu untuk aku satu untuk Da'Killa ataupun mungkin itu salah satu cara untuk memancing undi sempena pilihanraya.

Di Bangi pula, hadiah umum yang kami terima adalah album gambar. Album gambar yang paling istimewa datangnya daripada rakan-rakan Uniten iaitu Abu Zar, Hanis dan Nazri. Memang istimewa album ni sebab dalam album tu, mereka siap letak gambar aksi ghairah tiga serangkai lagi.


Dahulu semasa aku praktikal, aku ada seorang kawan bernama Liana yang membantu aku untuk mengurat Da'Killa. Kalau kalian pernah dengar lagu 'Song For Datillah' ada satu bait lirik berbunyi, "Kuminta Liana tanya sudahkah ada teman, si Aishah tanya terus ku sungguh segan...." Haa so peranan Liana memang pentinglah dalam menemukan aku dengan Da'Killa ni. So aku perlulah highlight apa yang dia beri untuk perkahwinan aku. Huii bagus bagi aku surah Yasin barulah demon-demon macam Shuhud dan Fandi rasa tak selesa nak masuk ke bilik aku kelak.


Ada juga peminat-peminat fanatik yang datang menunjukkan kefanatikan mereka dengan menjerit histeria bila nampak nama aku di signboard nak masuk ke dewan seperti Nurul Huda Rahim dan Al-Kaput namun kedua-dua mereka disyaki tidak meninggalkan hadiah. Tapi kak Jana ada bagi aku jam di bawah.


Benda-benda praktikal lain yang saya dapat adalah set kutleri tahan karat, tuala mandi yang baru dicapai dari almari last-last minit sebab nak jugak bagi hadiah, cadar katil romantis (thanks Asiah), set cawan gaya Inggeris (thanks Seri & Norlina), rak bukan dari Ikea, termos nampak mahal serta beberapa biji buah mempelam. Eh. Namun begitu hadiah yang paling praktikal yang aku terima adalah daripada rakan-rakan sekerja aku sekarang iaitu Jean Khoo (disyaki tak hadir), Sugaindra Kumar (disyaki tak hadir), Joanne Lee, Nabila Che Ibrahim, Linda Lawrence, Syazwani (disyaki tak hadir), Visubalan (disyaki tak hadir) dan Dennis. Apa hadiahnya? Jeng jeng jengggg mesti lagi kool kalau dapat sekali set trilogi LOTR bukan hikhikhik.


Buat rakan-rakan lain yang hadir tetapi tidak membawa hadiah instead memberi angpow, saya ucapkan terima kasih juga walaupun mostly tak dapat kat saya. Buat rakan-rakan terdekat yang tak datang walaupun dah letak 'going' mahupun memohon kad ataupun buat-buat tak nampak invitation di Fesbuk, macam biasa putus kawan seminggu bermula daripada tarikh hari ini dan kebarangkalian tinggi untuk saya buat-buat taknak datang majlis perkahwinan kalian ataupun kenduri sunat anak pertama kalian nanti hihihi.

Apapun saya ucapkan terima kasihla kepada anda semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami pada hari Sabtu yang lepas tak kisahlah hadiah apa yang kalian beri ataupun tak beri kerana bak kata pepatah Inggeris, it's the thought that counts. Terima kasih di atas ucapan-ucapan tahniah secara langsung mahupun ayat-ayat congratulations yang ditulis di guest book ataupun di 'Wishing Tree' walaupun 70% daripadanya berbaur seksual dengan jenaka malam pertama yang klise. Hihi.



However, the best is yet to come kerana Team Bangi telah berjanji untuk menaja tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang ke Singapura nanti berserta dengan penginapan untuk menonton Foo Fighters dan melawat Universal Studios nanti. Yayyyyyy. Thanks again everyone. Harap kalian semua kenyang makan dan sempat baham kudapan di candy bar sebab aku tak dapat rasa woi gula-gula dapat dan chocolate fountain tu. Semoga kalian juga turut merasai kegembiraan saya dan isteri di hari bahagia tersebut. Yang baik itu datangnya daripada Allah (dan mama), dan yang buruknya itu datang daripada catering tapi rasanya tak ada yang buruk kot sebab makanan ada lebih. Ok aku nak pergi kerja di hari Thaipusam ini. Gambar an video dperkahwinan rasmi akan dipost nanti. Kau boleh buat kerja cepat sikit tak Rahman Sharif dan Azam Rasid?



11 comments:

jana said...

Ijai,

yeaaa kak jana nampak hadiah kak jana ada kat dalam ni,makan sedap sangat ijai,dia punya penanggah siap pakai baju macam hulubalang lagi,lepas tu kak jana ada tanya kat hulubalang tu sambil tunjuk tissues sebab nama catering ada,tapi alamat catering tiada,hulubalang tu jawab" Ya Ya Tissues",rupanya dia bangla la tak tahu apa kak jana tanya,anak bujang kak jana tergelak tengok, siap jadikan modal nak mengusik kak jana selepas itu,rupanya catering tu dari bandar sri putra,apa-apa pun best makanannya sedap, pendekata memang cool lah

Nurul Huda Rahim said...

HAHAHAHHA jgn lah bagitahu semua org yg aku dtg mejlis kau sbb fanatik dgn kau. malu oke. terketar2 jmpe kau. smpai henset pn jd restart. kah kah kah. tahniah ijaicool. hadiah mmg tade. nama pn student :p

C-I-K-I-N-T-O said...

ijai,

untuk pengetahuan kau, kenduri kau adalah yang terawesome yang pernah aku hadir. semuanya best. dari atas pentas sampai la ke depan pintu..awesome giler. makanan tak payah citer mmg sedap!

Faizal Rosly said...

jana: ooo itu mungkin terambil pakej hulubangla tu. thanks for coming and for the present!

huda: haha kenapa tak nampak suami time tu takut dia cemburu lettew. terima kasih datang

cikinto: well puji-pujian begiti memang aku terima saja walaupun sebenarnya semua mama yang uruskan. thank youuuu

Anonymous said...

aku datang dengan husband aku dengan jiji..kitorang nk salam ko tp malas nak curi limelight ko aku ni kan glamer..aku malas nak pegi depan aku tunggu ko datang je ke entrance dewan tp lama betul.. baby aku dah tendang2 perut ajak balik..huhu
aku tak beli hadiah pape sbb aku salam angpau je kat atuk kau.. itupun jiji yg salam angpau.. dah la aku kena pau dengan jiji ceh..

selamat pengantin baru.. nanti datang rumah bawak tilla :D

-sepupu ampang-

bebeldotsorang said...

weh aku tak sempat nak hantar hadiah..ekeke btw Selamat Pengantin Baru Ijai! huhu

ceklala said...

Ye aku sedar diri aku la yg tick kt Fb nk going tp xjd sbb mak aku msk spital..sorry!!xpe..kenduri ank pertama ko nnti aku dtg yek hehe

AA said...

ahh..aku baru siap update sket gambar nikah..sabar sabar....

pi bukak tekan like semua.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150545918638801.374755.69335483800&type=3


p/s-memandangkan aku belum bg hadiah lagi..ko tau apa akan aku berikan bukan? toaster!yehaaa

Azam Rasid the Cinematographer for Faizal & Datillah's Wedding said...

ahhh! ada jugak nama aku kat last skali tu yer...

nikhamidi said...

memang aktiviti membuka hadiah menyeronokkan. dan kdg2 ada elemen saspen semasa membuka tu.

Anonymous said...

buy xanax without prescriptions xanax 1mg dosage - alprazolam xanax

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...