Friday, February 24, 2012

Kekecewaan

Tajuk di atas tidak merujuk kepada kekecewaan akibat abang Yusry sudah menikahi Lisa Surihani dan ada kebarangkalian juga mereka telah bersenggama malam tadi. Bangun pagi pukul 11. Qada' subuh. Lepas tu baru teringat kena mandi junub dahulu. Merenung air sejuk yang mengalir selama 5 minit. Lupa arah tujuan lalu buka laptop. Login Twitter. Nampak trending topic, Foo Fighters. Klik. Baca tweet. Kecewa. Sangat kecewa. Ayuh teruskan membaca.

Jika di rumah anda tiada Internet mahupun anda memang tidak mengambil tahu hal-hal keduniaan, konsert Foo Fighters di Singapura pada hari Jumaat, 2 Mac telah dibatalkan di atas faktor kesihatan anak tekak abang Dave. Kita ikuti kenyataan rasmi mereka:

"We deeply regret having to cancel. It wasn't an easy decision by any stretch but after carefully considering medical advice, we felt we had no choice. Dave's been told by more than one doctor that he has to take it easy on his voice. We hate to disappoint our fans in Singapore and hope you'll all understand and that we'll see you all in the not too distant future...."

Kecewanya. Pelbagai persediaan yang telah saya buat untuk pergi ke konsert tersebut. Tiket konsert dah beli lama dah. Lepas tu aku siap masuk kelas vokal semata-mata untuk sing along di konsert tersebut (ezajerit). Lirik lagu semua dah hafal dah walaupun doa qunut kadang-kadang tak lancar. Team Bangi pulak siap dah belikan tiket kapal terbang dengan luggage 20kg berserta insurans yang optional lagi. Itu tak masuk wang yang telah dibayar untuk penginapan selama 3 hari 2 malam di sebuah hotel yang paling murah tetapi masih lagi mahal jika ditukar nilai matawangnya.

Oh man. Perasaan kecewa ini bagaikan baru lepas ditinggalkan gadis tapi tak sempat nak ringan-ringan dengan gadis tersebut. Ingin saja aku mengalir air mazi di mata di sudut-sudut gelap meratapi kesedihan ini. Mana taknya kugiran Foo Fighters adalah kugiran antarabangsa yang paling aku gemar. Bukan selalu mereka datang ke Asia Tenggara ni.

Jika mahu dipandang dari sudut yang positif, saya dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama dengan da'killa dalam sesi bulan madu mini ini. Itulah kelebihan berkahwin, kau boleh mengadu dan mengada-ngada tentang pembatalan konsert tanpa diperlekehkan. Kata-kata semangat yang diberi juga memang berkesan. "Sabarlah sayang, Dave sakit sikit je. At least dia tak meninggal dunia...".

Pergi konsert hari Jumaat, hari sabtu pastilah mahu pergi ke Universal Studios. Siapa pernah pergi USS? Ada cadangan ride2 menarik yang harus kita beratur dahulu? Huiii berdasarkan kajian yang aku buat, Transformers The Ride dengan The Mummy tu mesti naik lapan kali. Battlestar Galactica tu maybe kena sumpit aku dulu sampai aku tak sedar diri barulah aku berani naik kot haha.

Now that hari Jumaat sudah free tiada aktiviti, apakah lokasi yang harus dikunjungi di Singapura? Tempat makan yang best ke tapi janganlah cadangkan aktiviti berdosa di Geylang. Kuciwa memang kuciwa tetapi hidup mesti diteruskan (ayat hati yang pilu). Baidewei siapa nak beli tiket konsert Foo Fighters? Aku jual murah je sekeping RM100 harga sebenar RM300 kau tahu oh em ji murahnyaaa! Cepat sementara stok masih ada.





4 comments:

mijie said...

Takleh refund balik ke Jai..?

Sandokhan said...

ntahnyer...takkan takley refund balik? RAGEEE...

Faizal Rosly said...

tiket konsert memang refund tetapi depa tak refund sekali tiket kapal terbang dan tiket hotel

AA said...

kasihan sama kau...warggahahaha

eniwey wirda pernah post entry pasal uss masa kitorang pegi dulu..gi check tengok...


amaran keras: ini bukan spam link semata2 nak promote blog.

http://ceriterakasih.blogspot.com/2010/12/part-2-universal-studio-singapore.html

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...