Thursday, February 9, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia di IKEA

Hai apa khabar pembaca? Aktiviti yang sering dilakukan selepas beberapa hari berkahwin selain daripada persenggamaan halal antara suami dan isteri adalah pergi mencari perabot rumah. Jika ditanya di manakah lokasi kegemaran penduduk Lembah Kelang untuk membeli perabot, 80% daripadanya akan menjawab IKEA, dan selebihnya mungkin menjawab kedai perabot Ah Seng di Serdang. Ya, penduduk Malaysia amnya memang gemar pergi ke IKEA. Sikit-sikit nak pergi IKEA. Bila semua orang dah pergi ke IKEA, macam-macam tabiat mahmudah mahupun mazmumah yang kita boleh lihat. Ayuh kita kaji tabiat manusia di IKEA.

1) Kanak-kanak mencuri pensel / checklist / pita pengukur

Di pintu masuk IKEA mahupun di beberapa stesen tertentu, terdapat satu seksyen untuk para pengunjung merancang aktiviti membeli-belah mereka. Pihak IKEA telah menyediakan checklist untuk kemudahan pengguna agar dapat mengetick perabot apa yang mereka mahu, menggunakan pensel kayu yang telah diasah secara normal ataupun secara khat bagi mereka yang meminati seni khat. Turut disediakan adalah pita pengukur untuk mengukur ukurlilit perut kita yang boroi itu agar tidak tersalah membeli kerusi yang tidak mampu menanggung kelebaran punggung (pungkoq, kata orang utagha).

Namun begitu, kemudahan yang disediakan ini sering disalahgunakan oleh kanak-kanak dan para remaja tidak melebihi 15 tahun di mana mereka dengan tenang menggenggam gumpalan pensel dan dimasukkan ke dalam beg Ben 10 masing-masing. Pita pengukur pula dijadikan 'senjata' untuk berkelahi dengan adik-beradik yang lain ataupun digunakan sebagai tali untuk mengikat anjing (di rumah). Kita memang faham selaku kanak-kanak, tindakan ini adalah perkara biasa. Namun begitu apa yang menyedihkan adalah sikap para ibu bapa yang tidak mengawal tingkahlaku anak-anak mereka, sebaliknya menggalakkan lagi tabiat tersebut dengan menyuruh anak-anak mereka ambil apa yang mereka mahu tanpa sebarang kesedaran sivik.

2) Pasangan bercinta 500 Days of Summer


Adakah anda pernah menonton kisah cinta 500 Days of Summer lakonan Zooey Deschanel dan Joseph Gordon-Levitt? Jika belum, pergilah tonton kerana itu adalah filem yang hebat. Jika sudah, anda pasti ingat babak percintaan Tom dan Summer di IKEA. You know, baring-baring bersama di atas katil dan ringan-ringan sambil diperhatikan oleh keluarga Cina yang lain, main masak-masak di dapur mahupun menonton TV bersama imaginary child di ruang tamu. Kamon semasa zaman remaja di awal-awal percintaan tatkala segalanya indah mestilah terfikir untuk mendirikan rumahtangga bersama dan bila dah masuk ke IKEA dipengaruhi pulak dengan filem tu hah kita pun apa lagi tiba-tiba menjadi horny dan terus mahu hidup bersama. Tapi toksah kau nak seronok sangatla filem tu bukan jenis happy ending dan kau main-main kahwin di IKEA ini mungkin akan hanya tinggal memori pilu.


Ada juga ahli keluarga yang membuat IKEA seperti rumah sendiri. Last week aku pergi aku perasan ada sorang mamat tu sedang enak tidur di katil dua tingkat. Ada yang lagi kurang sopan depa pergi buat open house sempena Thaipusam terus kat situ punyalah kemut (kedekut, bukan aksi seksual tu). Eh.

3) Membeli barang yang tidak perlu

Anda duduk di rumah. Suddenly hausmet anda cakap, "Eh jom kita pergi IKEA nak?". Anda cakap ada nak berjimat nak simpan duit. Lepas tu hausmet anda jawab, "Ala takpe kita jalan-jalan tengok barang-barang je tak perlu beli apape". Kita duduk termenung lalu cakap, "BAIKLAH!". Lepastu anda pun pergilah ke IKEA nak Windows shopping (bukan Mac shopping tiba-tiba je aku kutuk Apple). Anda sangka anda boleh bertahan tanpa membeli apa-apa di IKEA? Anda memang seorang pendusta bakal kena kusta. Sampai saja di IKEA, mata anda akan menjadi rambang semua benda ada nak beli sebab anda rasa semua benda NAMPAK murah tetapi sebenarnya tidak.

Kalau tak dapat nak beli rak TV pun, at least kena beli hanger walaupun hanger dah berlambak-lambak di rumah. Eh sudip kat rumah elok lagi ke tak haa? Takpe beli jelah satu set walaupun kita tak pernah memasak di rumah. Bagaimana pula dengan jam dinding? Rasanya bateri dah habis so kenalah beli jam baru. Kau lihat di situ, pelbagai alasan kita cipta sendiri agar dapat memuaskan nafsu membeli-belah kita di IKEA. Hakikatnya semua benda kita tak perlu, dan kalau perlu pun tak perlu pun pergi sampai ke Bandar Utama nak pergi beli penyidai baju, kat Warta pun boleh beli. Tetapi branding 'IKEA' itu terlalu gah, dan kita ingin rasa takbur dan riak bila orang tanya, "Eh cantik kau punya alas kaki ni. Beli kat mana?" Kita dengan kembang hidung dan testis jawab, "Mestilah aku beli di IKEA hoccayyy"

4) Tak beli apa-apa, sekadar mahu pergi makan

Sebenarnya, aku takdalah teruja sangat nak pergi ke IKEA pun. I guess semua lelaki pun begitu. Bukan apa, sebab orang terlalu ramai, especially di kala hujung minggu mahupun cuti umum. Ramai nak arwah macam ada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Itu pun bukan sebab mereka datang nak beli almari baju, instead mereka datang nak makan di kafe IKEA. Ya, datang IKEA sekadar nak membaham. Membaham apa anda tanya? Sudah pastilah bebola daging yang menjadi kegilaan setiap penduduk di Selangor ni. Tak percaya? Jika anda ada Twitter, cuba scroll Timeline anda sekarang, mesti ada sorang dua tiba-tiba tweet dalam caps lock, MEATBALLS IKEA JOMMMM. Masih tak percaya? Bukak Fesbuk, pergi ke album gambar rakan-rakan anda secara rawak, mesti ada at least sekeping dua gambar mereka sedang menjilat bebola daging IKEA. Takpun baham karipap gergasi yang overrated di mana karipap auntie Maria area rumah aku lagi sedap. Memang obses kalian ni.

5) Noob IKEA


Aku bukannya selalu pergi IKEA so aku ni kira kategori noob la kalau pergi sana, sama seperti kalian juga toksah nak buat-buat macam IKEA tu rumah kedua anda. Kalau anda tengok orang yang shopping kat IKEA tu muka berlagak je itu tandanya dia konon-konon dah selalu pergi dah taula protokol dan etikanya. Kira macam douchebag IKEA la. Contohnya beg kaler kuning kat boleh bawak keluar. Lepas tu bila kita beratur kat kafe tak bawak troli, anda pasti akan mendengar soksek soksek kat belakang, "noob dia di nak junjung meatballs kat kepala ke apa". Lepastu kita tercari-cari di manakah pekerja di IKEA sebab kita nak beli katil. Sampai ke sudah tak jumpa dan tak tahu bagaimana nak memesan katil tersebut. Noob.

Begitulah antara tabiat-tabiat lazim manusia yang dapat saya perhatikan di IKEA. Kalian yang tiap-tiap minggu pergi IKEA ni bagaimana pula? Ada nampak tabiat unik untuk dikongsi? Ayuh kawan-kawan, MEATBALLSSSSSSSS.



21 comments:

finaz said...

i pegi ikea sbb nak makan jer.. meatballs, salmon, karipap, daim cake.. slurrpp sume sedap..

biasanya stuff that i bought there mmg kritikal nak guna.. i suka beli boxes kat sana sbb sgt sturdy for packing.. ohh pls dont buy live plants kat sana.. seminggu lepas beli konfem mati

memorable moment in ikea - berdating dgn a noob guy yang tak pernah makan meatballs.. lepas tu dia plak dok ketagih.. hehe

The Sharkox said...

pergi ikea pasal nak kopi refill free je..itu pun sekali. aku ni super nooob

sha2 said...

aku x pernah g ikea. hahah

ainakhani said...

aku pun tak pernah pergi ikea.

muna said...

ikea belakang rumah aku je. tak heran lah, ahahahha :p

Faizal Rosly said...

finaz: baik2 dating kat ikea nanti tak hepi ending

sharkox: haha jauh betul nak refill kopi kat petronas pun boleh

sha2 & ainakhani: tak apa tak perlu pegi perabot kat rumah ok lagi

muna: kat belakang rumah jiran aku rumah ijaicool. gempak kan

dekan fizik said...

ada apa dengan ikea. haha. tak pernah jejak sana. XD

niena ; ) said...

pegi rumah sedara, ternampak pulak cermin dekat dinding rumah di lawa pastu tanya beli kat mane cermin tu. dia jawab beli dekat ikea.

balik daripada rumah sedara terus pegi ikea untuk beli cermin yang lebih kurang sama jugak. bila sampai rumah, nak try lah letak cermin tu dekat dinding tapi tak sesuai. last-last letak je cermin tu dalam stor.

bebeldotsorang said...

aku biasa g ikea cuci mata je...duk kt tangga depan pintu masuk ikea tuh..klu lapar g la Mcd seberang ekekeke

jana said...

Ijai

kak jana adalah salah seorang yang suka ambil pensel kontot tu,banyak juga kalau ambil tu,lepas tu masuk poket anak,simpan untuk tulis masa nak suruh husband kak jana pergi pasar,apa nak buat ijai,tabiat yang tak patut dicontohi langsung,memang sedepek kena kat batang hidung hwaaaa

eJAI said...

haah ek. macamane cara nak beli katil kat ikea tu?kena panggil orang ke apa?

cik aletheea: said...

500 days of summer best!!!!! aku g ikea carik kek daim, awesome gile!!!!

mendatak hijau said...

pegi sbb nak curik pensel




segenggam aku bwk balik




aku 20+

wani ezryl * said...

Bila ikea nk bukak cwgn kt tmpt lainn. Bukak 1 kt shah alam. Dkt sikit nk beli hanger. Haha

POSH76 said...

suker pi IKEA cuci mata...

Anonymous said...

kite pom suke amk pencil2 2 sume..amk byk2 siap bg hdiah tuk kwn2 time reunion konvo 2taun lps...hahaa...
xsenonoh pnyer prgai...

..yinyue..

Faizal Rosly said...

dekan fizik: ada banyak perabot yang tak perlu dibeli tetapi kita terbeli juga

niena: baru beli cermin ikea letak kat bilik air semalam

bebeldotsorang: bagus bagus

kak jana: ish ish ish

ejai: ambil nombor ambil perabot balik rumah pasang sendiri

cik aletheea: semalam pergi ikea awal2 nak makan meatball tapi pukul 11.30 baru ada memang noob gila

mentadak hijau: astaghfirullahalazim

wani: kat bangi sekali

posh76: ramai jejaka metroseksual di sana

yinyue: astaghfirullahalazim lagi

aswadz said...

aku mls dah nak mkn kat cafe IKEA. serabut. ramai sgt org. nak cari meja pun kena maen "chop2" dlu. meatball dia sdp gak la. tp utk menghadapi sumer itu, mcm x worth it je. pffttt...

Anonymous said...

btol! aku gi ngan kedua ibu bapa, pastu tatau nk beli ape.ended up, beli rak buku/file yg drpd kertas keras tu.after 2yrs, benda tu ade lg.TAK PAKAI PON!mmg tahpape ikea nih pakai bomoh ke hape haa?.suh org masok utk beli benda tak patot beli.grrrrr

affie said...

ikea ni barang dia sub-quality tapi over priced. kerusi sofa aku beli, tahan 3 tahun je. kalau kat europe, ikea ni mcm barangan murah kat gudang je. sampai kat mesia, disebabkan exchange rate, barang jadi mahal, n rakyat marhaen ingat benda mahal ni bagus. Its not.

cuma barang kecik2 murah tu ok la. perabot besaq pakat cari kedai lain.

Akmaliyana Azz said...

saya ok je g ikea takde beli ape2

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...