Monday, February 13, 2012

Pernikahan

Hai apa khabar pembaca? Salah satu skil untuk mengemaskini blog tanpa sebarang usaha untuk memikirkan topik yang sesuai di samping mengarang ayat-ayat manis yang menarik perhatian pembaca adalah dengan menempel gambar-gambar saja. Dalam kata lain, mengemaskini blog dengan penuh kemalasan. Hari ini saya ingin buat entri bergambar tetapi saya bukan pemalas kerana saya ada buat intro yang panjang. Lagipun gambar-gambar yang saya ingin kongsikan ini adalah gambar di sekitar pernikahan seorang artis yang popular di Brunei. Bagi mereka yang ada membeli majalah Mangga keluaran Februari mahupun telah like fanpage artis ini di Fesbuk anda mungkin telah melihat gambar-gambar pernikahan beliau. Bagi yang belum, saya sebagai peminat fanatik ingin berkongsikan gambar yang diambil daripada jurugambar rasmi beliau di sini. Ayuh teruskan membaca (melihat gambar).

Ini adalah gambar-gambar yang diambil dari Fesbuk yang telah diresize, maka kualitinya mungkin tidak sehebat gambar asal.




Air mata kegembiraan kerana tidak perlu bernikah di sempadan kerana telah jumpa kad pengenalan. Kau nampak tak teknik rhyme di situ.



fesbuk: https://www.facebook.com/mangotouch
web: http://www.mangotouch.com
mail: admin@mangotouch.com

Gambar album separa penuh boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.10150545918638801.374755.69335483800&type=1



Jelitanya gadis di atas.....mesti suami dia pun kacak juga. Sayalah suaminya by the way.




Ini pula gambar-gambar yang diambil oleh Azri Abu dari Grayscalegraphic Photography yang membantu Mangotouch: https://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/media/set/?set=a.290792520974727.72908.147137908673523&type=1

Ok aksi meragukan terakhir sebelum punggung solid ini menjadi hak milik kekal seorang gadis bertuah. Emm you like that ummm yeahhhh babyy ummm (slap punggung).





11 comments:

santiago kun yusuf said...

gambar ko merayu pada abe mintak jgn diganti tempat sebab ic hilang tu serius cool

Nadea Hutt said...

chantek lah kak datillah!! hehehe

Faizal Rosly said...

yusuf: haha itu selepas nikah ok ic dah jumpa

nadea: kak datilah cantik? 'abang' faizal pun hensem apa

matbangla said...

liverfoooooooooool

jahajahatable said...

aksi terakhir tu memang yummm..hahaha

muiz aL said...

sejurus aku membaca intro kau, terus aku menelefon syarikat yg mengeluarkan majalah mangga utk melihat foto yg menghairahkan dgn lebih jelas.. ternyata semuanya telah habis dijual.. jilake!

amazingly (: GLAMOROUS said...

prettynyaa diaaa (:

amazingly (: GLAMOROUS said...
This comment has been removed by the author.
Asmoham said...

ijai yang dah pecah teruna...
tadi aku g main bowling teman isteri bawak satu bas sekolah rendah anak murid dia..
then aku perhati byk tabiat manusia di tempat bowling.. boleh kah kau buat entry pasal tuh? kekekekekeke..

neway, gambar nikah mmg smart!

C-I-K-I-N-T-O said...

macam biasa...datillah sangat cantik..!

Faizal Rosly said...

matbangla: (seperti suarez, aku hanya berlalu tanpa menghiraukan komen tersebut kan menuju ke komen seterusnya)

jahajahatable: mmm you like that

muiz: memang kena ulang cetak tu. tapi ulang cetak pun dah habis jugak sebab terlalu laku

amazingly: dan hensemnya dia

asmoham: jom men boling di warta

cikinto: dan sangat hensem??

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...