Friday, March 9, 2012

Bukan Video Perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani

Hai apa khabar pembaca? Malam tadi malam Jumaat buat apa? Sekadar buat lawak malam Jumaat tetapi beraksi secara solo ke? Heh heh heh. Ke kalian asyik pergi melawat laman-laman web gosip artis tempatan untuk melihat gambar-gambar perkahwinan serta bulan madu Yusghy dan Lisa Sughihani? Mesti eksaited nak tengok video perkahwinan serta video malam perkahwinan mereka bukan? Saya tiada video perkahwinan mereka, tetapi saya ada the next best thing, iaitu video perkahwinan saya di Perlis. Haa dah berlaku pergerakan di dalam seluar akibat keterujaan bukan? Ayuh teruskan membaca.

Faizal & Datillah | Reception from ARP Productions on Vimeo.


Haa bergaya bukan video di atas? Sila tonton di dalam mod skrin penuh (ikon sebelah HD tu). Mostly sebab watak utama lah video ini jadi bergaya. Kira macam 65% seri wajah pengantin, 35% usaha videographer. Tapi yang 35% tu pun dah cukup bagus untuk memperlekehkan juruvideo perkahwinan yang lain di mana kerja mereka hanya cincai boncai tetapi mintak banyak wang. Saya suka stail juruvideo tersebut, kerana dia membenarkan saya untuk menjadi diri sendiri, di samping meletakkan elemen-elemen kekreatifan beliau sekaligus menampakkan keunikan video perkahwinan di atas berbanding video-video tipikal yang lain zoom in sana blur sini senyum nampak gigi banyak kali ringan-ringan sikit berlatarbelakangkan lagu 1000 Years. Fuhh ayat.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat juruvideo perkahwinan dengan kualiti yang awesome nak arwah, jangan ragu-ragu untuk menghubungi beliau. Gunakan nama saya untuk mendapat diskaun sehingga berapa peratus tah. Tak semestinya gambar mahupun video kahwin saja, video hari jadi, video sedang sunat kampung mahupun video melahirkan anak, semua dia boleh buat. Kot. Kalau nak rakam aksi malam pertama dalam definisi tinggi, boleh cuba slow talk dengan dia di:

016-3379047 (Azam Rasid)
website: www.arpixtures.com or www.azamrasid.com
mail: ar.pixtures@gmail.com
portfolio: vimeo.com/arpixtures
fesbuk (videography): www.facebook.com/ar.productions.cinematography



Yang dah kahwin pun rasa nak kahwin lagi semata-mata nak buat video perkahwinan seperti di atas bukan?



19 comments:

DrLaptop said...

tahniah ijaicool

Anonymous said...

ala.. nampak dalam cermin.. spoil.. hehehe

Selamat berbahagia

Zura - your everyday silent reader

Anonymous said...

haha "Sughihani" tibe2 terikut juga menyebut.

btw Nice video ijai.. tp apasal aku asyik focus kat dr shuhad berbanding engkau? adakah dia lebih menyerlah kat dlm video ini? XP

-silent reader-

Faizal Rosly said...

DrLaptop: terima kasih daun keladi

Zura: everyday? marilah baca hari-hari. kakak! marilah baca hari-hari. emak! (macam dalam iklan tu)

silent reader: dia lebih menyerlah sebab warna kulit dia? astaghfirullahalazim jangan jadi rasis sangat

kundi said...

eh betul la, shuhud lagi menonjol.muka suci gamaknya.hehe

dekan fizik said...

set yang last tu macam kat dalam video klip alyah kisah hati. ye ke? btw smart gilak video nih! =D

The Sharkox said...

Mana adegan comolot?


BTW, saat ke 28 memang tak dapat menyembunyikan saiz perut kau..

saya fawah said...

wahhh best la video ni.. i loikeeee.. btw.. tahniah bro..

Anonymous said...

cute nyer da'killa as pengantin memakai braces..wow..cute sgt..

intan- not silent reader anymore

TecerWidad said...

Hi shuhud!

Akim Iqbal said...

Semart baq hang hat last scene kat bukit tu. He he he

finaz said...

lama giler tak drop by.. btw cantikla scenery yg last tu.. ada tasik / laut? sgt cantikkk !! kat mana tu

nurul said...

komen pertama pada tahun ni.

video yg sgt best dan saya suka.

ala2 silent reader.

ur friends sebut yo ke ypr?hehe

nurul said...

tolong jawab. saya rasa kt empangan timah tasoh tu kan

Rahim Hashim said...

congrats ijai! cool video!

Alia said...

Aku x tau pun yg wedding aku tu ade video sampai lah aku google it.
Anak dah umur 1 tahun baru realize kami ade video wedding.
huhuhuhuh :(

siapa kah juru video ni Ijai?

ayu said...

tahniah abang ijai... hehe .. lawa wife.. :)

Faizal Rosly said...

kundi: aku dah kahwin, dia single lagi, mestilah kau nampak di lebih menarik

dekan: (terus cari klip alyah kisah hati)

sharkox: adegan comolot comontot dalam full video lah mana boleh kongsi

fawah: thanks

intan: hai intan saya pun cute juga.

TecerWidad: shuhudzakaria.blogspot.com

akimiqbal: memang semart baq hang

finaz: kat.....yang nurul bawah tu jawab kot. entah lupa

nurul: depa sebut yawwwwwww

rahim: nama pun ijaicool

alia: mana wedding kau nak tengok. juruvideo dah terpampang dah di atas

ayu: mestilah lawa

Idlan said...

1:34 - 1:40 : Abe macam bagi khidmat nasihat pergigian ajer kat acik tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...