Saturday, March 3, 2012

Kenikmatan Perkahwinan


Hai apa khabar pembaca? Yang peminat fanatik gadis-gadis tu, masih meratap hiba lagikah mengenangkan saya telah berkahwin? La tarzan. Janganlah bersedih lagi. Kehidupan mesti diteruskan. Satu hari nanti, anda pasti akan menemui ijaicool anda juga. Tetapi masa bersenggama tak bolehlah bayangkan saya nanti berdosa. Anyway, hari ini genaplah 40 hari saya berkahwin. Tatkala baru kahwin ni bertentang mata sikit pun tak boleh nanti mesti lambat pergi kerja. Hihi. Tahukah anda perkahwinan itu sesuatu yang menyeronokkan? Tak payahla nak berbicara pasal persenggamaan, sebaliknya saya akan mendedahkan nikmat-nikmat 'kecil' perkahwinan. Kalian dengar mesti terus nak berkahwin punyalah. Ayuh teruskan membaca.

Aku tak pernah kelaparan

Dahulu, kehidupan aku umpama pepatah melayu kuno, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi nak kata tak ada duit nak beli makanan memang dusta la kan. Kalau nak lebih relevan dengan arus permodenan ni, jika mama balik tengahari barulah aku makan tengahari, Kalau tak usah harapla aku nak keluar dari rumah pergi beli makanan kerana aku adalah seorang yang pemalas nak arwah. Sanggup berlapar kenyang main PS3 saja. Tapi kurusnya tak juga walaupun hensem still maintain.

Namun begitu sejak berkahwin, aku tidak lagi kelaparan. Dahla kat Perlis famili da'killa memang sentiasa makan. That's a nice thing! Ada sekali malam tu mak mertua dah hidangkan pasemboq. Aku pun melantak la tanpa baca Bismillah dan ikut nafsu memang lesu lalu aku pun tersandar kekenyangan. Tetapi tanpa aku ketahui rupa-rupanya itu hanyalah kudapan sebelum makan malam yang sebenar. What the what itu bukan makan malam?? Lepas tu membaham nasik pulak aku memang serender. Itu yang berat badan terkini meningkat sehingga 75kg naik 2 kilo daripada berat asal. Bila dah balik ke Bangi, semangat kePerlisan itu memang menebal di dalam diri da'killa so memang untungla aku kan. Aku celik mata je eh ada sandwich di atas meja? Lepas tu makan tengahari pulak lauk dah tersedia aku hanya perlu panaskan dalam microwave sahaja. Time wiken pulak huii memang makan best la dengan resipi masakan beliau yang ternyata lebih hebat daripada golongan isteri masakini yang asyik nak buat kek red velvet dan tampal di blog tetapi tak reti nak masak masakan Melayu. Saya jangkakan berat badan saya akan terus meningkat hasil daripada fenomena ini. Tak apa, lemak kasih sayang tu.

Segala-galanya disediakan

Kehidupan aku selama ini memang tidak terurus. Mandi pun kadang-kadang sekali je sehari, dengan kebarangkalian terlupa menggosok gigi dan celah kelangkang yang berdaki dalah amat tinggi. Masuk bilik aku pulak astaghfirullahalazim ini bilik tidur ke kawasan pelupusan sampah ni? Dengan katil tak kemas, bekas Milo 3 in 1 bersepah-sepah sebab aku ratah, dan wayar-wayar komputer yang bersimpang siur. kalau pak mertua tahu awal-awal hari tu mesti depa tambah bilangan wang hantaran.

Namun begitu sejak berkahwin segala-galanya telah berubah, Segala-galanya disediakan oleh isteri. Kalau kalian jenis yang bersekedudukan berzina dengan teman wanita pun mereka tak akan sediakan segala-galanya kerana cinta mereka tidak seutuh cinta seorang isteri. Since aku kerja syif, aku bangun pagi selalunya da'killa sudah pergi kerja. Tetapi aku masuk je bilik air, berus gigi sudah tersedia dengan ubat giginya sekali, so memang tak pernah miss la gosok gigi. Lepas tu bukak almari wahhh baju kerja sudah siap sedia tergosok walaupun aku pergi kerja pakai t-shirt dan jeans saja. Boxer juga tidak pernah kehabisan. Dulu-dulu pakai boxer ulang-ulang terbalikkan sampai depa jadi kuning, tetapi kini baju seluaq sepentot tidak pernah kehabisan stok. Aku dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Dan since aku sorang noob dalam banyak segi kerana aku merupakan sorang anak tunggal, da'killa banyak menyelesaikan masalah-masalah remeh aku seperti tak tahu bagaimana nak buat passport, membeli tiket bas, mahupun membayar saman di MYEG. Ahhh bahagianya.

Bergabung gaji

Sebelum kahwin, kau rasa kau miskin sangat. Duit gaji kau tak pernah rasa cukup untuk membayar bil-bil bulanan, membayar duit kereta, membayar duit kelas tajwid peringkat advance, duit untuk membeli game PS3 tulen, mahupun duit untuk main kutu. Namun begitu setelah berkahwin aku telah berjumpa dengan satu konsep kewangan yang ternyata menguntungkan, di mana gaji diri sendiri dan gaji isteri akan digabungkan, sekaligus kau akan rasa macam kau ni orang kaya dalam sekelip mata.

Konsep ini memerlukan kerjasama dan kejujuran yang telus antara suami dan isteri, agar diri sendiri tidak rasa tertipu kerana duit gaji dirampas. Alah sebenarnya psikologi je mana ada pergi gabung gaji betul-betul, tetapi rasa macam kau tidak perlu menanggung semua beban seorang diri. Bayangkanlah bil Unifi aku yang doploh MBPS yang paling laju di Bangi dan daerah Hulu Langat itu sebulan je RM249. Tak rasa bahagia ke kalau isteri membantu membayar bil tersebut? Isteri pun mendapat keuntungan juga daripada konsep ini kerana dia mendapat wang poket untuk membeli baju di Zara mahupun MNG. So sama-sama untung walaupun boleh guna duit sendiri je tapi rasa lebih seronok kalau orang yang beri wang bukan? Hikhik.

Begitulah antara nikmat-nikmat kecil perkahwinan. Banyak lagi nikmat lain sebenarnya yang aku tak tulis or maybe aku belum dicover. Amacam dah rasa macam nak kahwin tak? Sebenarnya aku menulis entri ini di dalam bilik hotel di Singapura. Yelah sepatutnya malam tadi pergi tengok konsert Foo Fighters kan tetapi apakan daya kehidupan mesti diteruskan. Takkan konsert kensel percutian ke Singapura pun harus dibatalkan. So hari ini mahu pergi berparti liar dengan isteri di Universal Studios Singapore pula. Nak kirim apa-apa tak? Kirim salam kat Shrek sudahla. Miskin ok pergi Singapore walaupun dah bergabung gaji makan je boleh cecah doploh dolar seorang. Kalau konvet ke duit kita rasa mahal la kan. Nantilah aku tulis pasal trip ke Singapura ini. Ok tata.

P.S: SINGAPURA SYURGA KLIVEJ



16 comments:

Anonymous said...

tunggu kau ade anak..aku menunggu entri kerja2 rumah yg kau bakal buat bila isteri sarat da selepas dapat baby..hahaha

-fandi-

TecerWidad said...

dah lama tak mai tang blog hang. bukan sebab kecewa tapi dah lama shuhud tak difeature-kan on your blog. i miss him. kakakaka.

macam fandi, aku pun tak sabaq tunggu da'killa pregnant.

anonymously:me said...

La Tarzan??? Hikkksss..La Tahzan tuuuu..

Mimie.Candy Cane said...

menangis2 aku bace entry ni..cemburu tau tak? cemburu!!!

jana said...

Ijai,
Ezajerit cerita memang terer,memang tak boleh belah laH entry kali ini ha ha ha

Anonymous said...

Mcm semua kenikmatan yg u listkn ni mostly berpihak kepada lelaki jer.leh bgtau, pompuan dpt apa selain drpd penat n extra keje?Mcm i kalu xkawin pun mmg sume bil byr sendiri n still leh shopping kt zara or MNG

Maybe pasni u leh listkn kenikmatan berkahwin from a woman's perspective plak

Anonymous said...

i pon nak taw jugak sbb bunyi blog nih mcm b'pihak pd lelaki..perempuan dpt ape plak?tak perlu ckp psl dosa isteri ditanggung oleh suami..saya tanye betul nih sbb nk taw jugak..

p/s:tak boleh tak advantage ats isteri mcm tuh,awak sebagai suami kena perbaiki diri and tolong juga betul tak?

Syawalliah said...
This comment has been removed by the author.
Alia said...

wah..bulan madu ye? hehe
balik nanti sure ade good news :p
hehe.

nanti baby nak panggil ko ape Ijai?
Ayah/Papa/Bapak/Daddy?? hehehe

Nurul Huda Rahim said...

HAHHHA buat red velvet. tak bleh blah. aku up sket. buat pavlova. wakakak. dasat isteri kau. siap bubuh ubat gigi bagai. mcm ezejerit je ni? hehe. aku pun merasa la buat semua ni. tp aku up sket ah (mcm biasa pesen kompetitif). aku siapkan laki aku b4 dia g keje. susun baju suar spender stokin sume atas katil. dia abis mandi tggl pakai ja. amcm? mithali bukan? kah kah kah. perlu la bgtaw kan. oke bye bye bye.

Izuan Kunang-Kunang said...

LOL. Geli siot mengenangkan boxer/spentot yg diulang pakai!!! I hope it is not too late for me to wish you selamat berbahagia?

Faizal Rosly said...

fandi: maksud kau, macam kau yang tak pernah membantu isteri mencuci pungkoq anak? hihi

TecerWidad: pegilah lawat blog dia shuhudzack.blogspot.com

Mimie: bersabarlah mimie saat indah kan menjelma jua

kak jana: cayalah akak boleh tau mana ezajerit, mana buat2 typo, mana jenaka kan?

Alia: Abah!

Huda: haha tiada sekelumit keraguan pun di hati ini tentang kedahsatan dirimu sebagai seorang isteri mohd huda

Izuan: spank you very much

Cik FaRiZaM said...

assalamualaikum ijaicool, sy nk email ijai boleh tak? nk tanya something regarding the ur blog. email sy di nik.norfarizam@yahoo.com k

Faizal Rosly said...

hah nak tanya apa ni. kalau nak jual bengkung premium beautiful, saya tak berminat

roziemilok said...

sudah berkahwin nampaknya ... sudah bergabung gaji.. bila lagi nak melabur degnang akak...

Yang Berhemat,

ROZITA BINTI MILOK
Certified Unit Trust Consutant (FIMM)

B.E (Hons) (Electrical Eng.) (UiTM)

roziemilok@gmail.com
roziemilok.wordpress.com
013-7136316

Jimmy Zorden said...

Berdasarkan pengalaman aku, fakta yang kau bagi semuanya bak fakta dari Discovery Channel dan Tutor TV. Benar belaka. Tiada fiktif melainkan fakta sebenar-benarnya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...