Monday, March 26, 2012

March Movies!

Haiii bertemu lagi kita di dalam rancangan Reviu Filem Bersama Abang Jai. Rasanya sudah lama Abang Jai tidak membuat kemunculan dalam segmen ini. Maklumlah, semenjak berkahwin ni, kekerapan pergi menonton wayang sudah semakin menurun. Aktiviti menonton wayang Abang Jai digantikan dengan aktiviti membeli barang-barang dapur dan kelas-kelas ekonomi rumahtangga di hujung minggu. Rasa nak bagi tinju Ip Man tak membahasakan diri sebagai Abang Jai? Apapun, ayuh kita teruskan membaca ulasan separa professional yang Insyaallah bebas daripada spoiler ini.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

John Carter

Ulasan ringkas: Tahukah kalian sebenarnya Planet Marikh (Barsoom) itu berpenghuni? Namun begitu planet itu bakal dilanda malapetaka akibat peperangan saudara antara watak kaum jahat Zodanga menentang Helium. Tapi nampak macam Zodanga nak menang sebab mereka ada weapon of mass destruction mana aci. Kembali ke bumi kita diperkenalkan dengan watak utama John Carter ataupun nama timangan ringkasnya JC ataupun nama komersialnya dalam Nsync, JC Chasez. Diceritakan dalam bentuk flashback, John menceritakan tentang pengembaraannya ke Barsoom di mana dia tiba-tiba menjadi superman boleh lompat tinggi dan mempunyai kuasa penumbuk sehebat Chuck Norris. Biasalah sebagai watak utama mestilah dia tiba-tiba terlibat dengan peperangan antara Zodanga dan Helium bukan.

Bagi saya cerita ini biasa sahaja. Mungkin gempak grafiknya macam projek tahun akhir Ling Leong Wei budak coursemate aku dulu, dan kalau tengok guna spek mata tiga dimensi koko krunch mungkin lebih lawa. Tetapi dari segi jalan cerita mahupun perkembangan watak entah aku pun tak ingat sangat sebab tak memorable. Hikhikhik.

Ratings: $$ 1/2

The Hunger Games

Ulasan ringkas: Filem ini adalah adaptasi daripada tajuk novel yang sama. Dulu-dulu daerah-daerah kecil dan miskin pergi memberontak terhadap bandar kapitalis Capitol. Setelah Capitol menang pilihanraya berdarah, mereka mewujudkan satu rancangan realiti televisyen The Hunger Games ala-ala Survivor, di mana dua belas daerah rebel itu akan menghantar 2 orang wakil bagi menyertai pertandingan tersebut. Yang fakapnya, hanya boleh ada seorang pemenang kita kena tamatkan riwayat peserta lain. Pemenang rancangan itu akan mendapat kekayaan dan kerakyatan tetapi tujuan sebenar pertandingan itu diadakan adalah untuk menunjukkan kekuasaan Capitol di samping menjadi langkah pencegahan pemberontakan daerah miskin. Hendak dijadikan cerita adik Katniss, heroin cerita ini telah terpilih untuk menyertai The Hunger Games tapi Katniss sebagai seorang kakak telah membuat pengorbanan untuk menggantikan adiknya. Bersama beliau adalah Peeta, seorang budak lelaki yang tak sehensem mana tetapi berhati mulia. Katniss dan Peeta mendapat khidmat nasihat fesyen daripada Lenny Kravitz dan Mentor musim ke-6, Adam. Huii kenalah training ramai orang nak tengok ni takkan nak bagi orang kelar leher kau suka-suka kan. Let the Hunger Games begin!

Saya tidak pernah langsung membaca novel tersebut maka tiada perbandingan secara langsung yang boleh dilakukan. Tetapi tema filem ini memang 'gelap'. Yelah kau masuk pertandingan dengan kawan kau tetapi in the end kau tahu kau kena hantar dia ke alam barzakh. Itu pun kalau leher kau tidak dipatahkan oleh peserta lain. Lakonan Mistik Muda (X-Men First Class) Jennifer Lawrence memang meyakinkan. Kita tahu dia seorang kakak dan rakan yang protective, tetapi dia bukan seorang gadis yang lemah kerana tahu membuat keputusan yang sukar berdasarkan moral di dalam diri. Scene-scene di dalam hutan ada yang menyentuh hati tetapi most of the times akan membuat anda tak senang duduk kerana aksi memburu dan diburu. Pergilah tonton di pawagam.

Ratings: $$$$

The Vow


Ulasan ringkas: Mereka kata filem ini adalah berdasarkan kisah benar juga. Paige dan Leo adalah dua pasangan bercinta sehidup semati. Lepas tengok wayang, boleh pulak depa ni nak ringan-ringan dan mungkin menuju ke arah keberatan dalam kereta lepastu tak pasal-pasal disondol oleh lori sampah. Nasib baik tak meninggal dunia kalau tak filem tu 5 minit je dah habis. Hendak dijadikan cerita, mereka berdua selamat, tetapi Paige telah mengalami kerosakan otak di mana dia tak ingat yang dia bercinta dan telah berkahwin dengan Leo. Dia cuma ingat kisah dulu-dulu saja. Maka di sini, berteraskan 'The Vow' yang pernah mereka ungkapkan satu masa dahulu, Leo berazam untuk mengembalikan ingatan Paige, serta membuat dia jatuh cinta kembali. Sounds familiar?

Macam cerita 50 First Dates bukan? Hikhik malangnya tidak seseronok cerita tersebut. Filem ini memang corny, direka khas untuk membuat pasangan bercinta terus terawang-awangan di kayangan, dan membuat orang yang tiada pasangan mencarut kata cerita ini mengarut. Tidak dinafikan yang filem ini memang sweet, di samping heart breaking melihat Leo cuba sedaya upaya untuk memenangi hati gadis yang dicintainya namun begitu apakan daya Paige tidak mengenalinya seperti dahulu. Walaupun hanya mendapat 28% di Rotten Tomatoes, anda masih perlu menontonnya demi Rachel McAdams. Tetapi ini bukan The Notebook, dan ini juga bukan Dear John. Yang pastinya filem ini filem yang klise. Moralnya di sini, tak payahla nak ringan-ringan di dalam kereta nanti tak pasal-pasal hilang ingatan dan menyusahkan orang.

Ratings: $$$ kalau tengok dengan isteri, $$ kalau tengok seorang diri.

Sekian sahaja ulasan filem untuk bulan Mac. Kalian sudah tonton filem-filem di atas? Ayuh kongsikan ulasan kalian. Jumpa lagi di dalam segmen yang sama beberapa bulan yang akan datang.



7 comments:

iylia said...

br tgk john carter je.

azieazah said...

Kalu semua tu ada jual kat Astro First, baik I lepak kat rumah dengan bantal dan kopok 2,3 kg, tengok kat rumah 48 jam sampai bleh hafal skrip. hehehehehe

ParkAir said...

Tunggu member download je. Lepas tu copy!

Alia said...

nak tgk The Vow. tp en suami x suka citer romantik.. :(

Girlfren semua dah lama x bejumpe..
semua dah kawin.. uwaa.. tibe2 aku rindu zaman gadis ku :p

Anoneemus™ said...

Yg local punya The Vow bertajuk Aku Terima Nikahnya.Serius.Metrowealth punya.


Tunggguu.....

Faizal Rosly said...

iylia: tengok hunger games, kool

azieazah: astro first tayang filem2 melayu yang mostly gagal di box office hihi

ParkAir: tengok kat pawagam la best ada iklan kool

Alia: zaman gadis....hihihi

Anoneemus: haha saya membuat kajian setelah membaca komen anda. wahh betul lah plot sama. rasanya depa nak eksploitasi kepopularitian cerita tentang dhia tempoh hari

Nepal said...

Kalu semua tu ada jual kat Astro First, baik I lepak kat rumah dengan bantal dan kopok 2,3 kg, tengok kat rumah 48 jam sampai bleh hafal skrip. hehehehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...