Tuesday, March 13, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia Di Singapura

Hai apa khabar pembaca? Pada 2 Mac yang lalu, saya telah pergi melawat negara Singapura. Tujuan asal kami melawat Singapura adalah untuk pergi ke konsert kugiran paling hebat di cakerawala iaitu Foo Fighters. Namun begitu di atas masalah kesihatan batin abang Dave Grohl, konsert itu telah dibatalkan. Itu adalah berita yang mengecewakan kerana kami telah siap-siap beli tiket kapal terbang dan menempah hotel yang berhampiran dengan kawasan konsert. Tetapi kita tidak boleh membiarkan abang Dave merosakkan kebahagiaan rumah tangga kita, maka sesi bulan madu mini ke Singapura tetap diteruskan.

Saya berada di Singapura selama 3 hari 2 malam. Walaupun dalam tempoh yang singkat, saya dapat memerhatikan beberapa perkara tentang tabiat manusia di Singapura. Harus dinyatakan di sini apa yang ditulis dalam entri ini tidak boleh dijadikan sebagai kesimpulan akhir tentang tabiat sebenar orang-orang di sana; kerana apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian sekeliling dalam jangkamasa tersebut, ditambah pula dengan input stereotype yang telah didengari terlebih dahulu. Ayuh teruskan membaca.

1) Tidak berebut teksi

Perkara pertama yang aku perhatikan sejurus saja tiba di Lapangan Terbang Changi, mendapatkan teksi adalah sangat mudah. Kau hanya perlu pergi ke stesen teksi, dan teksi akan datang kat kau. Tak perlu susah-susah tahan teksi. Orang Singapura akan beratur di stesen itu tanpa disuruh, dan satu demi satu akan diangkut untuk pergi ke destinasi masing-masing. Kadang-kadang ada pakcik atau makcik tukang jaga kat depan tu. Dia main poin je "Hah kau, naik teksi tu" "You there, please go to the next taxi" Tapi kalau dah sampai turn kau dapat pulak teksi Mercedez haaa berlinangan jugalah air mata nak membayarnya.

Di negara kita bagaimana pula? Huiii walaupun sedang menanti di stesen teksi sekalipun, rata-rata orang kita tidak reti / tidak mahu beratur menunggu giliran pun. Dengan kesedaran sivik yang nipis bak selaput dara, pasti akan ada orang yang cuba memotong barisan. Lepastu dah rampas teksi bukan nak minta maaf ke memberi penjelasan ke apa, dibaginya jari hantu adalah.

2) Tidak melintas jalan sesuka hati

Baru-baru ni aku ada melanggan Lawak Ke, Der? di Astro akibat pengaruh rakan sebaya. Dalam sesi komedi Harith Iskander, beliau ada menyatakan tentang gelagat orang Singapura yang hanya akan melintas jalan di tempat yang disediakan. Apa yang beliau nyatakan ternyata benar. Kau tak akan lihat gelagat berani mati melintas jalan yang sibuk. Sebaliknya, orang-orang di sana dengan penuh kesabaran berkumpul di kawasan melintas jalan sambil menanti lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Bila dah lampu hijau je kau melintaslah semua pengguna motokar akan menghormati kau. Masa tu kau bukan setakat boleh jalan, kau nak teng teng gajah ataupun membuat aksi W.O.R.M Scotty To Hotty pun boleh.

Kat sini walaupun dah ada jejambat disediakan, kita masih mahu menjadi pelakon lagak ngeri. Jejambat tu jadi tempat orang mintak sedekah je. Kalau anda nampak orang cuba-cuba jugak melintas jalan di tempat yang tidak sepatutnya di Singapura, ketahuilah mereka sebenarnya itu orang Malaysia. Macam aku lah kah kah kah.

3) Suka pakai Fitflop

Semasa berjalan-jalan di mana-mana kawasan tempat letak kereta di pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang, saya ada satu permainan yang sesuai untuk dimainkan bersama pasangan tak kiralah pasangan yang sah ataupun pasangan homoseksual anda. Permainannya adalah mencari kereta yang ada meletakkan 'bunga matahari' tu. Ala yang bunga plastik yang bergerak-gerak apabila disinari cahaya matahari tu. Majoriti kereta mesti ada punya anda pun sama. Kat Midvalley jual RM20 kat pasar tani murah sikit kot.

Anyway, kat Singapore kita main cari-cari benda juga, cuma kali ini kami memerhatikan kaki gadis-gadis di sana. 80% daripada gadis-gadis di sana akan memakai Fitflop (bukan flipflop). Selipar sihat la nama urban melayu dia. Da'Killa pun pakai jugak. Mengikut kajian, dengan memakai selipar tersebut, otot-otot di sekitar kaki akan menjadi lebih kuat, secara tak langsung dapat membantu gadis-gadis berjalan-jalan di kompleks membeli-belah untuk sekurang-kurangnya 3 jam tanpa rehat. Selain itu, tapaknya yang tebal dapat menghalang kaki daripada kelukaan akibat terpijak paku tekan. Tipu laman web fitflop tu tipulah aku. Tapi yang tak tipu, Fitflop adalah aksesori kaki yang utama yang digunakan oleh gadis-gadis di sana. Oleh kerana banyak khasiat pakai Fitflop ni, maka harganya pun berkhasiat la jugak kat gilak ah dingdong harga sepasang boleh beli kucing parsi sekoq.


4) Klivej di mana-mana tak kira masa

Singapura adalah syurga klivej. Ini adalah realiti bukan sebab saya ini seorang hamsap semata-mata. Kat lapangan terbang. Cleavage. Kat hotel, cleavage. Pergi kompleks membeli-belah, cleavage. Cleavage ini terdiri daripada pelbagai warna dan bentuk. Biasalah Singapore pun macam kita jugak multiracial so adalah warna coklat, putih, hitam, kuning dan biru air laut. Kaler biru sebab kelemasan kot. Kat sini kalau pergi Alamanda memang sumpah kau tak boleh nampak, kena pergi Pavilion baru boleh jumpa. Mungkin mentaliti di sana yang lebih terbuka. Don't get me wrong, bukan gatai ke apa tapi memang itu realitinya. Aku orang lelaki kalau dah TERnampak nak buat camana Save as dalam otak jela hihi.

Masa aku jalan-jalan kat Bugis Junction ada sorang minah ni selamba to ya to ya qof dia je pergi betulkan posisi payu masa tengah naik eskelator. Juling jugalah mata aku sebelah. Fenomena ini diakui oleh Da'Killa sendiri so tak boleh nak cakap aku tidak senonoh kerana blog ini memang sejak azali lagi tidak senonoh.

Part yang kata orang Singapore kiasu tu, penuh dengan denda sana sini tu ('Fine' City?), takdelah pulak aku alami kan. Tetapi baguslah memerhatikan gelagat serta culture negara lain, sekurang-kurangnya kita boleh cuba improve diri kita berdasarkan sifat-sifat mahmudah yang mereka tonjolkan. Cuma kat airport diorang memang strict dan penuh dengan protokol dan etikanya. Aku dahla noob naik kapal terbang aku berdiri terlebih garisan kuning masa nak cop pasport pun boleh kena herdik. Memang bitch makcik tu. Dahla tak senyum kat aku, cakap perlahan minta nama mana aku nak dengar lepastu dia tinggikan suara. Mungkin dia stress kot kat rumah suami dah tak mahu memberi layanan batin. Aaaanyway, ada pergi Singapura baru-baru ini? Mungkin ada tabiat lain yang ingin dikongsi bersama? Entri lain kali kita tulis pasal percutian ke Singapura pulak. Universal Studios yo!



9 comments:

Atiqah Ahmad said...

singapore bersih. kalau pergi kat kawasan perumahan dia, takde pun budak-budak main kejar-kejar bawah flat. semua main kat padang. takde pun dinding kena conteng dan paling penting, takde kertas risalah AHLONG dan UBAT TENAGA BATIN yang ditampal merata-rata macam kat Malaysia.

urggghh. sakit mata tengok iklan tu disetiap traffic light, bawah flyover mahupun papan tanda jalan.

dhr said...

Singaporean tak merokok merata-rata atau sambil berjalan. Mereka merokok kat tepi tong sampah. Bila parking kereta, diorang park reverse parking.

Izuan Kunang-Kunang said...

Am I the only person yang tak berapa impressed dengan Singapore? Maybe sebab pergi sekali je kot and never keen to go after that. Tak dinafikan memang bersih, shopping experience yang best dan yang paling penting transportation dia mantap dan on time!! Bukan macam komuter yang KEMUT tu!

But then again, in term of kesedaran sivik aku still rasa not much different from Malaysian sebab masa time aku pergi tu, ada few local people yang suka suki je potong aku masa tengah queue nak masuk MRT. Lepas tu bila aku nak kuar, tak sempat-sempat nak tunggu aku keluar, diorang dah redah masuk. Bengang betul aku. Aku memang pantang orang yang masuk dalam tren before passenger dalam tren tu keluar dulu. KLCC dan KL Sentral pernah menjadi saksi tempikan suara aku memaki sekuat hati hahaha.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sangat betul keterangan di atas! Hiks... i'm studying in singapore too, sampaikan me myself pun dh terbiasa dengan mereka punya disiplin. ahh, tapi agk tekanan juga di sini, kos serba mahal...

Faizal Rosly said...

atiqah: rasa macam nak telefon nombor ADULT TOY yang ditampal tu

dhr: reverse parking? walaupun gadis2? hikhik

izuan: tempikan kau tu masuk youtube

fifiey: sebenarnya harga makanan sama je cam kita, cuma pikiaq kena darab 2.4 tu yang rasa mahai tu

fnd said...

tulis entri pasal tabiat buruk

finaz said...

eskalator kat sana laju ok if compare dgn yg kat malaysia... esp those kat mrt stations. mula2 cam ngeri nak guna eskalator kat sana tp lama2 dh biasa..

kat sana tak payah ada kereta pun xpe sbb public transport is very reliable

and the people there walk a lot !! kalau weekends org bersepah2 kat mrt station n shopping malls (yela sbb manusia ramai tp tempat tak berapa nak besar so mana2 pun rasa cam ramai orang)..

Anonymous said...

cuba cari maksud no x-ing kat jalan.. Hahaha.. Sy drive ke sana puas pikir maksud apakah tulisan 2..

Rosli Ali said...

No crossing laaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...