Thursday, March 29, 2012

Seram: Episod Sebelas

Pernahkah terlintas di dalam minda anda; alam cakerawala ini luas tidak berpenghujung, maka tidak mustahil ada makhluk lain yang tinggal di luar bumi ini? Pada mulanya aku hanya bersifat skeptikal dengan teori 'we are not alone in this universe'. Namun begitu satu kejadian yang menakutkan telah mengubah persepsi aku tentang makhluk asing buat selama-lamanya.

Kisah ini berlaku pada minggu lalu, namun aku tiada keberanian ataupun kekuatan untuk menceritakannya kepada umum. Namun begitu aku mesti kuatkan semangat, bulatkan tekad demi kesejahteraan bersama. Aku memang suka menonton siri berunsurkan sains fiksyen. Siri sains fiksyen yang paling agung dalam sejarah televisyen sudah pasti the X-Files. Tema utama siri X-Files selain daripada fenomena di luar imaginasi adalah makhluk asing. Adik watak utama ejen FBI Fox Mulder kena culik, menjadikan beliau obses dengan alien, walaupun masyarakat sekeliling tidak mahu percaya dengan beliau. Apapun, nama pun sains fiksyen, oleh kerana tiada bukti yang kukuh, maka di sini kita boleh membuat kesimpulan yang makhluk asing itu adalah fictional semata-mata.

That's what I thought. Until last week. Hari itu aku tidak bekerja. Duduk rumah garu testis sendiri sahaja. Memandangkan tiada aktiviti menarik untuk dilakukan seorang diri yang tidak membabitkan dosa, aku pun membuat keputusan untuk menonton filem berunsurkan makhluk asing arahan M. Night Tamanshamelin, Signs. Cuaca ketika itu mendung, dengan hujan turun renyai-renyai. Scene-scene melibatkan makhluk asing di dalam filem itu ternyata menimbulkan sedikit rasa tidak selesa. Istilah takut mungkin lebih tepat.

GEDUNGGDUNGGG!!! Bunyi guruh berdentum di luar. Berderau darah aku. Lampu yang menyinari bilik terus terpadam. Perasaan panik dan cemas mula menguasai diri. Bertenang Faizal bertenang. Aku meraba-raba di dalam kegelapan mencari suis. Aku petik-petik suis lampu namun tidak membawa sebarang hasil. Ternyatalah aku harus pergi turun bawah untuk membuka suis utama. Hati aku semakin tak tenteram. Peluh dingin membasahi dahi aku. Aku mengambil wudhu', aku cuba untuk bertenang namun hatiku masih dag dig dug di dalam dada macam lagu Haiza. Semua kerana imej-imej makhluk asing yang mengerikan itu kini bermain-main di dalam minda. Kalau jumpa iblyss dan syaiton kita baca ayat hafazan PAFA, tetapi kalau jumpa Alien nak baca apa bagi mereka terbakar?

Aku memberanikan diri untuk turun ke bawah berbekalkan lampu daripada telefon bimbit. Suis utama terletak di dalam stor. Sambil menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan daripada album terbaru Maher Zain sebagai pendinding diri, aku pun membuka suis utama. Alhamdulillah syukur, lampu kembali menyala. Namun begitu aku tiba-tiba terdengar bunyi seperti sebuah mesin dihidupkan daripada bilik aku. Kapal angkasa kah? Mengarut Faizal, mengarut! Aku cuba menenangkan diri sendiri walaupun badan aku sudah mula terketar-ketar. Takut momok memang perkara biasa tetapi takutkan makhluk asing? Satu demi satu anak tangga aku daki. Aku cuba mengintai dari tangga, kelihatan seperti lampu berwarna biru menyinari bilik aku. Sumpah macam scene ketika makhluk asing datang hendak menculik manusia seperti yang selalu dipaparkan di kaca televisyen. Pada mulanya aku ingin sahaja keluar lari daripada rumah, namun begitu aku teringat yang Megatron berada di dalam bilik aku. Dayus gila kalau aku biarkan dia seorang di sana. Dengan lafaz akad nikah aku terus berlari masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba.....

.....ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT ADA MAKHLUK ANEH DI BILIK AKU! WAJAHNYA LONJONG DAN MATANYA BUJUR BERSINAR-SINAR KEBIRUAN.......ALIEN!!!!



.....rupa-rupanya itu PC Alienware X51 yang kool lagi bergaya dan berkuasa yang baru dibeli. Takburnya takburnya. Fuhhh bikin saspen saja. Amacam dalam skala 1 hingga 10, berapa tahap keseraman cerita aku ni? Kamon gadis-gadis boleh tayang beg tangan LV hasil daripada penjualang bengkung, kenapa kami para jejaka tak boleh tayang PC baru? Tetapi Tuhan kata tak baik takbur, maka dalam entri seterusnya saya akan membuat ulasan sifat mahmudah dan sifat mazmumah tentang produk di atas sebagai panduan mereka yang ingin membeli PC baru. Assalamualaikum.



5 comments:

Anonymous said...

tak baik takbur weh, berdosa..anyway, nice catch

Anonymous said...

gile ah jai. best tak main game pakai x51? kau beli yang ade gtx555 ke 545?

adam

Faizal Rosly said...

huii pastilah best main minesweeper guna 1080p haha. aku beli 555 nanti aku buat ulasan penuh

angkasa said...

kalau set lengkap mac pro, baru aku impress...alienware tak beri sekelumit kesan...

Harris H said...

Super cool ,share 2 ler specs & customization :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...