Wednesday, March 7, 2012

Seram: Episod Sepuluh

Selasa, 6 Mac 2012. Hari ini aku masuk kerja petang, balik malam. Biasalah orang kerja IT, bukan kerja jual bodi. Sebelum kalian meneruskan pembacaan, saya ingin beri amaran awal-awal, kalau korang ni ada penyakit kardiovaskular, ataupun kalian merupakan ibu-ibu yang mengandung, ataupun kalian ini memang dayus takutkan momok, saya nasihatkan kalian tak usah membaca entri ini, sebaliknya pergi menelaah buku panduan tajwid yang telah lama kalian abaikan itu.

Anyway, hati aku memang tidak tenang pada hari itu.Segala-galanya bermula apabila perasaan malas menguasai diri. Bila dah malas, jari-jemari dengan tenang tetapi berwaspada pandang kiri kanan membuka laman web terlarang Yutiub semasa waktu pejabat. Oleh kerana hobi aku menonton wayang, aku pun tontonlah trailer-trailer filem terbaru untuk ditonton di pawagam. Satu tajuk filem menarik perhatian aku; The Devil Inside. Cerita tentang pasukan bolasepak syaitan barangkali. Aku pun klik. Itu adalah kesilapan terbesar aku pada hari tersebut. Imej-imej seram tentang wanita yang dirasuk yang badannya boleh berpintal-pintal mula menghantui diri. Celaka kenapalah aku pergi tengok trailer tu. Dahla aku balik lewat malam. Ini tidak dibantu dengan cerita-cerita seram tahap Mastika yang diceritakan oleh rakan sepejabat. Cerita tentang nenek misteri macam dalam filem Misteri Rumah Tua yang ingin menumpang kita ketika lalu di hadapan Lim Kok Wing. Gila apa nak bagi tumpangkan. Ahhh persetankan semua itu. Jarum jam sudah menunjukkan pukul satu. Masa untuk pulang.

OH TUHANKU. Aku baru teringat yang aku parking kereta di basement 2. Basement 2 pada pukul 1 pagi memang sunyi nak arwah. Lampu yang menyinari pun sekadar samar-samar. Time-time macam tu memang dah tak ada kereta. Pak Guard pun tak buat rondaan time tu. Macam mana ni. Bayangan-bayangan keseraman mula muncul di dalam minda. Masa inilah tiba-tiba nak teringat dengan nama-nama momok seperti Ju On, Badut It, Gremlins, mahupun Hantu Dalam Botol Kicap. Berbekalkan dengan ayat-ayat hafazan Pafa yang dipelajari semasa tingkatan 3, mulut aku pun terkumat kamit membaca ayat-ayat pendinding diri. Langkah aku semakin laju. Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kaki aku. Ish kenapa tak sampai-sampai lagi ke kereta aku ini.

Sampai ke kereta, aku cepat-cepat start enjin. Ehek hek hek. Ehek hek hek. Klise. Memang klise. Kereta kita pasti tak boleh start dalam siri-siri seram sebegini. Nasib baik aku bukan blonde ataupun berkulit hitam kalau tak memang dah dicekik momok terus. Bertenang Faizal, bertenang. Aku cuba lagi. Ehek hek hek vroommmmm vrooommmm vrooommm. Syukur Alhamdulillah. Namun begitu bulu roma dan bulu ari-ari aku tiba-tiba meremang. Terasa bagaikan aku sedang diperhatikan oleh seseorang....ataupun sesuatu. Aku segera mengeluarkan CD Foo Fighters dan memasukkan CD Maher Zain mengharapkan suara ala-ala Kris Allen yang berunsurkan ketuhanan dapat membantu menenangkan aku.

Aku menekan pedal minyak kereta. Pelik. Kereta tidak bergerak. Ahh sudah. Kenapa tak mahu bergerak pula ni. Aku menekan minyak lagi, kali ini dengan lebih kuat. VROOOMMM. Kereta aku bergerak sedikit. Kenapa? Kenapa kereta aku berat? Tiba-tiba aku teringat kisah Harun Din bawak hantu naik bas di mana bas itu nampak kosong tetapi berat gila susah nak bergerak. Walaupun cerita itu telah dinafikan oleh Harun Din sendiri, tetapi ada relevan cerita itu dengan situasi aku sekarang. Mungkin cerita momok Thailand Shutter di mana hantu bertenggek di atas bahu cuma dalam cerita aku ni, depa bertenggek di atas kereta. Aku tekan minyak sampai ke lantai. Kereta bergerak tetapi sangat perlahan. Peluh dingin mula membasahi dahi. Jantung aku berdegup kencang. Aku memang tak berani nak pandang cermin belakang takut ternampak imej yang aku tak mahu lihat. Aku ni harap organ reproduksi je bersaiz Olimpik tetapi penakut rupanya. AHHH KENAPA KAU TAK MAHU BERGERAK LAJU KERETA??

TIBA-TIBA!!!!!!

.........................oh aku lupa turunkan handbrake rupanya. Patutlah lembab susah nak bergerak. Ok dalam skala 1-10, berapa tahap keseraman cerita aku ini? Alah korang jangan nak judge aku korang pun sama juga cuak jika berada di dalam situasi aku. Tapi rating cerita The Devil Inside macam cikai mak lampir je tak mahu tengoklah (padahal penakut).





10 comments:

ainie syeema said...

hahahaa..abg ijai ni hampeh la. camne time amik lesen nie

n a d e a said...

hahaha dah agak dah tak turun handbrake !! sbb i pon kalau tgh gelabah lupa nak turun handbrake ;)

norinaomar said...

Baru nak suruh ko baca Alif ba ta Alif ba ta..banyak2 kali

akak eskrem said...

Dah agak dah! Laju je tekan minyak tak turun hembrek. Haha!

Cuak lettew ada hantu nak tumpang kete. Heuheuheu..

dekan fizik said...

muhahaha! seram nak arwah! XD

Shafawi Hamzah said...

Gila bai, wa pengsan 2 kali baca cite lu ni! haha

Faizal Rosly said...

semoga kalian semua tidak diganggu momok malam nanti

cik aletheea: said...

hahahha..sengal... ;p

just azura! said...

aku dalam kegelapan bila sedang baca cerita kau, sampai sekerat, aku terus pi bukak lampu sebab bajet takut.. heehee..

Jimmy Zorden said...

Aku baca cerita kau pukul 0027 malam jumaat. so bila keluar poster "syaitan di dalam" tu, aku kaget juga sikit (banyak la jugak). hahaha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...