Monday, April 30, 2012

April Movies!

Hai apa khabar pembaca? Bulan ini menyaksikan salah satu filem yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar filem membuat kemunculan di pawagam. Filem yang dimaksudkan bukanlah filem Jidin Sengal. Musim panas bakal tiba dan ini bermakna kita dapat melihat filem-filem penuh aksi penuh letupan penuh drama dan mungkin sikit-sikit aksi rangkulan hangat dalam filem blockbuster musim panas dari Amerika. Ayuh teruskan membaca.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Wrath of The Titans

Ulasan ringkas: bosan nak arwah cerita ni tak payah tengok.

Ratings: $$

Battleship

Ulasan ringkas: Pada tahun 2005, NASA menjumpai planet extrasolar dengan syarat yang sama ke Bumi. Atas peluang yang mengandungi hidup pintar, NASA menghantar isyarat yang kuat dari array komunikasi di Hawaii, yang akan dirangsang oleh satelit di orbit. Sekitar masa yang sama, pemalas yang berbakat tetapi tidak berdisiplin Alex Hopper cuba untuk menarik perhatian seorang wanita dengan mendapat burrito ayam itu; keputusan yang menyaksikan Alex memecah masuk ke dalam kedai serbaneka dan tasered oleh pihak polis kemudian. Perempuan itu kemudian diturunkan kepada Samantha Shane, anak perempuan Angkatan Pasifik Amerika Syarikat perintahkan pegawai Naib Laksamana Shane, yang seterusnya atasan Komander Batu Hopper, abang Alex. Bosan dan marah di Alex kerana kekurangan motivasi dan mungkin merosakkan kerjaya sendiri, Stone memaksa beliau untuk menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat.


Nampak macam gempak ulasan di atas tetapi hakikatnya aku gugel translate je dari wikipedia. Saja nak test korang betul-betul baca ataupun sekadar tengok gambar. Filem ini diilhamkan dari permainan zaman kanak-kanak Battleship. Alah yang kau setting kau punya kapal lepas tu teka di mana kapal pihak lawan tu. Sekali lalu tengok trailer nampak macam ada mood Transformers di situ. Letup-letup. Kemusnahan. Sikit-sikit kepayuan. Dari segi skrip dan olahan cerita, memang klise dan rapuh tetapi kekuatan cerita ini terletak pada efeknya. Tapi kan kalau nak lagi berkesan menyelami emosi penonton, bila kata filem ini berdasarkan permainan kanak-kanak Battleship, aku sebagai pengarah syok sendiri mungkin akan membuat kisah tentang seorang ayah yang menghadiahkan anaknya permainan Battleship walaupun hidup di dalam kemiskinan. Lepas tu si anak berjaya masuk ke pertandingan Battleship peringkat kebangsaan tetapi apabila beliau pulang ke rumah untuk memberitahu berita gembira tersebut kepada ayahnya, ayahnya telahpun meninggal dunia. Amacam beremosi tak cerita aku?

Ratings: $$$

The Cabin in the Woods

Ulasan ringkas: Mengisahkan tentang 5 orang sahabat yang terdiri daripada seorang douchebag, seorang negro, seorang bimbo, seorang mat pet, dan seorang gadis pura-pura suci yang pergi berkelah di sebuah kabin terpencil di dalam hutan, terputus dengan hubungan dunia luar. Dengan membaca satu baris ayat penjelasan tersebut berserta melihat tajuk filem, kita pasti boleh mengagak ke mana hala tuju filem ini. Kalau kau negro dan berambut blonde asyik nak tayang payu dara, kau pasti akan dikelar leher oleh pembunuh. Not another super cliche horror / slasher flick?

Begitulah anggapan kita buat kali pertama. Namun begitu sekiranya anda mengambil risiko menonton filem tersebut dengan satu mindset yang anda tahu bagaimana filem itu akan terungkai, maka anda akan disajikan dengan salah satu filem seram yang terbaik sepanjang zaman. Premis yang ditawarkan memang klise seperti yang dijangka, namun begitu aksi kelar-kelar, kejar-mengejar, jerit-menjerit hanyalah secebis aksi daripada sesuatu yang lebih besar, sesuatu yang tidak disangka-sangka. Pacing cerita ini agak perlahan pada mulanya, dan kita akan tertanya-tanya; Apa neraka yang sedang berlaku ni? Depa build up sikit-sikit sebelum mengecapi kemuncak syahwat. Kalau sesi review dulu-dulu aku sering bagi spoiler nak bagi kalian sakit hati, tapi kali ini memang aku mahu kalian tonton sendiri filem ini di pawagam. Seriously kalau korang kata tak best, aku akan bayar separuh duit corn in cup kalian.

Ratings: $$$$ 1/2

The Avengers

Ulasan ringkas: Mengisahkan Loki yang sudah bersara dan tidak mahu lagi menjadi stunt double untuk penyanyi 30 Seconds to Mars, Jared Leto yang datang ke bumi dengan niat jahat melalui portal yang dibuka oleh kiub misteri Tesseract. Huru-hara berlaku dan Loki dengan tenang menggunakan skil pukaunya untuk memukau Hawkeye menjadikannya seorang agent MLM yang berjaya, di mana cita-cita sebenar Loki adalah mengumpulkan bala tentera Abrahah Angkasanya untuk menakluk bumi. Nick Fury yang tiada kebolehan untuk menonton Avengers secara tiga dimensi dengan bantuan Robin Scherbatsky kemudiannya cuba mengumpul manusia luar biasa membentuk satu pasukan yang digelar the Azenders. Saja nak test sekali lagi kalian baca betul-betul ke tak the Azenders tu nama band Sam Bunkface.

Terus teranglah saya katakan, setakat The Avengers adalah filem paling epik, paling agung, paling menghiburkan serta paling awesome yang dikeluarkan pada tahun ini. Pure entertainment, at least untuk nerd seperti saya. Mula-mula terfikir juga bagaimana mereka nak balance karekter yang masing-masing ada ego tersendiri both on and off screen, namun begitu setiap watak dapat berdiri dengan sendiri secara seimbang tanpa ada satu watak yang overshadow watak lain. Even Hawkeye pun ada peranan dan ada dialog hehe. Tiada masalah perkembangan karekter di sini kerana hampir semua karekter telah diperkenalkan dalam filem solo masing-masing. Filem ini penuh dengan dialog yang witty, di samping aksi-aksi lucu yang tidak dijangka. Aku tengok haritu versi 3D, so memang lebih awesome daripada biasa la kot.

Ratings: $$$$$

Apa pendapat kalian tentang filem-filem di atas? What the whattt? Kalian tak tengok The Avengers lagi? Ish ish ish. Sudah terlambat untuk membeli tiket nampaknya bulan November nantilah baru kalian dapat tengok.



11 comments:

kundi said...

dialog yang ohsem oleh ironman,

...come on, legolas...hahahahahaha

Anonymous said...

tapi nick fury macam tidak memainkan peranan yang besar, nampak lemah...

Syawalliah said...
This comment has been removed by the author.
Alia said...

apsal aku rasa Avengers ni boring.. tertido at 1st half of this movie. eheh byk sgt scrip for Superhero.:p

Faizal Rosly said...

kundi: haha aku gemarkan hulk

alia: tertido? TERTIDO??? WHAT THE WHATTTT

Anonymous said...

"We have a Hulk"
- quote Tony Stark/Ironman yang paling ohsem!

Harris H said...

I'm always angry-dr. Bruce Bennet @Hulk

The Sharkox said...

Di akui avengers adalah boring. yg tak boring cuma satu, agent Natasha Romanoff

Anonymous said...

Avangers memang awesome. sempat gi tengok 2 kali. Kali kedua... tertido... aiseymen.

Faizal Rosly said...

harris: bruce bennet abang claire bennet heroes ke apa hehe

sharkox: anda memang hamsap

Antoine said...

Di akui avengers adalah boring. yg tak boring cuma satu, agent Natasha Romanoff

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...