Friday, April 20, 2012

Somebody gonna get hurt real bad...and that somebody is Redtix

Sepatutnya entri ini dijadikan sebagai medium untuk takbur, riak dan bongkak kerana saya berjaya membeli tiket persembahan Russell Peters di Stadium Malawati pada 12 May nanti. Sepatutnya saya dah bergambar dengan baring-baring buat muncung itik sambil bergaya dengan tiket untuk bagi kalian yang tiada tiket ni panas hati. Sepatutnyalah. Namun begitu akibat berniat untuk bongkak, saya telah menerima balasan di dunia menyebabkan saya tunduk ke bumi. Tiket yang dibeli masih tidak sampai-sampai lagi. Semua ini salah Redtix Air Asia. Entri takbur akan bertukar menjadi entri kompelin. Ayuh teruskan membaca.

Desas desus tentang kehadiran pelucu bangsat Russell Peters mula tersebar di Twitter. Khabar angin itu disahkan sendiri oleh Russell di laman Twitter beliau. Russell ni memang popular dengan jenaka-jenaka perkauman tanpa batasannya. Kepopularitian beliau memang lebih dari Madonna sehinggakan masa show beliau di Dubai sold out dalam masa 8 minit saja.

Berbekalkan maklumat itu, aku pun bangun awal la pada hari Rabu 18 April yang lalu kerana tiket akan mula dijual secara online di laman Ticketpro dan Redtix pada pukul 9 pagi. Memang dah standby dengan kad kredit isteri serta kad kredit mama sebagai backup sambil dok refresh tunggu butang 'Buy Now' muncul. Masuk je pukul 9, cikai mak lampir website Ticketpro terus tak boleh masuk kena queue. Ok foine. Aku try kat Redtix pulak sama juga.

By 9.30, barulah muncul option untuk membeli tiket. Tapi semua tempat duduk sudah sold out, yang tinggal hanya tiket RM438 dengan RM338 saja. Gilak ah ding dong. Bak kata Russell sendiri dan bukan kenyataan rasis saya, buat apa nak bayar mahal-mahal untuk tengok orang India bercakap. Tiada pilihan kena ambil yang RM338. Lepastu keluarlah satu kenyataan yang memberitahu tiket telah dibook dan confirmation email akan dihantar berserta tiket dalam bentuk PDF. Since aku bekerja aku pun terusla pergi kerja tanpa mandi sekadar pakai ubat ketiak Avon je.

Sampai di pejabat aku check inbox, tak ada pun tiket. Ok rileks la kejap. Lepas makan tengahari aku check lagi, masih tiada. Hmm. Balik rumah malam aku check lagi, what the what masih tiada tiket? Huiii terus mencarut ringan aku. Aku pun pergila ke laman Fesbuk Redtix untuk membuat aduan, sekali aku nampak ramai lagi orang yang nasib sama macam aku masih tak dapat tiket.


Apa yang membuatkan aku terjengkel adalah sikap tidak professional Redtix itu sendiri. Dahla sistem macam budak-budak tahun satu di jurusan IT di Universiti, butang login pun tak ada kat laman web Redtix tu. Lepas tu dahla tiada confirmation number yang boleh dijadikan bukti pembelian tiket, sekadar boleh harapkan statement dari bank je. Lepastu emel aku (dan emel-emel orang lain) masih tidak berbalas, telefon tak angkat dan diorang pun senyap membisu je. At least bagilah statement cakap ada masalah teknikal ke, pejabat terbakar je ni diam je. BE A MAN (dalam eksen Chinese)(edit: ketika entri ini dipublish mereka baru keluarkan kenyataan cakap ada masalah).

Sehingga kini, aku masih belum mendapat tiket. Ahh. Rasa macam baru lepas kena scam yang lebih menguntungkan daripada jual bengkung kurus. Sudahlah. Aku nak pergi kerja. Kalian pergi tak Russell Peters? Ke tak sempat beli tiket? Hik hik hik. Yang dah ada tiket pun toksah nak syok sangat bila-bila je Pakcik Rais boleh kenselkan persembahan tersebut.

UPDATE: DAH DAPAT TIKET HIHI. Terima kasih Redtix kerana membalas jua mesej walaupun lambat.



4 comments:

Anonymous said...

tu la tau mengomel je hahahaa - akuserius sakuratokanashi

Harris H said...

Wahaha,lepas ni jangan lupa review Russel Peter's show. Take note gak bebrapa orang india yang datang gi tengok.Agak lucu kalau diorang gi tengok show pelawak india canada apabila show free tajaan MIC lagi lawak:)

ParkAir said...

sabar2, kalau x sabar x ijalcool namanya.

The Sharkox said...

Be a man...

Jenaka rasis pasal kutuk india adalah sangat rasis. nasib baik india tiada ibrahim ali

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...