Thursday, April 19, 2012

Teka-Teki Bersama Ijaicool 2

Hai apa khabar pembaca? Kembali lagi kita dalam segmen teka-teki bersama ijaicool. Di Bangi ini, aku adalah juara bertahan dalam Pertandingan Teka-Teki tahunan yang diwujudkan oleh Surau Al-Kauthar Seksyen 4 sebagai langkah untuk mengatasi masalah sosial yang melanda para remaja. Lebih baik berteka-teki daripada pergi mengumpat bukan. Maka di sini saya ingin berkongsi beberapa teka-teki yang ditanyakan di laman web sosial Twitter. What the what? Kalian tiada Twitter dan masih post status setiap 5 minit di Fesbuk tanpa mengetahui tindakan kalian itu dibenci dan tiada orang pun baca status tersebut sebab kawan-kawan kalian dah unsubsribe daripada segala aktiviti anda? Sudah, sila jawab teka-teki di bawah dengan kejujuran. Ok sila catat jawapan anda di atas kertas manila terlebih dahulu sebelum mengklik Read More untuk mengetahui jawapannya.

1) Apa beza angkawasan dan perempuan?

2) Dalam banyak-banyak keju, keju apa yang didambakan oleh gadis-gadis?

3) Dalam banyak-banyak keju, keju apa yang menjadi rebutan?

4) Dalam banyak-banyak kek, kek apa yang selalu marah?

5) Masuk keras, keluar lembik. Apakah dia?

6) Manusia apakah yang tak makan, tak tidur dan tak meninggal?

7) Dalam banyak-banyak benda yang diimport, benda apakah yang paling penting sekali?

8) Jika Transformers ada ibu bapa, apakah gelaran mereka?

9) Jika seorang Transformers lahir sebagai Autobot tetapi nak sangat jadi Decepticon, kita nak panggil apa?

10) Pengurus pasukan bolasepak manakah yang suka berlari?

11) Jika boyband hangat masakini One Direction ingin membentuk sebuah kumpulan Nasheed, nama apakah yang akan mereka pilih?

Jawapan:

1) Angkasawan datang ke bulan, perempuan didatangi bulan

2) Kejujuran dalam percintaan

3) Kejuaraan Liga Perdana Inggeris

4) Ciskek!

5) Stokin. Hamsap kalian ni fikir yang bukan-bukan.

6) Raja, sebab baginda santap, beradu dan mangkat.

7) Important

8) Transparent

9) Transgender

10) Luiz Felipe Suko-lari

11) One Qiblat. Kahkahkah lucunya aku


Anda rasa anda boleh merampas gelaran Putera Teka-Teki saya? Ayuh bagi teka-teki yang orang tak berapa familiar untuk diteka bersama-sama.



11 comments:

shark said...

haha
teka teki cmni mmg malas shark nk jawab..
jawapan suma sakitkn hati jer:)

Nurul Huda Rahim said...

err..err..hye zain one direction! baby u light up my world like nobody else! kah kah kah. oke bye.

Ninaaa said...

Cis! 1 pun aku tak dapat jawab! Kena buat byk latihan ni. Kau jaga-jaga aku akn kembali..

Faizal Rosly said...

shark: heh heh heh

huda: oooo peminat fanatik rupanya orang mukmin ke apa nama zayn

ninaaa: bakat terteka teki tak dapat diwarisi

Aslina said...

haha... sape la start post kat twitter camtu...

dulu senior aku suka la bagi teka-teki camni... hahaha... sape takley jawap, kene tiup lampu bilik sampai padam... wakakaka...

aku rasa kalo pi tanya kat budak2 tentera ni mau semua jawap sambil tido je...

Anonymous said...

dalam banyak2 panda,panda ape terer terjun buat summersault?


-shuhud-

Anonymous said...

abang ijai,
ni yaa,adik abe..
ape beza kacang panjang dengan seluar panjang?

Anonymous said...

Benda apa yg org yg dapat bini baru (macam Ijai) suka tetapi org yg dapat kereta baru cuba elakkan?

Faizal Rosly said...

aslina: kenapa orang tentera handal teka teki tak mungkin lebih handal dari saya

abe: kungfu panda? mudahnya

adik abe: hai yaaa. dah buat kerja rumah? errr kacang panjang tak boleh disarung di kaki, seluar panjang boleh.

minyak pelincir?

btw abe kenapa bagi adik kau baca blog aku abang tak bertanggungjawab kau ni

fini afini said...

panda pandai sommersault? pandalela =)

Anonymous said...

Benda apa yg org yg dapat bini baru (macam Ijai) suka tetapi org yg dapat kereta baru cuba elakkan?
= Lu Bang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...