Tuesday, April 3, 2012

Ulasan Alienware x51

Hai apa khabar pembaca? Untuk pengetahuan kalian, PC saya sudah hampir tiga bulan meninggal dunia. Oleh kerana kesibukan menguruskan perkahwinan, saya biarkan saja PC saya terdampar di dalam bilik tanpa sebarang usaha untuk membaikinya. Rasanya hard disk yang rosak sebab depa hari-hari bagi warning suruh backup sebab hard drive nak fail. Lagipun dah kahwin boleh pinjam Mekbuk isteri. Tetapi sebagai penyokong tegar produk Maikrosof, guna Mekbuk ni makruh.

Oleh kerana aku sudah malas dan tiada masa hendak membina PC sendiri, aku pun bercadang untuk membeli produk OEM saja. Mula-mula ingat nak beli laptop. So aku pun browse lah ke laman web Dell. Tiba-tiba ternampak pulak produk Alienware. Ada model baru Alienware x51. Aku pun klik. Sedar-sedar je dah buat bayaran. Macam ni la kot perasaan gadis-gadis membeli baju ropol-ropol di Poplook. Impulse shopping istilah dia. Anyway ayuh kita kaji sifat-sifat mahmudah dan mazmumah PC ini.

Unboxing

Bilamana kita berbicara tentang Alienware, kita akan terbayangkan satu mesin dalam kotak besar, serta tag harganya yang melampau mahal itu. Tetapi pihak Alienware telah membuat satu approach yang baru di mana mereka telah mengeluarkan X51 yang membawakan konsep 'Small Form Factor' (SFF), namun masih mengekalkan sifat kebinatangannya dengan harga yang berpatutan, sekaligus menjadikannya satu faktor untuk serious gamer mendapatkan model ini sebagai alternatif.

Tempoh dari memesan secara online, pemasangan di kilang serta penghantaran ke rumah hanya mengambil masa kurang dua minggu. Kalau nak beli directly kat Midvalley ada jual, tapi aku tak periksa haritu ada perbezaan harga ataupun tak. X51 datang dengan kotak unik, dan disertakan dengan kotak yang berisi standard USB keyboard, mouse, external power supply and DVD software yang relevan.





Rekabentuk

Sebagaimana yang saya katakan tadi, model X51 dibina dalam bentuk SFF, seperti casing micro ATX lain di pasaran. Seriously, sekali pandang nampak macam mesin yang lemah tetapi bak kata pepatah nerd, "Don't judge a PC by its casing". Cuba bandingkan saiz dia dengan PC lama aku serta konsol Xbox 360 dan PS3.



Senanglah boleh letak kat mana-mana jimat ruang. Trademark wajah makhluk asing dengan mata yang menyala masih dikekalkan. Warta mata boleh ditukar sesuka hati dengan warna pelangi menggunakan Alienware FX Editor. Logonya juga boleh diubah mengikut orientasi sama ada kita hendak letak secara vertical ataupun horizontal.



Spesifikasi

Alienware x51 datang dengan dua model; yang bezanya adalah pada processor (i5 atau i7), RAM (4GB atau 8GB), dan graphic card (1GB GT 545 atau GTX 555). Aku angkat yang GTX 555. Kedua-dua model datang dengan Windows 7 Home Premium SP1 64-bit. Blu ray drive adalah optional dan aku tak ambil sebab dah ada blu ray player hadiah kahwin. Specifikasi penuh boleh dilihat di sini

Walaupun tampak kecil, tetapi x51 memiliki banyak port. USB je dah ada 8, termasuk 2 port USB 3.0. Di belakang ada HDMI port (onboard) dan 2 dvi dan 1 mini HDMI (di graphic card). So secara teknikalnya kau boleh je guna monitor biasa cucuk kat HDMI onboard untuk main Fesbuk dan mini HDMI tu cucuk kat tv 42 inci kau untuk main Skyrim dalam resolusi 1080p walaupun aku dah beli di PS3. Sistem 'Optimus' daripada Nvidia turut diaplikasikan di mana kalau kau sekadar browse laman blog keji ijaicool dia guna chipset Intel bila main game baru dia guna Nvidia. Jimatlah bil letrik bulan-bulan.

Walaupun dalam laman web rasmi kata x51 ni boleh diupgrade dengan mudah, tetapi aku tak rasa boleh senang-senang je nak upgrade, especially dia punya graphic card. Ini kerana x51 guna external power supply dengan kuasa 330w, maka susahnya nak cari kad yang berkuasa serta saiz yang boleh muat dalam casing x51. Hard disk dia pun tak pakai SSD tapi aku bukan pernah pakai SSD pun sebelum ni so taktaula if perbezaan dia ketara.

Sifat-sifat Mazmumah

Ini adalah mesim OEM daripada Dell, maka bila kau ada problem dengan Windows dan kau call Maikrosof untuk bantuan, mereka tanpa banyak soal akan deflect kau pergi ke Dell. So far aku guna ok je, tetapi adalah beberapa masalah KECIL yang muncul seperti BLUE SCREEN yang datang secara tiba-tiba. Buat masa ini aku tak boleh nak recreate BSOD tersebut tetapi aku sempat kaji minidump files dia yang menuding jadi kepada graphic card. Aku dah install driver direcly dari OEM dan tidak install optional driver daripada Windows Update.

Selain itu, menda alah ni preinstalled dengan McAfee, sebuah antivirus yang bangang kerana tidak compatible dengan banyak benda. Aku tak boleh install Zune untuk Windows Phone kerana nanti McAfee akan hang. Tunggulah dah tamat lesen akanku minta perlindungan Datuk Lee Chong Wei.

Kesimpulan

X51 dicipta untuk orang-orang yang dah malas mahupun tiada masa untuk membina PC gaming sendiri seperti aku, dengan harga yang berpatutan. Aku siap tambah Microsoft Office Home and Student lagi. Ini adalah produk mampu milik sebab aku bayar bulan-bulan selama dua belas bulan macam bayar duit kereta Kancil. Sure anda boleh kata dengan harga yang sama, anda mungkin boleh bina PC yang hebat SEDIKIT daripada spesifikasi di atas, tetapi untuk mendapatkan komponen yang boleh muat dengan saiz casing seperti di atas adalah sukar sekali. Tetapi dia anda merupakan orang yang suka upgrade komputer, ini bukanlah produk untuk anda. Sekian, semoga anda mendapat manfaat daripada ulasan di atas. Thoughts?

p.s. walaupun sudah ada pc itu tak bermakna blog akan dikemaskini kerapkali :(



16 comments:

deeb said...

alaaa.... boring nye baca psl entry ni, takde benda yg riang utk dibaca :(

Faizal Rosly said...

what the whattt pc ini adalah keriangan buat saya umpama keriangan beg tangan baru buat gadis2. anyway bersabarlah deebah saat indah kan menjelma jua

Anonymous said...

sedih kena BSOD :(. maybe sebab overheating kot.

kalau nak upgrade:
http://www.youtube.com/watch?v=F2sSqZT-34U&context=C4713777ADvjVQa1PpcFMOsMK4OfH3Dq1q99_VdDw5C_QW5MjGegI=

kau boleh install SSD tapi nanti harddrive sedia ada nak letak manentah. graphics card yang paling elok for now is 7850 radeon sebab guna 130 watts TDP. aku rasa upgrade SSD lagi elok kot. kalau install radeon nanti hilang optimus technology. optimus tu cume boleh guna kalau go through motherboard nye HDMI port?

Adam

Faizal Rosly said...

wahh bagus2.

aku connect guna mini hdmi kat graphic card, tapi guna hdmi kat mobo pun sepatutnya boleh jugak optimus tu.

Tiger_WONG said...

skarang ni..kalo pakai win 7..mmg biase berlaku blue screen tu..tu bkn la BSOD..juz beware kalo berlaku slalu blue screen tu baru la BSOD..kalo juz sekali or dua kali berlaku..tu mmg biase tuk machine baru yang pakai win 7

The Sharkox said...

apa ni ijai bagi review macam tengah dok buat review kat majalah dewan bahasa dan pustaka?

bahasa tahap tinggi

Faizal Rosly said...

haha aku nak hantar ke ruangan Megabait di Utusan la

Fareez Mansur said...

Apa celop, bosan tahap gaban post nih!

Anonymous said...

apa maksud apa celop?

anyways, aku tak expect gadis gadis yg tak minat pc untuk appreciate entry ni, tapi jejaka jejaka patut boleh.

jai kau pernah kena masalah overheating sejak beli? diorang kata kalau letak x51 horizontal lagi elok untuk kurangkan heating (tak tau sebab ape)

adam

Harris H said...

Review terbaik,IMHO win 7 64 bit memang berlakunya BSOD.downgrade to 32 bit,takde langsung BSOD.Jack sparrow software banyak lagi choice.
External power supply unit senang kan upgrade?

Anonymous said...

alienware x51 nye power supply is proprietary. takleh nak upgrade sebab vendor lain takde jual. masalahnye PSU die cume ade 330watts. so kena beli graphics card yang tak power hungry dan ade cooling yang elok sebab space sempit.

adam

Faizal Rosly said...

adam: tak pernah pulak overheating. time main ataupun masa idle

harris: what adam said. 32 bit? rugilah tak boleh guna RAM 8GB hihi

Anonymous said...

royersjxs nciseenvu pjyboztqy [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]cheap north face jackets[/url] tbdnmxxwb bsaxyfdfb glhfqydkh [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]the north face jackets[/url] cbtpofxnr bjmhfnwyh hwmzrfjhq [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]cheap north face jackets[/url] echnyygvm kjxwfttkl hfbmaedlw
Related articles:
http://blogs.solidthinking.com/2012/05/04/register-for-a-free-intensive-training-webinar/http:%2f%2fwww.cheap-nike-nfl-jerseys.com%2fsan-diego-chargers-jersey-antonio-gates-jersey-c-647_649.html
http://nkongsambainfo.com/index.php?option=com_ccboard&view=post&forum=2&topic=2&post=0&mode=reply&Itemid=25
http://www.zurca.com/forums/posting.php?mode=reply&f=7&t=101

Anonymous said...

nggxpgkti kbucrldqg ujhzqujij [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]cheap north face jackets[/url] rqflrfacl dquponpyq ihmhcuaml [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]north face womens[/url] dufzccaic fbhislncq akcfjohsx [url=http://www.the-north-face-jackets-sale.com]north face jacket[/url] xdomevuaj lngkzyexw fxlworkux

Related articles:
http://www.applicationgroup.com/forums/index.php?action=post;topic=226643.0;num_replies=0
http://www.veloster.org/forum/35-hyundai-veloster-audio-electronics/forum/newreply.php?do=postreply&t=6810
http://forum.zirkeldesphoenix.de/posting.php?mode=reply&f=11&t=297

zaff fier said...

salam bro..aku ad sebijik alienware area 51 alx mau kasi lego rm2500
mau pakai yg mobile plak la...kalo berminat leh halo2 atau msg me @ 0133296626 kalo bole self pickup lokasi subang bestari

Anonymous said...

Kalau maen ac 4 black flag buat grafik high lancar tak?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...