Tuesday, April 10, 2012

Universal Studios Singapore

Hai apa khabar pembaca? Pada 2 Mac yang lalu, saya sepatutnya pergi menonton konsert kugiran paling hebat di cakerawala Foo Fighters Singapura, namun begitu konsert itu telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Perjalanan ke Singapura tetap diteruskan agar isteri tidak berkecil hati dan bagi silent treatment selama 3 hari kerana saya telah menjanjikan sesi berbulan madu ringkas di sana. Lagipun tiket kapal terbang sudah dibayar, hotel pun sudah ditempah. Setelah membaham dadah untuk mengelakkan muntah akibat menaiki kenderaan awam, kami pun menuju ke Singapura . Ayuh teruskan membaca entri yang panjang ini.

Kami menetap di Fragrance Hotel berhampiran dengan venue konsert di The Padang. Yang cikai mak lampirnya, masa datang nak check in, tiba-tiba depa kata transaksi sebelumnya tidak berjaya menjadikan kami roomless untuk dua hari, tapi depa tak habaq awai-awai pun. Dengan garangnya aku terus mengoyakkan kemeja aku menampakkan jersey Harimau Malaya di dalam. Dah mengalir air mazi di mata pekerja hotel itu akibat kecuakan lalu beliau pun mendapatkan kami sebuah bilik dengan harga yang sama berserta complimentary Wifi di cawangan Fragrance Hotel yang lain. Tapi bilik dia memang kecik nak arwah. Memang tak cukup ruangla kalau nak buat role playing erotik halal yang selama ini sekadar bermain di minda. Kalau tahu konsert dibatalkan pasti aku akan cari hotel yang lebih menarik.

Anyway, first day sekadar jalan-jalan di Bugis Road dan membeli-belah sambil mengharapkan kekayaan muncul tanpa sebarang usaha ataupun bersusah payah menjual bengkung di Fountain of Wealth. Hari kedua baru pergi Universal Studios Singapore (USS). Banyak cara untuk pergi ke sana. Naik MRT boleh tapi kami memilih untuk naik teksi SD8 dari hotel bahagi 2 baru SGD4 seorang so lagi jimat. Sampai kat USS around 9.30 pagi, time tu pun dah ramai orang. Harga tiket semasa waktu kemuncak syahwat adalah SGD70 untuk orang yang dah baligh. Oleh kerana wiken terlalu ramai orang, maka anda digalakkan untuk membeli Express Pass dengan harga SGD50 seorang (peak). Ya memang cekik darah tetapi kalau anda tak beli dan anda bukan jenis yang berani bertumbuk dengan pengunjung lain untuk naik rides, anda mungkin perlu menunggu sekurang-kurangnya 40 minit untuk naik setiap ride. Orang pertama yang datang tak solat subuh terus pergi USS akan diberi keistimewaan untuk membuat ucapan pembukaan sebelum pintu pagar dibuka pada pukul 10 pagi.


USS dibahagikan kepada beberapa daerah iaitu Hollywood, New York, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Daerah yang pertama yang akan anda terjah adalah Hollywoooooooooooooooooooooooood (reference kepada Heejun Han). Seperti namanya, kawasan ini bertemakan gilang gemilang sinar cahaya gemerlapan seperti di Hollywood, dengan menampilkan ikon-ikon dari barat seperti Frankenstein dan Marilyn Manson eh Monroe yang tersembul buah dadanya so isteri tak kasi ambil gambar. Ada banyak kedai cenderahati bertemakan Hollywood yang menjual tshirt, trofi Oscar, key chain minimum SGD5.



Di sini juga terdapat Hollywood Theater yang mempamerkan aksi musikal raksasa Monster Rock. Ohh show ini kelihatan seperti musikal biasa tetapi hakikatnya berbaur seksual dengan aksi-aksi ghairah para penyanyi yang suaranya taklah sedap sangat tetapi pakaian depa semua (gadis2) boleh menyebabkan berlakunya pergerakan di dalam seluar. So tak sesuailah untuk kanak-kanak di bawah umur hihi.


Daerah seterusnya, New York. Tak ada wang nak pergi New York di Amerika, di sini anda boleh merasai kenewyorkannya dengan landmark-landmark yang konon-konon ada kat New York. Entahlah aku mana pernah pergi New York sebenar. Tarikan utama di sini adalah Lights, Camera, Action! yang dihoskan sendiri oleh Steven Spielberg. Jangan tertipu dia hoskan secara rakaman sahaja penatla dia tiap-tiap berapa minit dia nak kena eksplen benda yang sama kat kalian. Apa yang cuba ditonjolkan di dalam studio ini adalah bagaimana hari yang tenang tiba-tiba bertukar menjadi gundah gulana dengan ribut taufan yang tiba-tiba muncul. Lepas tu adalah budak-budak Pavilion yang tiba-tiba shuffle di sekitar kawasan tersebut.

Daerah seterusnya, Sci-Fi City. Bandar ini dipenuhi dengan tarikan-tarikan yang hebat. Paling popular sudah pastilah Transformers: The Ride. Ni ceq nak habaq mai kalau ang takdak Express Paih, toksah dok mimpila nak naik benda alah ni kalau tak tunggu at least 45 minit. Disebabkan aku dan da'killa ada pas express ni maka aku pun terus masuk di ruangan orang istimewa dengan takbur sambil memandang sinis orang-orang yang kena beratur. Tapi pas express ni boleh guna sekali je untuk setiap rides. Huiii ride ini memang awesome. Kecut perut juga membantu Optimus Prime menentang Diseptikon durjana. 3Dnya boleh tahan tampak macam kau betul-betul berada di medan perang.



Di Sci-Fi City juga ada rollercoaster berkembar yang sekadar tengok tapi tak naik pun boleh luruh testis. Bertemakan siri TV popular Battlestar Galactica anda boleh menguji kekentalan testis anda dengan menyokong Human ataupun Cylon. Err tapi aku tak naik menatang ni sebab time tu depa tutup sebab hujan renyai-renyai. Next!


Selamat datang ke Mesir Purba. Berdasarkan kajian yang aku lakukan di Internet, indoor rollercoaster The Mummy Revenge adalah ride yang anda wajib naik. Malangnya time aku datang depa tengah buat maintenance. Ok tak apa sat lagi datang balik. So kami pun naikla ride Treasure Hunters di seberang. Biar aku bagi spoiler; Treasure Hunters ini adalah ride untuk kanak-kanak ataupun pasangan yang ingin ringan-ringan. Tak percaya? Pergilah beratur 50 minit untuk naik ride itu. Nasib baik aku ada Express Pass so takdelah terjengkel sangat.



Lapaqnya. Kami makan tengahari di Oasis Spice Café dalam Ancient Egypt ni. Restoran ini menghidangkan makanan-makanan dari Timur Tengah sambil didendangkan dengan lagu-lagu nyanyian kugiran Oasis. Secara umumnya, harga makanan dan minuman di Singapura ni sama je dengan kita, mengikut taraf hidup depa la. Nampak mahal bila kita dah convert ke duit kita. Aaaanyway, dah kenyang makan kembali ke The Mummy Revenge la kan. Orait dah bukak, kembali riak dengan Express Pass sambil masuk ke dalam Pyramid. Tiba-tiba nampak pulak satu papan tanda amaran: "Warning, this is a high speed rollercoaster bla bla bla gugur testis bla bla bla too late to turn back bla bla bla...". Oh em ji. Dayus gila kalau aku biarkan isteri sorang je naik sedangkan aku menggigil testis di sudut-sudut gelap. Peluh dingin mula membasahi dahi. Aku tergagap-gagap membaca ayat hafazan PAFA tatkala melihat wajah Imhotep yang cuba untuk menghantar sumpahannya. The rest hanya jeritan bapuk aku yang kedengaran. Sumpah kecut perut naik menatang ni.


Kalau kalian jenis yang testis layu tak berani naik roller coaster, kalian boleh bergambar dengan karekter-karekter yang sentiasa serius dalam memainkan watak masing-masing. Siapa klik gambar di bawah itu tandanya anda nak tengok klivej dan alur ari-ari dengan lebih jelas. Pervert.



Ok daerah seterusnya, The Lost World. The Lost World terbahagi kepada dua bahagian, Jurassic Park dengan Waterworld. Kat Jurassic Park anda boleh naik Canopy Flyer, macam rollercoaster tergantung untuk kanak-kanak. Kecut perut sikit-sikit uols.




Anda pernah menonton filem Waterworld lakonan Kevin Costner? Since Kevin Costner dah tak ada orang nak hire untuk berlakon filem lagi, beliau digaji untuk berlakon dalam pertunjukan secara langsung Waterworld ini. Ada boleh saksikan aksi-aksi heroin dibasahi air, berserta dengan letupan dan backflip daripada jetski. Kalau nak lagi best, pastikan anda duduk menonton di barisan hadapan sekali.



Seterusnya, Far Far Away! Tarikan yang pertama yang aku masuk di daerah ini adalah Donkey LIVE. Ini adalah satu show yang unik, di mana anda boleh menonton stand up comedy daripada Donkey sambil berinteraksi dengan beliau secara langsung. Suara lebih kurang, kurang sopan pun lebih kurang namun jenaka-jenaka beliau adalah jenaka yang menstereotypekan penduduk-penduduk di Asia Tenggara.


Satu kisah menarik berlaku; dalam satu sesi soal jawab bersama penonton, Donkey pun tanyalah kat sorang budak tu, "What is the most interesting that you've seen so far?" Ok ini jawapan yang aku dengar; PORN. Aku tak ezajerit Donkey pun dengar benda yang sama dia cakap "Yeahh I heard what you heard Raoul" Raoul tu assistant Donkey. What the whatt tergamam aku ataupun mungkin budak tu maksudkan benda lain keluar benda lain. Mak Abah dia dah memang bercadang nak buang anak dah akibat kemaluan.


Show seterusnya, Shrek 4D Adventure. Kira macam nombor ekor Magnum 4D lah. Amacam lucu tak selitan jenaka aku tu. Baguslah kita dapat tengok content baru tentang Shrek yang direka khas untuk show ini. 4D tu cemana pulak? Di samping imej 3D yang anda lihat, anda akan turut merasa efek-efek lain secara live seperti pancutan air serta bau banjingan ketika Shrek kentut.

Kat Far-Far Away ada satu rollercoaster nama dia Enchanted Airways. Tak menakutkan sangat rollercoaster ini. Lepastu anda boleh bergambar dengan karekter-karekter dari siri Shrek seperti Puss In Boots ataupun pergi beraya di rumah Shrek. Memang berhati mulia si Puss ni kalau kalian lihat gambar di bawah dia sedang cover baju No Fat Chick aku haha.



Ok zon terakhir, Madagascar. I laik to muvit muvit yu laik tu MUVIT! Madagascar ini memang direka khas untuk kanak-kanak. Satu-satunya ride yang aku naik di sini adalah Madagascar: A Crate Adventure. Naik bot yang dijamin tak karam bersama-sama mengembara dengan Alex, Marty, Melman and Gloria. Dan penguin durjana. Dan lemurs. Dan monyet.


Ok dah naik parkinson dah jari aku ni menaip. Ok kuiz bulanan. Jika anda benar-benar membaca keseluruhan entri, berapa kalikah saya menyebut perkataan testis? Jawapan yang tepat mungkin akan memenangi set jam tangan Roscani ataupun didoakan mendapat jodoh yang beriman. Kesimpulannya, lawatan ke USS ini memang meletihkan, tetapi sangat menyeronokkan. Alah sekali sekala apa salahnya janganla kedekut sangat nak belanja adik anda ke Pak Ngah anda ke untuk naik rollercoaster. Jika anda pernah melawat USS, ayuh kongsikan juga pengalaman anda. Babai.



8 comments:

ceklala said...

bestnye...bilela nk smpi nih..jwpnnye 3 kali!!eh rasenye betulldah 2 kali repeat baca ni hehe

Nurul Huda Rahim said...

alaaa bestnyewww. itew teringin nak g sini. tp daddy itew asek bawak itew g london jew. KAH KAH KAH. sbg melayu tipikal, ayuh lah terima soklan aku ini "emm kak datilla dah berisi ke?" :p

Along said...

Ello, tipu!! Ride Battlestar Galactica tu hanya tutup kalau hujan siap ngan kilat petir je. Setakat hujan renyai, dia jalan je. I know because I rode it last year...in the rain. Huhuhuhu...cakap je la takut nak naik...alasan hujan lak..hehhee...

Oya, express pass sngt menyelamatkan diri..memang tak sanggup bila tengok papan tanda tulis "Waiting Time is 70 minutes". Padahal naik ride 2 minit je...

Faizal Rosly said...

ceklala: salah jawapan anda dah tak boleh cuba lagi dah

huda: tak baik tanya kak datillah dah berisi dia maintain kurus ok. ok sebagai melayu tipikal juga, anda bagaimana sudah mengandung jugakah? hikhik

along: betullll tak tipuuuuu (tanpa intonasi)

Mr PenyuBiru said...

Salam bro... mau tanya..bro menginap Fragrance Hotel yg mana satu yer? Bugis ke? tq

btw, nice sharing. :D

Faizal Rosly said...

yaa di bugis. service ok tapi bilik terlalu sempit

Mr PenyuBiru said...

ooo.. so maknanya hotel yg bermasalah pada mulanya tu bukan hotel bugis la kan. tq.

Cho Zila said...

alamak terseronoknyer baca entryni terasa cam dah sampai lak...
thanks menyebabkan akak berangan2ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...