Monday, May 14, 2012

Jejaka Yang Terlalu Cintakan Bangi

Hai apa khabar pembaca? Aku tinggal di Bandar Baru Bangi. Bangi adalah tanah tumpah darahku. Membesar di Bangi, bersekolah di Bangi, bersunat di Bangi, berkahwin di Bangi, pendek kata kehidupan aku mostly memang di Bangilah. Kalau Caprice boleh mengaku dia Prince of Damansara, maka tidak syak lagilah aku ni Prince of Bangi. Kasih aku terhadap Bangi memang tiada tolok bandingnya….sehinggalah seorang BFF aku menunjukkan erti cinta terulung terhadap Bangi. Ya, nampaknya ada orang yang lebih gagah cintanya terhadap Bangi melebihi aku sendiri. Ayuh kita ikuti kisah jejaka yang terlalu cintakan Bangi.

Aku ada seorang BFF. Bagi mengekalkan kesaspenan cerita ini, kita namakan saja dia sebagai 'Jejaka Gelap' atau JG. Macam kekasih gelap la kiranya tu. Aku dan JG saling mengenali sejak sekolah rendah lagi. Masuk sekolah menengah, kami berada di kelas yang sama. Pelbagai peristiwa suka duka pahit manis yang kami tempuhi bersama. Solat Maghrib berjemaah, ponteng tusyen berjemaah tetapi tengok porn ringan asing-asing. Dari hari ke hari, hubungan kami semakin rapat, tetapi tidaklah sampai berlaku zina luar tabii.

Peperiksaan PMR baru saja tamat. Alhamdulillah, kami berdua mendapat 8A. Aku membuat keputusan untuk kekal di sekolah Jalan 3, tetapi JG mendapat tawaran untuk ke MRSM Taiping. Dalam hati aku sudah pastilah ingin beliau berada di sisi, tetapi aku tidak boleh mementingkan diri menghalang beliau daripada mengecapi cita-citanya yang suci. Dengan berat hati aku membiarkan beliau pergi dari pandangan mata ini. Bak lagu Najwa Latif, hidupku menjadi kosong.

2 minggu berlalu. Tiba-tiba hatiku kembali riang apabila ternampak kelibat JG di pintu kelas. Ramai orang tertanya-tanya mengapa JG melepaskan peluang untuk belajar di salah satu sekolah yang terbaik di Malaysia ini, dan kembali ke sekolah yang menggunakan nama jalan sebagai nama rasmi sekolah di Bangi ini? Demi melindungi JG, aku pun mereka cerita yang JG sebenarnya diraba oleh Acun (sekadar nama rambang) semasa di MRSM, tu yang dia balik tu.

SPM baru sahaja habis. JG ditawarkan masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka. Berita baiknya, aku pun ditawarkan untuk menyambung pelajaran di matriks Melaka juga. Aku dengan gembira pergi ke bilik JG tetapi aku terperanjat apabila mengetahui JG telah pulang ke Bangi dan menyertai Matriks KYPM dekat tol Bangi tu. Mungkin dia kena raba dengan Acap….(sekadar nama rawak). Maka tinggallah aku seorang diri…..

Setahun berlalu. Aku mengambil jurusan Teknologi Maklumat di Uniten. Aku dengar JG mendapat tawaran untuk belajar di Ireland. Tetapi entah bagaimana JG boleh pergi ke UTM Johor pula. Mungkin ada kesilapan maklumat dari segi institusi dan lokasi dalam kisah aku ini, tetapi apa yang aku pasti, dari Johor beliau berpindah ke UKM pula. UKM di KL, but still dekat dengan Bangi, Kena raba lagi ke?

JG, JG, mengapakah dikau bersikap begini? Dia lebih rela difitnah orang mengatakan yang dia diraba walhal hakikat sebenarnya adalah dia tak boleh berenggang daripada ketiak ibunya. Mungkin beliau masih breastfeeding saya pun tak pasti. Yang terbaru, JG kata dia nak sambung belajar menjadi seorang pakar (specialist) di UK, tapi kami semua yakin beliau akan kembali ke Bangi dalam masa dua minggu, atas alasan diraba oleh orang putih di sana.

Dapatkah anda meneka siapa Jejaka Gelap ataupun JG yang dimaksudkan? Kamon sudah pastilah Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa bin Yajid bin Puteh. Kisah di atas memang benar aku ezajerit sikit-sikit je. Kalau kami nak membahan Shuhud ataupun Abe, kami cuma perlu ungkit kisah beliau terlalu cintakan Bangi di atas ataupun Kisah Sedih Initial D. Kisah ini didedahkan secara eksklusif sempena hari jadi Abe yang ke-28 pada 13 Mei (semalam). Abe single dan desperate jika kalian berminat boleh tinggalkan maklumat peribadi di ruangan komen (gadis sahaja). Anyway, happy birthday Abe! Ayuh kawan-kawan ucapkan selamat hari lahir buat Abe.





17 comments:

Akim Iqbal said...

Selamat hari jadi abe !

ceklala said...

heppy besday abe! :)

Orang Akaun said...

aku tak peduli abe sapa, tapi aku suka bangi. sejak check in UKM tahun 2006 dulu, sampai dah keja aku maintain dok bangi, walaupun berulang alik kelana jaya bangi hari-hari

ainie said...

nape abg ijai slalu sangat memanipulasikan gmbr ini bila bergosip tentang abe? tak de gmbr yang lain ke dalam koleksi?

Faizal Rosly said...

ada tetapi gambar di atas adalah gambar beliau yang paling buruk dan aib hihi

TecerWidad said...

aku tetap sayang abe.

i love u shuhud. hahaha

faramira said...

hepi bitrhday dr shuhuddd :PP

Anonymous said...

slamat hari jadi abe! - adam

jana said...

Selamat Hari Jadi Dr.Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa bin Yajid bin Puteh

jana said...

Ijai BFF kan kena cerita macamana dapat gelaran Abe(ke sebenarnya sebenarnya ialah perkataan abang bagi orang kelate) so cer cite sikit nanti ya:)

Faizal Rosly said...

betulla tu hok panggey abe sebak oghe kelate. ngocok abe ngocok

Anonymous said...

saya syg dr shuhud... walaupun dr shuhud x pandang saya pun kat klinik sbb sy x cantek n hitam , tapi saya masih pandang dokter hahaha... selamat hari jadi terima kasih dokter !! -sakuratokanashi

Anonymous said...

thank you very much for all the wishes!!sgt terharu..huhu..

jai,walaupun kehidupan seharian kita dipenuhi dosa mengeji dan mengutuk sesama sendiri,aku tetap sayang kau..haha..


shuhud

dinida said...

aku saspek si shuhud ne anak prof. zakaria stapa..very d familiar lahh dedi u shuhud ooii..

Anonymous said...

kahkahkah..abe minggu ni kau open table lepas berfutsal..jgn ingat minggu lepas ikmar bayar habis kau terlepas k..hahaha..

-fandi-

yummien straggy said...

yeay!jumpe lagi org share besday dgn gua..hehe!

sepp siket shuhud!
appy belated besdei baidewei..

Anonymous said...

saya pun suke bangi...:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...