Tuesday, May 29, 2012

Top 10 Favourite TV Theme Songs

Hai apa khabar pembaca? Salah satu hobi saya adalah menonton siri televisyen. Siri televisyen yang hebat bukan saja bergantung kepada plot dan watak dalam siri tersebut, malahan turut dipengaruhi oleh lagu temanya. Lagu tema yang catchy dan bermakna dapat memberi first impression yang mendalam sekaligus dapat menarik minat penonton untuk terus duduk di hadapan televisyen menghayati siri tersebut. Maka di sini saya ingin berkongsi 10 lagu tema siri televisyen kegemaran sepanjang zaman. Ayuh teruskan membaca.

10) New Girl

Dulu aku pernah rekemen cerita ini kalian tengok ke tak? Siri ini sungguh lucu. Kau akan mudah relate dengan karekter Jess lakonan Zooey Deschanel kerana masalah yang dia hadapai sama sahaja dengan masalah tipikal kita, tetapi cara dia menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh keceriaan menjadi siri sendiri yang dorky dan bubbly tanpa perlu berpura-pura membuatkan kita senyum sentiasa. Apa yang menarik adalah lagu tema siri ini dinyanyikan sendiri oleh Zooey. Dengan key yang tinggi tetapi bapuk kita pun menyanyi, ♫ HEYYY GIRLLL WATCHA DOINNN HEY GIRLL WHERE YOU GOINNN ♪~



9) X-Files

X-Files merupakan salah satu siri televisyen yang paling hebat sepanjang zaman. Lagu temanya juga merupakan sesuatu yang iconic di mana semua orang normal dah hidup pada tahun 90an pasti dapat membuat siulan keramat lagu tersebut. Lagunya memang seram. In fact segala perbuatan normal yang kau lakukan, lepastu kau mainkan lagu tema X-Files di latar belakang, situasi akan menjadi seram secara tiba-tiba. Tak percaya? Cuba kau makan nasik, lepas tu play lagu temanya dia bawah. Rasa macam tengah makan di kawasan perkuburan bukan?



8) One Tree Hill

Cerita One Tree Hill ni cerita wajib tonton untuk pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Yelah sebab senang nak relate kan. Kita perasan yang kita terer main bola keranjang lepas tu semua gadis nak kat kita. Gadis-gadis yang hangat pulak tu. Aku tengok sampai season berapa entah. Asyik dan bertukar-tukar gadis je sekejap nak toron Peyton sekejap yang berzina dengan Haley dah bosan pergi tiduri Brooke pulak. Ada lagi ke cerita ni sekarang? Anyway One Tree Hill memiliki lagu tema yang hebat juga nyanyian Gavin Degraw dengan suara serak-serak basahnya I don't wanna bee bla bla bla bla bla bla latelyy. Amboii asyiknya kalian tengok klivej Peyton.



7) That 70's Show

That 70's Show....memperkenalkan kita kepada Ashton Kutcher yang tidak pernah lucu dahulu, kini, dan selamanya. But the theme song rawks!



6) M.A.S.K

Adakah kalian ingat dengan kartun ini? Kanak-kanak 80an ingat la kot yang lahir tahun 90an tu tak baik buat2 tahu. Aku ingat lagi aku ada permainan lori Rhino walaupun sebenarnya Venom punya helikopter lagi kool tapi aku kecik lagi mana tahu erti kool yang aku tau mesti nak jadi watak baik. Lagu tema dia memang membakar semangat selepas mendengarnya rasa macam nak pergi masuk larian Merentas Desa.



5) The Fresh Prince of Bel Air

Langsung tiada kena mengena dengan Prince of Damansara. Di sini kita boleh lihat wajah Will Smith yang tidak pernah berubah tua dari zaman siri tersebut hinggalah ke filem MIB 3 baru-baru ini. Bukan nak rasis ke apa tapi wajah dia serta warna kulit memang tak nampak kusam, maintain je keremajaan beliau. Pakai susuk ke apa. Anyway lagu temanya banyak mempengaruhi scene hip hop tempatan 90an di mana style rappingnya boleh didengari dalam lagu-lagu KRU dan Nico. Pandai-pandai je aku.



4) Friends

Saya berani cakap lagu Friends ni akan masuk ke dalam Top 10 lagu tema kegemaran anda juga. Siapa yang tak pernah tengok siri Friends dia memang jenis yang tak sukakan duniawi. Lagu ini dinyanyikan oleh The Rembrandts dan itu jela kot lagu depa yang paling popular. One Hit Wonder orang kata.



3) Hati Waja


Hati Waja merupakan sebuah drama persilatan yang popular semasa zaman sekolah agama sampin hijau dahulu. Sekolah agama dulu-dulu diperkotak-katikkan saja hari-hari tipu ustazah cakap ada latihan rumah biru so kena balik awal. Balik awal semua sebab nak tengok kehebatan Syahdan lakonan Rusdi Ramli berkelahi dengan Faizal Hussien. Lepastu esok pegi sekolah agama terus praktikkan 'Tendangan Tanpa Bayang' terhadap kawan-kawan yang dibenci terutamanya yang gemuk macam Som Pek. Lagu tema Hati Waja dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim.



2) Mis Tres Hermanas

Dia curang dengan suaminya dengan meniduri lelaki kacak. Dia sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan adik-beradik suaminya kerana tidak rela tinggal sebumbung dengan mereka. Dia sanggup melakukan pelbagai pendustaan dan menabur fitnah bagi memastikan dia hidup dalam kesenangan. Hendak dijadikan rumusan, dia memang layak digelar bitch. So who is the biggest bitch in this whole wide world? No, not my ex and your ex, tetapi Margarita Alvarez dalam siri telenovela Mis Tres Hermanas. Cerita ini pun boleh dibuat modal untuk ponteng sekolah agama juga. Lagunya dalam bahasa Sepanyol boleh mempengaruhi kita untuk mengejar cinta agung bak Santiago mengejar Lisa dan Si Pailang mengejar Beatriz. Jangan kau dengan versi Melayu pulak kerana tak best.



1) Kickers

Hoii kanak-kanak 80an sejati pasti tahu akan cerita ini dan boleh menyanyikan lagu temanya dengan fasih walaupun salah sebutan dan makhraj nya. Walaupun skil-skil dalam siri tersebut adalah tidak logik, sebagai kanak-kanak yang naif kita dengan tenang mengaplikasikan taktik Sistem 8 Pertahanan, lipat guna tumit, gabungan tendangan kaki kiri dan kanan serta bawak solo dari kawasan sendiri menewaskan semua pertahanan semasa bermain bola lawan kelas lain pada hari Sabtu.



Begitulah antara lagu-lagu tema siri TV kegemaran saya sepanjang zaman. Bagaimana dengan anda pula? Kongsilah lagu tema kegemaran anda pula. Siri Milfhunter ataupun My Sister's Hot Friend tidak dikira kerana kalau ada lagu pun semua sama saja te te te te tewww tetetewww teww tetetewww.



13 comments:

Zuhairi Zainal said...

Kartun awal 90an:
Lagu Saber Rider (and the star sheriffs in the sky), Maero Attack


Haha... Aku pun peminat cerita HATI WAJA, time form 1...

finaz said...

hai hai haii.. lama tak komen di sini..

i tergelak part "Lagu tema dia memang membakar semangat selepas mendengarnya rasa macam nak pergi masuk larian Merentas Desa".. like, apakahhh? hahahaha.. tetibe je nak pergi merentas desa.. semangat abihlah teww..

tapi out of 10 songs ni.. i tau 6 je..

TecerWidad said...

Aku tak tau yang nombor satu, hat lain memang aku tau.

Aku suka theme song Moero Attack. Asal main bola tampaq mula nak buat summersault berpusing.

By the way, aku tak suka New Girl. Lawak dia tak cukup karan.

Hikaru Yui said...

lagu cerita charmed pun best =p

z a t i said...

powerpuffgirl

Sey-jii Ha-fiz said...

i wanna be. the very best.
like no one ever was.
to catch them is my real test.
to train them is my cause
i will travel across the land.
searching far and wide.
each pokemon to understand
the power that's inside.

theme song paling favorite sekali

lurvee said...

yer la hikaru..siri+lagu charmed pun best..mmg minat la tgk cite charmed ni time tu

kundi said...

kau lupa janji....jamal abdillah.hoho.xdela, aku nak cakap kau lupa lagu tema slamdunk.membakar semangat harimau dalam diri ini.

Faizal Rosly said...

zuhairi: saaberrr riderrr and the star sheriff (menyanyi kat kawan aku anas sebab nama atuk dia shariff)

finaz: fakta: saya tidak pernah habiskan larian merentas desa sekolah mengikut waktu yang ditetapkan

tecerwidad: tak cukup karan boleh minta karan kat TNB (jenaka sambilan)

hikaru: lagu third eye blind tu ke I want something else. To get me through this. semi-CHARMED kind of life baby baby (jenaka sambilan)

zati: tak boleh bayangkan kau menyanyi lagi tu dengan umur sekarang

sey-jii: aku baca lirik tu dengan melodi dan pitching yang betul

lurvee: the power of three will make me horny. eh camtu ke tagline dia

kundi: bohong lirik jepun kau tak faham camane boleh naik semangat tah2 naik syahwat

Anonymous said...

kakeroo dan kenta!

adam

Anonymous said...

lagu theme charmed itu pakcik morrisey yang nyanyi

lurvee said...

membuat aku teringat kat Cole@Julian McMahon...huish

azuhuri mustaqim said...

anda ketinggalan beberapa lagi lagu tema siri tv yang hot (mungkin selera kita berbeza)
airwolf
mcgyver
knight rider
mission impossible
twilight zone
kalau yang moden sikit - CSI (Miami/NewYork/Vegas)

anyway, lagu x-files tu suppose to be number one-lah sebab ianya amat berkesan!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...