Thursday, May 10, 2012

Top 10 Video Viral Tempatan

Hai apa khabar pembaca? Apa itu viral? Menurut kamus percuma di internet, viral bermaksud sesuatu yang disebabkan oleh virus. Dari segi pengkomputeran pula, video viral adalah klip video yang mendapat perhatian orang ramai hasil daripada perkongsian berulang-ulang kali di laman web sosial, khususnya. Jika anda ada akaun Twitter mahupun Fesbuk, topik yang paling hangat dibincangkan semalam sudah pastilah topik seorang perempuan mendera bayi yang dirakam di video. Video itu menjadi viral dalam sekelip mata disertakan dengan komen-komen meyayat hati dan menuntut agar wanita tersebut ditimpa malapetaka tanpa mengetahui yang video tersebut adalah video lama.

Situasi sebegini selalu dieksploitasikan oleh 'traffic hunter' untuk menarik para pembaca membaca blog mereka dengan memaparkan maklumat copy paste tanpa sebarang kajian mahupun ulasan sendiri mengharapkan para pembaca mengklik iklan Nuffnang mereka sekali. Abistu Faizal ni kau mention benda alah ni sama jelah nak tarik trafik bukan? He he he. Alah ni baru intro je. Sebenarnya, banyak lagi video viral lain hasil anak tempatan kita yang menjadi popular dalam sekelip mata. Hari ini saya ingin mengkaji 10 video viral versi nasional yang pernah menjadi buah mulut masyarakat Melayu kita. Ayuh teruskan membaca.

10) Dia pilih KLCC



Ini adalah salah satu video yang paling popular pada 2 tahun lepas. Video ini menunjukkan kesedihan seorang gadis yang menyesali perbuatan beliau yang memilih KLCC daripada teman lelakinya, sambil dihamburkan kata-kata separa kesat oleh kawan-kawan teman lelakinya yang merakam video tersebut. Teman lelaki itu buat-buat merajuk dengan tindakan kejam gadis itu yang ternyata lebih mementingkan blouse Zara daripada menghabiskan quality time bersama teman lelaki sendiri. Gadis yang ternyata dirundum seribu penyesalan itu segera memeluk boyfienya dengan penuh kasih sayang lalu membuat aksi kucupan di khalayak ramai. Te te te te tewww te te tewwww teeww tetetewww. Berita terkini: Gadis itu kini lebih sanggup memilih Warta daripada teman lelakinya.

9) Pergaduhan di LDP



Lebuhraya LDP. Salah satu lebuhraya yang celaka di waktu kemuncak. Satu hari kelihatan lebuhraya ini lebih sesak daripada biasa. Kelihatan seperti ada eksiden di hadapan. Dua orang lelaki berbangsa Cina sedang bertelingkah kerana Baju Merah menyontot Baju Pink. Tampak macam nak setel di tempat kejadian.....tiba-tiba PANG kayu dirampas daripada Baju Pink. Baju Pink terus sentap noks tapi apakan daya kayu di tangan Baju Merah lalu dikokaknya kepala cunut Baju Pink berkali-kali. Persengketaan mereka berlanjutan ke tengah-tengah lebuhraya, sikit lagi nak dilanggar kereta. Si perakam pula hanya mampu merakam sambil memberikan kata-kata semangat kepada team matenya dalam bahasa Hokkien. Pandai-pandai je aku bahasa Hokkien. Baju Pink berlumuran darah dan Baju Merah segera menghapuskan bukti dengan membaling senjatanya ke rumah sapa ntah.

8) Berebut Pakwe di Kedai Kasut



Huda (bukan nama sebenar) ke hulu ke hilir memikirkan tentang masalahnya. Fikirannya runsing. Dia mendapat berita yang teman lelakinya bermain kayu lapan dengan Shuhada, gadis kedai kasut di pekan (bukan nama sebenar tapi pekerjaan sebenar). Sambil mengetap bibir atas dan bawah, Huda segera bertemu rivalnya itu sambil membuat tuduhan yang mungkin berasas. Berang dengan tohmahan yang dilemparkan dan provokasi tamparan dari Huda, Shuhada segera membuat counter attack dengan menggunakan skil asas gadis-gadis yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Elite iaitu Tamparan Wanita.

7) Papa jahat

Video di atas tidak boleh dipaparkan di atas kerosakan teknikal. Jika anda mahu tonton juga, anda pasti boleh menontonnya di dalam komputer riba teman lelaki mahupun adik lelaki anda. Anda cuma perlu show hidden files and folders, kemudian pergi ke D: Backup/Final Year Project/Hihihi/papajahat.3gp.

6) Peniaga tidak jujur?



"PENIAGA INI TELAH MELUDAH DI DALAM AIR SOYA BUNGKUSAN DIA...." Begitulah intro daripada Puan X, narrator tidak berbayar kepada video ini. Berdasarkan papan iklan dan pendedahan lokasi daripada narrator itu sendiri, mereka yang tinggal di Bangi pasti dapat mengenali peniaga tersebut dan mungkin pernah membuat air soya yang disyaki telah diludah. Ketika disoal siasat peniaga tersebut, beliau mendakwa yang beliau hanya meniup plastik tersebut bagi memudahkan proses anti oksidan berlaku melalui karbon dioksida yang dilepaskan daripada proses respirasinya. Nampak macam gempak bukan ayat aku. Kami sempat meminta pendapat pelajar Darussyifa yang mendakwa itu mungkin adalah tabiat khurafat yang diaplikasikan bagi menaikkan selera para pembeli sekaligus nak beli lagi soya beliau.

5) The Next Anuar Zain?



Just enjoy the video. Kalau kalian rasa kalian lebih bagus daripada dia kalian memang penipu.

4) Nak Ludah Muka Mahasiswa?



Ingat, selepas memaki hamun, jangan lupa bertakbir. Baidewai video di atas adalah video parodi dan bukan video asal, kerana video parodinya adalah lebih popular aku rasa. Hahaha.

2) Video Kekasih Untuk Kekasih



THIS IS SO SCHWEETT. AHHH KALIAN SEMUA TAK FAHAM PERASAAN DIA. DIA SEDANG DILAMUN CINTA. TATKALA CINTA MENGUASAI MINDA, APA SAJA SANGGUP DILAKUKANNYA. BIARLAH DIA KENAPA KALIAN NAK JUDGE DIA. DIA RINDU KAT BOIPREN DIA. JELES LETTEW KALIAN TAK ADA BOIPREN TAK BOLEH NAK BUAT VIDEO KEKASIH UNTUK KEKASIH

1)KFC



Adakah ini video viral paling popular untuk tahun ini?

Begitulah sepuluh video viral tempatan yang paling popular at least dalam timeline Twitter dan Fesbuk saya. Saya tulis sepulih sebenarnya saya letak sembilan saja nak tengok kalian perasan ke tak. Anyway, adakah anda pernah melihat semua video di atas sebelum ini? Yang mana satu feveret anda? Mungkin anda ada video viral tempatan lain yang saya termiss untuk dikongsi bersama? Jangan lupa letakkan link untuk kita kaji bersama.



7 comments:

ceklala said...

dari 9 hanya 2 je yg dah tgk..harus segera tengok kesemua video!hihih

Siti Nur Aminah said...

rasa nak pukul laju2 dgr budak ni nyanyi lagu anuar zain..macam shilake.....

yg ludah tu memang melampau dow..mandrem mana ajar dia...

gaduh kt LDP macam cite keling..

Anonymous said...

dari semua video diatas(kecuali video parody tu) aku rasa smuanya layak utk ditampar dgn had kelajuan 200 kmph kerana melanggar seksyen 150 akta kebodohan yang melampau..nothing to do here..btw..org malaysia mmg suka tngok and sebarkan video viral ni..suka buat facepalm kat muka sendiri kot..hihi

p/s :aku adalah salah seorang dlm video parody ludah mahasiswa tu..kihkih..

- casablancas -

Izuan Kunang-Kunang said...

Video papa jahat tu ada kaitan dengan Wan Nor Azlin ke?? *matilahhhhhh name and shame~

kundi said...

D: Backup/Final Year Project/Hihihi/papajahat.3gp.

aku gelak guling-guling.haha.

Faizal Rosly said...

ceklala: jangan terpengaruh sehingga pergi berebut pakwe sudah

aminah: cuba anda rakam nyanyian anda pula hihi

casablancas: yeke kau yang mana satu....biar aku teka....3 dari kiri? (random)

izuan: astaghfirullahalazim wan nor azlin dalam video lain tak baik fitnah dia

kundi: kalau kau gelak tandanya kau memang ada koleksi sedemikian...

ParkAir said...

google papa jahat kih3..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...