Tuesday, June 26, 2012

Autotune Tuesday: Culik, Perkosa, Paksa Kahwin

Dewasa kini, amalan membaca sudah semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya golongan remaja. Kaum remaja lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet-gajet elektronik (non sexual) mereka, bermain permainan kasual sebagai medium mengisi masa lapang. Jika mereka membaca sekalipun, bahan bacaan harian mereka hanyalah gosip-gosip artis yang dibaca di Beautifulnara ataupun cerita tidak senonoh Cikgu Suraya. Kalau kita tanya mereka tentang isu-isu terkini di dalam dan luar negara, pasti mereka tak tahu realiti kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak menganggap yang membaca berita terkini itu penting, ditambah pula dengan ketiadaan minat. Di sini saya ingin mengubah persepsi mereka dengan membaca berita-berita terkini dan sensasi daripada Harian Metro, agar mereka lebih peka dengan masalah sekeliling. Ayuh teruskan membaca. Or lebih tepat lagi, ayuh teruskan MENYANYI!

Lirik:



Jika buta IT, sila tekan butang 'Play'.



Dalam hal ini, kita tidak dapat mengelak daripada menuding jari menyalahkan pihak tertentu. Siapakah yang harus dipersalahkan jika perkara sebegini berlaku? Ibu bapa yang tidak mengawasi anak mereka? Tak boleh salahkan mereka seratus peratus kerana anak mereka bukannya budak kecil lagi untuk diperhatikan sepanjang masa. Mungkin salah remaja tersebut dengan pergaulan tidak terbatas mereka sekaligus terdedah dengan ancaman anasir luar? Ataupun salah orang lelaki yang berperangai dayus dan binatang walaupun hakikatnya memang menjadi tugas mereka untuk melindungi kaum wanita? Namun yang anehnya, selepas memuaskan nafsu, boleh pulak timbul rasa kesedaran untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Apa kejadahnya semua ini? Sambil mendengar lagu di atas, ayuh kita bincang permasalahan ini.

Ini bukanlah hiburan semata-mata, sebaliknya salah-satu cara untuk meningkatkan kesedaran di dalam diri kita. Jumpa lagi di dalam segmen nyanyian berita di masa akan datang.

Listen to last week's autotune: Rintihan Janda



7 comments:

Sey-jii Ha-fiz said...

sapelah writer utk cerita dlm paper hmetro itu. power sungguh imaginasi beliau. kalah plot ombak rindu.

Faizal Rosly said...

mungkin beliau ada cita-cita nak jadi penulis skrip. tapi takpa yang baik jadikan teladan yang buruk kita autotune kan

Zuhairi Zainal said...

Tagline Harian Metro:
Cerita, Bukan Berita!

Pengajaran sikit, sebab bagaimana aksi dilakukan lebih menarik perhatian pembeli... haha...

Anoneemus™ said...

Orang buta IT: Takde pun butang 'play'?

Faizal Rosly said...

zuhairi: tagline sebenar ke kau reka tu

anoneemus: tiada? anda pakai browser apa? cuba update flash player. dan jika pakai mobile tak boleh kot...

Zuhairi Zainal said...

kompom aku yg reka... haha...

Anonymous said...

hmm... tapi lagu autotune rintihan janda lagi sedap didengar la bang ijai xD... harap2 ada lagi berita bernyanyi xD

- pmbca setia -

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...