Friday, June 8, 2012

Cara-Cara Untuk Mendapatkan MC

Hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah. Ramai orang yang mengeluh kerana pada hari Isnin nanti, mereka terpaksa kembali ke medan perang di lebuhraya utama bertarung dengan pemandu lain yang turut sama tertekan kerana kesesakan jalan raya. Sekarang ni, mereka berasa bahagia sebab jalan raya tidaklah sesesak mana sebab tak perlu hantar kanak-kanak pergi sekolah awal-awal pagi. Bila jalan dah jem, otak kita pun naik serabut. Bila otak dah serabut, mulalah malas nak pergi kerja. Tapi malas-malas pun bukannya boleh ponteng kerja begitu saja. Satu cabaran yang harus ditempuhi jika malas nak pergi kerja tetapi kita sihat walafiat adalah bagaimana hendak berlakon di hadapan doktor untuk meminta cuti sakit. Maka hari ini kita akan membincangkan alasan-alasan umum yang sering kita gunakan untuk mendapatkan MC. Ayuh teruskan membaca.

1) Demam

Ini adalah alasan yang paling umum, paling biasa, paling kerap dan juga paling LAME untuk digunakan bagi mendapatkan MC. Alasan ini terlalu popular sehinggakan keberkesanannya semakin menurun. Cabaran utama yang harus diatasi adalah bagaimana untuk membuktikan kepada doktor yang kita ni 'demam'. Masa dulu-dulu, termometer tak kiralah termometer ketiak mahupun eshol digunakan untuk mengambil suhu badan. Teknik ini boleh dieksploitasi di mana sebelum masuk jumpa doktor kita boleh gosok ketiak laju-laju sehingga panas lalu mempengaruhi bacaan suhu. Kalau jenis yang mengamalkan seks luar tabii lagilah senang nak panaskan bontot. Lepastu kalau doktor cakap suhu normal, cakap kau dah makan panadol sebelum datang. Doktor yang berlagak tahu akan cakap, "hmm itulah sebabnya suhu awak normal".

Tapi la ni, depa tak pakai dah termometer lagu tu. Sekarang ni guna gajet MIB letak sipi-sipi kat dahi terus keluar bacaan secara digital. Nak menipu pun dah susah. Kalau kau pergi klinik swasta buat muka cute kenyit mata sikit-sikit bolehla jugak kau still dapat MC. Tapi cuba kau pergi klinik kerajaan tak mungkin kau akan dapat MC. Paling hebat pun kau dapat timeslip. Especially kalau kau jumpa doktor garang bini Anas, Zaahirah. Jadi jika anda ingin mencuba nasib di klinik kerajaan, gunakan taktik ini. Selepas mandi, jangan keringkan badan dan terus duduk bawah aircond dan kipas yang dibuka secara maksimum. Insyaallah anda akan demam betul-betul dan terus dapat MC lebih daripada satu hari.

2) Sakit perut

Ini pula adalah alasan feveret aku. Setakat ini, aku tidak pernah gagal mendapatkan MC menggunakan taktik ini. Ini kerana jika anda hebat berlakon, doktor-doktor tak akan tahu yang anda sekadar berpura-pura. Berikut adalah sketsa lakonan kembali untuk panduan anda:

Doktor: Ya sakit apa ya?

Pesakit: Saya...saya cirit birit doktor. Pagi ni je dah 4 kali saya masuk tandas. Tadi sebelum sampai giliran saya pun tercirit lagi.... (buat muka berkerut dan tekan perut)

Doktor: Hmm. Awak makan apa malam tadi? Famili awak lain kena tak?

Pesakit: Entahlah. Malam tadi makan Lala Masak Pedas di Restoran Yus. Mak saya pun makan tapi tak perasan pula... (kena sebut nama restoran untuk memantapkan lakonan)

Doktor: Awak ada alahan apa-apa ke? Mungkin dia tak basuh bersih-bersih masakan tu. Tak apa saya bagi awak Riboflofin Kolomangerat (dia sebut nama saintifik untuk air garam kot) dan ubat cirit birit serta MC sehari.

Pesakit: (WIN)

Again, situasi di atas hanya applicable jika anda berlakon di klinik swasta. Jika anda pergi ke klinik kerajaan dan jumpa Doktor Zaahirah lagi, dia akan minta bukti ok. Dia akan bagi anda plastik dan anda mesti beri najis mutawasitoh untuk dikaji. Taktaula dikaji di dalam makmal ataupun untuk dihidu. Kalau ada masa bolehla pergi cari tahi kucing di luar tapi dibawah tekanan mesti kita keluar bilik doktor lepastu tak masuk-masuk balik dah.

3) Pening kepala

Ini adalah alasan yang common juga, popular kerana tak dapat nak dibuktikan serta merta. So just reka je cerita "Emm tadi saya naik tangga di rumah. Lepastu saya tiba-tiba rasa kepala berat, pandangan menjadi gelap, berpusing-pusing (jari telunjuk buat gaya pusing-pusing) dan nak jatuh" Doktor serta merta akan cakap, "Hmm ini vertigo ni" (disusuli dengan penjelasan panjang lebar yang anda mungkin tak faham tetapi anda just angguk-angguk saja). Perlu saya ingatkan ke ini hanya berkesan di klinik swasta? Kalau jumpa Dr Zaahirah nanti dia suruh kau buat MRI cek otak.

4) Senggugut

Ahah. Alasan yang kerap digunakan oleh gadis. Lelaki sotong usah cuba-cuba nak gunakan alasan ini hoccay. Kelebihan menggunakan alasan ini adalah doktor tak akan minta pun sampel darah haid dari pad Kotex anda. So kalau anda tak senggugut pun memang tiada masalah untuk gunakan skil penipuan ini. Kalau nak nampak lagi real, minta je doktor cucuk punggung anda dengan dadah. Kompem dapat MC. Tapi jangan pula terbawa-bawa character tu sampai ke rumah lepastu membebel tak henti-henti kat suami ataupun pakwe jika anda bersekedudukan, mudah mengalir air mata serta makan berlebihan macam orang senggugut sebenar.

Begitulah antara taktik-taktik keji yang sering digunakan untuk mendapatkan cuti sakit. Tak usah menipu, anda semua pernah menggunakan teknik di atas bukan? Ke ada teknik yang lebih hebat dan meyakinkan? Ayuh kongsikan bersama. Namun begitu harus dinyatakan di sini yang saya tidaklah sewenang-wenangnya menggunakan taktik di atas kerana saya bukan selalu MC pun sebab saja bekerja di Cyberjaya tak jem dan kerja saya bukannya stress sangat pun so takdelah rasa nak ambil MC kan. Hihi kenyataan tersebut harus dibuat kerana mana tahu boss baca blog aku lalu bila aku MC betul-betul dia tak percaya pulak nanti kan dah susah. Ok ni aku jumpa kat Internet boleh print dan bubuh sendiri berapa hari nak cuti. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas tindakan tatatertib yang dikenakan kepada anda jika kantoi.





44 comments:

rehaljingga said...

aku pernah guna air tembakau.haha memang berkesan.caranya mudah saja ya tuan-tuan.
1) campurkan tembakau dengan sedikit air
2) titiskan kat mata sebelum masuk klinik (pedih sikit.kalau nak lagi real, pakai tembakau terus takyah campur air.tonyoh je kat mata)
3) jumpa doktor cakap kau sakit mata (doktor tak cek lama2 sebab takut berjangkit)
4) dapat mc = win!

ainie syeema said...
This comment has been removed by the author.
ainie syeema said...

mber penah usaha utk dapatkan mc titis kat mata guna air tembakau, sumpah tak sanggup tengok. siksa diri saja.. pompuan senang, ckap je gh period pain.hohoh...

Anonymous said...

lagi senang if preggy woman..:p

Faizal Rosly said...

rehaljingga: huii ekstrim sangat ni buta mata baru tahu

ainie: alasan period pain memang universal kalau malas sidai kain pun boleh guna

Anonymous said...

teknik yg pernah aku gunapakai...

selalu amik ubat dkt klinik yg sama, build up good relationship dgn doctor tuh

lps dah lama kenal baik, ckp direct jer..bgtau doctor rase cam nak rehat sbb dah 3 bulan straight keje x buleh amik cuti..konpem dpt MC...so far x pernah failed dpt mc

finaz said...

guilty as charged... mmg penah menggunakan alasan2 yg disebutkan di atas..

hihihi

Anonymous said...

yg ni teknik dri kawan saya:
ketika anda mandi pagi, sile sengaja masukkan shampoo or sabun kat mata, lapas tu jumpa doctor saying that ur eyes got infection sebab tu mata merah2..hehe.. konpem dpt "3days" mc hoccay ;P

-cottoncandy

kundi said...

sakit perut memang paling senang nak dapat mc...kalau demam kena blakon dan banyak pulak dialog dengan doktor nanti.

yup aku pun penah bubuh ubat gigi sikit kat mata tapi sekarang aku dah sedar bodohnya aku masa tu tapi aku sedar balik jugak , keja tempat lama kat bank mg stress nak mampus sebab tu sanggup bersihkan mata dengan ubat gigi.huhuhu.



**aku respek sapa yang dalam setahun x penah2 MC.

Anonymous said...

arghh..tak suke klinik gomez kat cyber. org betul2 demam dia bg mc 1/2 day je..
-alia-

Anonymous said...

Bagi alasan sakit belakang, pastu bagi la reason salah posture ketika bersin terus tangkap urat. confirm dapat MC 2hari.

p/s: ni alasan rare yang confirm dpt mc huahuahua!

Anonymous said...

allah maha tahu..
kami para doktor bukan sengaja tak nak bagi mc.tp disebabkan ade segelintir manusia yang berperangai macam ni la menyebabkan makin susah kami nak bg mc..
doktor pun kadang2 sakit tapi kerja jugak..kalau btol2 sakit, xsalah nm mntk mc..tp ade pulak blog yg tulis cara2 menipu..nauzubillah..hanya Allah yg tahu..

Anonymous said...

alhamdulillah... terima kasih pada empunya blog... baru ku tahu ada pesakit2 seperti ini diluar sana... tapi apa pula agaknya rasa diri sendiri bila ditipu??... marah,geram,sedih,berdemonstrasi???

Anonymous said...

SAYA CADANGKAN YANG PENTING RUPA DIUBAH TAJUK KEPADA YANG PENTING DAPAT MC.. :-)

Anonymous said...

hrp blogger boleh ajar or diturunkan ilmu bermanfaat ini pada anak2 sekalian....moga mendpat cahaya petunjuk dimasa malas nak ketempat kerja...ilmu yg disebarkan dan diamal selama bertahun2 selepas itu pasti mendapat saham backdated di kemudian hari...syabas..

Anonymous said...

saya cadangkan pertandingan "tipu tipu dr malaysia"..... hadiah tempat pertama, sebuku buku mc beserta chop dan sign dr, kedua mendapat peluang menulis sendiri buku MC anda dihadapan dr prihatin selama setahun, ketiga mendapat segala macam jenis penyakit yg akan dirawat hanya dengan kertas magic iaitu MC..

Anonymous said...

kalau tak sakit tipu sakit amik mc nanti pendapatan yang diperolehi tak berkat... sanggup ke bagi makan anak2 dengan pendapatan yang tak pasti halal haramnye..

Anonymous said...

ala korang semua x yah menipu sebenayer doktor tawu korang sakit ke x sbenayer.tp cume doktor xleh nk buktikan secare detail..dyer just layankn korang yela klinik swasta kn.sy kerja diklinik swasta pun dh leh tawu org yg betul2 sakit gan org yg dtg nk dptkan mc.inikan doktor.so x yah bangga sngat la konon2 korang dpt menipu.kdg2 2 adew pesakit dtg nk mintak mc tp sakit dyer x relevan langsung nk mintaq doktor mc alahai

Anonymous said...

Kepada Doktor2 yg ade klinik or juga doctor kerajaan, kalau pasti pesakit tu x perlu diberi MC jgnlah bg, sy tgk skrg ni doctor xkira dh semua tu yg penting duit masok ( banyak terjadi di klinik Swasta ) .. so mencarilah rezeki dengan cara yang Diredhai Allah. bukan kerana untung semata2..

Anonymous said...

pegawai perubatan atau doktor pakar adalah seorang yang bertauliah, jadi hormati lah mereka. Isu MC ni adalah hak doktor tetapi sekarang ni ramai pesakit suka TIPU untuk dapatkan MC. Semoga dapat balasan di dunia untuk mereka yang berniat tidak baik. Amin.

zulhilmi yahya arif said...

bayangkan kalau dr zaahirah baca entri ni, memang susahle hang nak dapat MC daripada beliau.

Anonymous said...

errrr admin..nk tnya blh? siapa dr zaahirah? hehe

Anonymous said...

Adoii,pasal mc pun nk wat jdi hal besar..if nk di persalahkan,salahkan orang yg cipta kemudahan jalur lebar ni dulu.sebab melalui jalur lebar baru blogger dapat share topic ni. This thing is really happen outside there even without this sharing..kita semua dah besar dan tau fikir,so xde sape suruh ikut kalau kita tak nak..for me topic ni just as a topic in this blogger for sharing each other abt previous expirience..not such thing like to encourage people utk jadi penipu or etc...sape la x pernah menipu?? Lau x bab mc menda lain mesti ada kan???tipu tetap tipu.xde istilah sunat,kecik,besar..so look at our self first...stop deny or judged others...

Anonymous said...

saya slalu jujur dgn dokter.. ckp terus terang nak mc sebab penat sangat weken kene keje...hasil nye.. dpt mc 1 hari
tp jangan selalu sangat buat

Sam said...

sape la dr zaahirah ni? bapak lawak sial.

Anonymous said...

mahal tak kalau jumpa doctor mintak mc sebab demam sakit perut etc?

Anonymous said...

Kerja saya stress period 4 bln skali bru datang...walaupun dr luaran tak nmpak .tp dalaman..kgkadang m.c ni diambil uutk menggantikan cuti rehat yg ada.jgn salah kn sapa..sapa..klo ssyapun saya akan trus terang...ngn dktor.tpulanglh pd doktor...jgnplk salhkn doctr yg snng bg mc..pasal duitlh apalh..pikirkanlh selalunya org yg mntak mc ni mesti ada masalah atau penat sgt bkerja..haruslah..nnti klo sussh m.c semakin rmai plak org tetiba msti strok tmpt kerja...ok..

Anonymous said...

Mgkim bg encik/cik isu ni kecil je. Tp doctors yg kerja di klinik tertekan dgn sikap pesakit yg asik datang almost setiap mggu utk mntk mc dan bertekak or diugut if x bg mc. Sy xtaula encik ni kerja sektor mana tp mentality tu ubah sikit. Byk lg benda berfaedah untuk dikongsi. Mungkin encik/cik pun salah seorang dr peminta mc tegar kot?? Upps maaf ye. Ubahla cara anda berfikir. As salam

Anonymous said...

Mgkim bg encik/cik isu ni kecil je. Tp doctors yg kerja di klinik tertekan dgn sikap pesakit yg asik datang almost setiap mggu utk mntk mc dan bertekak or diugut if x bg mc. Sy xtaula encik ni kerja sektor mana tp mentality tu ubah sikit. Byk lg benda berfaedah untuk dikongsi. Mungkin encik/cik pun salah seorang dr peminta mc tegar kot?? Upps maaf ye. Ubahla cara anda berfikir. As salam

Anonymous said...

aku baca benda ni takde lah
sampai nak cuba amik mc..

pakai la otak korang sikit..
apa ingat yang baca blog
ni takde nilai diri ke..

ini untok melawak je..
adoi..apa nilai
pemikiran korang bawah
tahap UPSR ke?

Anonymous said...

















oiiii orang di atas ko ingat budak2 yang ambik UPSR tak pandai kew? sial ngok bangang lah ko nie.....

Anonymous said...

kalo yg asyik salah guna tiap2 minggu dtg mmg le xbole bagi muka.tapi yg btol2 terpaksa how??ex terpaksa mc g interview kerja yg better.cuti dah abis ni,nak mintak unpaid leave bos mcm babi.org macam kami terpaksa bukan hina sgt suka nak menipu ni.tapi Dr skrg pun ntah pape ntah saya pengalaman sakit mata btol2,sampai bukak mata xbole melekat taik mata pun dia bukan bagi mc pun sehari pun haram!!!agaknya takut bebenar ilang klinik panel kot......

Anonymous said...

Diri tu doktor tpi ckp mcm bukan doktor... Meniru kot dlm exam... Btw stuju ngn admin bukak sket minda tu... Ni just for sharing... Lgipon kalo nk mnipu tak pyh ajaqq.... Tah2 tu la dr zahirAh

Anonymous said...

Alahaiiii...benda kecik pon nk gaduh...

Anonymous said...

Mc tu cuti sakit.so yg sakit je la yg dpt.kalo nak rehat,pls apply cuti rehat.

Syakirah Roslan said...

YaAllah..berilah balasan yang setimpal kepada mereka ini..ameen..

Muhammad Mat Shary said...

Aku Dr awal thun x apply mc...bila demam aku x mintak....untungla company mcm Tue...peruntukan Ade mc 14 hari untuk setahun x gunakn

Anonymous said...

Apesal la admin pegi pecah rasie MC ni..kan Dr Zahirah dah tau..semalam aku try tipu mintak MC..dia beleter tak hingat kat aku.

Kausar Amin said...

okay tiba-tiba nak kenal dr zahirah ni sape #slowpoke

Anonymous said...

Aku cuti banyak lagi tapi bila mintak cuti pun sangat - sangat payah nak dapat..nak buat macam mana tu??? So kita... MC!!!

Anonymous said...

Benar,penjelasan terbaik bro. Sekarang aku dalam toilet sakit perut. Dah lambat nak g keje sbb bgn lambat. So aku akan dapatkan mc di klinik berdekatan. So ni bkn dgn sengaja ye,telinga soundproof smpai xdngar bunyi alarm. Hehehe.

Anonymous said...

Stuju sgt. Mcm kalo aku xde 2-3 hari bangkrap co?! Sebab tu aku amik mc. Doc plak kalo aku jujur dia start tazkirah. Terpaksa aku guna contoh2 alasan2 di atas. Chill lah. Takkan sampai mengharamkan gaji sbb mc tipu kot. Aku penat stress nak arwah boss x kasi cuti org x paham

wani ezryl * said...

seumur hidup xpernah mintak MC tipu. satu kejayaan hidup yg boleh direkodkan! *pat bahu sendiri* haha

Anonymous said...

Mmg ad bos mcm ni..sbb bos aku pon mcm ni...ap pon trpkse bgu alasan mcm tu tok dptkn m.c

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...