Thursday, June 14, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Peperiksaan

Hai apa khabar pembaca? Pada hari Isnin yang lalu, majikan saya telah menghantar saya untuk pergi ke kursus berkaitan teknologi maklumat di Amcorp Mall. Kalau ikutkan hati memanglah liat nak pergi sebab kena bangun pukul 6.30 pagi kena keluar rumah untuk elak jem walaupun kursus hanya akan bermula pada pukul 9 pagi. Dahla first day tu aku masih noob aku pergi parking kat open space depan Amcorp tu. Lepastu kau bayangkanlah betapa pilunya hati aku apabila melihat jumlah wang yang perlu dibayar untuk parking adalah RM33. Parking kat Pavilion pun tak mahal macam tu.

Anyway berbalik kepada tajuk asal, bila dah habis kursus pastilah ada peperiksaan kan barulah boleh dapat sijil. So tadi aku pun dah lama tak menulis mestilah rasa kekok kena tulis nama sendiri guna pensel 2B. Ternyatalah kehenseman tak semestinya turun kepada tulisan. Bila tah last aku masuk exam kena asing meja. Zaman belajar di Uniten beberapa tahun dulu la kot. Dulu-dulu masa periksa dalam dewan besar, banyak tabiat manusia yang boleh kita perhatikan. Ayuh teruskan membaca.

1) Kerap mengeluarkan bunyi

Suasana satu peperiksaan itu adalah senyap dan sunyi. Kalau bunyi orang sebelah kentut pun kita boleh dengar, apatah lagi bunyi orang bersin. Kita asal boleh nak tahan bersin sebab tak mahu seluruh dewan memandang kita. Itu belum batuk-batuk berterusan disyaki HIV lagi. Sentiasa ada saja individu yang mengeluarkan bunyi-bunyian aneh dan ini boleh mengganggu konsentrasi pelajar lain.

True story, masa aku kat Uniten dulu, ada budak tidur masa tengah periksa sehingga berdengkur lagi. Pensyarah hanya mampu tergelak sebelum mengejutkan dia dan memaksa dia membasuh muka. Tetapi bunyi-bunyian yang paling annoying adalah bunyi 'tabla' ataupun ketukan jari di atas meja. Mungkin dia time tu tak tahu nak jawab apa dan nak tunggu idea datang dia pun main drum la dulu kan. Bila sorang dah start mulalah yang lain nak join. Sorang ketuk pen, sorang ketuk guna pembaris, sorang lagi hentak kaki lepastu tah mana datang pergi tiup botol macam dalam iklan Coca-Cola tu untuk membentuk sebuah lagu. Part last ni of course ezajerit kan dah terbuang masa kalian baca.

2) Si peminjam barang

Semasa peperiksaan kita seharusnya telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Persediaan fizikal contohnya, kenalah tidoq awai dan tidak ceploit-ceploit menjelang peperiksaan bagi mengelakkan ilmu terkeluar daripada penis. Masuk dalam dewan periksa pun kenalah buat persediaan juga. Pensel khat kena asah. Pen kena ada dakwat. Liquid paper bawa jika perlu.

Walaupun telah berkali-kali diingatkan, ada juga pelajar yang take things for granted datang dewan periksa bawa testis saja. Lepastu kacau member sekeliling nak pinjam kalkulator untuk mengira kos sin tangen. Pinjam lama pulak tu tak pulang-pulang. Kita dok panggil kawan kita nak mintak balik tapi mereka tak dengar langsung kena herdik dengan invigilator peperiksaan. Ahh annoyingnya. Duit PTPTN ada kau buat pergi ke kelab malam la ni nak beli kalkulator saintifik pun tiada wang.

3) Cubaan menipu

Sedangkan main Warcraft pun korang masukkan cheat code, inikan pula di waktu peperiksaan. Ah kalian tak usah nak berlagak inosen. Macam tak biasa pula sorok toyol di dalam spender (bra bagi perempuan). Agak-agak kalau muka yang disyaki ada parut sana sini tu kalau pergi tandas memang kena escort. Sebelum bagi depa kencing, kena buat pemeriksaan dulu takut ada sorok nota di antara punggung kiri dan kanan.

Tapi kalau niat tu memang nak menipu dari mula, banyak je cara lain yang kita boleh guna. Kawan aku Ahmad Fadhullah bin Zainal (memang nama sebenar), dengan tenang menulis formula-formula kalkulus di kasutnya. Kalau ragu-garu, tunduk saja. Dia tahu pensyarah bertugas tak akan periksa kasutnya kerana bau dan struktur kaki beliau yang kurang menyenangkan tu. Ada juga yang tulis nota di slip peperiksaan memang orang tak syaki ah. Yang paling senang nak meniru adalah kalau mata dia kero ataupun buat-buat kero. Satu mata pandang depan sebiji lagi memang dah tengok belah kiri. Invigilator macam nak tegur tapi tak sampai hati kerana tak elok kutuk mata orang juling.

4) Keluar awal?

Ada paper yang mengambil masa sehingga 2 jam setengah. Apa perasaan anda kalau nampak orang dah blah selepas 30 minit? Kalau dia muka memang jenis yang banyak jerawat, baju tuck in dalam seluar dan sikat rambut belah tepi, mesti anda stress sebab anda tahu dia nerd ingat dia boleh jawab dengan mudah tetapi anda pulak terkial-kial nak menjawabnya. Tapi kalau muka macam Franck Ribery ataupun Lescott Klingon keluar awal kompem ah diorang tak boleh jawab kan. Apapapun, kalau akulah, walaupun dah siap awal, memang aku takkan keluar dari dewan selagi belum habis waktu. Biasalah ragu-ragu takut menyesal nanti tiba-tiba teringat fakta yang dibaca.

5) Menulis nota buat pensyarah jika tak mampu jawab

Bayangkan situasi ini; ini adalah semester terakhir anda. Subjek Object Oriented Programming ini menentukan sama ada anda bergraduasi ataupun tidak. Anda RASA anda telah sedaya upaya menelaah. Namun begitu semasa menjawab peperiksaan otak anda menjadi blank dan tak tahu nak menjawab apa. Nak meniru, ini peperiksaan subjektif so tak nampak apa orang sebelah tulis. So apa lagi yang mampu anda buat? Tiada pilihan, kena tulis nota meminta belas kasihan dengan cerita-cerita luar biasa yang direka untuk pensyarah. Berikut adalah contoh-contoh nota rayuan:

"Tolonglah Puan luluskan saya. Saya dah study sedaya upaya tetapi semalam rumah saya kena rompak. Saya terlalu stress sebab sehinggakan tangan saya pun terketar-ketar dan tak mampu nak tulis. Tolong puan"

"Dear sir, please please please. I am willing to do anything, i mean ANYTHING if you allow me to pass. Here's something for a start ( . )( . ) you like that?"

Di bawah ini adalah contoh nota sebenar yang ditulis oleh anak murid Da'Killa:



6) Berbincang jawapan selepas tamat periksa

Ini lagi satu peel yang aku menyampah. Adeke lepas keluar je dewan terus nak berbincang jawapan. Kalau kau ni jenis yang pandai dan berusaha keras kompem boleh jawab yela seronok bincang jawapan ye tak. Cuba kalau benda yang kau jawab tu berlainan dengan apa yang dibincangkan tak ke stress kau nanti mesti terus beli tiket bas ke Kota Bharu dan naik teksi ke KB Mall.

Begitulah anda tabiat-tabiat manusia semasa peperiksaan. Adakah anda pernah melihat situasi di atas ataupun anda sendiri yang membawa toyol ke dewan periksa? Ataupun ada tabiat lain untuk dikongsi bersama? Bagi adik-adik yang masih lagi terbelenggu dengan peperiksaan, good luck abang jai ucapkan dan berusahalah agar dapat mendapat pekerjaan yang baik.



6 comments:

Along said...

Laaa...pi parking kat depan tu sapa soh? Dah la mahal, panas lak tu..parking dalam la..murah, berteduh tapi parking sempit sket la..kalau jenis bwk kete asyik suka gesel tembok, agak mencabar sket.

Bab asyik2 kluar pi toilet tu selalu la nampak time exam tu. Ntah mana depa ni sorokkan notes ntah. Tapi bleh nampak, kalau exam jenis case study, sekor pun takde pi toilet...sebab sah2 open book pun. Hahahaha..

Hikaru Yui said...

aku suka nyanyi bila exam..buat org annoyed..hahah

yg spesis bincang soalan tu paaaaaling annoying =p

Anonymous said...

haha. aku amik exam sorang sorang dan ada pemerhati sorang khas untuk aku. nak tiru cmane takde orang. :/

adam

dennisa said...

part bersin tu mmg xbley blah. selalu je terjadi time exam. nyampah!

keluar awal tu feveret aku. da dua maksud aku keluar awal, samada taktao nak goreng apa atao segala fakta telah selamat dicurahkan dgn jayanya :)

one thing aku suka tunjuk yang aku ni konfiden dapat jawab soalan bia badak sebelah gelabah hehe

Faizal Rosly said...

along: mana saya tau saya noob. esoknya parking per entri rm8

hikaru: dalam exam apa yang orang tak rasa annoyed kalau kita menyanyi? exam kelas nyanyian (jenaka sambilan)

adam: haha gila tekanan

dennisa: keluar awal nanti pensyarah kita hampa ingat kita tak boleh jawab

phish said...

kadang2 nak tanya member kasi signal jari..a-1 jari b-2 jari c-3 jari d-4 jari..hahhahaha..dpt soalan x tau jawapan mmg dpt jari tgh je lah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...