Monday, June 4, 2012

Persediaan Gadis-Gadis Menghadapi EURO 2012

Saat-saat ketika wisel penamat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris ketika Manchester City bertemu dengan Q.P.R, ada beberapa golongan yang gembira. Pertama, peminat-peminat bola sepak yang tidak menyokong Manchester United. Perlawanan Man City menentang Q.P.R memang mendebarkan, dan kemuncak syahwat dikecapi tatkala Sergio 'Kun' Aguero menjaringkan gol kemenangan buat Man City di saat-saat akhir sekaligus menafikan Menyu kejuaraan liga yang ke-20. Golongan kedua yang gembira di saat itu adalah golongan wanita yang tak minat bola. Saya sebut bola, bukan balls ye. Gadis-gadis menyangka itu merupakan perlawanan terakhir dalam kalendar bolasepak musim ini, dan mereka mengharapkan agar jejaka-jejaka kembali memberikan 100% perhatian kepada mereka.

Ya perhatian mungkin diberi buat seketika. Kemanisan cinta kembali terasa. Nak ringan-ringan pun rasa rela. Namun begitu kenikmatan tersebut hanyalah sementara. Kejohanan EURO 2012 kini kembali pula. Nampak tak teknik permainan rhyme aku di situ. Anyway, bagi mengelakkan berlakunya kes-kes pertelingkahan yang membawa kepada perpisahan seperti Roslin Hashim dan bininya, di sini saya ingin kongsikan beberapa persediaan yang boleh gadis-gadis lakukan, sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi EURO 2012 ini. Ayuh teruskan membaca buat para isteri serta makwe-makwe yang bersekedudukan dengan teman lelaki.

1) Anda tak akan dapat tidur yang mencukupi

Setelah ditukar waktu perlawanan di Poland / Ukraine dengan waktu tempatan, perlawanan akan bermula seawal 12 malam dan selewat-lewatnya pukul 2.45 pagi. Ya, anda mungkin kata yang anda tak akan bersusah payah bersengkang mata untuk menonton EURO maka anda tidak akan ada masalah tak cukup tidur. Namun begitu, situasi ini tidak dapat dielakkan jika rakan sekatil anda merupakan peminat bola sepak. Baru saja nak mimpi dapat pakai jeans Levi's tanpa perlu tahan nafas, tiba-tiba kita terdengar jeritan bagaikan rumah kita sedang terbakar. Rupa-rupanya jejaka anda menjerit sebab Abang Gerrard dia tonjol bola masuk gol. Fuhh ingatkan dah habis. Baru nak lena balik, WARGHHH BARBIE KAUU PENGADILL!! sekali lagi kita terkujat mendengar jeritan cik abang. Acane nak cukup tidurnya?

2) Nafkah batin terabai

Di zaman globalisasi dan modernisasi ni, suami isteri masing-masing bekerja. Pergi kerja sesudah embun menyinsing, balik rumah selepas fajar terbenam. So waktu malam lah baru dapat berjumpa dan bersemenda. Akan tetapi suami anda (pakwe, jika anda bersekedudukan) balik rumah je depa teruih tidoq. Nak preserve tenaga katanya sebab malam karang nak bangun balik bukan nak semayang tahajjud ke apa tapi sebab nak tengok bola. Maka sebarang cubaan untuk menggoda suami (pakwe, jika anda bersekedudukan) akan ditepis begitu saja. Buatla taktik terlucut tuala pun kami jejaka anda sekadar pandang dan hafal imej tersebut di dalam minda lepas tu akan kami bawa ke alam tidur. Unless anda pakai jersey bola sepak negara-negara yang layak ke EURO....haa itu mungkin akan mengubah persepsi kami. Jangan pakai jersey Brazil sebab Brazil tak masuk EURO ok.

3) Soalan-soalan yang harus dielakkan

EURO ni 4 tahun sekali. Samalah macam World Cup. Sepanjang interval 4 tahun tu, gadis-gadis tak ada pun nak bertanya apa-apa soalan tentang bola sepak kepada kita. Namun begitu tatkala kita sudah pakai jersey negara kegemaran duduk terbongkang dengan barbican mahupun Tiger Beer bagi yang tidak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna di hadapan lcd 42 inci menonton England melawan Sweden, masa itulah gadis-gadis ingin bertanya soalan-soalan yang relevan mahupun yang tidak revelan tentang apa yang ditonton. Bagi mengelakkan pertelingkahan berlaku akibat daripada emosi yang diserap daripada televisyen ditambah pula dengan soalan-soalan tidak kena pada tempat dan waktunya, biarlah kami menjawab beberapa soalan anda in advance:

a. Mana Cristiano Ronaldo? Dia hensem kan? Apasal perut awak tak macam dia?

Cristino Ronaldo main untuk Portugal. Hanya akan ada apabila awak nampak pasukan Portugal bermain di televisyen. Dia memang hensem. Perut saya tak macam dia sebab saya taknak gadis-gadis lain memfantasikan saya ketika berseorangan di atas katil. Perutku ini hanya untukmu sayang.

b. Offside tu apa?

Offside adalah situasi di mana individu yang menyerang gol pihak lawan dihantar kepadanya bola dan ketika itu dia hanya berdua-duaan dengan seorang pemain lawan (selalunya penjaga gol) tanpa ada mahram yang menemaninya. Wau. Bila aku baca balik penjelasan diri sendiri aku pun naik pening. Tak mengapa, kita gunakan bantuan visual di bawah.



c. Sayang, bila nak masuk tidur ni?

Perlawanan bolasepak adalah 90 minit. Mungkin lebih lama kalau masuk quarter final nanti ada masa tambahan dan sepakan penalti. Maka selepas habis perlawanan kami akan masuk tidur ya sayang.

d. Sayang boleh tak saya nak tengok Gossip Girl?


Tidak boleh.

4) Sokong pasukan kegemaran jejaka anda

Point-point di atas akan menjadi void jika anda dengan penuh keihklasan menyokong pasukan kegemaran jejaka anda. Anda tidak perlu berpura-pura minat, sekadar menunjukkan sokongan dengan mengisi kopi ke dalam mug bendera kegemarannya, ataupun memakai jersey yang sama at least dapat memenuhi kehendak anda mahu pakai couples tshirt yang jejaka anda taknak pakai ketika berjalan-jalan di Midvalley.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, anda sekurang-kurangkan boleh membentuk satu expectation tentang apa yang bakal anda hadapi dan bagaimana untuk menghadapinya dengan tenang tanpa memberikan reaksi yang terlalu emosional sekaligus mempengaruhi perhubungan kalian. Ya, kami tahu kami akan berubah menjadi eshol ketika menonton bola tetapi bersabarlah ok, saat indah kan menjelma jua. Dah habis EURO nanti kalian mintalah apa-apa pun yang tak mahal sangat, kami pasti akan membelikannya untuk anda. AYUH ENGLAND! ENGLAND PANTANG KALAH! WALAU SAKIT JATUH DAN REBAHHHH! So EURO kalian sokong apa?



12 comments:

TecerWidad said...

Cik Hidayah pun ada dalam entri nih. Gila glamer dia la ni

Faizal Rosly said...

Hidayah mana pulak ni

ihsan_huhu said...

Oranje!!!!!! england bungkus awal la tuh kang

The Sharkox said...

masalah betul org malaysia ni. asal bola je nak sokong england..

kamon la.thun ni perancis lawan sepanyol time final

Faizal Rosly said...

ihsan: van persie dah letih

sharkox: rasionalnya adalah dulu kita pernah dijajah mereka kalau kita masih di bawah naungan mereka kita dah jadi orang england dah. eh

Anonymous said...

Spain!!! hahaha.


Sayang, boleh tak saya nak tengok Naruto?


-Bella Bell-

Anonymous said...

Germany ~ Go!

kundi said...

italy!...rasuah membawa hikmah.remember WC 2006?

hehehehe

TecerWidad said...

Cik Hidayah yang sokong team brazil tu la

Faizal Rosly said...

bella: tak boleh. kagubunshinnojutsu

kundi: apa yang aku ingat pada WC2006 adalah headbutt

tecerwidad: ooooo

mariyaamohdtahir said...

germany... go go siap sedia utk lawan the oranje... slps membuatkan cr menangis..

laskar pelangi said...

HAHAHA.Likee!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...