Friday, June 1, 2012

Selebriti Makmum Muda

Hai apa khabar pembaca? Rancangan realiti Islamik Imam Muda telah memulakan siaran dalam musim ketiganya baru-baru ini. Seperti biasa, selari dengan rancangan Imam Muda, siri spinoff kegemaran ramai Makmum Muda juga akan turut disiarkan secara selari di Astro Oasis. Kalau kita perhatikan siri-siri bermusim kapiaq seperti Survivor, The Apprentice dan The Amazing Race, akan tiba satu masa di mana mereka mengumpulkan peserta-peserta berkaliber dan berkharisma dari musim-musim lalu, ataupun selebriti sebenar untuk menjadi peserta dalam musim tersebut. Masterchef Malaysia pun baru-baru ini memanggil selebriti seperti Azwan Ali Amboi Amboi Amboi Hanjing Kau! dan Tomok 'Dah tak dibenci sangat' Irwanshah untuk bertarung siapakah yang paling handal memasak Kari Kepala Kambing.


Bersempena dengan itulah, pihak Astro membuat keputusan untuk memanggil Juara Makmum Muda musim pertama Makmum Muda Faizal al-Kacaki, dan juara musim kedua Makmum Muda Shuhud al-Aswad untuk kembali bersatu dan bersaing secara sihat untuk merebut gelaran juara Selebriti Makmum Muda. Sesungguhnya selain tujuan yang sangat izhar (jelas dan nyata) untuk menaikkan rating, siri ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang sesuatu rancangan realiti itu tidak memerlukan peserta untuk bercampur gaul antara lelaki dan perempuan serta mendedahkan aurat berat menampakkan lurah dada bagi membentuk satu rancangan realiti yang menarik. Ya saya tahu anda semua sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Sudahkah anda bersedia? Ayuh kita saksikan rancangan Selebriti Makmum Muda!

Seperti biasa, konsep asal Makmum Muda dikekalkan di mana setiap peserta akan diberi tugasan setiap minggu selama tiga minggu, dan peserta-peserta mesti menyelesaikan masalah tersebut seIslamik yang boleh. Satu kezutan dilakukan pada musim ini di mana undian diserahkan 100% kepada penonton tanpa ada juri professional daripada Surau Al-Kauthar untuk memberi komen serbanistas mereka. Tiada penyingkiran akan dilakukan dalam musim ini. Yelah ada dua peserta je pun kan.

Minggu pertama: Halal or Harom?

Dewasa kini, Ustaz yang paling popular yang sering dijadikan sumber rujukan untuk sebarang keraguan di dalam ilmu Fekah ataupun hukum melakukan aktiviti harian adalah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Menggunakan sesi soal jawab UAI sebagai contoh, peserta dikehendaki untuk menjawab dan memberi penerangan tentang kehalalan dan keharoman sesuatu perkara itu mengikut situasi yang diberi. Di sini kita dapat melihat berapakah gred yang dicapai oleh peserta dalam subjek Fekah ketika mengambil Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) semasa sekolah agama sampin hijau dahulu.

Peserta dibenarkan membuat kajian di Google mahupun Fesbuk seperti yang biasa dilakukan oleh Serbanistas yang menampakkan mereka itu berilmu tetapi sebenarnya menggunakan maklumat copy paste entah dari mana sumbernya. Eh. Peserta juga diberikan satu talian hayat untuk bertanya pendapat tentang permasalahan tersebut kepada siapa-siapa yang dikehendakinya.

Persoalannya: Minum Starbucks halal ke haram? Huii memang susah persoalan ini. Ramai umat manusia yang bergaduh yang suka minum kata halal walaupun dia orang Cina, yang extrimis pula kata harom satu hari nak pergi letupkan Starbucks Alamanda. Makmum Muda Faizal segera membuat kajian di Internet menggunakan kelajuan Unifi 20 mbps bagi mendapatkan maklumat sebenar yang pantas. Ahah kita screenshot sikit logo halal yang diberi Jakim. Makmum Muda Shuhud pula terus menggunakan talian hayatnya untuk menghubungi abah beliau Professor Zakaria Stapa, salah seorang ahli Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengesahkan status Starbucks. Nampak macam tak adil boleh minta tolong ahli Majlis Fatwa, tetapi itulah realiti sebuah rancangan realiti. Kedua-dua peserta dapat memberikan bukti yang Starbucks itu halal walaupun kedua-dua Makmum Muda itu memang tak pernah lepak Starbucks asyik lepak di kopitiam yang meragukan saja status halalnya.

Minggu kedua: Mengutip derma untuk charity masing-masing

Aktiviti ini ditiru daripada rancangan Celebrity The Apprentice, di mana peserta dikehendaki mengumpulkan wang sebanyak yang boleh untuk diberi kepada Charity yang diwakili. Makmum Muda Faizal mewakili Kelab Anak Yatim Seksyen 4 Bangi dan Makmum Muda Shuhud mewakili Persatuan Kanak-Kanak yang Dibuli di Sekolah Kerana Bangsa dan Warna Kulit. Berdasarkan pengalaman sendiri melihat orang memungut derma, Makmum Muda Faizal dengan tenang membuka satu kaunter di hadapan CIMB Bangi, menggunakan tabung tin Milo yang dibalut dengan kertas mahjong tulis 'DERMA UNTUK ANAK YATIM' sambil memberi salam kepada setiap pengunjung yang mencucuk wang di mesin ATM. Makmum Muda Shuhud pula dengan Modus Operandi di pasar malam, duduk di atas jalan raya sambil menadah cawan dan disertakan dengan bacaan-bacaan ayat hafazan PAFA.

Di sini kita dapat lihat bahawa orang Malaysia memang mudah kasihan dan suka menderma walaupun kadang-kadang kita tahu yang orang-orang yang minta derma itu merupakan sebahagian daripada sindiket celaka yang mengeksploitasikan orang cacat mahupun kanak-kanak untuk mengaut keuntungan. Setelah dikira jumlah kutipan, masing-masing berjaya mengumpul lebih daripada RM 50 ringgit dalam masa beberapa jam. Not bad. Not bad.

Minggu ketiga: Malaysian Next Top Islamic Model

Nampaknya persaingan di antara kedua-dua Makmum Muda ini memang sengit. Tibalah kita ke minggu ketiga dan aktiviti terakhir yang perlu mereka lakukan adalah bergaya seperti model Islamik untuk menjadi contoh kepada anak-anak muda. Zaman sekarang ni, anak-anak muda gemar memuat naik gambar-gambar yang mendedahkan aurat ringan mahupun berat di laman web sosial. Mereka berpendapat yang bergambar seksi itu perlu bagi menaikkan populariti dan mengumpul 'Like' yang banyak. Apa yang mereka tidak tahu adalah mereka sebenarnya masih lagi boleh bergaya tanpa perlu menjejaskan maruah mereka ataupun membuat aksi muncung itik. Itulah objektif yang ingin dicapai dalam aktiviti ini. Di bawah ini anda boleh saksikan gaya Islamik terbaik yang boleh dicontohi oleh anak-anak muda sekarang. Jangan lupa klik 'Like' untuk gambar yang anda suka di laman Fesbuk rasmi Makmum Muda.

See, you can still be gedik while being Islamic (rhyme)


Gambar ini jelas digunakan untuk memancing undi menggunakan gambar kurus dan letak gambar mama sekali.


Gambar Makmum Muda setelah tamat rancangan. See, mereka nampak macam bermusuh tetapi mereka sebenarnya berkawan. Macam politician la lepas berdebat semua mereka minum teh sama-sama. Kita je yang emosi lebih.


Maka berakhirlah siri realiti Selebriti Makmum Muda ini. Apakah pendapat anda tentang siri Makmum Muda kali ini? Siapakah yang layak menjadi sang juara Selebriti Makmum Muda? Talian mengundi dibuka sekarang! Sila hantar undian anda di ruangan komen untuk mengundi Makmum Muda Faizal sila taip MM FAIZAL, dan untuk mengundi Makmum Muda Shuhud sila taip MM SHUHUD. Hanya undian dengan nama saja boleh dikira kerana jika untuk anonymous disyaki Makmum Muda tersebut yang mengundi diri sendiri. Juara akan diumumkan pada minggu hadapan. Ingat, undilah dengan bijak. Assalamualaikum.

Recap:

Makmum Muda Musim Pertama
Makmum Muda Musim Kedua



10 comments:

TecerWidad said...

MM SHUHUD

Faizal Rosly said...

MM FAIZAL

mr. trw said...

sbb aku kelantan ak vote shuhud

TecerWidad said...

MM SHUHUD

TecerWidad said...

Hang patut buat undian pukal. Senang untuk peminat tegar macam aku.

Anonymous said...

duhh.mestila aku undi shuhud duhhhhh. MM SHUHUD.


-RINA-

Anonymous said...

MM1000000 SHUHUD

Anonymous said...

MM SHUHUD

-adam

Faizal Rosly said...

barbie adam kenapa tak sokong faizal tak puas hati sebab kalah musim pertama dengan kedua ke

rayarani said...

nk vote jugak
MM SHUHUD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...