Monday, June 18, 2012

Sila Gunakan Entri Ini Untuk Menyampaikan Ucapan Hari Lahir

COME ONN. WHAT THE WHAT? PLEASEEE. Kaku gila lakonan kalian. Cuba untuk buat-buat tak tahu yang pada hari ini (Isnin), 18/6 merupakan hari lahir aku? Come on. Aku tahu kalian dah tanda dah dekat kalendar racing kuda yang hari ni besday aku. Kat peti sejuk pun ada tampal sticky note untuk remind korang tentang hari lahir aku. Itu belum masuk reminder di telefon bimbit yang sedang berbunyi-bunyi untuk ingatkan anda tentang tarikh keramat tatkala kalian sedang membaca entri ini. Sebagaimana yang kalian tahu, memang tiada sekelumit perasaan malu pun di dalam diri ini, di samping perasan nak arwah, bersifat narcissist dan cintakan diri sendiri. Maka di atas sebab-sebab tersebut aku demand ucapan hari jadi bagi setiap insan yang membaca entri ini. Ayuh teruskan membaca.

Tak kiralah anda ini BFF, rakan sepejabat, teman di surau pejabat, stalker tegar, pembaca senyap, pembaca bising, bekas teman wanita yang pertama (kedua tak perlu bitch), mahupun bekas teman wanita kawan, jika kalian membaca entri ini walaupun sekadar terbaca tajuk saja maka kalian diwajibkan untuk menulis ucapan hari jadi.


Hari lahir ni sambut sebulan macam hari raya la. Kalau tak wish hari ini (Isnin) masih ada banyak lagi hari untuk wish. Ingat, ini adalah blog berantai, kalau anda tak wish maka nasib malang akan menimpa anda dan jiran anda. Jangan percaya sangat nanti akidah terpesong tapi just play along jela hari ni kan besday aku setahun sekali je. Bagi yang masih belum mengemaskini alarm tahunan anda, sila kemaskini sekarang agar anda boleh look forward kepada birthday saya pada tahun hadapan. Oh ucapan di Fesbuk dan Twitter tak kira.

Thank you in advance. I lap uols. So nak minta apa kat bini ni?



22 comments:

Hikaru Yui said...

sanah helwah =p

Anonymous said...

HB n hepi bapak day. Wish u cpt kaya maulana, lebey encem, n bahgia owiz dgn dak killa chantek ^_^ -pembacasenyap-

Anonymous said...

haha..yela2 fb tak kira ye...

"haaaaapppi besdaaaay"


semoga happy di samping org tersayang..



dyg

ceklala said...

selamat berhari tua ijai. rupenye ko muda seminggu je dari aku hihihi

izawani said...

Happy birthday... semoga sentiasa ceria... dan bahagia...

jana said...

happy Bday Ijai,apa rahsia rupa tak dimakan diusia (mata keatas tangan dibahu)

Faizal Rosly said...

hikaru: ape kebende sanah helwah macam mencarut dalam bahasa korea je

pembacasenyap: thank you semoga anda lebih hensem atau jelita juga

dyg: thanks semoga anda happy dengan jiran tetangga anda juga

ceklala: yeke happy belated birthday!

izawani: terima kasih. semoga sentiasa ceria sambil makan kuih keria

kak jana: rahsianya adalah mengambil wudhu walaupun kadang2 tak cukup 5 kali sehari

Rafhani said...

Happy besday lah dari pembaca senyap yg nak bertukar bising.Akak doakan semoga kekal hensem disamping wife yg gojes tu ke akhir hayat.Amin.Mintak wish jer kan,tak mintak hadiah kan??

Anonymous said...

hepi besday faizal rosly!!

sile jgn malu dan segan utk membuka meja wiken ni..semoga panjang umur,murah rezeki..


shuhud

ainie syeema said...

selamat hari tua abg Ijai ! Cepatla minta baby pada bini sebagai hadiah di hari jadi. eh? Woha!

The Sharkox said...

happy brithdya (sengaja typo) mat jai. semoga perut makin maju

m khairul nizam said...

Hepi besday

:-)  :-)  :-)
Singgah sini dari mknace unlimited™
Terbaeekkk!!!!

muna said...

happy birthday ijai.

semoga selalu happy dan bahagia di samping isteri tercinta, amin.

Anonymous said...

Selamat hari jadi Jai! Semoga geng Bangi akan memberi kau layanan mantap malam ni.

Adam

Anonymous said...

Baki umo ada berapa jai?
---
stalker biasa biasa je

Faizal Rosly said...

rafhani: tengkiu akak doakan saya kekal hensem

abe: kalian lah buka meja apasal aku pulak

ainie: hehehehehehehe

sharkox: thanks. mengata dulang paku serpih. compare perut kita perut awak yang lebih

khairul: terima kasih

muna: amin semoga anda bertemu jodoh yang hensem juga

adam: haha kerja malam lah

stalker: harapnya banyak lagilah baki aminnn

Muaz said...

Happy birthday Ijai! Semoga panjang umur dan organ reproduksi dan murah rezeki! Huhu..

O Ena O said...

aku paling lewat sekali wish! hahaahha
happy belated besday ijaicool!!! semoga dikurniakan kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki berganda2 serta diberkati Allah..ameen..

aku bz keje weii sampe skang baru ade peluang taip seketul due wish besday ko... hahahha
happy belated besdayyy Ijaicool..semoga terus menjadi blogger tegar!

Anoneemus™ said...

Saya harap sy paling lewat. Hepi besday, Ijai. Semoga menjadi suami mithali yang basuh pinggan sendiri di rumah.

Nurul Huda Rahim said...

sy harap sy terpaling lewat selepas anoneemus. haha. SELAMAT HARI LAHIR IJAICOOL! SEMOGA SENTIASA MENJADI ANAK, SUAMI, DAN BAKAL AYAH YG SOLEH. JGN NAK MELUCAH SGT KT BLOG. IGT TUHAN SKET. KAH KAH KAH. oke dah bye :p

Faizal Rosly said...

muaz: i masih merajuk tu tak datang futsal

ena: terima kasih semoga terus mencuri tulang untuk datang ke laman ini

anoneemus: thank you. memang saya basuh pinggan sendiri kat rumah mama dah ajar sejak kecil

huda: thanks. kahkah mana ada melucah. belanja kat warta la barula sebangi

Ain bintu Amir said...

heppy belated birthday!
same birthday with my special one.
perangai pon cam lebih kurg sama. haha sukati je judge :p

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...