Thursday, June 21, 2012

Tanda-Tanda Anda Berada Di Dalam 'Friend Zone'



Anda berkenalan dengan seorang gadis. Saban hari, anda berbual mesra dengan gadis tersebut, terasa seperti ada satu kemistri. Anda Whatsapp, dia sentiasa balas. Siang wish good morning, malam wish good night. Mula-mula crush biasa lama-lama dah jatuh suka sikit lagi nak jatuh cinta. Anda rasa dialah 'The One'. Anda rasa dialah gadis yang anda ingin setubuhi kerana cinta dan bukan kerana nafsu semata-mata. Anda rasa sudah tiba masanya untuk anda luahkan perasaan yang terbuku di hati......tetapi tunggu! Sudahkah anda meneliti respon dan tindakbalas daripada gadis tersebut dengan mendalam? Maklumlah bila sudah dilamun cinta kita mudah tersalah anggap dengan gesture yang diberi, di mana anda sebenarnya dia hanya memandang anda tidak lebih daripada seorang kawan? Hari ini kita akan mengkaji tanda-tanda anda berada di dalam 'zon rakan'. Ayuh teruskan membaca.

1) Suka bercakap tentang lelaki lain

Anda mungkin menyangka, "Eh perempuan ni asyik cakap pasal lelaki lain dia nak buat aku cemburu kot". Dalam satu konteks, mungkin sangkaan anda itu benar. Tetapi hakikatnya, jika gadis-gadis sentiasa berbicara tentang lelaki lain kepada anda, especially tentang soal hati dan perasaan, itu adalah tanda ketara dia sebenarnya tiada perasaan terhadap anda. Mari kita fikir secara logik, jika seorang gadis menceritakan tentang keperibadian mahupun paras rupa seseorang jejaka pilihannya yang jelas jauh berbeza dengan kita, memang tipislah harapan untuk anda menjadi seperti jejaka yang digambarkan itu bukan? Apa kau boleh buat? Nak tiru perangai mamat yang dia suka tu? Kalau dia suka jejaka tu sebab dia terer tajwid, ingat kau senang-senang boleh nak master hukum Mim Mati dalam masa terdekat? Itu belum masuk paras rupa lagi. Takkan badan kau macam Yazirobel boleh bertukar kepada Aaron Aziz dalam sekelip mata kan?

Lagi satu, jika gadis itu pun suka anda, dia pasti akan rasa sedikit anxious dan berdebar-debar bila bersama anda dan akan sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata kerana tidak mahu merosakkan momentum perhubungan. Bila dah masuk fasa selesa, fasa dah boleh seluk tangan dalam baju atas nama cinta barulah boleh luahkan perasaan ataupun kata lainnya meroyan sebab time tu kalian dah bersama dah tak boleh nak buat apa-apa. Tetapi jika dari AWAL anda sudah menjadi seperti 'diari' hari-hari pun nak luahkan perasaan dan amarah, dari situ anda boleh membuat deduksi yang anda bukanlah jejaka idamannya, dan kebarangkalian untuk menaikkan status perhubungan daripada teman biasa kepada teman wanita adalah amat rendah.

2) Hanya menghubungi anda ketika memerlukan bantuan

Pernah dengar tak lagu penyanyi popular Casey satu masa dulu sekarang dia pergi mana ntah "Susah dan senang kita bersamaaa rentasi rintangan yang ada..." Dalam hal ini, dia hanya menghubungi anda ketika dia memerlukan sesuatu. Kita gunakan zaman universiti kita sebagai contoh. Dulu-dulu kita ni nerd, pakai spek mata tebal, muka berjerawat bernanah serta ada man boobs. Lepastu time buat projek berkumpulan ramai gadis-gadis kategori hangat yang nak geng dengan kau. Kerja kumpulan yang kau buat sorang tu memang perkara biasa, tetapi lepas habis kerja waktu bersuka-ria, anda tidak pernah dijemput bersama.

Apabila anda pula yang konon-konon nak menggunakan taktik meminta bantuan bagi menhabiskan masa bersama, dia akan sentiasa memberi alasan "SORRY SAYA SENGGUGUT NEXT TIME YA". Ya, alasan universal yang boleh digunakan dalam apa jua situasi; nak dapat MC, nak menolak ajakan persetubuhan ataupun alasan terkeluar daripada episod Masterchef. Kau jangan jadi macam lelaki adik Thor dalam cerita Hunger Games tu. Dah nampak gadis idaman bercium di kaca TV pun masih nak jaga adik dia.

3) Tidak peduli paras rupa

Ini adalah scene dalam filem Bridesmaid dan What's Your Number. Gadis pelakon utama bangun daripada tidur setelah berzina di malam hari. Dia bangun senyap-senyap tanpa mengejutkan pasangan seksualnya. Lepastu pergi bilik air senyap-senyap, sikat rambut, veet ketiak pakai bedak sikit-sikit kemudian kembali berbaring di sebelah jejaka mereka dan buat-buat tidur. Lepastu bila jejakanya terjaga, mereka akan kata "Wow you look great". See, gadis-gadis memang sangat mementingkan paras rupa.

Tetapi gadis Melayu ni tak semua yang mengamalkan penzinaan dengan lelaki kan. So tak bolehla nak tahu bagaimana paras rupa mereka ketika bangun tidur. Kalau dah kahwin tu tak kiralah kau kena terima je muka tempekan bedak sejuk isteri anda dengan rela. Berbalik kepada poin asal, jika gadis-gadis tidak mengambil effort untuk look nice di hadapan anda, at least menyisir rambut dengan rapi or tukar tudung bawal kepada tudung lilit simpul pengakap Hana Tajima, itu tandanya dia tidak peduli tentang persepsi anda kepada mereka kerana dia pun tiada perasaan terhadap anda.

4) Dia terima ajakan anda untuk keluar bersama.....tetapi...YA ADA TETAPI

Ok fine walaupun anda dah melihat tanda-tanda di atas tetapi anda masih tidak percaya, masih mahu menaruh sekelumit harapan terhadap gadis tersebut. So anda pun mengeraskan testis anda dan mengajak si dia keluar. Macam nak luruh jantung apabila dia menerima ajakan anda. TUNGGU! Dalam mesej susulan dia ada kata nak bawa lagi sorang kawan. Orang lelaki tak fikir panjang mungkin mengharapkan akan berlaku threesome. Tapi itu fantasi jela. Anda pun fikir, what's the worse that could happen? So anda pun tak kisahla dia nak bawa kawan pun. Mungkin dia ni jenis yang alim tak elok berdua-duaan at least ada teman takdela timbul fitnah. Date hari ini cadangnya nak tengok wayang. Tapi masa duduk, dia suruh kawan dia pulak yang duduk sebelah anda. Ahh sudahhhhhh. Nampak sangat anda sedang cuba dijodohkan.

5) Dia sentiasa insist 'You are my best friend!'

Ok, apa salahnya kalau dia cakap yang kau ni best friend dia? Selalunya dalam filem-filem komedi romantik, last-last best friend mesti akan end up bersama. What the what? Apa kau ingat kau ni Ashton Kutcher ke? Perkara sedemikian hanyalah taktik pengarah untuk mempermainkan perasaan anda bagi memenuhi fantasi percintaan anda yang tak akan tercapai itu. Realitinya, kalau kau cuba mengurat best friend kau (yang berlainan jantina), kau buatlah skil mengurat romantik tahap Awal Ashaari sekalipun, last-last penghargaan yang kau akan dapat adalah, "Thank you! That's why you are my best friend :)".

Dia akan kata yang anda akan jadi boyfriend yang baik, tetapi untuk gadis lain. Dia akan kata yang tiada apa yang boleh merosakkan persahabatan kalian, dalam kata lain dia tidak mahu bercinta dengan anda nanti gaduh terus tak kawan. Dia akan kata anda cute macam abang kandung sendiri.....well kalau dah sampai tahap macam tu tetapi kalian masih tak faham lagi perasaan si dia memang tak tahu nak cakap apa dah.



Begitulah antara tanda-tanda ketara yang anda berada di dalam Friend Zone. Sekarang anda dah tahu posisi anda sebagai rakan, apa yang patut anda buat? Satu, anda boleh terima kenyataan dan teruskan hidup anda dengan gembira bersama rakan baik anda tu tanpa mengharapkan sesuatu yang lebih. Kedua, usah peduli apa orang kata dan teruskan mengurat. Kalau patah hati last-last at least anda puas hati yang anda dah cuba yang terbaik dan cuma hilang seorang rakan je. Buat gadis-gadis, benarkah apa yang ditulis di atas ataupun kalian ada lagi taktik untuk memberitahu yang kalian hanya menganggap kami sebagai rakan?

Sebenarnya tujuan utama aku menulis entri ini adalah kerana salah seorang BFF aku yang sedang dilamun cinta dan hari-hari kami terpaksa dengar luahan perasaan dia dalam group Whatsapp Team Bangi. Mungkin dia rasa tertekan sebab dia sorang je yang masih teruna, tetapi tak mahulah dia terburu-buru memburu cinta sehingga merosakkan peluangnya. Hihi.



22 comments:

Sey-jii Ha-fiz said...

errr. ini belog terfaktab ke ape. ada friendzone segala.
anyway. agreed dgn point yg diberikan. dan dah pernah rasa.

bila dah tau diri kene frenzone. cepat2 tarik diri.
terus stop hello2. remove fb, twitter, fon.
starting mmg payah. tp smggu lepas itu. hidup lebih harmoni.

bertahun kemudian cari aku balik. tapi org taknak dah dekat kau skrg.
padan muke. skrg rasekan ape yg aku rasa dulu!

ok part last sekali itu sekadar hiasan sahaja.

izawani said...

Errr... akak nak kongsi satu citer... mengenai lelaki yang pemalu dan gadis juga pemalu.

Bila lelaki cakap saya nak pegang tangan kamu, boleh tak ? Dan perempuan cakap, kamu bukan pakwe saya...

Jangan pula lelaki kecik hati... sebab dalam perhubungan kawan kawan... kekadang dalam hati berbunga bunga, tapi diluar... buat biasa...

Jadi, lelaki harus tegas mengatakan... "Now, saya nak jadi pakwe kamu, adakah kamu sudi ?"

Perempuan mungkin inginkan lelaki yang berani... hehehe...

Anoneemus™ said...

Semua yg kamu tulis itu adalah benar.

Lagi satu, anda dah sah2 bertepuk sebelah tangan kalau asyik anda je yg contact dia dulu. Dia takde pun nak gud morning dulu tetiap pagi.

Plus, klu anda ada kereta tp dia lebih sudi naik LRT, maknanya .....

(ya, pernah tulis entri sebegini suatu ketika dulu)

Anonymous said...

kalau suka pompuan tu ignore je dia. mudah. haha. jangan terkena 500 days of summer nanti muka jadi cam haiwan rambut kusut masai.

adam

Akim Iqbal said...

silap masuk blog ke apa ni ?

Faizal Rosly said...

sey-jii: bersabarlah saat indah kan menjelma jua

izawani: cuba buat depan abah makwe tu baru lebih berani

anoneemus: "dia pun takde nak gud morning dulu setiap pagi"

thanks, diharap orang berkenaan boleh memberi perhatiaan kepada nasihat di atas

adam: huii aku rasa kita yang kena ignore kawan kita tu hari2 bising haha

akim: eh mana ada salah cuba klik label entri gadis banyak apa entri percintaan

Anonymous said...

gudlak dr shuhud!

-sakuratokanashi

dennisa said...

"Kalau dah kahwin tu tak kiralah kau kena terima je muka tempekan bedak sejuk isteri anda dengan rela."

puan daKilla eh? hehe

Faizal Rosly said...

dennisa: apa yang ditulis hanyalah kenyataan umum tidak merujuk kepada individu tertentu termasuklah isteri saya

Cik Hujan said...

Friendzone memang boleh buat kau sakit jiwa. Tapi bila kena brozone mcm aku ni lagi la kau akan rasa macam nak terjun KLCC.. T___T

Cik Norfa said...

good points there.
Kim salam kat kawan tu..hehehe..kalau nak cr gadis2 solo, kwn2 sy ramai.

atau mngkin dia terlalu memilih?

Tiger_WONG said...

cik norfa..saya mahu :p

Ain bintu Amir said...

complicated gak kes ni. dan saya rase biasenye mangsa keadaan:

1. baru dlm alam percintaan.
2. dah tangkap cintan gile2 babeng ngn seseorg tu xkesa la upon laki or pmpuan.

sy ckp sbb sy dah pernah rase, sakit hati gile2. tp yg pnting kene bersedia. hidup kene positif, igt Allah, family, kwn2. dah frust menonggeng tu baru tau sapot dari kawan2 tu sgt2 penting.

oh da mcm taip 1 entri blog pulak. haha. yg pnting hati kene kering. gudluck to ur fren! bunga bukan sekuntum, kumbang bukan sekor. bukakkan mata luass luasss :)

sha my heart said...

Singgah baca

Belphagor Fiorano said...

Selalu sgt aku dgr ayat "kita kawan je la" or " saya dah ada orang lain ( walhal xda pun) cakap je la tak nak. tak susah pun....

Belphagor Fiorano said...

Try la singgah kat tempat sya jap..bley http://fearanco.blogspot.com/

Nor Hidayah said...

entry ni memang betul-betul fakta! XD

Anonymous said...

kalau perempuan tu kata, "ni baru kawan"... mmg dia anggap kawan... but yeah, tak salah mencuba... maybe dari kawan, then diupgrade menjadi someone yg special... but sekali perempuan dah sayang, jangan lukakan hati dia... jujur dengan dia...

Lina said...

Anonymous, betul. Mungkin perempuan masih rasa tak selesa dan ingin mengenali lebih jauh. Perempuan perlu lelaki berani, yakin dan take the lead.
Jika perempuan sebut tentang lelaki lain:- mungkin dia saja nak test...feedback dan perasaan kita. Atau sebab saja nak buat modal berbual....

Lina said...

Perempuan suka test banyak kali...ini sebab nak beri banyak markah tuk lelaki tersebut... Dalam masa yg sama dia akan cuba match dengan dirinya.. Hihihi Sebab perempuan bila dah jatuh hati..... Tiadalah yg laen....

Anonymous said...

Yang part seluk baju tu,haha lawak.tapi kalau sampai tahap tu pun perempuan tu tetap anggap kawan macam mana pula tu.

Anonymous said...

Haah yg part sampai seluk baju,dah tanpa pakaian depan aku pun,dah wt la segala,cuma masuk tak dalam je.N dia masa nak tunjuk semua tu dia ada cakap jangan tak kawen tau.Tapi dia cakap dengan semua orang kami just kawan.N asyik cerita tentang crush dia.Bila tanya kalau tak sayang nape tunjuk semua body,dia marah cakap ingat murahan ke,n cakap aku tak nampak ke bagi semua tu sebab sayang la.tp msj jrg balas.post kt fb asyik pasal laki len.bila org cerita asyik kata kami kwn.tak de hati kat aku.Tapi asyik kata kalau tak jadi meminang kena bagitau.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...