Sunday, June 17, 2012

Tanda-Tanda Anda Gila Bola

Hai apa khabar pembaca? Dalam kehidupan yang fana ini, manusia boleh ketagih dengan banyak benda. Ketagih dadah, ketagih dadih, ketagih alkohol mahupun ketagih bola. Ketagihan bola di sini boleh dirujuk sebagai ketagihan bola ataupun testis lelaki lain jika anda seorang gay, ataupun ketagih dengan sukan bola sepak. Adakah kalian menonton perlawanan England menentang Sweden pagi semalam? Jika anda tidur pada pukul 9 malam dan kemudiannya mengunci jam untuk bangun pada pukul 3 pagi bukan kerana ingin berqiamullail tetapi untuk menonton bola, anda boleh dikategorikan sebagai seorang yang 'gila bola'. Banyak lagi ciri-ciri seorang yang gila bola ini. Hari ini sementara topik bola masih hangat dan relevan untuk dibincangkan, kita akan mengupas topik ketagihan bola ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda memiliki segala jenis merchandise dan barangan rasmi kelab pasukan kegemaran anda. Sebagai peminat sejati, anda tidak akan membeli barangan cetak rompak sebaliknya sanggup untuk mengeluarkan wang yang banyak bagi membeli barangan tulen rasmi. Kita ambil peminat Liverpool sebagai contoh. Mereka dengan bangga anda membeli jersey, mug, sweater, panties, pendek kata apa yang ada logo Liverpool semua depa beli.

2) Anda banyak menggunakan terminologi bola sepak di dalam kehidupan seharian. Orang normal mungkin tidak boleh relate dengan terma-terma tersebut. Berikut adalah contoh-contoh terminologi yang digunakan:

a. Eh awak tahu tak, Memey sudah ditangkap OFFSIDE dengan Norman Hakim?

b. Kau ni memang suka diving macam budak Barca aku bicycle kick kau kang baru tau

c. Kau Adebayor saman parking semalam tak?

3) Anda menyertai semua jenis Fantasy Football. Semua jenis liga bola sepak anda nak masuk. Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, BBVA ni EURO tengah berlangsung ni pastilah kau join liga McDonald yang popular tu. Dulu-dulu ada main Fantasi dekat surat khabar untuk Liga M, fuhh memerlukan komitmen yang tinggi tu. Lepas tu kalau tengok bola kat mamak ke, bila ada pemain yang kita pilih dalam fantasi score ke assist ke, kita akan bising, "hoi aku ada Karagounis woi dia score woi huiii 2 poin main 90 minit campur 5 point score goal aku letak dia jadi kapten lagi darab dua dah 14 poin huiii..."

4) Filem kegemaran anda adalah filem yang berunsurkan bola sepak. Anda begitu bersemangat untuk bertumbuk sambil mencarut dalam dialek Inggeris selepas menonton Green Street Hooligans. Anda memupuk ketabahan di dalam diri dan tidak mengenal erti putus asa selepas menonton filem Will. Melalui filem Goal, anda rasa anda ada harapan untuk bermain di luar negara walaupun anda kaum minoriti...macam Titus James Palani lah. Untuk filem Melayu Gila Bola lakonan Dr. Fazley Asmara ini pula.........barbie bagi balik RM10 aku!



5) Anda sudah merancang untuk menamakan anak-anak anda dengan nama pemain bola. Kalau nak senang sebab kita orang Melayu bagi nama pemain bola melayu yang hensem la kan. Contohnya Aidil Zafuan, Azman Adnan mahupun Dollah Salleh. Kalau jenis yang hipster tu kenalah letak nama ala-ala pemain bola kulit putih (ataupun hitam). Ryan (dieja Rayyan untuk nampak lebih Islamik) adalah nama yang paling popular. Kalau nak yang lebih unik, letaklah nama Muhammad Heskey, Abdul Lewandowski, mahupun Islamio Ronaldo.

6) Anda sanggup mengambil cuti jika ada perlawanan-perlawanan besar di kaca televisyen. Contohnya kalau ada match Champions League ke awal-awal lagi anda dah apply cuti agar anda boleh berjaga di malam hari dan tidak perlu bangun awal pagi dan of course kantoi subuh sekali di esok hari. Ni tengah musim EURO ni lagilah kalau orang lelaki ambil MC memang kita boleh syaki la pasal apa.

7) Anda mudah tersentap apabila orang lain mengutuk pasukan kegemaran anda. Skill trash talk anda memang tinggi. Setiap pasukan dah ada template dah nak kutuk apa. Kalau Arsenal, kutuk mereka kanak-kanak mentah tiada sebarang piala. Kalau Liverpool kutuk mereka sentiasa bersandar pada kenangan asyik-asyik ungkit menang Champions League lima kali walaupun liga dah terlalu lama yang raaa. Menyu lah yang paling dibenci dahla kelab Syaiton, pemain semua jahat-jahat belaka. Curang dengan isteri dan berzina dengan nenek la, lari dari ujian dadah la. Lepastu kalau nampak orang perempuan yang cuba-cuba tunjuk mereka minat bola tapi sebenarnya minat sebab pemain tu kacak, haa lagilah depa emosi.

8) Anda main segala jenis permainan video yang berkaitan dengan bola, siang malam pagi petang solat maghrib tunggang langgang. Fifa tu dari zaman lagu Blur anda main sampailah sekarang. Kalau main online bini panggil ajak ringan-ringan pun kita boleh tolak sebab tak main online tak boleh nak pause lama-lama. Kalau main Football Manager tu, addictedness level anda dah literally sampai tahap "turning your underwear inside out saves on washing...". Kalau yang lebih ekstrim, siap bet pasal keputusan perlawanan bola lagi.

Orang gila biasanya tak akan mengaku yang mereka ni gila. Samalah macam yang gila bola tu. Jika jejaka anda melakukan salah satu perkara di atas, gunakanlah approach yang sesuai untuk berinteraksi dengan mereka ketika mereka sedang berada di dalam alam bola mereka. Tak mahulah nanti anda tak pasal-pasal dilayangkan kad merah pula.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...