Friday, July 20, 2012

Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan di Bulan Ramadhan

Hai apa khabar pembaca? Sudah ucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan syaiton anda sebelum mereka berangkat pulang sebentar lagi? Dah Bing lafaz niat puasa? Bagi mereka yang sudah lupa, mari ikut abang ya? Abang Bing juga ni. Nawaitu sauma ghadin 'an adaa'ie fardhi shahri ramadhaana haazihissanati LillahTa'Ala. Yaa syabas. Bulan Ramadhan akan kembali menemui kita esok. Dengan hadirnya bulan Ramadhan, akan tiba juga istilah-istilah unik yang hanya membuat kemunculan khas di bulan Ramadhan. Ayuh kita kaji istilah-istilah ini.

Iftar

Maksud iftar adalah makan petang untuk berbuka puasa apabila terbenamnya matahari di bulan Ramadhan. Kalau orang Melayu kuno, mereka panggil berbuka puasa. Istilah 'Iftar' ini mula membuat kemunculan di scene Ramadhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selari dengan kemunculan golongan Hijabster (definisi: bertudung kerana fesyen) yang mempopularkan istilah Allughatul Arabiyah tersebut. Eh biarla orang yang guna istilah apa pun kan senang guna iftar; ringkas dan padat. "Berbuka puasa is so kolot," kata Hijabster tersebut ketika ditanya mengapa mereka tidak menggunakan istilah 'berbuka puasa' seperti orang normal yang lain.

Tamar

Istilah Tamar berkait rapat dengan iftar. Istilah iftar dan tamar sering digunakan di dalam satu ayat kerana di atas sifat 'rhyming' nya. Contohnya, "Ayuhlah kita iftar dengan tamar" Tamar adalah buah kurma, cuma acapkali tamar menggantikan kurma di bulan Ramadhan. Mungkin tak guna perkataan kurma sebab tak mahu orang konfius bila orang tanya, "Awak nak buka puasa hari ini?" | "Kurma". Lepastu isteri kita pergi masak pula Ayam Masak Kurma. Haa kan dah leceh tu.

Param

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Istilah ini sebenarnya dicipta dengan tidak sengaja. Kisahnya begini, pada bulan Ramadhan beberapa tahun yang lalu, Khairul ingin melawat rakannya yang sakit iaitu Paramjit Singh. Dalam perjalanan ke rumah Paramjit ataupun nama manjanya Param, beliau terserempak dengan Amir. Amir bertanya kepada Khairul, "Eh saudara nak pergi mana?" Khairul menjawab, "Saya nak pergi melawat Param...." (sambil menunjuk ke arah rumah Param yang kebetulan berdekatan dengan Pasar Ramadhan). "Param? GENIUS!" Lalu Amir pun pulang ke rumah dan meletakkan status Fesbuk pertama yang menggunakan istilah Param yang merujuk kepada Pasar Ramadhan.

Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

Eid Murtabak

Ini sebenarnya adalah sejenis typo, tetapi kemudiannya telah dijadikan satu trend untuk para hipster. Selalunya Eid Mubarak diucapkan menjelang hari raya Aidilfitri, tetapi Eid Murtabak pula adalah sejenis kod yang digunakan untuk memesan murtabak di Param.

Yang Yok

Anda pernah dengar tak frasa ini? "Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Bagi mereka yang berniat puasa malam tadi tetapi bersahur pada pukul 9 pagi, puasa mereka jatuh dalam kategori puasa Yang Yok. Maaf saya tak dapat membuat kajian sejarah dari mana istilah ini datang sebab tiada idea di saat ini.

Moreh

Mengikut pemahaman sendiri, moreh adalah jamuan yang diadakan di surau dan masjid untuk menjamu para jemaah. Moreh ini disediakan oleh individu-individu yang ikhlas untuk bersedekah di bulan Ramadhan. Aktiviti moreh dilihat dapat merapatkan hubungan siratulrahim antara penduduk qariah, terutamanya golongan muda dengan golongan veteran, cuma golongan muda ni cuma muncul masa time makan je time semayang time basuh pinggan mereka semua telah lama hilangkan diri.

Begitulah antara istilah-istilah popular yang sering digunakan di bulan Ramadhan. Ada istilah lain tak? Saya di sini bagi pihak Megatron sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat iftar makan Tuddi Fruddi perasa Tamar kemudian Shalat Tarawikh. Assalamualaikum. Blog ini akan berehat selama sebulan.





21 comments:

Fairuz said...

:)

Lebih lanjut mengenai PAsar RAMadan (PARAM) di http://www.paramkl.com.my/explore/ atau di twitter: https://twitter.com/paramkl

Selamat berpuasa!

aslina majid said...

amboiiii megatronnnnn!!!

rasa macam nak culik je tengok gaya dia camtu...

nnt dia puasa sekali tak??

mijie said...

'Selamat menyambut Eid Murabak'...Aku pernanh terbaca kat banner di kg aku 2 tahun lepas..x tau la typo ataupon sengaja...huhu..

Faizal Rosly said...

fairuz: wahh bermanfaat laman web itu

aslina: dia tak puasa sebab belum baligh lagi

mijie: haha taipo kot

ParkAir said...

Aku kenal perkataan Iftar ni time mula2 keje di KL dulu. Ingatkan nama syarikat.

'ABDULLAH' (hamba Allah) said...

xbaik kate perkataan'berbuka puasa' tu kolot & perkataan iftar tu x kolot.. Allah fhm semua bahasa..so..jgn mmperendah-rendahkan ssuatu bhasa 2 ngan sesuka hati je ok..renung2kan & selamat beramal ngan bahasa sndiri... =]

Anonymous said...

the commentor above does not understand sarcasm lol

Anonymous said...

Dah kena tuntut royalti psl pakai terma PARAM pas ni.

Paramjit Singh.

Anonymous said...

Suka hati kau je kata berbuka puasa tu kolot.

Anonymous said...

eh , salah kea na cakap buka puasa ? ada unsur negatif kea at situ . fikir sikit . suka hati masing masing nak cakap apa pun . janji ta sakitkan hatu orang

Anonymous said...

Slalu org sebut bazar.. Jarang sebut pasar...hehehe

Anonymous said...

Pasar tu utk pasar tani.. Pasar pagi... So tak sesuai guna param ok...

dwaty said...

thanks info...

Suheli said...

Salam bro, aku tak sure kau tau ke tak, tapi aku rasa blogger ni copy paste post kau yg ini. http://selongkar10.blogspot.com/2012/07/6-istilah-yang-berkenaan-dengan-bulan.html?m=0

Sorry kalau aku silap, sbb aku baca kat iphone je.

Suheli said...

Salam bro, aku tak sure kau tau ke tak, tapi aku rasa blogger ni copy paste post kau yg ini. http://selongkar10.blogspot.com/2012/07/6-istilah-yang-berkenaan-dengan-bulan.html?m=0

Sorry kalau aku silap, sbb aku baca kat iphone je.

Suheli said...

Salam bro, aku tak sure kau tau ke tak, tapi aku rasa blogger ni copy paste post kau yg ini. http://selongkar10.blogspot.com/2012/07/6-istilah-yang-berkenaan-dengan-bulan.html?m=0

Sorry kalau aku silap, sbb aku baca kat iphone je.

Faizal Rosly said...

thanks suheli di atas keprihatinan anda. takpe bulan puasa ni saya tenang saja lagipun dia tak popular. lepas raya kalau buat lagi barulah perkosa secara maya

Afrey Ihsan said...

Thanks that info

Afrey Ihsan said...

Thanks that info

Anonymous said...

Typo tu bahasa mane lak? Pelik aku.

Anonymous said...

Yeke bloger ni. Main bubuh je ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...