Monday, July 9, 2012

Kejujuran Dalam Perkahwinan

Semalam, aku telah melakukan satu kesilapan besar. Kesilapan yang sangat aku kesali. Kesilapan yang boleh membawa pergaduhan antara suami dan isteri. Aku rasa berdosa, aku rasa sangat hina. Hakikatnya, aku boleh saja merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan isteri, tetapi hati aku rasa tak tenteram. Di dalam perkahwinan sepatutnya tiada rahsia, dan paling penting, tiada dusta. Apa gunanya perhubungan yang berasaskan penipuan? Atas dasar itulah aku membuat keputusan untuk menyerah diri dan berterus terang saja dengan bini. Lagipun, jika benar isteri aku cintakan aku dengan sepenuh hati, seteruk mana pun kesilapan aku, walaupun hatinya habis aku remukkan, dia pasti akan memaafkan aku, walaupun mungkin kemaafan itu mengambil masa bukan? Ayuh teruskan membaca.

Dalam perjalanan ke Alamanda, aku pun membuat pengakuan. Kita ikuti perbualan sebenar yang Insyaallah tidak ditokok tambah ini.

Aku: Sayang, dalam perkahwinan kena ada kejujuran bukan?

Da'killa: (kerutkan muka. mute radio). Kenapa? Apa awak buat??

Aku: Awak rasa lah kan, ada tak perkara yang kalau saya buat, ataupun tak sengaja terbuat yang boleh buat awak marah gila-gila?

Da'killa: (dalam nada yang agak tinggi). Kenapa? Awak ada curang ke? Awak ada terjumpa dengan ex girlfriend awak ke?

Aku: Eh takdela seteruk curang.....

Da'killa: Kenapa awak buat saya macam ni?? Awak tak sayang saya ke? (dan dihujani dengan pelbagai soalan lain yang aku dah lupa)

Aku: Sabaq sayang sabaq biaqla kami abih habaq dulu nooo....

Da'Killa: Hang jangan nak dok loklak nak cakap utagha aku ghimbuk kang baru hang tau

Aku: Ok ok sebenarnya....

Da'Killa: SEBENARNYA APA??

Aku: ♫ ....dan sebenarnyaku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu... ♪

Da'Killa: (SATU TAMPARAN DI PERUT)

Aku: Aduh sakitlah. ok ok nak habaq la ni. Saya tak curang, tapi harta apa yang awak paling sayang?

Da'Killa: AWAK ROSAKKAN MACBOOK SAYA???

Aku: Err bukan macbook....tapi adik beradik dia. Awak tau kan saya suka main iPhone awak sambil berak....lepastu saya letak jap kat tempat sabun sambil lap punggung....lepas tu saya dengar CEPLUP!

Da'Killa: !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! CEPLUP?? IPHONE SAYA TENGGELAM DALAM AIR???

Aku: TAPI TAPI saya dah test semua. Boleh on. Kamera ok. Speaker pun ok. Main game pun tak sangkut. Saya dah buat research tadi kalau rosak pun komponen dia mudah ganti. Lagipun ada warranty setahun kan....

Da'Killa: ........(tergelak)

Maka kami pun sama-sama gelak dalam perjalanan ke Alamanda. Nasib baik tak kena bebel dan silent treatment. Nasib baik juga iPhone masih berfungsi. Ingatlah kawan-kawan, kejujuran dalam perkahwinan itu sangat penting. Berkata benarlah walaupun kebenaran itu pahit. Tapi kalau gadis anda tanya dia nampak gemuk ke tak, jawapannya sentiasa tidak. By the way di sinilah berlakunya kejadian itu. Nasib baik jatuh dalam baldi kalau jatuh dalam mangkuk tandas bertahi memang tak dipublish la entri ini.




14 comments:

Irfa said...

oh sweet je
nak marah pun tak jadi ;)

('',)pzAEdy~ said...

salam kenal,

warkakakakaka, best entry ni!

Anonymous said...

Keh keh keh macam siol je...

O Ena O said...

tips utk beterus terang dgn bini..mukadimah kene panjang giler di selang seli dgn lawak jenaka then straigh to the point.hahahahahaha suspen gile aku bace entri nieh...tahniah jai krn ckp direct lembut2 dgn bini ko..kekekeke

Nurul Huda Rahim said...

peh mcm laki aku. suka main ipad aku time berak. setakat ni belum lg la jatuh dlm baldi. err err tp tak tahu la kalau dah pernah jatuh then tak bgtahu kan. eh entri kau ni bleh buat laki bini gaduh ni. wahahaha.

jana said...

Hish ijai ni bengong betul laa,buat suspen aje,tapi ijai dah come back semula dengan entry yang lucu,(terus-terang semenjak 2 menjak ni entry ijai agak-agak lemau tau.Welcome back ijai

ainie syeema said...

hahaha.. mujur jatuh dalam air mutlak. kalau jatuh dalam air mutawisah..say gudbye jela.

Anonymous said...

.... kau main iphone time berak!? O_O

adam

Halimatun Sa'adiah said...

sgt stuju..berkata benarlah meskipon ianya pahit...
nasebaek ipad tu masuh bole diselamatkan..fuhhh

kundi said...

kena ghimbuk baru hg tauuuu.....


lawak kot bini hg cakap utagha...hahahaha

The Sharkox said...

Ko mereka2 cerita ini. mana ada iphone boleh tahan dalam air. hanya nokia saja yang mampu berbuat demikian

Faizal Rosly said...

irfa: mungkin sebab wajah saya yang sweet

('',)pzAEdy~: tak boleh salam bini marah

ena: syukurlah tiada apa2 berlaku

huda: memang dah pernah tenggelam pun cuba ugut sikit tanya haha

kak jana: saya dah tua dan berkahwin kak

ainie: air mutannajis la hehe

adam: abistu nak buat apa boringla tunggu tahi

halimatun: nasib baik nasib baik

kundi: jangan main2 dowh dia marah cakap utagha teruih

sharkox: betul dowh mungkin dia tunggu masa untuk berkarat lalu rosak. nauzubillah

Saya Disini said...

haha

Marie Jones said...

tips utk beterus terang dgn bini..mukadimah kene panjang giler di selang seli dgn lawak jenaka then straigh to the point.hahahahahaha suspen gile aku bace entri nieh...tahniah jai krn ckp direct lembut2 dgn bini ko..kekekeke

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...