Wednesday, July 4, 2012

Kisah Sedih Initial D (repost)

Hai apa khabar pembaca? Hari ini, 4/7/2012 merupakan hari lahir BFF aku Adam Johari. Adam sekarang berada di England entah bila tah dia nak pulang ke Bangi halaman. Seperti biasa, apabila tiba segmen birthday kawan-kawan, saya akan mendedahkan segala kisah aib untuk digelakkan dan dijadikan pengajaran buat masyarakat. Apabila berkumpul bersama rakan-rakan Bangi, kisah thriller yang saya akan ceritakan ini sering menjadi topik perbualan. Pembaca veteran mungkin sudah membaca cerita ini tetapi oleh kerana hari ini hari jadi Adam, ayuh kita flashback sikit peristiwa berdarah ini.

Summer. 2005. Filem Initial D baru sahaja dirilis di pawagam. Ketika itu, semua rakan-rakan yang belajar di luar negara sudah pulang untuk cuti musim panas. Atas semangat Jay Chou, kami semua berkobar-kobar untuk menontonnya pada malam itu. Kami pergi dengan dua kereta. Line up pada malam itu adalah aku, Amir Rashidi (Apai), Ahmad Shuhud Irfani (Abe), Mohamad Fairuz (Ayob) dan Khairul Afandi (Fandi) yang menaiki kereta Apai. Selebihnya, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz (Dazu), Mohd Nurhisyam (Ise), Anas dan Zulkifli (Zul) menaiki kereta Adam. Sehingga hari itu, Mines merupakan tempat persinggahan kegemaran kami sejak sekolah menengah nak pergi KLCC tak tahu jalan. Kami semua bersetuju untuk berkumpul di McD Mines, tetapi entah Adam salah faham dengan mesej itu, dan dia menunggu kami di McD Bangi pula.

Aih. Maka kami pun bergegas la ke McD Bangi untuk bertemu mereka sambil mengeji kesilapan Adam. Di dalam kereta kami berboys talk membincangkan topik-topik hangat pada masa itu seperti kisah percintaan Ayob dan Fatin di Merrybrown dan gosip cinta Apai dengan Zati Hazira. Show pukul 9.30 malam kot. Kami sudah terlambat di atas kesalahan Adam, maka kami pun sudah dirasuk semangat Initial D berlumbalah di jalan raya. Lagu hip hop Cina berkumandang di udara. Kereta Kelisa Apai memiliki kuasa pecutan baik, namun di jalan yang lurus, kereta Adam tenang sahaja memecut kami kerana memiliki topspeed yang lebih tinggi. Namun begitu kereta Apai berjaya memotong di selekoh terakhir di hadapan lampu isyarat berhampiran Mines. Kisah berdarah bermula di situ.

Kami sedang meraikan kejayaan kami menewaskan Team Adam mabuk-mabuk minum barbican sambil menanti lampu isyarat hijau menyala. Tiba-tiba seorang manusia keluar dari kenderaan di hadapan dan berjalan menuju ke arah kereta apai. Dengan gaya pailang dia mengetuk tingkap kereta Apai. Apahal? Apai pun buka tingkap. Lelaki itu berkata ."Tutup lampu tinggi kau sakit mata aku!" Apai menjawab, "Ini memang lampu biasa bukan high beam..". Lelaki itu diam dan beredar kembali ke keretanya. Memang terbakar kami dalam kereta itu sambil mencarut-carut. Itu memang lampu standard kereta Kelisa tanpa modifikasi tak tahu mengapa dia sakit mata.

Menyala sahaja lampu hijau, Apai terus me 'rem' keretanya dan memandu laju dalam kemarahan. Shuhud menasihatkan Apai bersabar dan tidak mengikut perasaan. Namun begitu, Apai terus memotong kereta tadi dan kami semua merenung tajam ke arah kereta tadi. 5 saat kemudian kami mendengar bunyi deruan enjin yang garang serta lampu tinggi jelas kelihatan di cermin belakang Apai. What the what? Kereta tadi kembali memotong kami dan cuba menghalang laluan kami. Apai berjaya mengelak daripada melanggar kereta itu dan terus menuju ke arah tempat letak kereta Mines. Kami masih lagi in shock ketika berhenti mengambil tiket parking. Semua diam membisu lidah terkelu tak tahu nak mengeluarkan ekpresi apa.

PRANGGGG! CRASHHH! Bunyi kaca pecah macam lagu intro Stone Cold Steve Austin nak masuk gelanggang gusti. What the what?? Aku dapat rasakan kepingan-kepingan cermin kereta Apai masuk dalam baju aku. Toleh belakang, memang sudah berderai cermin belakang kereta Apai. Dalam pada itu, geng-geng kereta watak jahat tadi semua sudah keluar dari kereta mereka dan cuba untuk membuka pintu kereta kami, nasib baik kereta Apai berkunci. Di bahagian hadapan, orang yang menegur Apai tadi menjerit "HIYAAAAAA!!!" kemudian melompat dan menumbuk cermin hadapan Apai. Tidak pecah pun, tetapi percikan darah jelas kelihatan di cermin kereta Apai. Orang-orang di sekeliling hanya diam membisu tak buat apa-apa sekadar tengok sahaja keganasan di hadapan mereka. "JALAN APAI JALAN!!," jerit Ayob. Tanpa mempedulikan palang di hadapan, Apai menekan pedal minyak dan melanggar palang parking di hadapan. Memecut tanpa memandang belakang. Sambil itu Ayob menyuruh kami mendail nombor polis. Shuhud mengambil tugasan itu dan mendail 999. "Helo polis tolong kami, kami sedang dikejar di Mines..." kata Abe dengan nada cemas dan terketar-ketar.

Apai memberhentikan keretanya dia suatu sudut gelap di dalam parking Mines. Masing-masing menampakkan wajah cuak dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kami tak tahu hendak buat apa. Kawasan itu sangat gelap jika watak jahat datang kalau kami dibelasah memang takde sape nak tolong ah. Melawan kembali? Mungkin. Tetapi yang kuat dalam kereta kami ketika itu Ayob dan Fandi saja. Aku dulu kurus kerempeng tak macam sekarang memang tidak cukup zat untuk bertumbuk. Apai memang tidak menakutkan langsung jika diajak bergaduh. Abe tak perlu ceritala kecuakan dia macamana sampai berbuih-buih mulut kena sawan. Kami semua bersetuju untuk keluar dari kawasan parking dan berhenti di tempat yang ada ramai orang.

Keluar sahaja dari kawasan gelap itu, kelihatan watak antagonis sedang menanti kami dan terus mengejar kami dengan kenderaan mereka. Mereka cuba melaksanakan aksi-aksi di dalam filem seperti melanggar kereta dari tepi tetapi tidak jadi. Kami memecut ke stesen minyak yang berhampiran, dan berhenti di situ. Masing-masing senyap duduk dalam kereta menanti kehadiran polis. Abe bersuara "Tulah korang aku cakap bersabar tapi korang taknak dengar..." kata Abe dalam nada yang teresak-esak. Tetapi apakah yang membuatkan tercetusnya provokasi itu? Team Adam menyusul di belakang. Semua tertanya-tanya apa yang terjadi, termasuklah orang awam yang berada di sekitar setelah melihat kereta berlumuran dengan darah dan cermin kereta yang pecah.

Ketua watak jahat datang dengan tangan yang berbalut darah. Dia mengajak kami pergi ke tempat kejadian untuk 'berbincang'. Berbincang? Well apparently, kejadian tercetus setelah dia melihat salah sorang daripada kami menunjukkan jari hantu kepada mereka ketika kami memotong kereta mereka. Apai furiously denied that accusation. Well apparently lagi, aku nampak tindakan rakan aku melakukan aksi itu, tetapi tidak mungkin aku akan mendedahkannya kerana dia rakan kami. Tengok porn tiga bintang bersama, solat Maghrib bersama, kena belasah pun sama-samala kan. Adam dengan accent Amerikanya mencarut-carut dan tampak bersedia untuk bergaduh. Zul pun pun dengan muncungnya itu cuba-cuba jugak untuk maki mereka tapi secara senyap-senyap sahaja. Tak kisahlah siapa tunjuk fuck pun, itu still tidak menghalalkan perbuatan mereka untuk menghentak kereta Apai dan mencederakan kami. Besides, provokasi tidak dicetuskan oleh kami bukan?

Polis datang dengan senapang automatik. Dengan garangnya dia menyuruh kami ke balai. Kami akur dan bergerak bersama-sama. Fandi sudah call back up just in case nak selesaikan pertarungan sebentar lagi. Tapi sekadar Aizat AF sorang je macamana nak gang fight. Ayob pun call abang dia. Apai membuat laporan polis. Pihak lawan pun membuat laporan juga. Mereka melaporkan yang kami menunjukkan jari hantu kepada mereka dan melanggar tangan dia sehingga berdarah dan hampir patah. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm. Saat-saat inilah Shuhud pula hendak bersuara. Dalam kecuakan menjelaskan kepada polis, boleh pulak dia mengeluarkan komen-komen seperti "Kawan saya ni memang memandu laju...." dan "Saya ni pelajar pergigian nanti habisla rekod saya tak boleh nak bukak klinik gigi...". Team Adam juga berani pula mengeluarkan kata-kata kesat sekarang kepada mereka tadi kenapa korang tak tolong kitorang haaa.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kami masih berada di balai. Apai menjelaskan kami mungkin perlu tinggal di balai kerana pegawai penyiasat hanya akan menyiasatnya pada keesokan harinya. Abang Ayob menjadi negotiator, dan kami kedua-dua pihak akhirnya mengugurkan dakwaan masing-masing dan 'bersalaman' meminta maaf. Mereka kata, 'Melayu sama Melayu, buat apa nak gaduh'. Hmmmmmmmmm. Mereka mengajak kami ke tempat kejadian untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan. Atas dasar tanggungjawab melanggar palang itu, kami pun memberanikan diri ke sana. Namun mereka tiada.

Kami sampai di rumah dalam pukul 3 pagi. Apai tak tidur sehingga subuh, dan dia bersolat subuh untuk kali pertama buat sekian lama, lalu menyerah diri kepada ibunya. Buat mak Apai, kami bukan sengaja keluar malam itu untuk bergaduh. Aku kasihan dengan Apai kerana dialah yang paling terjejas dengan kejadian ini, kereta kena repair, kejutan emosi, dimarahi keluarga lagi....Mungkin peristiwa ini boleh dielakkan jika kami lebih banyak bersabar, ataupun lebih gagah fizikal untuk kembali melawan, ataupun tidak tunggu di McD Bangi instead of Mines. Namun begitu, apa yang berlaku membuatkan kami rakan-rakan Bangi menjadi lebih rapat, lebih mesra more than ever walaupun loyalty Shuhud masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Mungkin semua ini salah Shuhud dan bukan salah Adam.

Happy Birthday Adam.





4 comments:

ceklala said...

macam pernah baca je kejadian nih...ulangan semula ke ape nih??ape pun..epy besday adam!! =)

jana said...

HAPPY BIRTHDAY ADAM,bukan ke shuhud orang orang kanan Ijai dan Adam pula orang kiri Ijai,ala-ala macam Raqib dan Atid ke :)

Anonymous said...

haha terima kasih jai. nanti bile aku pulang kita kluar dan beronggeng.

adam

Anonymous said...

picture or it never happen.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...