Thursday, July 12, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Menaiki Kapal Terbang

Saya adalah seorang manusia yang tidak suka menaiki kenderaan awam. Ini adalah kerana saya terlalu mudah pening dan ada kemungkinan untuk muntah jika perjalanan tersebut mengambil masa yang lama. Naik bas pening, naik feri pening, naik komuter pening dan kadang-kadang naik beca pun boleh pening. Mungkin ini masalah psikologi, ataupun mungkin saya memang lemah walaupun memiliki organ reproduksi bersaiz olimpik. Kenderaan awam yang paling saya tak suka naik adalah kapal terbang. Huiii masa nak check in pun dah berpeluh sejuk dah. Kalau dapat pulak pemandu kapal terbang mabuk tapai bawak terhoyong hayang langgar awan lalu bergoncang-goncang, memang malanglah siapa yang duduk di sebelah aku.

Minggu lepas balik kampung Da'Killa di Perlis, tapi kena naik kapal terbang lah kan sebab nak jimat masa. Ahhh sebagai persediaan aku awal-awal dah beli dadah untuk mengatasi masalah mabuk air udara dan tanah tu. So sepanjang perjalanan aku buat-buat 'high' dan tutup mata saja mengharapkan yang terbaik. Walaupun aku berada di bawah pengaruh dadah, aku masih dapat membuat analisa tentang tabiat-tabiat manusia di kapal terbang, agar dapat dijadikan sebuah entri di blog. Tabiat-tabiat ini kebanyakannya adalah tabiat yang menjengkelkan, dan mungkin kita pun buat juga tanpa menyedarinya. Ayuh teruskan membaca.

1) Samseng bagasi

Ini adalah perangai orang yang kedekut yang tidak mahu check in bagasi mereka tetapi membawa bagasi yang terlalu besar untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Dengan bagasi yang besar, sudah pastilah mereka akan menggunakan ruang yang lebih di tempat menyimpan bagasi. Lepastu orang yang jujur macam aku ni bawa beg kecil memang tak dapat peluang lah nak letak beg betul-betul di atas kepala. Jenis yang datang lambat sikit tu bila dah nampak tiada ruang, boleh pulak mereka sesuka hati alihkan beg kita untuk mengisi beg mereka. Bila cek balik ingatkan beg kita hilang rupanya dah sampai ke hujung dah orang alihkan.

2) Tak mahu mendengar arahan atendan penerbangan

Yang jenis tak mahu mendengar arahan ni adalah orang yang gagal SPM dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris, mahupun awak ni pekak memang tak dengar. Pramugari dengan nada yang lembut telah memberi arahan untuk menutup alat elektronik, tetapi anda masih mahu tweet dan check in di lapangan terbang. Walaupun belum pernah aku dengar ada berita kapal terbang meletup ataupun hilang kawalan akibat tidak menutup telefon bimbit, tetapi sebagai seorang yang mudah terpengaruh apabila tengok cerita ala-ala Final Destination, mestilah kita beringat sebelum kena bukan.


Ada juga yang ingat diri mereka ni lucu dengan meniru aksi atendan penerbangan ketika mereka sedang memberi arahan keselamatan dalam kapal terbang. Nanti kalau terhempas ke laut baru kau terkial-kial nak pakai jaket keselamatan orang lain memang tak pedulikan kau punya. Lepas tu bila kapal terbang dah mendarat pilot masih lagi tengah reverse parking kapal terbang dia tetapi ada orang dah tanggalkan tali pinggang keledar dan bangun dari tempat duduk walaupun atendan penerbangan masih lagi belum memberikan arahan untuk berbuat demikian. Apa yang kau cuba buktikan ni nak tunjuk kau ni veteran naik kapal terbang ke? Ataupun kau dah tak tahan sangat nak terberak?

3) Ibu bapa tak peduli anak mereka

Dalam setiap penerbangan, pasti anda akan mendengar bunyi bayi menangis. Bayi menangis tu memang normallah kan apa yang kita boleh buat? Tugas untuk mendiamkan bayi tersebut jatuh kepada ibu bapa mereka. Kau nak pujuk ke kau nak tekup mulut ke itu bukan masalah penumpang lain yang inginkan ketenangan. Ini tidak boleh pulak kau biar je bayi tu menangis di sepanjang perjalanan. Lepas tu ada pulak yang biarkan anak-anak mereka berlari-lari ke sana ke mari. Tak elok manjakan sangat anak. Elok awak bagi dia makan dadah macam saya agar depa mengantuk dan tidur.

4) Samseng kerusi

Ini perangai menjengkelkan masa tengok wayang yang dibawa ke kerusi kapal terbang. Kalau perjalanan jauh tu mulala nampak orang buka kasut lepas tu duduk bersila, duduk letak kaki sebelah di lutut, mahupun duduk duduk di antara dua sujud. Stokin kau tu dahlah bau keropok Mony yang tersepit di celah ketiak. Lepastu, jenis yang membolot arm rest. Ok jika anda duduk di tengah-tengah, siapakah yang layak untuk mendapat kedua-dua belah arm rest? Adalah tidak adil jika kau membolot semua tatkala aku kelenguhan dan terpaksa membuat gaya tangan selepas takbiratulihram.

Kalau naik AirAsia lagilah seksa berhadapan dengan samseng kerusi ini. Dahlah sempit lepastu boleh pulak orang depan ke belakangkan kerusi mereka. Nak taknak aku pun terpaksa lah kebelakangkan kerusi aku kan. Lepas tu orang belakang aku pun terpaksa ikut dan seterusnya semualah kena belakangkan kerusi macam main domino. Kena pulak yang duduk belakang kita tu kanak-kanak. Mesti kerusi kau ke kena tendang berulang kali. Nak tendang mereka balik nanti kena tangkap pula dengan Marsyal Udara yang menyamar.

5) Watak-watak stereotype

Ada banyak jenis manusia stereotype dalam kapal terbang, seperti mana yang kita selalu tonton dalam filem dan siri televisyen.

a. Penumpang disyaki pengganas. Pantang nampak yang ada jambang, yang warna kulit lain sikit, mulalah disyaki pengganas. Dapat pulak duduk sebelah nenek tua rasis yang asyik jeling kita takpun meminta untuk berpindah tempat duduk. Ahh kalau betul dia pengganas kau duduk mana-mana pun mati juga jika kapal terbang dirampas dan terhempas. Tapi yang ni boleh nampak kat luar negara jela.

b. Orang-orang seperti aku. Acane tu? Ala yang takut naik kapal terbang. Bila tengok mereka muntah kau pun pasti akan muntah sama. Bila bergegar sikit mulalah baca ayat-ayat hafazan PAFA mintak ampun dosa semua. Tapi janganla marah diorang. Fahamilah perasaan mereka. Hihi.

c. Berdengkur. Hoi perjalanan dari LCCT ke Aloq Setaq 45 minit ja boleh pulak kau tidur siap berdengkuq? Nak sumbang lubang hidung geli pula.

d. Orang lelaki mengejar kapal terbang untuk meluahkan perasaan cinta mereka. Ok ok tak ini kau hanya boleh tengok dalam filem komedi romantik je. Selalunya watak hero tidak sedar yang dia sebenarnya cintakan gadis itu, last-last minit baru nak dapat hidayah dia pun kejarla kapal terbang yang sudah berlepas tu.

Begitulah antara tabiat-tabiat manusia ketika menaiki kapal terbang. Bagaimana pula dengan anda? Ada tabiat menjengkelkan lain untuk dikongsi bersama? Adakah anda juga mudah pening dan tak suka naik kapal terbang seperti saya? Raya tahun ni kena balik Perlis tapi harga tiket flight dah cecah 700 ratus dah untuk dua orang. Yessss naik keretaaaaaa. Layan klip video Learn To Fly!





13 comments:

norinaomar said...

aku dah sebati dengan org2 menjengkelkan dalam kapal terbang ni

1)lagi2 Ca Ya nun alip kapal tu baru landing tak berenti bergerak lagi diorang dah sibuk amik luggage n beratur

2)FA bagi penerangan diorang dok sembang macam kat paso

3)aku bosan naik belon dah

ihsan_huhu said...

yang penting kalau seat seblah kosong, cepat2 mark territory nanti dah terbang boleh kuak lentang sampai lenguh

Irfa said...

hahahha..kelakar la kamu punya en3
buat saya senyum sensorang

Shalia Ahmad Ibrahim said...

kesemua nya benar!! semua nya saya sudah lalui!! >_<

Ikr@m said...

artikel yang benar!!! bro raya kat Perlis area mana ??

Anonymous said...

Cuba la naik flight lebih 2 jam yang seatnya muat2 punggung je. Adoi...! Layanan "1st class cabin crew" pun tak membantu kalau tempat duduk lagi sempit dari bas express KL-Kangar tu.

m a r i s s a said...

takut take off! kejam mate kuat sambil bace segala doa yg tau.. dan mengucap berkali-kali.. nyesal tgk final destination!

www.diyanamarissa.com

Faizal Rosly said...

@ikram: kangaq

linn said...

yang bab baby nangis plg annoying, kalo 45 min, ok lg. kalo ke KK, dkt 3 jam.. haish... sgt menguji kesabaran...

Anonymous said...

bab yang lain tu aku setuju, cuma bab baby menangis dalam flight pas tu mak bapak mmg kena tenangkan anak mereka tapi idea ko suruh bagi makan dadah tu agak kurang ajar la... lu takda anak jangan cita lebeh bro... lu senang ja cakap bagi depa makan dadah pas tu terus tido? heh.. sok lu dah menikah dah ada anak lu tau la mcm mana.. masa tu gua nak tengok lu bg anak lu dadah ke tak? sok besar anak lu jadi penagih dadah mcm lu baru lu tau...

diana Elhaqim said...

haiiiiyaaaa.......BIASE LAH TU......,,,,aq buat tak tau je lah.....nak buat mcm mana....nak marah depa....,tak pasal pasal nanti kan kene sepah......,,,,so....diam je lah dlm penerbangan

Mizz Coki said...

tak kisah sebenarnya pasal baby yg nangis2 masa travelling.
tapi sikap cha ya nun alip ni macam sakai pun ada, plane masih blum berhenti mereka berebut2 angkat nak ambik luggage derang. tak sabar2!

Anonymous said...

Setuju

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...