Friday, July 27, 2012

Sesi Soal Jawab Ramadhan Bersama Makmum Muda Faizal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Khaifa haluka? Ma is muka? Ya, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya, Makmum Muda Faizal ingin mengambil kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan mengetengahkan isu-isu dan keraguan pembaca tentang ibadah puasa. Lagipun sejak menjadi juara Makmum Muda tempoh hari, tidak banyak 'job' yang saya dapat melainkan daripada kontrak 6 bulan sebagai tok siak di Surau Al-Kauthar Bangi. Atas sebab itulah apabila tuan empunya blog menjemput saya untuk mengadakan satu majlis muzakarah untuk bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan, saya terus setuju tanpa berfikir panjang. Baiklah, semoga anda mendapat manfaat daripada perbincangan ini.

Soalan 1:

Assalamualaikum ustaz,

Saya keliru lah ustaz. Masa kecil sekolah agama sampin hijau dahulu, ustazah Norlela binti Toha kata salah satu perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. So korek hidung batal ke ustaz?

Ahmad Irfani, Sungai Merab


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Kalian ni tak ada soalan lain ke nak tanya? Tiap-tiap tahun asyik tanya pasal korek hidung saja. Ok ni saya jawab last. Memasukkan jari ke dalam hidung tak batal puasa as long as tidak ditelan tahi hidungnya. Masukkan jari ke dalam telinga tak batal puasa as long as tidak menembusi telinga sebelah lagi. Masukkan zakar ke dubur dengan sengaja, haa rongga itu confirm batal walaupun tidak mencapai kemuncak syahwat.

Soalan 2:

Yo Ustaz,

Ada pendapat mengatakan semasa kita sedang sahur, lepastu tiba-tiba berbunyi Azan Subuh dan bukan Azan Ruffedge, kita dibolehkan menghabiskan makanan di pinggan bagi mengelakkan pembaziran. Betul ke ustaz?

Rashidi Aziz, Bangi


Jawapan:

Yo wazzup. Bagi menjawab persoalan ini, kita kena merujuk kembali makna puasa. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari...keywordnya di sini adalah 'dari terbit fajar siddiq. Siddiq ya Q tu bunyikan betul-betul bukan Sidek tau. Apabila azan telah dilaungkan konfirmlah dah tak boleh makan sebab dah terbit fajar. Mula-mula makanan kat pinggan kau bedal, lepastu eh ada lagi kat dalam rice cooker tu eh lepastu kat peti ais pulak dengan alasan tak mahu membazir. Banyak hensem muka kau.

Soalan 3:

Hoi ustaz. Aku baru lepas berkelahi dengan kawan aku. Aku cakap kalau malam tu kita ceploit-ceploit, lepastu tak mandi wajib terus puasa esok, puasa aku sah. Tapi kawan aku dia suruh jugak aku mandi wajib. Sah kan puasa saya ustaz walaupun tak mandi wajib??

Khairul Afandi, Seksyen 6


Jawapan:

Sah tapi kau tak solat subuh ke?

Soalan 4:

Assalamualaikum ustaz. Saya baru berkahwin dan telah mengambil Jus Perawan Plus Collagen sebagai supplement di bulan Ramadhan ni. Akibat dikuasai nafsu saya dah isteri telah terlanjur di bulan puasa ini. Apakah yang patut saya lakukan?

Khairul Afandi lagi, Sekysen 6


Jawapan:

Astaghfiruallahalazim. Saudara diwajibkan membayar kifarah, iaitu membebaskan seorang hamba abdi ataupun berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Si isteri pula hanya perlu menggantikan puasa yang terbatal sahaja tak boleh nak tolong puasakan untuk suami. Saya boleh je syorkan awak minum air sebelum berjimak sebagai workaround untuk mengelakkan kifarah, tetapi saya tak mahu dipanah petir.

Soalan 5:

Assalamualaikum Ustaz Faizal. Saya memang minat ustaz Faizal sejak kali pertama melihat wajah berseri-seri ustaz dalam rancangan Makmum Muda. Di sini saya nak tanya, apakah lagu Puasa kegemaran ustaz?

Jawapan:

Kita ada banyak lagu raya tetapi lagu puasa yang saya tahu hanya ada satu. ♫ ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat kulalui dengan sempurna ♪ ala yang Man Bai nyanyi tu.

Soalan 6:

Ok saya nak tanya di kat Juara Makmum Muda musim ke-2 ya. Ustaz Shuhud, apakah hukum pergi membuat scaling gigi di bulan Ramadhan?

Dazrul Syariz, Londang


Jawapan:

Maaf Ustaz Shuhud tiada dan ini segmen saya maka saya juga yang akan jawab soalan anda. Puasa anda tidak batal, tetapi saya cadangkan anda pergilah ke dentist lain kerana dia akan membuat mulut anda mengalami pendarahan yang banyak sehingga darah mengalir ke tekak sehingga hilang dahaga lalu batal jua puasa akhirnya. Kalau tak batal puasa pun anda mungkin sekadar puasa lapar dan dahaga sebab anda pasti akan mencarut-carut akibat kengiluan yang amat sangat. Memang taubat saya tak mahu pergi scaling gigi lagi.

Soalan 7:

Ustaz selalu sahur apa?

Eliza Sherwany, Singapura


Jawapan:

Ini dah soalan peribadi ni awak kasihanlah dengan orang-orang yang betul-betul ingin bertanya soalan. Anyway saya belasah je apa yang mama saya masak. Jika ditanya apa juadah sahur kegemaran, saya mesti mahu makan nasi lauk ayam masak lemak. Tetapi kadang-kadang tidur itu lebih nikmat daripada sahur....

Soalan 8:

Ustaz, apakah hukumnya kita Instagram juadah berbuka ataupun bersahur?

Zati Hazira, Seri Kembangan


Jawapan:

Bergantung kepada niat kita. Kalau berniat baik nak memberi cadangan berbuka puasa, hukumnya harus. Tetapi kalau anda ni jenis yang hipster semua benda nak Instagram, saya cadangkan awak jangan instagram juadah bersahur, tetapi instagramlah wajah anda yang sedang bersahur. Lebih menarik dan unik.

Sekian saja sesi soal jawab untuk kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan berusaha untuk memburu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ok jangan kalian nak buat jenaka jumpa Laila anak Tuk Kadar pula. Jika anda ada sebarang keraguan tentang bulan Ramadhan, tak usah malu untuk bertanyakan soalan. Assalamualaikum dan selamat ponteng solat terawih.



13 comments:

Anonymous said...

bunting tu memang terbaek..hahaha..macam kat warta je tu..

-fandi-

Anonymous said...

Apa ni ustaddd.. Dh kawen pun mama masakkan sahur ke.. Banyak ensem betullaaa.. hehe

anif abdullah| AA said...

part instagram tu, rata-rata suka sangat amik pic makanan.. mengundang betul.ahaha...pic lain xpela kan

Rafhani said...

Hahahaha,dah boleh ganti ustaz azhar..tak abih gelak lagi.abih tenaga bulan puasa ni.

Anonymous said...

*korek hidung*

adam

Lina Rahim said...

Salam.

Dulu saya ada belajar pasal menghabiskan makanan di pinggan dan tiba-tiba berbunyi azan. Lecturer saya cakap kalau kita tengah makan, then tiba-tiba dengar azan, kita masih boleh menghabiskan hidangan kita. Masa zaman Rasulullah memang sahabat2 suka melewatkan sahur. Pernah satu hari Rasulullah tengah jalan kaki pergi masjid nak solat Subuh, OTW, ada sahabat2 dia panggil sahur sekali, tapi dia menolak, dan dia tak melarang sahabat2nya menghabiskan makanan walaupun azan Subuh dah berkumandang. Kalau menghabiskan makanan dalam pinggan atau air minuman pada waktu tersebut tak mengapa, tapi kalau tahap cari peti ais cari rice cooker bak kata Ustaz Faizal memang dah melampau lah tu..

Lina Rahim said...

Salam.

Dulu saya ada belajar pasal menghabiskan makanan di pinggan dan tiba-tiba berbunyi azan. Lecturer saya cakap kalau kita tengah makan, then tiba-tiba dengar azan, kita masih boleh menghabiskan hidangan kita. Masa zaman Rasulullah memang sahabat2 suka melewatkan sahur. Pernah satu hari Rasulullah tengah jalan kaki pergi masjid nak solat Subuh, OTW, ada sahabat2 dia panggil sahur sekali, tapi dia menolak, dan dia tak melarang sahabat2nya menghabiskan makanan walaupun azan Subuh dah berkumandang. Kalau menghabiskan makanan dalam pinggan atau air minuman pada waktu tersebut tak mengapa, tapi kalau tahap cari peti ais cari rice cooker bak kata Ustaz Faizal memang dah melampau lah tu..

Norinaomar said...

Kupasan yang menarik..tertarik..oh bunting tu sangat perlu dibanned

Faizal Rosly said...

fandi: bukan kat warta. warta belum sampai stok

anif: oklatu bulan puasa ni dah tak instagram gambar muncung itik

rafhani: gelak berlebih-lebihan sehingga gila boleh batal puasa

adam: baik2 dam bila berdua2an dengan shikin

lina: dalam soal jawab kat tv hijrah baru2 ni ustaz tu kata makan dalam pinggan pun tak boleh kalau dah bunyi azan

norinaomar: tak usah lah di ban, bagus iklan sebegitu untuk hiburan

Aqlimazaluwi said...

Salam.act tertarik dgn komen lina rahim.

Ms zmn Rasullulah dulu..ada 2 azan yg dilaungkn,
1- azan pertama yg mnunjukkn dh msk waktu imsak
2- azan ke2 yg menandakn msk waktu subuh.

Dh byk bc hal bkaitan ni.sampai ada yg gunapakai konon2 dh azan pon msh lg trs mkn.tp bab puasa,kne tgk blk makna puasa tu

TecerWidad said...

Kalau dah azan, yang dalam mulut saja boleh telan. Yang dalam pinggan tak boleh habiskan.

Kalau yang dalam pinggan boleh habiskan confirmlah azan pukul 5.55, 5.50 baru bangun. Pastu boh nasi banyak2 dalam pinggan.

Yang Rasulullah tak larang tu merujuk kepada waktu imsak sebab ada setengah org tak tau belajaq kat mana waktu imsak dah tak bleh makan.

Anonymous said...

kahkah,best.tp soaln 4 tu hati2, dr.maza kata xbuleh btlkn puasa dulu sblum bjimak.tu jdi mnipu hukum. wallahualam.
-Lukman

Download film box office said...

Best lucu juga ni :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...