Monday, August 6, 2012

Kegagalan di Bulan Ramadhan

Bagaimanakah status puasa anda untuk Ramadhan kali ini? Sudah berapa kali anda curi-curi minum air ketika sedang membuang air kecil di pejabat? Kamon guys. Di bulan Ramadhan yang mulia ini, anda sepatutnya mengeskploitasikan kelebihan-kelebihan yang ada di bulan ini. Instead of mengumpat di pantri pejabat, ada baiknya anda pergi menganyam ketupat. Nampak tak teknik rhyme di situ. Alah saya sebenarnya berbicara je lebih, tetapi Ramadhan saya kali ini walaupun belum habis lagi, sudah boleh nampak kegagalannya. Ayuh teruskan membaca.

Kegagalan 1: Kehadiran Solat Terawih

Tatkala semua orang berlumba-lumba mengejar pahala berganda di bulan Ramadhan ini, saya pula lebih banyak berfoya-foya di hadapan komputer setelah terbongkang berbuka puasa mengikut nafsu serakah. Bak kata pepatah, 'Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut terawih tak pergi'. Selagi daripada kemalasan sendiri, faktor waktu bekerja yang tidak menentu juga menjadi punca saya tidak dapat pergi terawih. Of course itu hanyalah alasan semata-mata kerana hendak seribu daya, tak hendak tak apa. Selain itu jika mahu menuding jari menyalahkan pihak lain, saya salahkan pengaruh rakan sebaya seperti Khairul Afandi bin Kasim yang sering mengajak saya untuk ponteng terawih lalu pergi ke kedai Your Gurt Aaron Aziz.

Kegagalan 2: Berat badan bertambah

Ini adalah berat badan saya pada Ramadhan yang lalu:


Dan ini pula adalah berat badan saya yang baru ditimbang tadi:

Bagaimanakah semua ini boleh terjadi? Adakah kerana saya tak makan shake Herbalife mahupun memakai bengkung PB? Nak bising lebih-lebih pun tak boleh juga sebab bulan puasa ni langsung tak pernah nak turn on suiz mesin jogging.

Kegagalan 3: Tak dapat selalu berbuka puasa dengan keluarga

Di bulan puasa kali ini, saya hanya dapat berbuka puasa bersama pada minggu pertama saja sebab kerja siang. Selebihnya terpaksa berbuka di pejabat. Maka hanya pada hujung minggu saja dapat berbuka dengan ibu....dan isteri. Ya ini adalah kali pertama berpuasa sebagai seorang suami. So far tak ada lagi pergi berbuka di luar, semua mama atau bini masak. Lagi best berbuka di rumah sebenarnya.

Tetapi asyik nak berbicara pasal kegagalan, tak usah dilupa juga kejayaan setakat ini. Antara highlight kejayaan di bulan Ramadhan ini adalah tak pernah langsung 'show hidden files and folders'. Duit pun banyak save sebab hujung minggu tak pergi tengok wayang dan berjaya kekang nafsu Zara isteri. Hi hi hi. Kejayaan lain yang saya harap dapat tunaikan sempena masih ada Ramadhan ini adalah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada hujung minggu ini, dan membayar zakat fitRah untuk pertama kali. Bagaimana pula dengan anda? Ada kegagalan dan kejayaan untuk dikongsi bersama? Berapakah berat badan anda sekarang? (sila sediakan bukti bergambar).



8 comments:

Anoneemus™ said...

Zakat fitnah.

Faizal Rosly said...

ok. THANKS. haha

Rafhani said...

Kejayaan adalah mengelakkan bazaar dan buffet ramadhan selama setengah bulan.Tapi,tak dpt dijangka samada akan berjaya sehingga abih puasa.hehehehehe.Kegagalan?Takleh cakap.

aslina majid said...

bukti bergambar?

malas ah.

Sey-jii Ha-fiz said...

kegagalan saya adalah gagal utk tidak mandi sahaja selama sebulan.

kenapalah kadar penghasilan benih sangat produktif???? haihhh :/

Faizal Rosly said...

rafhani: baguslah buffet tu semuanya scam saja sebab kita minum air pun dah kenyang

aslina: letaklah sebagai motivasi untuk orang lain

hafiz: baguslah kalau tak leceh kena mandi pagi2, unless kau malas semayang subuh

kundi said...

aku susuk tubuh umpama cristiano ronaldo,bagi orang len jeles je kalau letak bukti bergambar................

Faizal Rosly said...

hilang pahala puasa kau kundi sebab menipu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...