Thursday, August 30, 2012

Pengalaman Berhari Raya di Kampung

Hai apa khabar kalian? Sudah kembali mendapat berat badan sebelum Ramadhan setelah membaham lemang dan rendang malam dan siang? Tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya di kampung setelah bertahun-tahun beraya di Bangi. Aku sudah lama dah tiada kampung sendiri. Masa atuk dengan nenek aku masih hidup pun, 'kampung' aku bukanlah kampung yang sebenar kerana tiada ciri-ciri kekampungan langsung. Satu kat Bandar Baru Selayang, satu lagi kat Serdang. Kat Selayang tu dahla dalam KL, hari raya Pertama selepas bermaaf-maafkan boleh terus pergi Yaohan. Serdang tu 20 minit je dari Bangi nak nyanyi lagu Balik Kampung pun baru sampai chorus dah sampai rumah nenek. Tapi tahun ni merupakan tahun pertama aku beraya sebagai suami. Setelah kalah one two jus dengan isteri, maka aku dengan redha pergi beraya di kampung halaman da'Killa di Perlis. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman tentang perbezaan berhari raya di Bangi dengan di Perlis. Ayuh teruskan membaca.

Pada mulanya kami bercadang untuk pulang menaiki kapal terbang sebab bulan puasa kan letihla nak drive. Tetapi makin dekat dengan hari raya harga tiket pun macam cikai mak lampir mahalnya. Dua orang pergi balik dah dekat RM700. So kenalah memandu. Aku suka je drive sebenarnya sebab naik kapal terbang nanti mabuk udara. So hari Khamis sebelum raya lepas sahur je terus bergerak. Walaupun perjalanan melebihi 2 marhalah, aku tidaklah menggunakan kesempatan itu untuk berbuka puasa walaupun ada roti bilis Hi-5 sebagai langkah berjaga-jaga. Oklah jalan tak jem pukul 12.30pm dah sampai.

Ayuh kita cerita sikit pasai Perlis. Perlis ni takdelah besar sangat sebenarnya. Kalau aku cakap besar lebih kurang Bangi nanti isteri beri layanan senyap selama seminggu pula. Kat Perlis tiada wayang, kalau gadis Kangaq nak memenuhi fantasi percintaan mereka, kena pergi Aloq Setaq untuk tengok Twilight. Kat Perlis juga tiada McDonald, tapi Radix Fried Chicken ada banyak. Gedung membeli-belah yang paling besar adalah The Store, dan jika dibandingkan dengan Shah Alam Darul Roundabout, kat Perlis ni ada satu je roundabout. So memang aman damailah. Yang bestnya adalah part makanan; nak pergi makan seafood 15 minit je untuk ke Kuala Perlis. Kalau nak beli jersey Menyu yang kualitinya hampir sama dengan jersey tulen, hanya 30 minit untuk ke Padang Besar di samping boleh makan tomyam siam yang authentic.

Rumah Da'killa sebenarnya bukanlah di kawasan kampung, rumah dia rumah teres dua tingkat. Tapi at least dia ada kampung sebenar yang benar-benar kampung. Maksud saya, bukan di dalam kawasan perumahan, ada sawah bendang di sekeliling, ada sungai depan rumah dan tiada hiruk pikuk kotaraya. Time puasa haritu memang aku lebih banyak main Macbook Da'Killa daripada menolong mak mertua buat persiapan raya. Tapi kalau asyik duduk dalam bilik je nanti dituduh jadi menantu tak guna pula. So sebagai bukti aku ni memang menantu kesayangan, lihatlah bagaimana aku warta kota membuat KETUPAT PALAS. Dalam banyak-banyak ketupat, ketupat apakah yang paling popular dan digemari oleh golongan remaja? Ketupat Palas Jazz. Sedikit elemen komedi diselitkan di situ. Haa terkagum sejenak kan kalian melihat gambar di bawah? Hakikatnya aku sekadar mencabut dan membuka daun. Gila kau nak anyam mana aku reti anyam baju Menyu aku tahulah. Kat Perlis, mereka tak buat nasi himpit macam orang Selangor, dan rendang dan kuah kacang bukanlah hidangan utama. Depa pakai gulai kari teruih.


Ok, Hari Raya! Aku tahun ni tiada baju raya. Nasib baik Tuhan masih sayangkan aku still boleh pakai seluar baju Melayu lama ataupun terpaksa tahan nafas banyak. Nak tuang semayang raya tak manisla kan di hadapan mertua. Ok semayang raya kat Perlis ada beberapa perbezaan. Depa punya takbir raya, Allahuakbar dia dua kali je. Kat sini dan dengan yang artis-artis selalu takbir kat TV tu, tiga kali. Lepastu time baca Al-Fatihah, Bismillah dia tak dengar. Di sini juga orang-orang duduk mendengar khutbah raya tak macam kita lepas habis semayang sunat terus nak pergi rumah makwe.

Dah habis semayang balik rumah barulah bersalam-salaman. Aku rileks je salam mana main keluar air mata semua ni. Lepas tu baru kami pulang ke kampung. Banyak juga cabaran bila pergi rumah sedara mara isteri ni. Aku ni dahla jenis yang pendiam, lepastu time mereka cuba berbual, aku pula yang tak faham. Depa punya loghat utagha memang pekat gila. Aku kalau nampak orang gelak, aku pun folo jela gelak agar tak nampak kekok. Lepastu time jalan-jalan ada nampak rumah terbuka Shahidan Kasim bekas MB Perlis. Dia tiap-tiap tahun buat open house dan bagi duit raya. orang tua dah lanjut usia pun turut beratur nak minta duit raya.

Padang Besar time raya mereka bukannya reti nak tutup kedai. So raya ketiga kami pun pergilah melawat sana. Aku beli bantal 3 segi yang boleh tarik jadi tilam tu. Apatah nama dia. Kalau pergi sini yang orang selalu nak kirim, kacang gajus dengan jersey bola la. Kau pakailah jersey original kau tu, lepastu pergi compare dengan jersey gred AAA kat sana, serius tak boleh nak beza haha.

Aku stay kat Perlis sampai hari Rabu. Pagi Rabu tu dah gerak nak balik sebab takut jalan jem. Ingatkan balik awal boleh selamat tapi jem jugak dekat Perak tu. Ahh rindunya Bangi bandar halaman. Ok rindu PC dengan PC3 sebenarnya hihi. Begitulah pengalaman saya berhari raya di kampung. So how was your raya? Masih dapat duit rayakah walaupun muka dah macam makcik anak lima? Ayuh kongsikan pengalaman raya anda kali ini. Aidilfitri, OPPA GANGNAM STYLE!


Hey hey awak yang sedang beraya tu, beramah mesralah dengan sanak saudara dan rakan taulan, usah asyik bermain telefon pintar saja.



10 comments:

jana said...

Ijai,
syoklah dah ada kampung sekarang ini,malam raya tak teriak(menangis) ingat mama ke,kak jana balik kampung Gombak dan Selayang

Sandokhan said...

Amacam? dah terer ka cakap utagha, brader?

"Amboii...gambaq hang hat yg last tu, loglaq aihhh.."

Kehkehkeh!

Faizal Rosly said...

kak jana: teriak sorang2 dalam toilet tak siapa yang tahu

sandokhan: aku dilarang cakap utagha sebab bila bunyi jadi macam siam

kundi said...

hehe u give the true facts about Perlis...dapat la merasa duk Perlis 5 tahun belajaq sana.

Selamat Hari Raya Ijai.

atikNAOshi said...

hahaha..siap lawan one two jus tak boleh blah betol..

btw, selamat hari raya!

Che Sakinah said...

Wah!Banyak juga pengalaman prince of bangi dapat ketika beraya di perlis eh.hehe

walau pun takde McD, KFC masih ada... hahaha

Faizal Rosly said...

kundi: kau stadi mana kat perlis unimap ke kampus di mana2 ada hihi

atiknaoshi: selamat hari raya

che sakinah: prince of bangi? haha

Wan said...

hang dah jadi sebahagian dari orang perlis ijai.haha
loghrat perlis tak susah pun.lebih kurang ja dgn kedah, penang.
yup betul tu pasal cara takbir,baca bismillah perlahan..

kundi said...

haha kau menghina UNIMAP....bes kot, asal jalan-jalan perlis je mesti jumpa unimap.anyway aku ex Uitm arau dan bukan universiti merata-rata ok.haha

BadrulAsiyah Abu Kassim said...

tergelak saya baca suma ceta ni .. tapi shok gaakk, pasai saya pun oghang perlis...kampungku...dmai tenang...tempat jatuh lagi di kenang dan hujan batu di negeri sendiri....mai jln utara,, mcm mcm adaaaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...