Thursday, September 20, 2012

Hello and Goodbye

Jika saya merupakan seorang serbanistas, tajuk di atas mungkin ditulis kerana ingin mengucapkan selamat datang kepada bulan Zulkaedah dan menyuarakan kesedihan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada bulan Syawal. Tetapi saya ni sekadar manusia biasa walaupun handal tajwid mana reti nak buat entri-entri bermanfaat.

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Nampak macam puitis di situ tetapi sebenarnya itu merupakan lirik lagu klasik yang saya plagiat yang sering dinyanyikan ketika saat-saat kesedihan seperti Guru Besar bersara ataupun ketika episod penyingkiran dalam siri realiti Islamik Makmum Muda. Ok agak-agak dah dua perenggan intro aku ni maka bolehlah kita mulakan entri kita. Ayuh teruskan membaca.

12 September yang lalu merupakan hari jadi BFF aku Jamil. Apa yang menariknya, pada tahun depan Jamil boleh menyambut hari jadi beliau bersama seorang ahli baru team Bangi iaitu A____ H_______ , anak kedua Apai yang baru lahir. Kali ni dapat anak gadis. Ketika artikel ini ditulis, namanya masih lagi menjadi misteri. Nak kena letak initial A dan H kerana ini merupakan gabungan percintaan agung Amir (Apai) dan Hamizah yang bercinta sejak tingkatan 4. Satu pertandingan memberi nama juga telah diadakan di mana nama yang paling indah dan ada makna akan dipilih sebagai nama rasmi bayi. Kalian berilah cadangan nama A H di ruangan komen. Apai menjanjikan habuan berbentuk wang kepada pemenang tetapi tak pastilah matawang negara mana mahupun berapa nilainya.


Kemudian pada hari Sabtu 15/9 berlangsungnya pula perkahwinan seorang lagi BFF aku iaitu Mohd Dazrul Syariz bin Sabardin bin Ahmad ataupun nama hipsternya Dazu. Macam biasalah kalau cerita pasal perkahwinan mesti aku akan dedahkan sifat-sifat mazmumah dah mahmudah.com.my pengantin. Mostly sifat buruklah yang akan didedahkan. Dari segi fizikal, Dazu merupakan seorang yang amat tinggi dan memiliki telinga seperti Spock dan tahi lalat yang besar di hidung seperti Azean Irdawati. Beliau juga memiliki teknik gelak yang 'keletihan' di mana ketika dia gelak, dia bagaikan berada dalam keadaan yang sangat letih kalau nak tranlate ke bunyi gelak dia kepada tulisan, beginilah bunyi dia "ehek hek hek". Nada mendatar dengan tiga sukukata saja, tidak lebih.


Kami team Bangi sebenarnya tak menyangka langsung yang Dazu boleh mendapat teman wanita yang merupakan wanita sebenar dan bukannya teman wanita imajinasi kerana keperibadian beliau yang pemalu serta tidak pernah bercakap dengan gadis apatah lagi nak slap punggung mereka di sekolah. Kejayaan beliau berkahwin sebelum Shuhud adalah sesuatu yang mengejutkan. Maka di sini kami Team Bangi ingin mengucapkan tahniah kepada Dazu dan buat isteri Dazu Qairom, selamat datang ke Team Bangi.


Ok telah tiba masanya untuk kita masuk ke dalam segmen yang sedih pula. Kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria Bin Stapa Bin Yajid Puteh ataupun nama Red Warriornya Abe yang telah pun berangkat ke England untuk memenuhi impiannya menjadi pelajar pergigian berkulit hitam pertama dari Malaysia. Mengenali sifat beliau, mungkin dia hanya bertahan selama 2 minggu di sana sebelum pulang ke tanah air ingin berada di bawah ketiak mamanya. Yelah dulu masuk MRSM Taiping lepastu kena raba, balik sekolah kat Bangi. Pegi Matrikulasi Melaka lepastu kena raba, balik sambung Matrix kat KYPM Bangi. Ni dah pergi England, duduk dengan kakak kandung sendiri kalau beri alasan kena raba lagi memang tak tahu nak cakap apa lah kan.

Malam 12 September kami mengadakan majlis perpisahan minum minuman keras yang halal di restoran Arab Saba' di Cyberjaya. Walaupun aku bekerja pada malam itu, aku tetap menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi dengan menghadirkan diri. Abe berlagak kata dia baru beli iPhone 4s untuk kegunaan di sana tetapi standardlah sebagai orang yang buta IT, dia mana tahu iPhone 5 dah nak keluar kan. Bila dah tahu terus dia murung sepanjang malam.


Sebelum pergi ke England, Abe sempat menghadiahkan aku set Rock Band PS3 kepada aku kerana akulah orang yang paling dia sayang dalam team Bangi ni. Thanks Abe, see you in two weeks. Tapi yang celakanya dia kata kelas dia start 17/9 tetapi sebenarnya start bulan Oktober. Barbie penipu nampak sangat dia saja taknak datang perkahwinan kau Dazu. Lepastu dah kurang sorang geng main futsal.

Kesimpulannya, tahniah Apai, tahniah Dazu dan selamat tinggal Abe.



6 comments:

TecerWidad said...

Bye Shuhud..you will be missed


-Peminat setia abe-

Anonymous said...

jai aku balik november 4 sampai november 18. aku akan penuhi kekosongan abe buat sementara. haha.

adam

jana said...

ijai,

nanti kak jana rindu cerita-cerita pasal Abe,ijai nak sakat sapa pulak lepas ni,berapa tahun abe kat sana,ijai jangan diam-diam teriak ya bila rindu kat abe,kirim salam kat abe ya

shogunn_general said...

tak silap aku,zahid kata abe ada cakap "I'll be back for christmas" hehe cuti panjang kot time tu

Faizal Rosly said...

tecer widad: lupakanlah dia. dia dah jumpa lelaki gelap lain di sana

adam: kooooooooool. hari2 kita parti nanti dengan izin isteri

kak jana: saya dah move on kak

naqqib: bagi no telefon kau woi senang nak ajak men futsal

Anonymous said...

Bye Shuhud..you will be missed -Peminat setia abe-

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...