Friday, October 19, 2012

ALPHA LIPID WD40 : Hensemkan Wajah Secara Semulajadi

Hai apa khabar pembaca? Adakah anda sering pergi ke temuduga kerja sebagai seorang model dan mereka kata mereka nak call anda tapi sampai sekarang masih tak call walaupun anda rasa anda cukup layak untuk pekerjaan tersebut? Adakah gadis-gadis hanya berjalan laju melepasi anda tanpa menjeling sedikitpun walaupun anda dah cet cet cet mereka? Adakah cermin di rumah anda retak setiap kali anda memandang diri sendiri? Jika anda menjawab 'Ya' terhadap soalan-soalan tersebut, kita mungkin dapat membuat rumusan yang semua ini berpunca daripada wajah anda sendiri. Nak kata anda hodoh adalah tidak benar sama sekali kerana semua manusia dilahirkan cantik paras rupanya, hanya persepsi manusia yang membezakan tahap paras rupa anda. Ok fine saya cakap begitu sekadar nak sedapkan hati anda saja, ada kemungkinan anda ni memang semulajadi tak hensem.

Jadi apakah penyelesaian kepada masalah tersebut? Kalau kita orang kaya, bolehlah tiru artis-artis barat membuat pembedahan plastik jadikan hidung lebih mancung dan pipi tidak tersorong-sorong. Tapi kita ni miskin sebab tak ada orang nak ambil kita bekerja sebagai model. Bagaimana kita nak menghensemkan wajah kita kalau tak ada wang? Tak usah bimbang, tak usah risau. Kini anda berpeluang untuk mengubah nasib anda dengan menggunakan produk kehenseman terbaru yang sedang hangat diperkatakan di Fesbuk, iaitu Alpha Lipid WD40, produk kehenseman SEMULAJADI yang pertama di dunia ini. Sudah tertarik? TUNGGU! Selain daripada menjadi lebih hensem, anda juga boleh jana wang sambil duduk berehat-rehat menggoncang testis! WHAT THE WHAT? Ayuh teruskan membaca di dalam kekaguman!


Mungkin anda masih lagi skeptikal dengan produk ini. Saya faham. Sounds too good to be true right? Baiklah, kita mulakan dengan penjelasan saintifik bagaimana produk ini berfungsi. Produk ini dilabel sebagai WD40 sebagai tribute kepada produk minyak pelincir WD40 yang fungsinya adalah untuk melicinkan serta mengelakkan kekaratan berlaku kepada mesin-mesin. Ektrak daun teh hijau (Green Tea) dalam Alpha Lipid WD40 juga menggunakan konsep yang sama. Formula tinggi protein yang terkandung bertindak untuk meningkatkan tahap metabolisma di wajah anda, sekaligus membakar lemak-lemak berlebihan menjadikan double chin anda kepada single chin, serta merangsang pembentukan sel-sel baru menjadikan hidung anda lebih mancung.

Jika anda masih belum berpuas hati dengan penjelasan saintifik tersebut, mungkin persepsi akan berubah setelah melihat gambar bukti kejayaan di bawah serta testismonial daripada pengguna Alpha Lipid WD40.


"Sebelum ini, rakan-rakan saya sering mengejek saya sebab muka saya macam muka ahli kumpulan Radja. Saya tahu itu bukan satu pujian kerana kumpulan Radja semuanya muka macam baru lepas kena patuk ular. Selepas mengambil minuman ajaib WD40, wajah saya kini menjadi seperti Ariel Peterpan, skil di ranjang pun secara tak langsung macam Ariel. Kini, ibu mertua saya tidak lagi membenci saya dan sering mengajak saya makan nasi di hujung minggu"

Khairul Afandi, Bangi


"Saya memiliki karier sebagai seorang doktor gigi. Saya ada wang, ada kereta, ada PS3, ada iPhone 4s, penis pun boleh tahan panjang. Pendek kata semua bendalah saya ada. Satu benda je saya tiada, iaitu teman wanita. Saya sudah banyak kali approach gadis-gadis tetapi asyik kena Friendzoned je. Semua kerana wajah saya. Apabila saya ternampak produk WD40 yang dishare oleh kawan saya di Fesbuk, terus saya order 5 tin. Kini saya tidak lagi disembur dengan pepper spray setiap kali saya menegur gadis"

Ahmad Shuhud, Londang.


Ya, masuk saja perenggan ini, saya tahu anda sudah mula tertarik. Untuk membuat anda betul-betul pasti, tahukah anda anda boleh mendapat mendapatan sampingan menjual Alpha Lipid WD40 ini? APA? Wajah hensem, dapat duit lagi? Untuk bagi mudah faham, macamnilah konsep dia. Anda beli bertin-tin, lepastu anda jual bertin-tin sampai naik tahap Supervisor. Kalau ahli biasa komisyen sikit Supervisor komisyen banyak. Lepastu bila dah kurus mesti ramai lagi orang nak jadi downline anda lepastu proses berulang-ulang sampai jadi Supersaiyan.

Sebagai penutup inginlah saya memberi kata-kata perangsang. Orang selalu kata, 'Money can't buy happiness'. Tapi tahukah anda perceraian selalunya disebabkan oleh ketiadaan wang? Bagaimana kita hendak memberi anak kita makan the Chicken Rice Shop? Jika anda takut isteri anda meninggalkan anda untuk lelaki yang lebih hensem dan kaya, jangan tunggu lama-lama untuk menyertai kami. Let's DU-IT (Do it)

D - Doa
U - Usaha
I - Istiqamah
T - Tampan sebab minum WD40

Untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan, anda boleh tinggalkan soalan di ruangan komen. Alah tak payah nak tanya-tanya, hubungi saya terus dan orderlah minimum 4 tin agar anda boleh mulakan Road To Handsomeness anda hari ini. Say no to plastic surgery, say YES TO WD40!



12 comments:

HooDa said...

kahkahkahhhh.. Nk terberak aku ketawaa

Eiffel Kawaii said...

kahkahkah!!!!amboi pakej kemain, sudahla hensemkan muka, kasi kurus, kasi panjang pehtu kasi kaya plak tu.

Anonymous said...

Kau dah join MLM plak ke ni? Patutla asik xde mase nak maen futsal..

Fandi

Faizal Rosly said...

Hooda dan Eiffel: jangan lupa membeli 4 tin ya

Fandi: belilah lagi fandi kau 4 tin tak cukup berkesan lagi. wajah kau kena at least 8 tin

feezz said...

ye3 je..hahaha~

..:: WiRdA ::.. said...

Ni mesti terbawa2 status iklan adik aku kan kan? Hahahha

Mr_Boy said...

hahaha..bro ko kene buat pasal Herba life pulak..opis aku bersepah pasal herbalife..hehehe..

enasong said...
This comment has been removed by the author.
enasong said...

try pakei Produk DX LIngerie dr ELKEN =) ehhh terpromote plakk..hahahaha

Anonymous said...

Nak kata anda hodoh adalah tidak benar sama sekali kerana semua manusia dilahirkan cantik paras rupanya, hanya persepsi manusia yang membezakan tahap paras rupa anda.

hahahah xleh blaa

Anonymous said...

sungguh aku tension bila ramai penjual Alpha lipid ni tag aku kat FB. pls lah stop it !. aku bahagia walaupun aku gemok. Sekian. hehe


Anonymous said...

I visiteԁ multiρle blоgs еxсept
the auԁіo quality for audiο sοngѕ eхіsting
at this website is in fact wonderful.
Also see my web site > 1 month loan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...