Wednesday, October 10, 2012

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Adam dan Hawa


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Astro, drama bersiri terbaru Adam dan Hawa merupakan drama yang paling popular di saat ini, dengan lebih 6 juta orang menontonnya setiap kali episod baru ditayangkan. Nampak macam ezajerit bilangannnya di situ tetapi memang saya suka ezajerit berdasarkan reaksi luar biasa yang diberi oleh para peminat siri drama tersebut. Sana sini tak kiralah di alam fana, alam maya mahupun para pekerja di Alam Flora semua sibuk bercerita dengan kehebatan siri ini. Anda boleh nampak passion serta keobsesan mereka tentang siri setiap kali topik Adam dan Hawa dibincangkan. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui adakah anda juga fanatik Adam dan Hawa.

1) Anda yang selama ini tengok TV3, tiba-tiba melanggan Astro Beyond HD semata-mata untuk menonton Adam dan Hawa. Tidak cukup dengan Astro, TV lcd 42" dengan definisi tinggi juga turut dibeli untuk memastikan kepuasan menonton drama kegemaran mereka ini.

2) Jika anda wanita sudah berkahwin, anda menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan anak-anak dan suami sebelum pukul 10 malam, dari hari Isnin hingga Khamis. Makan minum berak semua kena setelkan sebelum pukul 10. Ini kerana tepat pada pukul 10, anda wajib berada di hadapan televisyen berserta dengan tisu dan kudapan bagi menghayati siri Adam dan Hawa tanpa gangguan di saluran Mustika HD 134. Bunyi air masak di dapur, bunyi orang beri salam di luar semua tidak akan dilayan. Even if anda dah nak terberanak, boleh tahan lagi tu lepas habis cerita barulah beranak.

3) Kebanyakan mereka yang menonton siri ini menonton sirinya terlebih dahulu, barulah perasan yang siri ini diadaptasikan daripada novel popular Aisya Sofea dengan tajuk yang sama. Oleh kerana tidak mampu menahan keghairahan terhadap siri tersebut, sudah pastilah anda akan membeli novel tersebut dan dihabiskan dalam masa sehari untuk mengetahui bagaimanakan ending siri tersebut kerana siri Adam dan Hawa ni 80 episod. Walaupun dah habis baca novel, itu tidak menghalang anda untuk terus menonton siri tersebut di Astro sambil membuat perbandingan antara kisah di novel dan adaptasinya di TV sambil memberi komen-komen seperti "Eh yang ni tak ada pun kat novel" ataupun "Eh kat Astro ni tak tunjuk pun scene Adam garu ketiak".

4) Anda memastikan telefon pintar dan laptop anda dicas dengan penuh. Ini kerana sambil menonton Adam dan Hawa, anda akan membuat ulasan secara langsung melalui Twitter menggunakan hashtag #adamdanhawa untuk berkongsi pendapat, teori, emosi, mahupun momen inzal bersama peminat yang lain. Di Fesbuk pun tak kurang hangatnya. Kalau anda nampak rakan-rakan Fesbuk anda mengepost status-status aneh selepas pukul 10 malam seperti "OHHH KACAKNYAAA", "MMMM SEJUK MATA MEMANDANG" mahupun "#%$&*#$^#&$^&^&#$^!!!", itu bermakna mereka sudah dirasuk oleh Adam dan Hawa.

5) Sebagai peminat setia, anda pastilah sudah 'Like' laman Fesbuk rasmi Adam dan Hawa (http://www.facebook.com/AdamHawaDrama). Di sini tahap kefanatikan mereka adalah over 9000. Masing-masing sudah menukar gambar profail kepada Aaron Aziz mahupun Nadiya Nisaa. Adalah juga sorang dua pakai gambar Rozie Rashid. Kalau anda jantan sekalipun anda peduli apa orang lain soksek soksek cakap anda jantan dayus bila anda pakai gambar Aaron Aziz berketayap. Mereka semua tak faham perasaan cinta anda yang suci.

6) Walaupun anda sudah menonton episod terbaru Adam dan Hawa, itu tidak menghalang anda untuk menonton siaran ulangannya tak kiralah pukul 1 pagi ke, pukul 5.30 petang ke mahupun di hujung minggu. Orang lain cuba nak tukar channel anda akan bagi jelingan padu maut. Orang ajak pergi kenduri, anda jadi anti sosial kerana anda nak teman Adam pergi Masjidil Haram. Lepastu hausmet anda semua kompelin Internet jadi slow sebab anda muat turun episod terbaru sambil stream di Youtube.

7) Keperibadian anda secara tidak langsung dipengaruhi oleh Adam dan Hawa. Yang lelaki, tiba-tiba bercita-cita nak jadi Pilot MAS. Mereka percaya walaupun mereka ni seorang playboy, satu hari nanti mereka akan berubah dah akan pakai ketayap dan berjumpa cinta agung di Mekah. Yang lebih ekstrim tu, ada juga yang sanggup berkhalwat dan mengharapkan agar mereka ditangkap basah. Lepastu kalau yang sedang bercinta mulalah plagiat quote Adam dan Hawa seperti "Fandi rasa kosong.. kosong.. kosong.." , "Am dah penat ma.. Hampir putus asa.." mahupun "TAK USAH DIUCAP, TAK USAH DILAFAZ, AKU DAH MENGERTI BAHASA CINTAMU.....". Perghhhh.

8)Bagi anda, di saat ini lagu yang paling best di cakerawala adalah lagu tema Adam dan Hawa, Muara Hati dendangan Hafiz AF dan Dato Siti Nurhaliza. Sebagai seorang fanatik anda sudah pastilah menjadikan lagu tersebut sebagai nada dering, nada SMS, mahupun bunyi alarm bangun pagi. Lagu tersebut memang infectious kalau anda tak minat siri Adam dan Hawa sekalipun anda pasti pernah dengar bait "DEMIII CINTAAAA DALAM HATIKUUUU". Yang peminat fanatik pula setiap kali ada situasi yang menjengkelkan tetapi mereka terpaksa juga buat, mereka pasti akan nyanyi, DEMIII CINTAAAAAAA. Kalau nak berak tapi tak lawas pun diusahakan juga sambil menyanyi DEMII CINTAAAA tah apa kaitannya tah. Lepastu yang super duper fanatik siap buat rambut afro macam Hafiz dan pakai produk pencuci muka SimplySiti.

9) Memang sudah menjadi trend masyarakat Melayu masakini untuk menamakan anda mereka berdasarkan watak-watak popular dalam drama televisyen. Antara nama yang pernah popular dahulu adalah Nora Elena, Ahmad Durrah, dan juga Syahdan (Hati Waja). Maka nama yang popular untuk tahun 2012 ini sudah pastilah Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Mak bapak pula kalau nak cari jodoh untuk anda kena ada iras-iras Adam Mukhriz nama Adam je tak bermakna hensem ye tak.

10) Sebagai peminat fanatik, anda akan berasa marah jika orang mempermainkan siri Adam dan Hawa serta membuat entri parodi tentang drama kegemaran mereka. Siapa yang berani kutuk Adam dan Hawa tu, tak pasal-pasal ada hate page "KAMI BENCI FAIZAL YANG MENGHINA AARON AZIZ KAMI" (sekadar contoh).

Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang daripada peminat fanatik Adam dan Hawa? Harus dinyatakan di sini yang saya tak pernah menonton satu episod pun siri tersebut, apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian terhadap masyarakat sekeliling dan......mama sendiri. DEMIII CINTAAAAAAAA dammit tengok aku pun dah ternyanyi sebab mama aku siang malam pasang siri tersebut.



18 comments:

norinaomar said...

hihihihihi (ketawa sopan)

aku memang folo cerita ni tapi taklah tersenarai dalam ciri-ciri di atas

folo tengok online jer..tak mampu nak berbeyond HD

finaz said...

copppp first.. hahaha dah lama tak komen kat blog en. faizal ni..

i start follow citer ni since ep18 (sbb dh mati kutu tak reti nak tgk apa dh kat astro balik2 dok ulang citer yg sama).. time ni suka tgk sbb sceneries kat overseas i.e. Perth lawaaa sgt.. and pastu dorg gi mekah kan.. kat sini pun tgk sbb nak tgk sceneries kat mekah n madinah sbb rindu nak pergi lagi..

dan 10 tanda2 yang en. faizal senaraikan dlm entry ni tak applicable kat saya pun.. so saya ni xdela termasuk dlm kategori addict to this series kut.. hehe,,

tp nyampah tgk cara aaron aziz berlakon bleh? cam mumbling2 camtu.. cakap biar jelas ye so audience bleh dgr..

jana said...

Ijai,

Detail tu ijai,Ijai kot ketagih dengan Adam Dan Hawa ini,pukul 10 malam je dah standby dengan Dakilla depan LCD 42 inci kat umah:)

Anonymous said...

Tak pernah tengok and tak berminat nak tengok.

Faizal Rosly said...

norinaomar: kira fanatik la masih keep up walaupun menonton secara online hihi

finaz: ahhh usah purak purak tak fanatik syafinaz

kak jana: saya tulis detail sebab mama saya yang ketagihan haha

atikNAOshi said...

kitorang la tu...sanggup subscribe beyond HD semata-mata nak tengok ADAM HAWA...

haha!

Eiffel Kawaii said...

aku tgk sekali sekala je..xde masa..tp da donlod sesiap..kekonon nk tgk bila ada masa.tp smpy skrg, haram xtgk lg.hahaha

Wanita Mutalib suka Share Instagram's Pictures said...

dari cara penulis mengulas tahap fanatik pengemar Adam Dan Hawa, dapat dilihat ia diulas dengan begitu teliti.

adakah anda juga peminat fanatik adam dan hawa wakakakakaka.

ai salam singgah.

Anonymous said...

TLG BG LINK ON9 PLEASE

Ahmad Ezany said...

ada kesilapan diatas..laman rasmi facebook adam dan hawa ialah (http://www.facebook.com/AdamHawaDrama) yg dikendalikan olehteam production global station dan dikendalikan juga bersama penulis novel aisya sofea.

Faizal Rosly said...

terima kasih peminat fanatik. sudah dibetulkan :D

Rafidah Ali said...

tgk kat dailymotion..:)

Anonymous said...

Elehhhh...alasan tengok sbb dahtakde cerita lain sangatlah lame yerr

nyonyacyber said...

adalah kot sket dari ciri2 di atas ada padaku hehehe

Anonymous said...

tak minat sorry. apa yang best sangat pon.








Anonymous said...

Hahaha saye peminat fanatik! Senyum2 baca entry ni :)

Anonymous said...

hehehe..fanatik laa jugak. tp lebih suka tgk online. skali tgk smpi 10 episod sekaligus. malas nk tggu sehari ke sehari admin site tu upload satu2. cite setengah jam je x puas tgk. baik tggu beberapa hari dan tgk secara pukal.

Anonymous said...

Lakonan hero heroin x sampai ke jiwa spt SSID.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...