Friday, November 30, 2012

Top 10 Favourite Reality Show

Dewasa kini, bila buka saja TV, kita pasti akan dihidangkan dengan pelbagai jenis rancangan berbentuk realiti. Apa itu rancangan realiti? Mengikut tafsiran kitab yang paling dipercayai dan banyak membantu kita semasa membuat assignment di Universiti iaitu Wikipedia, 'Reality Television' bermaksud satu genre program di TV yang tidak mempunyai skrip tetap, yang kebanyakannya disertai oleh orang biasa, yang menggambarkan tentang situasi kehidupan sebenar dan kadang-kadang boleh dapat hadiah last-last. Entah apa-apa definisi tersebut. Macam ni lah senang, kalau jiran anda bergaduh laki bini, itu realiti kehidupan. Tetapi jika anda menggunakan kamera fon anda untuk merakam aksi pergaduhan mereka, lepastu mengambil kenyataan dari kedua-dua laki bini tersebut dan kemudiannya anda menayangkan aksi pergaduhan tersebut untuk dinilai oleh masyarakat umum, tahniah anda baru saja membuat satu rancangan realiti sendiri. What the what? Anyway, hobi saya memang menonton siri TV, dan genre realiti TV ni memang salah satu daripadanya. Oleh itu, hari ini kita akan membincangkan tentang 10 Rancangan Realiti Kegemaran saya. Ayuh teruskan membaca.

10) Queer Eye for the Straight Guy


Lelaki gay memang lebih handal dalam bab-bab panjagaan diri, penyediaan makanan, interior design, fesyen dan perhubungan sosial. At least itulah label stereotype yang cuba untuk ditonjolkan di dalam siri ini. Setiap minggu 5 jejaka cintakan punggung yang dikenali sebagai 'Fab 5' akan mencari seorang lelaki yang hopeless dalam 5 aspek yang disebut tadi, dan memberi makeover kepada beliau sehingga beliau menjadi seorang jejaka metroseksual. Macam-macamla mereka buat, shave janggut, trim bulu ari-ari, ajar masak makanan untuk bini dan lain-lain. Dalam ahli Fab 5 tu, aku ada man crush dekat Kyan yang pakar grooming tu sebab dia yang paling hensem dan tak obvious sangat kegayannya.

9) Akademi Fantasia

Akademi Fantasia adalah rancangan realiti yang paling berjaya dan diminati di Malaysia. Pada mulanya aku tak suka AF ni. Tapi sebab mama aku ni fanatik tiap-tiap minggu pulak tu vote untuk peserta kegemaran dia, aku pun start tengok secara senyap-senyap. Rancangan ini menuju puncak gemilang cahaya ketika musim ke-3, di mana gelombang 'Tsumawi' melanda satu Malaya. Memang popularlah Mawi ketika itu setiap masa nak nampak muka Mawi. Printer gambar Mawi, mee segera gambar Mawi sampaikan kain tuala wanita pun ada gambar Mawi. Namun begitu kepopularitian beliau sudah merudum sehinggakan ketika dia menyidai kain di rumah beliau di Bangi Golf Resort berkemban pakai kain pelikat pun dah tak ada orang yang peduli. Baguslah mereka dah tamatkan rancangan tersebut kerana makin lama makin bosan.

8) Fear Factor

Hanya mereka yang bertestis besi mahupun berpayu titanium sahaja yang berani menyertai rancangan realiti ini. Fear Factor menyediakan hadiah berjumlah $50,000 untuk sang juara yang berjaya mengatasi ketakutan mereka terhadap fobia-fobia seperti ketinggian, kegelapan mahupun kegagalan dalam percintaan. Saja je letak yang last tu nak tengok korang baca entri ni betul-betul ataupun setakat tengok gambar. Setakat aksi stunt fizikal ni aku rasa semua orang boleh buat kot, tapi bila kena makan benda-benda aneh seperti testis lembu, cacing kerawit mahupun durian, gua serender beb.

7) Survivor

Ahh Survivor. Salah satu rancangan realiti yang masih lagi survive. Kalau nak ikutkan, aku rasa Survivor lah rancangan realiti pioneer yang menjadikan genre realiti TV itu berkembang bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR). Hos dia Jeff tu dari season 1 sehinggalah kini muka masih sama pakai susuk ke apa. Sekarang dah season 25 aku dah tak dapat nak catch up dah. Premis dia mudah je. Dia campak kau kat pulau terpencil dengan manusia lain tanpa kemudahan asas, lepastu kau kena survive. Peserta kegemaran all time sudah pastilah Rob Mariano. Dia ni memang Mat Realiti sampai 4 season dia main Survivor lepastu siap masuk The Amazing Race lagi.

6) The Apprentice

Alah takkan kalian tak pernah tengok The Apprentice. Siapa menang dapat kerja dengan Donald Trump. Tahukah anda nanti ada The Apprentice Asia? Siapa menang dapat kerja dengan Tony Fernandes. Aku harap juara The Apprentice Asia akan diberi projek untuk menguruskan QPR satu hari nanti. Chewahh.


5) Restaurant Makeover

Aku saja-saja je tukar-tukar channel di Astro, lepastu tu aku nampak kelibat seorang tukang kayu yang sangat kool. Nama dia Igor. Dia tengah bertekak dengan designer yang inginkan rekaannya dijadikan realiti walaupun tak cukup masa dan bajet. Tapi Igor seorang tukang kayu yang handal. Segala rintangan diatasi dengan tenang. Seronok tengok reaksi pemilik restoran apabila melihat restoran mereka telah diubahsuai.

4) Wipeout

Di mana kita boleh lihat orang menderita, dan kita boleh menggelakkan mereka tanpa rasa bersalah? Di rancangan Wipeout sudah pasti.

3) Masterchef

Aku baru je start tengok Masterchef (US) ni sebab bini aku suka tengok. Sekali tengok, eh ini macam mamat dalam Hell's Kitchen (another great reality show). Tapi dalam Masterchef si Ramsay ini tidaklah secelaka macam dalam Hell's Kitchen perangai dia. Judge yang garang aku rasa si Joe tu rileks je ludah makanan hempas pinggan depan tukang masak memang terguris hati lah. Lepastu drama pun banyak. Mengumpat sesama peserta depan-depan je tak main cover-cover.

2) American Idol

Siri realiti nyanyian yang paling best, dan berjaya di kaca TV. Part audition best sebab boleh nampak raw talent peserta di samping aksi-aksi nyanyian sumbang peserta lain yang menyangkakan suara mereka sedap. Lack of self awareness or perhaps sekadar mahu masuk TV? Part Hollywood Week pulak memang stressful tapi kalau dah berbakat tu memang tiada masalah la kan. Tapi next season apahal pulak ambil Nicky Minaj nak jadi judge? Aihhhh.

1) The Amazing Race

THE AMAZING RACE ADALAH RANCANGAN REALITI YANG PALING HEBAT SEPANJANG ZAMAN! Seriously almost every season aku akan tengok jika berkesempatan. Penuh dengan drama, tusukan dari belakang, serta pengembaraan ke serata dunia melihat pelbagai ragam manusia! Kalian tengok tak season terbaru? Aku mula-mula minat pasangan Rockers tua tetapi gila malang nasib mereka sehingga terkeluar. So sekarang sokong pasangan metroseksual Cipendel (gambar di bawah). Aku minat the Amazing Race tetapi aku tak boleh nak turut serta. Boleh baca entri ini http://ijaicool.blogspot.com/2010/12/mengapa-aku-tidak-boleh-sertai-amazing.html


Begitulah antara siri realiti kegemaran saya. Anda bagaimana? Gadis-gadis tolonglah jangan jawab Keeping Up with the Kardashians.



11 comments:

indahnyasangsuria.blogspot.com said...

Kalau keeping up with the Kardashians x bole, Kim & Khloe take New York bole? :) but the bestest would b Hell's Kitchen la. Yes Chef!!!

idobez said...

Aku sokong twins yang annoying tuh. ko jgn jeles aa ijai hehe..

Anonymous said...

aku tengok The Voice...kire reality show la gak kan..haha

-fandi-

Anonymous said...

Favourite reality show kita pun Amazing Race...yay...semua season TAR pun kita tengok dari Season 1 sampai lah season latest ni. TARA pun kita tengok, tapi kurang syok sikit. Sbb takde Phil kot kat Pitstop hehehe. TAR memang paling best sebab pegi tempat2 yang menarik, buat & makan benda2 yang local makan.

My fave fave all-time team is Kris & Jon dari season berapa tak berapa ingat...sgt2 suka diorg.

Season 21 ni, suka tengok James & Abba, sbb James ni ex-Megadeath & White Lion, dolu2 masa sekolah, minat sesgt White Lion (yes, I am not young) tapi sayang, dh passport pulak hilang...so rasa2 nya rooting for the twins to win kahkahkah

-Peminat Tegar TAR-

TecerWidad said...

Aku suka Khloe and Lamar... Hihi

Faizal Rosly said...

indahnya: ramsay kat hell's kitchen memang betul2 dari neraka kan

idobez: haha twin tu celaka curi duit rokes tua

fandi: the voice kalau keluar rosak tak boleh pusing acane

peminat TAR: pasangan feveret all time rob dan amberrrr. again, jangan sokong twins mereka keji dan bising

tecerwidad: kim dan kanye sekali

Nurzam Faiz said...

Yupp. Amazing Race the best. Oleh sebab guwa ada man crush kat Allen Wu, TARA merupakan siri Amazing Race yang paling guwa berkenan :D Hhahaha.

aslina majid said...

Dulu aku ske tgk hell's kitchen... Skang rancangan realiti tv yg aku ske adelahhh... Masterchef. Malaysia je la tapinye. Malam ni kan final... Ahahahaha...

Wipeout pon ske gak tgk... Haha...

Anonymous said...

Bra,

Buat new show boleh, "Who will be the next Liverfool manager"
Hehehe...
~yusry bukan kru~

Anonymous said...

apsal keeping up with the Kardasian tak bole? masa aku pregnant aritu hari2 aku tengok.. hahah... tak miss satu hari pun..

-syarina sepupu-

Anonymous said...

Try tengok America's Next Top Model! Tak pun Asia's Next TOp Model

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...