Friday, December 28, 2012

Ehem, Hello?


Frequently Asked Questions:

1) Bila nak kahwin? Bila nak ada anak?

Dah kahwin, gambar di atas inilah hasilnya. Harap hati kalian tak remuk. Jika benar awak cintakan saya, awak harus lepaskan saya, teruskan kehidupan, dan berdoa agar mendapat lelaki yang ala-ala saya walaupun susah sikit nak cari. Tapi tak mustahil.

2) Anak lelaki ke perempuan?

Perempuan, berdasarkan bentuk organ reproduksinya.

3) Nama siapa?

Masih lagi mencari-cari nama yang sesuai. Kalau tanya mama mesti dia nak letak nama Ain Hawani punya berdasarkan kefanatikan beliau terhadap satu drama di Mustika HD ni. Tapi kalau kalian ada cadangan nak beri boleh letak di ruangan komen. Nama sendiri pun boleh.

4) Bila lahirnya?

Hari Jumaat, 28/12/2012 pada pukul 2.05 minit pagi waktu Malaysia.

5) Bagaimana proses kelahiran beliau?

Bayi di atas dilahirkan secara normal tanpa sebarang dadah bantuan, hanya kata-kata cinta yang dilafazkan. Namun begitu ada teori mengatakan cinta saya adalah umpama dadah, mengasyikkan, mengkhayalkan dan mempesonakan, lalu hilanglah segala kesakitan.

Eh masih ada lagi soalan lazim, maka teruskan membaca.

6) Dah beli pam payu?

Dah. Medela Freestyle. Para ibu di luar sana harus mengawasi para suami yang horny kerana jika tiada orang di sekeliling, ada kemungkinan mereka akan mencuba pam tersebut ke payu sendiri untuk bereksperimentasi. Apapun saya memang menyokong ibu-ibu yang cuba untuk full breastfeed ni, kerana satu kelebihannya adalah jika bayi menangis di waktu malam, kami para suami tak perlu bangun untuk bancuh susu, hanya perlu dihulurkan kepada ibunya hee hee hee.

7) Bagaimana kami boleh memberi hadiah kepada bayi?

Wahhhhh pemurahnya kalian. Boleh datang ke Hospital Annur Bangi, ataupun terus ke rumah saya untuk menghantar hadiah yang agak mahal, ataupun masukkan wang ke dalam akaun bank saya.

8) Dengan kelahiran bayi ini, apakah hala tuju blog Yang Penting Rupa ini? Dahla nak update seminggu sekali pun susah baik kau delete blog jela woi.

Eh kenapa nak terjengkel ni. Blog ini akan terus beroperasi seperti biasa, menulis artikel-artikel yang ternyata tiada faedah secara akademik mahupun yang mencetuskan anjakan paradigma, dan sudah pasti akan diselit dengan artikel-artikel keibuan seperti bagaimana hendak memilih car seat ataupun kebaikan menyusu badan.

9) Ceritalah pengalaman bersalin awak. Dengar cerita awak pengsan tengok darah.

Oh itu perlu buat satu entri penuh nanti. Dahla saya nak pergi belai bayi saya dengan penuh kasih sayang ni.

Anyway, thanks for all the wishes in Twitter, SMS, Facebook, NewMyspace, Friendster, Hi5...



24 comments:

Cik Kiah said...

tahniah! tahniah! tahniah! buh le nama ain hawani... hahah

jana said...

TAHNIAH Ijai,email adress please nak hantar hadiah

The Sharkox said...

tahniah Papa Jai

meigui xiaojie said...

bila pregnant nya? eh?

pape pun tahniah !!!

ain hawani dah okay tuh. seb baek bukan laki kan. kalo tak dah jadi adam mukhriz :) congrats again !

aslina majid said...

Congrats wey... Wah dah jadi ayahanda ko skang. Eh... Ayah... Hahaha...

linn said...

tahniah.. Nama Ain Hawani pn comel kn? ^.^

Anonymous said...

tahniah abg ijai

-silent reader

zura da cute said...

congrats ijai & wife.....
kompom bizy giler lah lepas ni iyer ijai...xper kitorg paham!tapi jgn ler lupakan kitorang tauuuu...
errrr saya cadangkan nama SURI AMANI.....hihihihi

Apostolos Velios said...

ini cool brother !!! 28 disember 2012,well 28 disember jugak ulangtahun aku ke 20

Anonymous said...

28 disember juga hari lahir saya..tahniah..

-silent reader-

Rafhani said...

Tahniah!!Tahniah!!Apalagi,buh nama akak lah,kan gorgeous tuh,hahahaha.Bayi adalah sgt comel..

Che Sakinah said...

congrats ijai! comell nya baby!! nama lain please bukan ain hawani... kakaka. ;p

lepasni entry bapak bapak...

ainie syeema said...

comelnye!!mesti ikut muka mama dia. congrtas abg jai!! dah jadi papa la..

Harris H said...

Congrats,bro!yang penting rupa v.1.1

HooDa said...

thniah ijai.. Boh nama nora danish la hehe..

asiah said...

Congrats ijai... My turn la plak pasni.. Saya suke jawapan no 5

enasong said...

tahniah ijaicool & datilah!! semoga si baby membesar dgn sehat..in shaa Allah... eeiiii aku pon tumpang excited! hahahahha...baby ko n datillah mmg comellll...

Faizal Rosly said...

cik kiah: thanks! DEMII CINTAAA

kak jana: wauuu macamnilah yang kalian patut contohi ijaicool (at) gmail (dot) com

sharkox: thanks papa jahat

meigui: thanks. DEMIII CINTAAA

aslina: /// thanks

linn: terima kasih DEMIII CINTAAA

silent reader: thanks

zura: suri amani? tak boleh kat bangi ada nama hotel amani. thanks

apostolos: thanks! selamat ulangtahun ke-20!

silent reader: selamat hari jadi untuk anda juga!

rafhani: thanks akak memang gojes

che sakinah: thanks. DEMIII CINTAAA

ainie: takpe mama dia cantik hehe thanks

harris: thanks semoga terus membaca walaupun dah lanjut usia

hooda: nora danish? nora elena lah kool thanks

asiah: haiiii jumpa di klinik sebelah ya

enasong: terima kasihhhhhhhh

thank you everyone. i lap uols

bebeldotsorang said...

Sama tarikh lahir dgn aku siot! huhuh

Nurul Huda Rahim said...

Wawawaw! Tahniahhhh! Bby sy pn lahir kt annur bangi. Tetbe sgt kn. tade spe tnya. Hahaha. Semoga jd daddy yg mithali abg ijaicool! Jgn nk melucah sgt. Dh ada bby ni kena islamik sket. Keh keh keh. Nama apa??? Dan lg satu soalan, emm bila nak kasi dia adik? Wakakakak! Sooo typical malay kan. Oke dah bye.

ANGKASA said...

tadik ikram anta gamba aryana ...aku rasa bersyukur pasal muka dia sebijik ikut tilla.. dan tak boroi~! wahahahaha


tah ni ah~!. nanti kita buat sesi photoshoot di rumah.

Faizal Rosly said...

bebeldotsorang: boleh buat parti bersama nanti

huda: biasalah kita kan warga bangi semua pun nak sama termasuklah catering kahwin haha. apa ni dah tanya pasal adik luka pun belum sembuh lagi ehh

rahman: niceee tapi nak ke orang tengok gambar separuh bogel aku

Nurul Huda Rahim said...

Hahaha. Yg pasti kau tiru aku lah kan. Sbb semua aku buat dulu drpd kau. Keh keh keh. Wuwuwuw. Lukaaa. Ngeriii. Haha. Xpe. Pas 2 minggu dh oke dah. Bleh try utk bby boy plak. Eh? Kah kah kah.

Anonymous said...

There is certainly a great deal to learn about this topic.
I love all the points you have made.
Feel free to visit my webpage - treatment for tinnitus

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...